Khamis, 20 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


DISAMAN KERANA FITNAH SKANDAL SEKS

Posted: 20 Sep 2012 03:00 PM PDT

Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS saman Mashitah Ibrahim 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

 Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu. 

 Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga. 

 Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu. "Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah. 

 "Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini./~FMT
Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

 Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing. 

 Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah. 
 Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan Oleh Dr Mashitah Ibrahim. Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. 

 Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang. Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. 

 Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat. Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). 

 Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti. 

 Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.  Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan. 

 Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru. 

 Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya. Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. 

 Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap. 

 Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. 

 Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya. 

 Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. 

 Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. 

 Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. 

Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf. 

 Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012. 

 Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa; 
 1. Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya. 
 2. Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang. 
 3. Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam. Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. 

Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!!

www.ekeleh.com
demolonie

JANGAN LUPA HARI NI ADA DEMO, JOM TURUN RAMAI-RAMAI : KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KARTUN MALAM JUMAAT

Posted: 20 Sep 2012 08:21 AM PDT

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL

Posted: 20 Sep 2012 02:38 AM PDT






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIHAT BETAPA SENANGNYA LAPTOP ANDA DICURI

Posted: 20 Sep 2012 12:00 AM PDT


Lihat bagaimana laptop anda boleh dicuri tanpa disedari akibat leka berbual.



Bagi yang tak perasan apa yang berlaku dalam video di atas, ini dia gambar pencuri tersebut.


Saksikan dalam video pada saat ke 0:37 pemuda berbaju putih ini memasuki restoran dan duduk di belakang pemuda berbaju gelap yang sedang rancak bersembang dengan dua lagi rakannya.Pencuri itu mulanya menggunakan kaki untuk mengais-ngais beg laptop pemuda berbaju gelap yang diletakkan di atas lantai. Bila line sudah clear pencuri itu pun membuka beg pemuda tersebut dan terus mengambil laptop di dalamnya.Dengan pantas pencuri itu memasukkan laptop ke dalam begnya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas dari situ.

Moralnya, sila awasi barang-barang berharga anda kerana penyamun sentiasa mengintai peluang.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BAJET CIPUT ADA HATI NAK JADI SAMSENG

Posted: 19 Sep 2012 09:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
INI KALI LAH GUA TENGOK
SAMSENG PAKAI BAJU RECYCLE
KAH! KAH! KAH!

KALAU DAH TAK DAK MODAI
TAK PAYAH LA JADI SAMSENG
DAH LA MODAI CIPUT
LEPAS TU TERKANTOI PULAK
NAK COVER TULISAN UMNO
TAPI DAKWAT DAH HABIS
BAJET TAK CUKUP
KAH! KAH! KAH!

SAMSENG TAIK KUCING
LAGI TINGGI DARJAT DARI PUAK-PUAK NI
KAH! KAH! KAH!

PANAS!! Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!




Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.



Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.









Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.







Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.



Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...



Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..



Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..



Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..




*******************************************



ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG



Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.







Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.



Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.



Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.



Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.



Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut.


Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.



Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.



Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’ pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.



Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.


Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’ Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.



Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.



Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.



Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.



Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.



Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

 

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.



Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.



Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.







Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.







Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.



Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar.


Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.



Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.



Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.



Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.



Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.



*Kenyataan Media oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

darisungaiderhaka




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA... KAH KAH KAH !

Posted: 19 Sep 2012 03:00 PM PDT

Oleh: Mat Indera Sipejuang
KENAPA PERJUANGAN NYA DINAFIKAN
thumbnail PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA... KAH KAH KAH !
Sep 19th 2012, 20:27

Sebelum ini dikatakan Perhimpunan Bersih 3.0 yang dibuat di Kota Suci Mekkah adalah punca yang kuota tambahan kepada Jemaah Haji Malaysia disekat oleh Kerajaan Arab Saudi... tetapi hari ini Kerajaan Arab Saudi sendiri telah memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Menurut akhbar tersebut "Kementerian telah memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini... kerana projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata laporan itu yang memetik Menteri Haji Bandar al-Hajjar... sah lah beb selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan menolak kuota tambahan yang di mohon oleh Malaysia... kah kah kah !.

Habis semua nak ditipu dari Lembu sampaikan Kuota Haji... kah kah kah... kalau dah dasar Anak Inggeris Penjajah sebiji Perangai Inggeris Penjajah... menipu dari sekecil-kecil sampai lah ke sebesar-besarnya... gua ingatkan pun betul lah kot apa yang dikatakan oleh Pemimpin Umno yang Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca kuota tambahan disekat... ialah gua pun cuba gak nak bersangka baik beb... rupa-rupanya Pemimpin Umno ni memang tak boleh dipercayai dari Dulu Kini Dan Selamanya... kah kah kah... tapikan beb ada gak Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khasnya Pemimpin Pas masih nak percayakan Pemimpin Umno ni... kah kah kah !.

Gua kan apa beb... lu orang Pemimpin PR kalau tak sehaluan dan sampai lu orang nak maki sekali pun sesama pemimpin PR yang lain terus terang  gua katakan yang gua tak berapa kisah sangat... tapi jangan kenyataan lu orang sampai boleh memberi Pernafasan kepada Umno (United Munafikun National Organisations) yang dah nak Mampos tu... dan yang lebih Haramjadah lagi kalau nada  nya sama dengan nada Umno... simpang Malaikat 44 beb kalau Pas dan Umno bersatu... cukup lah sejarah lama ditipu oleh Umno pada tahun-tahun Pra-Sejarah menjadi Pelajaran... mintak-mintak janganlah ada lagi Pemimpin Pas yang Bangang Bin Bahlul cuba-cuba nak bergabung dengan Umno Penipu tu... kah kah kah !. sumber baca sini


hemmmmm..... bak kata pepatah melayu (bukan melayu umno beb... kah kah kah...) sekali masuk lubang adalah guru yang paling berkesan diatas dunia ini... tapi kalau masuk lagi dilubang yang sama untuk kali kedua... rasanya lu orang duduk teruslah dalam lubang itu beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: