Selasa, 25 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Menteri Hina Lagu Negaraku - Perkasa Wajib Buat Laporan Polis

Posted: 25 Sep 2012 12:46 AM PDT

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku."


Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.

Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

http://www.malaysiakini.com/news/209829

Plot Jatuhkan Kerajaan - 48 Jam Untuk Mohon Maaf

Posted: 24 Sep 2012 10:49 PM PDT

Enam NGO memberikan tempoh 48 jam kepada New Straits Times untuk memohon maaf berhubung laporan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam plot untuk menjejaskan kestabilan kerajaan.

Kata mereka, laporan pada 21 September lalu itu tidak berasas dan berniat jahat.

Selain mahu ia ditarik balik, mereka berkata, permohonan maaf itu patut disiarkan di tempat yang sama dengan dakwaan yang disiarkan sebelum ini.



"Kami ambil berat perkara ini. Perkara ini sekarang sedang diteliti peguam-peguam kami," kata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media di ibu negara hari ini.

"Jadi kami jangkakan respons New Straits Times dalam tempoh 48 jam (bermula jam 11 pagi ini), kegagalan berbuat demikian menyebabkan kami mengambil tindakan sepatutnya dan menurut undang-undang ia terpulang kepada kami."

Tuntutan itu dibuat oleh kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pemantau media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, badan kajian Merdeka Centre dan NGO pembangunan organisasi Pusat Asia Tenggara bagi E-Media (Seacem).



Antara Dua Gila..

Posted: 24 Sep 2012 07:48 PM PDT


Marina Mahathir Juga Pernah Terima Dana Daripada Soros

Posted: 24 Sep 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.

Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.

Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu "dungu" apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.

"Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain," kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.

Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.

Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki "akaun yang mengelirukan".

NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

Malahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.

"Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita," kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu. _TMI



Skandal Matawang: Anwar Bidas Khairy

Posted: 24 Sep 2012 04:38 PM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan urusniaga pertukaran matawang asing ketika berada dalam kerajaan.

Arahan itu dakwa Anwar diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Jaafar Hussein ketika itu."Saya pasti BNM mempunyai rekod dan sahkan apa yang saya sebut.

"Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta. Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi Menteri Kewangan.



"Perniagaan forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu (Daim Zainuddin) dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu," katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

Untuk rekod, Daim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1985 hingga 1991 sebelum Anwar menggantikannya bermula pada tahun yang sama sehingga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Anwar membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencelah mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pernah meminta Anwar meletakkan jawatan berikutan kerugian itu pada tahun 1993.

Sementara itu, Ketua Umum PKR itu juga memaklumkan jumlah kerugian yang dialami oleh BNM dalam pasaran pertukaran wang asing (Forex) pada tahun 1991 boleh dijelaskan oleh Gabenor BNM sekarang, Zeti Akhtar Aziz.

Ini kerana Zeti adalah diantara orang yang bertanggungjawab dalam isu itu selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu memegang jawatan Pentadbir Kanan BNM.

Sebelum itu, dalam sidang perbahasan di Parlimen, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh BNM akibat Forex dari tahun 1990 hingga 2012.

Lim mempersoalkan mengapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion BNM melalui forex dinaikkan pangkat.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

Anwar menambah terdapat pengakuan mengenai kerugian, bagaimanapun ia dinafikan."Ada perakuan. Memang ada kerugian yang dinafikan.

Saya dah bercakap dengan Jaafar. Dia beri penjelasan walaupun belum mendapat maklumat.

"Walaupun dia (Jaafar) tak bertanggungjawab secara langsung langsung, tapi dia pilih untuk meletakkan jawatan. Peliknya Nor Mohamed Yakcop pula diangkat sebagai Menteri," katanya.



'Tentera Punggung' Pelakon Utama Iklan Fitnah Air Selangor

Posted: 24 Sep 2012 08:01 AM PDT

Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.




Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. "(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.



Video Panas - Wanita Umno Terkinja-kinja Macam Beruk..

Posted: 24 Sep 2012 06:39 AM PDT

Iklan Air Sabotaj Kerajaan Selangor Berjalan Secara Rahsia

Posted: 24 Sep 2012 05:07 AM PDT

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.



Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.

Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air

Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.

Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.

Penggambaran P&C, bukan rahsia

Sementara itu, seorang produser eksekutif di syarikat penerbitan iklan berkenaan Chow Chun Son ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada penggambaran tersebut adalah untuk menunjukkan berlakunya krisis air di Petaling Jaya.

Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.

"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.

"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.

Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.

"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya.



Tiada ulasan: