Khamis, 20 September 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Media Mursyidul Am PROTES AMAN MEMBANTAH

Posted: 20 Sep 2012 08:19 AM PDT

Kenyataan Media Mursyidul Am

PROTES AMAN MEMBANTAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Salam hormat,

YAB TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 4 Zulkaedah 1433H bersamaan 20 September 2012M

Saya minya maaf- Ngeh

Posted: 20 Sep 2012 02:53 AM PDT


Saya minta maaf – Ngeh Koo Ham

IPOH, 20 SEPTEMBER: Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di laman Twitter yang telah menimbulkan kontroversi serta kemarahan sebahagian masyarakat Islam.

Sambil menyatakan pendirian bahawa kenyataan beliau tidak langsung bermaksud untuk menghina Islam, Ngeh berkata bahawa kenyataannya itu telah diputar belit media UMNO-BN dan ini merupakan satu pembohongan.

Menjelaskan keadaan sebenar, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, kenyataan Twitter beliau itu dikeluarkan setelah menonton laporan berita CNN, BBC dan Al-Jazeera yang memperlihatkan banyak insiden protes terhadap filem yang diterbitkan Sam Bacile, yang beliau sifatkan sebagai ‘orang gila’.

Ujar beliau lagi, kenyataan twitter itu dibuat dengan mengambil kira insiden keganasan yang berlaku serta setelah membaca laporan berita di Malaysiakini bahawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin merancang untuk menganjurkan protes besar-besaran pada Jumaat ini.

Katanya beliau sebenarnya tertanya-tanya, adakah umat Islam wajar menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk memberi respon kepada sebuah video 13.5 minit yang diterbitkan oleh seorang gila bernama Sam Bacile.

“Saya cuma mahukan masyarakat kita berfikir dengan lebih mendalam untuk mengambilkira  bagaimana kita memberi respon terhadap sebarang isu maupun provokasi,” katanya.

Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini, beliau menyatakan dua pendirian jelas untuk mengutuk sekeras-kerasnya video tersebut termasuk pihak penerbitnya kerana memperkecil dan menghina kepercayaan dan agama lain sepertimana pendirian rasmi DAP yang dikeluarkan 16 September 2012 lalu.

Ngeh turut menegaskan bahawa beliau tetap menyokong hak individu untuk menganjurkan perhimpunan aman sepertimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Sepanjang 23 tahun terlibat secara aktif dalam politik. Saya sendiri telah menganjurkan banyak siri demonstrasi di Perak, dan turut ditahan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 serta turut hadir berhimpun dalam Bersih 3.0,” kata beliau.

Ngeh turut menyatakan perasaan selesa beliau terhadap pendirian ulama Islam tersohor, Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang mengetuai kesatuan antarabangsa Ulama Islam, Presiden Peguam Syarie Malaysia Musa Awang serta Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Jahaya yang turut berkongsi pendapat supaya mengambil jalan sederhana dalam memberi reaksi kepada isu tersebut. – Roketkini.com

Setiausaha Politik Mustapa Muhammad Meninggal Dunia

Posted: 19 Sep 2012 10:01 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/47255_2506772844003_886258276_n.jpg

Mohd Sayuti Omar

Mustapa Mohamed dan para pegawai Miti menziarahi jenazah setiausaha politiknya Azmin Seterpa.

Kami di meja admin blog kerabu bersuara mengucapkan takziah dan mari kita sama-sama sedekahkan al fatihah.

Najib ketinggalan, teroka Google Hangout selepas Anwar

Posted: 19 Sep 2012 09:56 PM PDT



(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.

Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi.

"Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.

Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.

Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.

Protes filem hina Nabi: Pemuda Umno buat demo asing

Posted: 19 Sep 2012 08:42 PM PDT


NURUL AINI MOHAMED ALI

Bantahan secara aman di hadapan Kedutaan AS mengecam tindakan menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW selepas sembahyang Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok

Posted: 19 Sep 2012 08:27 PM PDT

Harakahdaily,  20 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

"Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

"Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

Tiada ulasan: