MIMPI SENJA |
- Najib bayangkan PRU 13 November ...?
- Apabila Syaitan Hulurkan Salam
- Siswi IPTA 'hanyut' dengan 6 teman lelaki
- Semua Mengaku Tidak Pernah Diliwat Anwar
Najib bayangkan PRU 13 November ...? Posted: 01 Sep 2012 11:35 PM PDT SANDAKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini. "Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah. "11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman. Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini. - UMeloya |
Apabila Syaitan Hulurkan Salam Posted: 01 Sep 2012 11:05 PM PDT Dalam tempoh seminggu yang lalu, Umno-Barisan Nasional cuba untuk mendapatkan momentum dengan memainkan pelbagai isu bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat, khususnya dalam isu hudud. Sebelum itu, dalam bulan Ramadan mereka memainkan isu air di Selangor. Sehari dua ini, Umno melalui akhbar Utusan Malaysia miliknya, cuba untuk menghangatkan dalaman PAS, dengan memainkan sokongan ulama PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Namun, kita percaya kepimpinan dan ahli-ahli PAS cukup matang untuk menilai dan memperhalusi propaganda jahat Umno melalui Utusan, barang dijauhkan kita daripada tempias fitnah mereka. Apa jua propaganda dan adu domba yang cuba dimainkan Umno, malangnya mereka terperangkap dengan pengakuan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memperakui bahawa Umno-BN tergolong dalam kelompok 'syaitan yang dikenali.' Di dalam al-Quran, memang disebut Allah dengan jelas ayat 'hizbus syayatin' atau parti syaitan yang bertentangan dengan 'hizbullah' (parti Allah). Namun PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, tidak pernah menuduh Umno-BN syaitan. Kami pun tidak pernah mengakui kami ini malaikat. Justeru, tuduhan itu tidak datang dari kelompok kami. Mengakui diri sendiri atau parti sendiri sebagai syaitan adalah pengakuan bertulis dan kenyataan memperkukuhkan tulisan, secara sedar oleh Dr Mahathir sendiri. Habis tinggi pun, ada buku yang mengaitkan Umno-BN sebagai 'Shit' seperti karya Sasterawan, Dato' Shahnon Ahmad dan cerpen 'Maharaja Beruk' tulisan Yahya Ismail. Pengakuan Dr Mahathir ini, khabarnya amat mengejutkan PM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Majlis Tertinggi Umno. Malah seluruh ahli Umno terkedu dan terdiam, kerana Dr Mahathir yang disanjungi sebagai 'godfather' mereka, mantan ketua Umno yang paling lama dalam sejarah Malaysia, iaitu lebih 22 tahun, mengakui bahawa mereka adalah parti syaitan. Dr Mahathir, merupakan faktor dominan yang menindoktrinasi Umno-BN. Kata-kata beliau dianggap sebagai 'keramat' bagi sesetengah anggota Umno yang taksub. Hari ini, Dr Mahathir mengemukakan doktrin syaitan lebih baik daripada malaikat dan syaitan itu adalah Umno-BN. Siapa dalam Umno yang hendak lawan hujah mantan Presiden mereka? Ada rakan-rakan Umno mengeluh kerana bagi mereka, kenyataan Dr Mahathir 'backfire' kepada Umno-BN dan menjejaskan perancangan Najib untuk membubarkan Parlimen. Kerana, menurut sumber Jabatan Perdana Menteri, sudah ada cadangan kukuh untuk dibubarkan Parlimen minggu lepas, cukup masa yang diperlukan, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan sebelum umat Islam berangkat menunaikan ibadah haji. Namun semua perancangan tergendala kerana pada anggapan Najib, Dr Mahathir 'bikin rosak ana punya program'. Ada kemungkinan mantan PM itu sengaja membuat pasal, kerana beliau sendiri yang menggesa Najib, memerintah sampai habis penggal, iaitu hingga Mac depan. Dalam erti kata lain, pada beliau jika dibuat PRU sekarang, BN gelap masa depan. Tetapi pada orang Umno, bukan soal bubar Parlimen atau tidak, semata-mata. Soalnya, mantan PM itu lebih banyak bercakap dari Najib. Sama ada cakapnya 'lebih celupar' sehingga banyak menjejaskan Umno atau mungkin dia sudah semakin merepek, akibat faktor usia yang agak lanjut. Apa pun pada kita, Dr Mahathir itu Umno dan kenyataannya refleks kepada pegangan dan masa depan Umno. Banyak usaha yang dibuat Umno untuk menarik PAS berkawan dengannya. Banyak usaha Umno, mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Sehingga terpacul kenyataan Dr Mahathir, mengajak PAS bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu hudud. Kita tidak harus mempertikaikan keikhlasan mana-mana pihak untuk bersatu padu dan berkawan untuk kebaikan. Islam sendiri pun mengarahkan kita bersatu padu pada jalan Allah dan jangan sesekali berpecah belah. Malah Islam melarang kita mengetepikan sebarang usaha murni ke arah perpaduan dan silaturrahim. Namun, dalam konteks politik hari ini, apakah salam persaudaraan dari parti yang mengaku diri mereka sebagai syaitan, wajar kita terima dan pertimbangkan? Seperti yang tercatat pada sirah Nabi Isa a.s. Walaupun berbalas ucapan salam itu mendapat pahala, baginda enggan menjawab salam, kerana salam itu datangnya dari makhluk yang jahat seperti syaitan. Justeru, kita bagaimana? -harakahdaily |
Siswi IPTA 'hanyut' dengan 6 teman lelaki Posted: 01 Sep 2012 08:45 PM PDT FIFI... buat seks dengan enam lelaki. KUALA LUMPUR: 2 AUG 2012 Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah. Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk. Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah. Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan. Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi. |
Semua Mengaku Tidak Pernah Diliwat Anwar Posted: 01 Sep 2012 01:21 AM PDT Saturday, September 1, 2012 - 4.20pmDiharap tulisan ini dapat membantu anda pembaca di dalam melawan serangan fitnah yang datang dari agen2 UMNO dalam berbagai bentukMisalnya bila ditanya kenapa Anwar tidak bersumpah, kita jawab nak sumpah buat apa kalau ketiga-tiga Azizan,Munawar dan Sukma mengaku TIDAK PERNAH DILIWAT ANWAR. Tapi, juak2 UMNO tak kan habis main isu buntut ni. Hakikatnya, kempen fitnah ni bermula dengan Mahathir. Mahathir takut rahsia sebenar beliau pecat Anwar ni orang tahu. Jadi, dipastikan ahli2 dan aktivis mereka termasuk para cyberuk2 mereka terus menerus cerita pasal liwat. Diharapkan dengan kekerapan mengulang fitnah liwat ini, lambat laun rakyat akan percaya juga. Kasihan mereka tidak sedar mereka dipergunakan untuk menghinjak larangan Allah SWT yang bernama "QAZAF". Yang kaya dari kempen fitnah ini adalah anak Mahathir serta kroni2 Mahathir. Anak Mahathir dapat RM1.8 billion semata-mata kerana bangkrap meniaga. Kroni2 yang lain pun kaya raya kerana waktu Anwar Menteri Kewangan, Anwar berusaha keras tidak izin wang rakyat diguanakan untuk selamat bisnes2 kroni yang rugi melata. Yg dapat untung dah hidup senang lenang dengan wang rakyat yang berjumlah ratusan juta. Yg jadi pencaci2 upahan dapatlah mereka sedikit wang serta dosa yang bergunung-gunung. Dosa fitnah serta dosa melanggar hukum Allah serta menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan. Tapi kalau dah nama UMNO tu apa diorang peduli pasal hukum Allah. Nabi mereka adalah Mahathir. Bila Mahathir tolak hukum Allah, orang UMNO semua ikut. Sekarang ni juak2 UMNO guna video hitam putih kabur untuk fitnah Anwar. Ganti hukum Allah dgn video hitam putih kabur.- Tulang Besi |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan