Selasa, 25 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Dua Kemalangan Maut Berasingan Di Melaka

Posted: 25 Sep 2012 01:01 AM PDT


Kemalangan 1
Nahas 10 kenderaan, 2 maut

AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62.

Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah.

Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh.

Lori hadapi masalah brek.

Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat.

"Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan.

"Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak.

Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar," katanya yang cedera kaki kanan.

Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin.

"Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City.

Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita.

"Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian.

"Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada antara dua lori dan Honda City," katanya.

Empat jam keluarkan mangsa

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit.

"Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori.

Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.

40 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Kemalangan 2

Lelaki rentung rempuh belakang lori penyeludup

Alor Gajah: Seorang lelaki rentung selepas keretanya merempuh belakang sebuah lori penyeludup di Kilometer 194.9, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi semalam.

Mangsa, Lor Kuan Chuan, 26, dalam perjalanan ke arah utara apabila kereta Perodua Myvi dipandunya gagal dikawal dan merempuh belakang lori membawa muatan rokok dan minuman keras yang diseludup sebelum kenderaan diseret kira-kira 100 meter dalam kejadian jam 6 pagi itu. Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Mangsa tersepit di tempat duduk apabila kereta terperosok di bawah lori manakala pemandu lori berkenaan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, yang mengesahkan kejadian itu berkata, identiti pemandu lori belum dikenal pasti namun berdasarkan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan, lori berkenaan milik seorang lelaki di Pontian, Johor.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan didaftarkan menggunakan alamat di Ipoh, Perak. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kematian," katanya.

Lori bawa barang seludup

Pengarah Kastam Diraja Malaysia Melaka, Datuk Mohd Nasir Said, mengesahkan barang yang dibawa lori berkenaan diseludup dan bernilai sekitar RM350,000 dengan jumlah cukai lebih RM2 juta.

"Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana barang itu dibawa masuk dan ke mana hendak dihantar," katanya.

Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Hadzar Hasan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 pagi dan menghantar empat jentera, dua dari balai Ayer Keroh dan masing-masing satu dari Jasin dan Bukit Katil.

"Seramai 18 anggota mengambil sedikit masa untuk sampai kerana perlu melalui Tol Lipat Kajang untuk ke lokasi.

"Kerja memadam api selesai jam 7.35 pagi dan mangsa didapati tersepit dan rentung 80 peratus manakala kenderaannya hangus," katanya.

Langat 2: Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal

Posted: 25 Sep 2012 12:30 AM PDT


Shah Alam – Kerajaan Negeri 'sangat gembira' sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin. Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.

"Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.

"Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya," katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor.

Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi.

Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.

Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat.

Langat 2: MB Pahang beri Selangor kata dua
< /br> BENTONG - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.
< /br> Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.
< /br> Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.
< /br> "Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.
< /br> "Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
< /br> Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.
< /br> Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini.
< /br> Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.
< /br> Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015.
< /br> Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.
< /br>9 bilion.
< /br> Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir.
- Bernama
< /br>

Anwar Naik Jet Pun UMNO Jadi Kecoh...

Posted: 24 Sep 2012 09:40 PM PDT


Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar

KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.

Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.

Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.

"Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet," katanya.

Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.

"Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan.

Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.



Pinjam jet macam pinjam kereta kawan, kata Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengibaratkan jet peribadi yang dipinjam kepada beliau adalah sama seperti "kita memberi kawan kita untuk pinjam kereta" dan tidak harus diperbesarkan.

Beberapa blog dan media tempatan hari ini menyiarkan gambar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain menggunakan pesawat mewah itu untuk berkempen di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Penggunaan jet mewah itu menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pembangkang "dibiayai" oleh pihak tertentu atau pun terpaksa berhutang budi kepada pemilik pesawat itu.

Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau bertanya terlebih dahulu kepada pemilik pesawat itu tujuan meminjam jet itu kepadanya.

"Saya sudah tanya dulu, ada kepentingan atau tidak, tetapi dia kata tiada," katanya di sidang media di lobi Parlimen.

Anwar tidak mengenal pasti siapa pemilik pesawat itu tetapi berkata pihak yang ingin tahu boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam.

Gambar Anwar di dalam pesawat di muat naik di laman Twitter oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu sebelum di siarkan oleh beberapa laman blog selepas itu.
-antarapos

Ulasan GB

Anwar pakai pengawal peribadi (dari syarikat keselamatan) dikecohkan. Anwar guna bas yang disewakan oleh Tan Sri Khalid pun dikecohkan. Kini Anwar naik jet peribadi yang dipinjam dari rakan pun dikecohkan. Sungguh cemburu dan irihati besar puak UMNO ini. Tetapi Najib & Rosmah berbelanja berjuta-juta wang rakyat ke luarnegara mereka menikus.

Konvoi Ke Putrajaya Tuntut Royalti Minyak

Posted: 24 Sep 2012 06:46 PM PDT


Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan.

Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya.

Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti.

Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC.

"Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak.

"R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan.

Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan.

"Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

"Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini.

R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan.


Calon Pro-Mahasiswa UKM Terima Ugutan Culik & Bunuh

Posted: 24 Sep 2012 04:11 PM PDT

Calon Pro-Mahasiswa UKM diugut culik, bunuh

KUALA LUMPUR 24 September: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMuKM) mendedahkan, enam calon mereka menerima ugutan bunuh dan culik jika tidak menarik diri dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) esok.

Jurucakap GMuKM, Ahmad Afef Zulkepli berkata, ugutan itu disampaikan melalui panggilan telefon kepada keluarga mangsa.

Beliau percaya, ugutan tersebut kerana ada pihak yang takut melihat kebangkitan pro-Mahasiswa dalam PRK kali ini, lebih-lebih lagi apabila PRK seringkali dilihat sebagai petunjuk kepada pilihan raya umum.

"Malah, sudah tujuh calon kita menang tanpa bertanding…(sedangkan) pro-Aspirasi tidak cukup calon sehingga ada yang dipaksa bertanding oleh pihak pentadbiran universiti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut beliau, sabotaj turut berlaku apabila sepanduk calon disimbah cat, sama seperti program-program Pakatan Rakyat.

"Kami yakin perkara ini (ugutan dan sabotaj) tidak akan berlaku kecuali ada campur tangan daripada pentadbiran universiti dan Umno BN.

"Justeru, kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pelajar, Profesor Ir Dr Osman A Karim menafikan kewujudan campur tangan universiti dalam PRK," kata Ahmad Afef.

8 Mei lalu, Gagasan Pro Mahasiswa Nasional mendedahkan operasi 'Ops 2020′ yang menunjukkan campur tangan Pejabat Perdana Menteri dalam penangguhan PRK yang sepatutnya dibuat Mac lalu.

Berhubung perkara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 29 Ogos lalu meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.

0) menilai tahap PRK yang tidak adil.

Sementara itu, Presiden Ikatan Studi Islam uKM (ISIuKM), Muhamad Azan Safar memaklumkan kemenangan tujuh kerusi tersebut masih belum terjamin.

Katanya, ini kerana ada maklumat jelas menunjukkan pihak pentadbiran universiti akan campur tangan untuk menafikan kemenangan calon pro-Mahasiswa.

Tambah beliau, mungkin ada calon yang akan dibatalkan kemenangan mereka melalui kesalahan teknikal sesama pencalonan yang dipandang serius universiti.

Mengiringi mereka dalam sidang media itu adalah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Dua laporan polis dibuat keluarga mangsa yang menerima ancaman bunuh itu.

Pagi tadi, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto turut lapor polis berhubung ugutan tiga samseng upahan di kediaman beliau di Seksyen 17, Petaling Jaya. -KD

[BONGKAR] Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti! -updated

Posted: 24 Sep 2012 07:33 AM PDT



Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam pembahagian tong 1Malaysia di balakong sedikit masa lalu yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Jalan cerita filem iklan "Masalah Air Di Selangor mirip dengan pengagihan tong air di Balakong.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Baca laporan malaysia kini :

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.














PENEMUAN BARU


Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selangor' itu.. lihat video ini..

Ini adalah rakaman oleh Malaysiakini yang mendedahkan akan satu pengambaran secara rahsia tapi terbuka (rahsia apa ke benda tah..) yang telah dijalankan oleh sebuah produksi pengiklanan yang kelihatan akan digunakan untuk menyerang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu air..

Video ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gambar yang disiarkan oleh beberapa blog yang menyokong Pakatan Rakyat bahawa individu yang berlakon telah dikenalpasti adalah tidak benar.. lihat gambar di bawah..


Dua orang lelaki yang kelihatan (berbaju merah dan hitam) memang sangat popular dengan kerja-kerja mendajalkan Kerajaan Negeri Selangor.. perhatikan warna lori tangki yang membawa bekalan air di atas kemudian perhatikan gambar dari video rakaman Malaysiakini di bawah..


Warna lori dan jenis lori yang digunakan adalah berbeza... dan untuk pengetahuan semua gambar di atas ialah gambar yang telah dirakamkan ketika penduduk di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan mengalami gangguan selama lapan hari.

Yang berbaju merah itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu manakala yang berbaju hitam pula ialah Sohaimi Shahadan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Selain itu Sohaimi Shahadan juga adalah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia

Dan perlu diketahui juga Sohaimi Shahadan juga adalah pemegang 35% saham dalam MalTechPro pembekal i-Pad 1Malaysia yang mahal gila.. sila baca di ( SINI ) mengenai i-pad itu..

Jadi buat yang dah menyerang Presiden Pasukan Senaman Punggung atau Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom tu.. pandai-pandailah korang..

Berikut adalah rakaman Malaysiakini mengenai Iklan air masalah air Selangor yang dikatakan berjalan secara 'rahsia' di PJ itu..

-ASD


Siasatan terhadap syarikat Reservoir Productions yang menjalankan produksi filem Masalah Air Selangor masih terus kami lakukan. Difahamkan bahawa terdapat perjanjian di antara pihak pengeluar filem iklan tersebut dengan "klien"nya yang tidak didedahkan.

[Jenayah Menurun] Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam Dua Penyamun

Posted: 24 Sep 2012 02:48 AM PDT

ISTERI kepada Datuk Norizan Ali (gambar kecil), Datin Roslinda Kamaruddin hadir bersama anak perempuannya untuk melihat keadaan suaminya di Hospital Ampang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Ampang- Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali terpaksa lari sejauh 20 meter menyelamatkan diri ke rumahnya selepas diserang oleh dua penjenayah di depan rumahnya di Ampang, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit.

"Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya.

Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh.

"Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya.

Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.

"Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya.

Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun. -SH

Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikam

AMPANG: Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dilaporkan kritikal akibat ditikam di perutnya di luar rumahnya di Taman Dagang, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru balik daripada menonton perlawanan bola sepak bersama rakan di gerai mamak.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa meletakkan keretanya kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkat di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang apabila dua lelaki dipercayai warga asing mendekatinya.

"Kami tidak pasti masa ada pergelutan berlaku ketika itu tapi suspek kemudian lari meinggalkan mangsa yang cedera," katanya.

Barangan milik Norizan juga tidak dilaporkan hilang.
-BH
Ulasan GB

Namanya macam pernah didengari, tapi siapakah Datuk Norizan Ali, Ketua Pemuda UMNO Kepong itu?

Beliau pernah mempertikaikan pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

Tiada kaitan diantara kisah itu dengan hal tikaman yang terkena kepada Datuk Norizan, sekadar untuk mengingati dan mengenali siapa beliau.

Kedua, yang terlebih penting sekarang ialah polis perlu buka mata seluas-luasnya. PDRM mendakwa indeks jenayah menurun, sedangkan jenayah terus-terusan berlaku.

Kali ini jenayah berlaku lagi dan terkena kepada seorang Ketua Pemuda UMNO sendiri, masih mahukah mengaburi mata rakyat kononnya kadar jenayah telah menurun? Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat?



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: