Blog-list Malaysia |
- Anwar Akan Teruskan Jelajah Dan Tidak Gentar Ancaman Puak Jahilliyah
- Sabotaj Di Sambutan Merdeka Negeri Selangor?
- Bas Jelajah Anwar Disabotaj
- Jantan Tak Guna..
Anwar Akan Teruskan Jelajah Dan Tidak Gentar Ancaman Puak Jahilliyah Posted: 31 Aug 2012 09:30 PM PDT KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi. Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu. Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. "Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini. Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Besar Siti Khadijah. Difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi. Semalam, Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah. "Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan," kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu di Tropicana pagi ini untuk mengecam usaha "menggagalkan jelajah #merdekarakyat." Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini. |
Sabotaj Di Sambutan Merdeka Negeri Selangor? Posted: 31 Aug 2012 08:19 PM PDT SHAH ALAM : Laporan isu penarikan diri pasukan beruniform pada Sambutan Kemerdekaan ke 55 anjuran Kerajaan Negeri, malam semalam akan dibentang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad Khusrin Munawi minggu depan. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meminta Khusrin untuk menyemak isu berkenaan dan membentangkan laporan penuh itu. "Berhubung penarikan beberapa pasukan beruniform daripada acara berkawad, setakat ini tiada sebab bertulis diberikan atas keputusan itu. "Jadi Menteri Besar sudah meminta beliau menyemak seterusnya membentangkan laporan itu nanti," katanya. Beliau berkata Kerajaan Negeri juga percaya beliau (Khusrin) dan ahli jawatankuasa sudah membuat penelitian sepenuhnya terhadap senarai tetamu serta mengikut protokol bagi acara terbabit. "Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau dan ahli jawatankuasa lain atas usaha gigih dan komitmen ditunjukkan dalam membuat persiapan bagi acara berkenaan," katanya. |
Posted: 31 Aug 2012 05:10 PM PDT Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin. Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan keceraan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Benton Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang. p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya. - GB |
Posted: 31 Aug 2012 04:49 AM PDT Penganjur himpunan Janji Demokrasi hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. NONEAhli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi. Ketika dihubungi Maria berkata pihaknya tidak sama sekali menyokong perbuatan seumpama itu. Malah, kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang sepanduk. Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, dilihat melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Gambar mereka dibariskan di atas tanah, berhampiran daisies kuning dan bandana dengan perkataan 'Janji Bersih'. Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut. Ramai yang berbuat demikian memakai baju kuning manakala ada yang dilihat sengaja menghentak kaki pada gambar dalam video itu, yang nampaknya seperti dirakam di penjuru Jalan Raja dan Jalan Tun Perak. Satu lagi blog pro-BN, Gossip Rakyat (GR), mendakwa pemuda yang menunjukkan punggungnya itu telah dikenal pasti. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan