Blog-list Malaysia |
- KENAPA HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG ?
- Tindas rakyat, Umno dan penjajah British tiada bezanya
- Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?
- Najib dimalukan lagi oleh Rais Yatim..?
- Bodohnya Perkasa..
- Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?
- Bilik Hotel Anwar Cuba Dipecah Masuk
KENAPA HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG ? Posted: 01 Sep 2012 07:53 PM PDT Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka. Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN lansung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam. Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain. Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong? BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab.. Kelab Greenboc |
Tindas rakyat, Umno dan penjajah British tiada bezanya Posted: 01 Sep 2012 07:50 PM PDT TANAH MERAH 2 Sept: Tidak ada bezanya penjajah dan pemerintah jika mereka menjadikan rakyat seperti hamba pada zaman penjajahan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Mengambil semangat nasionalis Kelantan, Tok Janggut, beliau berkata, pejuang kemerdekaan itu sanggup mengorbankan dirinya untuk membela nasib rakyat ditindas akibat kenaikan jenis cukai yang dikenakan penjajah British. Dalam konteks hari ini, katanya, rakyat perlu 'ajar' pemerintah iaitu melalui pilihan raya bagi menamatkan penyelewengan, penipuan dan penindasan kerajaan Umno BN. "Tok Janggut dianggap pemberontak dan memulakan perjuangan panjang menuntut kemerdekaan. Dia dibunuh dan digantung secara terbalik di Padang Merdeka untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak melawan. "Rakyat halau penjajah British bukannya untuk angkat penjajah baru. Apa beza pemerintah hari ini dengan penjajah dulu, kalau teruskan penindasan? "Semangat Tok Janggut adalah isyarat supaya pemerintah jangan sekali-kali bebankan hidup rakyat," katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi. Memetik jawapan Parlimen, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengamal pembaziran apabila kos bil elektrik Seri Perdana, Putrajaya berjumlah RM12 juta manakala bil air RM 1.9 juta setahun. "Inilah isunya. Pembaziran dan salah guna," katanya yang turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya menuntut kembali hak royalti minyak di negeri itu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35248 |
Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan? Posted: 01 Sep 2012 04:34 PM PDT Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam. "Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh, hari ini. Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan. "Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)...janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya. Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati. Berbeza dengan BN, Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan. Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku. Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya. Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan). "Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu". Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13. "Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan. "Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. - Bernama |
Najib dimalukan lagi oleh Rais Yatim..? Posted: 01 Sep 2012 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini. Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu "kini masa balas budi" dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam. Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli. Sebagai contoh, tweet berbunyi "Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak" telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun. Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search "Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami" dan saksikan sendiri berapa "rakyat" Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama. Begitu juga tweet yang berbunyi - "Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik". Lihat juga berapa "orang" yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini: "Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played" Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar kiri). Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa 'bots' yang sedang menghantar tweet #Merdeka55. Tulis Khairy, "Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!" tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.) Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai. "Sungguh kesian. Ini idea siapa?" tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini. Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam. Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya. Dipetik dari - HarakahDaily |
Posted: 01 Sep 2012 05:49 AM PDT Perkasa lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan negeri itu ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu. "PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor," laporan itu dipetik. Laporan berkenaan dibuat oleh setiausaha PERKASA Selangor, Azahar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan itu. "Perkasa Selangor bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," kata Azahar lagi dalam laporan polisnya. Laporan Utusan Malaysia bertajuk "PKR belakangkan Sultan Selangor?" semalam memetik kenyataan setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah "tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan". Mohamad Munir dalam kenyataannya pada 30 Ogos itu juga menyebut bahawa "Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri." Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahaya dan kira-kira 50 orang penyokong pertubuhan pro-Melayu itu. Sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat negeri Selangor diadakan pada malam Khamis lalu di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -mk |
Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya? Posted: 01 Sep 2012 04:54 AM PDT Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British. Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar. Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948. Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini. Dipetik dari - http://singaselatan.blogspot.com/ |
Bilik Hotel Anwar Cuba Dipecah Masuk Posted: 01 Sep 2012 01:50 AM PDT KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu. Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi. "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini. Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. http://kerabubersuara.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan