Sabtu, 1 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bas dinaiki Anwar Ibrahim diserang samseng!

Posted: 31 Aug 2012 06:10 PM PDT

BAS Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim disimbah cat merah dan dipecahkan bahagian cermin hadapannya dipercayai perbuatan samseng upahan.

Kejadian ini berlaku di lokasi berhampiran Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.



Setakat ini tidak diketahui pihak yang bertanggung jawab, namun tindakan ini nampaknya sengaja dilakukan sebagai sabotaj kepada kempen Jelajah Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Ini berikutan serangan tersebut ditujukan di cermin hadapan bahagian pemandu bas berkenaan. Kalau cermin pemandu dah pecah dan disimbah cat, bagaimana pemandu nak memandu bas?

Maka jelas sekali ia perbuatan musuh yang jelas tidak mahu kempen jelajah Merdeka Rakyat Dato Seri Anwar ini diteruskan.

Sebelum ini Najib Razak naik bas juga kononnya menggambarkan beliau berjiwa rakyat tapi bas yang dinaiki beliau sejenis bas yang tidak dinaiki oleh rakyat rujuk sini [Najib naik bas].

Bas yang diserang ini malam tadi turut dinaiki oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.




ReJaM© "Siapa agaknya musuh Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz ye? "

Tiada ulasan: