Khamis, 20 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Presiden PAS Saman Mashitah, Sinar, Dr Siti Mariah Saman Pengguna FB

Posted: 20 Sep 2012 01:49 AM PDT


[FMT] KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu.

Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu.

"Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima  dan menjatuhkan maruah.

"Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini.

Selain Nasar, Hadi turut diwakili peguam Mazwan Johar.

Sementara itu dalam kes yang berlainan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud turut memfailkan saman fitnah terhadap pengguna laman sosial Facebook yang menuduhnya menghina Raja-Raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 11April lalu.

 

Siti Mariah melalui Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mahu membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

"Saya telah memfailkan saman bagi membersihkan nama atas tuduhan biadap mempersendakan raja-raja melayu semasa pertabalan agong ke-14," katanya yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Dr Rahman Kadir mendakwa, beliau yang ketika itu menjadi salah seorang pasukan pegawai perubatan melihat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Siti Mariah membuat bising dan mengetawakan beberapa pemimpin negara termasuk Raja-Raja Melayu.

Namun ketiga-tiga pemimpin terbabit menafikannya.

Awas, Majikan Palsu Samun dan Rogol Calon Pekerja!

Posted: 19 Sep 2012 05:33 PM PDT

Lakaran gambar lelaki dicari bagi membantu siasatan.

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang penuntut lepasan institut pengajian tinggi menempuh detik hitam apabila bukan saja wang tunai, jam tangan dan telefon bimbit disamun, malah diperkosa setelah terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa mendakwa ditawarkan pekerjaan sebagai jurujual dengan gaji RM400 sehari.

"Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu," katanya.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.

"Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun," katanya.

Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.




Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?

Posted: 19 Sep 2012 05:26 PM PDT

 
[MK] Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]
azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.


Tiada ulasan: