Khamis, 13 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Rupanya, inilah gambar yang paling ditakuti oleh Umno

Posted: 12 Sep 2012 09:34 PM PDT

SUDAH banyak kali rakan-rakan memaklumkan kepada ReJaM© bahawa, sejak mereka melihat gambar Sharizat Jalil yang diubahsuai daripada Logo KFC, mereka sukar melupakan Ketua Wanita Umno itu.

Terutama sekali kepada penggemar KFC, menurut mereka setiap kali terpandang bangunan, logo atau ayam goreng KFC itu sendiri fikiran mereka secara automatik teringat kepada skandal NFC.

Ternyata ilustrasi ini sangat berkesan untuk memastikan rakyat tidak lupa dengan skandal penyelewengan duit rakyat yang paling lucu dan penuh kontroversi oleh National Family Corruption, NFC ini.

Mengukuhkan lagi bukti keberkesanannya, nampaknya cybertrooper upahan United Malays No Otak, Umno telah melakukan tindakan bersungguh-sungguh sehingga gambar itu diharamkan oleh facebook.



Lihat printscreen di atas, punyalah banyak gambar yang ReJaM© upload di Fanpage MiLo SuaM, tapi gambar ini juga yang mereka takutkan kah kah kah...

Apa maknanya? Maknanya kita semua wajib sebarkan gambar ini ke seluruh pelusuk negara, sebarkan kepada orang kampung,ayam, itek, lembu, dan kambeng. Ayuh kita hasut rakyat agar menolak geng Lembu Kondo PRU13 ini kah kah kah...

ReJaM© "Ingat Wanita Umno ingat Lembu kah kah kah "

Blogger Pakatan Rakyat hina tarian Sumazau Sabah?

Posted: 12 Sep 2012 04:38 PM PDT

SEBUAH laporan Polis dibuat di Sabah, berhubung tulisan sebuah blog, suarapakatanrakyat.com yang didakwa menghina tarian Sumazau, Sabah.

Habis riuh rendah blogger-blogger United Malays No Otak, Umno menuduh Pakatan Rakyat menghina orang Sabah dengan cara mengaitkan blog tersebut dengan Pakatan Rakyat.



Nampak sangat blogger-blogger United Malays No Otak, Umno berniat jahat apabila cuba mengaitkan blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog Pakatan Rakyat.

Walhal sudah berulang kali didedahkan bahawa blog tersebut bukanlah pro Pakatan Rakyat. Sebaliknya blog penyamar yang mahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini MiLo SuaM sendiri sudah beberapa kali menulis bahawa blog tersebut adalah blog penyamar antaranya rujuk sini [Utusan].

Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli juga pernah mendedahkan bahawa blog tersebut adalah blog Umno yang cuba melakukan psywar rujuk printscreen twitter beliau di bawah ini [Twitter].



Di dalam menjawab soalan salah seorang pengikut laman twitternya, Rafizi menjelaskan bahawa suarapakatanrakyat.com merupakan blog Umno.

ReJaM© "Berpuluh kali sudah dijelaskan namun mereka masih bebal... "

Tiada ulasan: