Khamis, 13 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Apa Jawapan TG Nik Aziz Terhadap Kenyataan Najib?

Posted: 13 Sep 2012 12:10 AM PDT




ULASAN GB

Kata Najib: "Nak apa-apa pun, tuan-tuan kena sokong BN dalam PRU13!"

Nampaknya, Najib masih dengan "You help me, I help you."

Dan berkatalah TG Nik Aziz, "Najib belum kenal peribadi orang Kelantan, dia ingat kaedah yang serupa dia menipu di tempat lain boleh digunakan di Kelantan juga."

Kaedah politik U HELP ME, I HELP U, "jari menunjuk kelingking berkait" adalah kaedah curang di dalam memberikan bantuan, tidak ikhlas dan tidak jujur. Naib menyangka semua umat Islam sama perangainya macam lembu UMNO, boleh dicucuk hidungnya, boleh dibeli dan ditipu.

Rakyat Kelantan yang telah berada di bawah kepimpinan ulamak menolak sebarang ketidak-ikhlasan dan kecurangan di dalam pemerintahan dan telah bersedia untuk mengalahkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.



[VIDEO] Terbukti MCA Pengecut - Jemput Orang Berdebat Tapi Tak Kasi Naik Pentas

Posted: 12 Sep 2012 10:31 PM PDT

Pekung Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong terbongkar malam ini apabila menghalang wakil Kerajaan Negeri Selangor untuk berdebat berkenaan isu Talam walaupun dijemput untuk berdebat.

Tindakan ini disifatkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai mencari publisiti murahan semata-mata.

Kesediaan wakil Kerajaan Negeri untuk berbahas tidak kesampaian apabila MCA tidak membenarkan keempat-empat wakil Kerajaan Negeri itu untuk berdebat dan memberi penerangan berkenaan kebenaran yang berlaku di sebalik isu Talam.

Faekah berkata tindakan Chua untuk tidak berdebat dengan ketiga-ketiga wakil lelaki itu sudah dijangkakan sejak awal lagi.

"Namun, Chua juga tidak berani untuk berdepan dengan wanita seperti saya. Terbukti Chua seorang yang tidak berani berhadapan dengan wanita," sindir Faekah.

Faekah menambah beliau tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa satu bukti untuk diterangkan kepada semua.

Beliau turut membawa laporan daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan.

"Ini kerana saya mahu rakyat terus tidak diperbodohkan dan Chua tidak memperbodohkan dirinya.

"Ini adalah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kami sudah mengutip setiap sen hutang yang ditimbulkan oleh pentadbiran Umno-BN sebelum ini," katanya.

Selain Faekah, keempat-empat wakil itu terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Mereka meninggalkan majlis itu selepas dihalang untuk berdebat.

Dalam sidang media yang sama di luar dewan International Youth Centre, Tony Pua berkata pihaknya kecewa dengan tindakan MCA itu.

Katanya, hal itu jelas menunjukkan MCA menjemput untuk berdebat adalah sebagai satu alasan politik.

"Chua tidak ikhlas mahu menerangkan isu ini, jika mahu mendengar penerangan kami, kenapa mereka tidak membenarkan kami untuk menerangkan perkara sebenarnya.

"Sebenarnya, beliau (Chua) tidak mahu tahu kebenaran dan beliau juga tidak mahu mendengar laporan daripada KPMG ini. Sedangkan ini merupakan satu platform untuk kedua-dua pihak memberi penjelasan di hadapan semua rakyat,"
katanya

Selain itu, Dr Zulkefly berkata MCA terlepas peluang keemasan untuk membuktikan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersalah.

"Chua boleh bangkitkan isu ini dan beliau juga boleh menidakkan laporan daripada KPMG ini," katanya.

Bagi William Leong pula, beliau mencabar Chua untuk melantik audit bebas terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC) untuk dibentangkan di sesi parlimen akan datang.

Dalam kekecohan malam ini empat pemuda ditahan polis.

Dipercayai, suspek ditahan polis ketika membuat provokasi.

Mereka ditahan polis selepas senjata jenis belatan jatuh dari tangan suspek ketika berlaku sedikit pergelutan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. -selangorku




Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu Ditahan Polis

Posted: 12 Sep 2012 07:26 PM PDT

Kuala Terengganu – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

"Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

"beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September, mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin. -Buletin Online

Kenapa Pemimpin UMNO Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi?

Posted: 12 Sep 2012 05:03 PM PDT


Knapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?

Dimana mereka belajar?

Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu?

mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? kredit: -Undi BN Bankrap Negara



kredit: -teguhimansusilo


Najib Kena Letak Jawatan Selepas PRU13

Posted: 12 Sep 2012 08:10 AM PDT

Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13 - Aspan Alias

Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi 'kuda pelejang' pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat 'complicated' dalam UMNO itu.

Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti.

Perbuatan Mahathir yang memulakan politik memecah dan mengeksploitasi di antara pemimpin-pemimpin yang berpontensi ini lama-kelamaannya menghasilkan parti dan pimpinan yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mewarisi kepimpinan Mahathir ini merupakan mereka-mereka yang datang dari acuan yang sama dan siapa juga dari mereka ini menjadi pemimpin tidak akan membawa faedah kepada negara. Kesemua yang ada di dalam barisan kabinet dan pimpinan UMNO (majlis tertinggi) itu merupakan kumpulan yang sudah hilang arah dan tujuan perjuangan dan mereka hanya mementingkan wang ringgit yang merupakan matlamat utama mereka.

Oleh itu permainan politik di antara pemimpin besar negara pada hari ini akan menambahkan bencana kerana kejayaan mana-mana pihak pun tidak akan membawa apa-apa faedah kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka datang dari acuan yang sama. Jika mereka datang dari acuan yang sama sesiapa yang mengambil alih kepimpinan negara tidak akan membawa apa-apa kebaikan lagi.

Kali ini pilihan pimpinan negara mesti datang dari pemimpin yang datang dari acuan dan budaya yang berbeza dari kumpulan yang ada. Itulah yang menyebabkan orang ramai tidak lagi mempunyai rasa kasih dan hormat kepada UMNO seperti dahulu kala. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri tidak menghormati pimpinan mereka dan selalu sahaja memberikan sokongan kepada pembangkang dalam senyap senyap. Lebih ramai lagi akan memberikan sokongan kepada parti-parti bukan BN dalam peti undi dan saya amat merasai keadaan itu akan berlaku.

Jika Najib kekal dengan kemenangan kecil Najib terpaksa meletakkan jawatan dan yang mengambil alih beliau jika datangnya dari mereka yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO itu ia akan membawa UMNO ke penghujung usianya tanpa ragu-ragu lagi.

Pendeknya apa pun yang akan berlaku UMNO tidak akan menjadi relevan lagi. Apabila UMNO tewas lebih banyak kerusi kali ini ia merupakan saat UMNO yang akan dipandang sepi dan tidak berdaya lagi untuk maju kehadapan.

Ramai yang faham mengapa Muhyiddin beriya-iya meminta Pak Lah berhenti kerana beliau tahu yang akan mengambil tempat Pak Lah ialah pemimpin yang dengan senang boleh di ketepikan oleh beliau. Muhyiddin tahu Najib mempunyai 'baggage' yang berat tetapi beliau (Muhyiddin) sendiri mempunyai 'baggage' seberat yang di bawa oleh Najib.

Muhyiddin mungkin berjaya mengenepikan Najib tetapi UMNO itu akan terus kecundang bersama beliau (Muhyiddin) jika beliau yang mengambil alih dari Najib. Keadaan ini merupakan salah satu dari penyebab mengapa UMNO semakin hari semakin berkurangan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Apa pun, jika UMNO menang dengan margin yang kecil Najib akan di paksa meletakkan jawatannya sebagai PM. Itu pun pelan Dr Mahathir. tetapi untuk mendapat kemenangan itu ramai yang berpendapat ia sudah 'predictable'. UMNO akan jatuh dan kehilangan kuasa. -aspanaliasnet

Ulasan GB

GB sudah ulas dahulu, malah menurut pemerhatian GB, Najib akan turun lebih cepat dan lebih dasyat dari Pak Lah!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Posted: 12 Sep 2012 06:19 AM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

"Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

"Perkara cukup dikesali… Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,"
katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. -KD



Sekeping Gambar Lucu Berbicara

Posted: 12 Sep 2012 03:52 AM PDT



Tiada ulasan: