Sabtu, 15 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


K'jaan UMNO BN Bina Longkang Pelik Di Paya Jaras

Posted: 15 Sep 2012 12:21 AM PDT

Paya Jaras 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.

Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.


"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.

"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung,"
katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.

"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi. -selangorku

Chegu Bard Mahu Dedahkan Korupsi Libatkan JPM

Posted: 14 Sep 2012 07:47 PM PDT

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.

Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000.

Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan.

Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri.

Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan.

"Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.


Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Usaha tutup korupsi Scorpene

Sementara itu, CheguBard mendakwa siasatan yang dilakukan terhadap sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ialah satu usaha untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam Scorpene termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing.

"Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, Suaram diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata kerana menerima dana dari luar.

"Nampak sangat kerajaan BN menjadi panik dan ketandusan isu berdepan Suaram," jelas beliau.

Beliau berkata, bukannya suatu perkara yang asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju.

Bantuan dan dana katanya, juga datang dari badan korporat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung.

Jelas beliau, "ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan BN seolah-olah menjadikan perkara ini asing dan amat salah, khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka).

"Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan Bernas, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing.

"Lebih dashyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian Scorpene, ini juga didiamkan," ujar beliau. -FMT

Kerajaan UMNO BN Sudah Gila, Mahu Terus Bina Menara Warisan

Posted: 14 Sep 2012 04:30 PM PDT

Pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Kerajaan Pusat bakal mengundang nasib serupa sebagaimana projek National Feedlot Corporation (NFC), LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan lain-lain projek yang didapati berlaku penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini.

"Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini.

"Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu. Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, " katanya ketika dihubungi.

Projek untuk kayakan kroni

Zuraida tidak menolak bangunan pencakar langit tersebut antara projek gajah putih Umno bertujuan mengkayakan kroni mereka.

"Ini yang menimbulkan keraguan, melihatkan spekulasi yang berlaku sekarang, pastinya ada penyelewengan.

"Projek itu pasti kroni mereka akan bolot, kosnya tentu berlipat kali ganda. Kenapa perlu bina bangunan yang begitu mahal?" soal Ahli Parlimen Ampang itu lagi.

Sebagai pemimpin, kata Zuraida, beliau tidak mahu Menara Warisan dijadikan 'bank' untuk Umno mengaut keuntungan dari hasil rakyat.

"Umno tidak pernah takut untuk habiskan duit rakyat, mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku dalam projek NFC, LRT, KTMB dan lain-lain lagi.

"Umno perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan anda. Jalan bagi menyelesaikan sikap boros Umno ini pastinya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.

Projek di bawah pengurusan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu mengesahkan, penambahan ketinggian bangunan itu yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan kos RM5 bilion diumumkan Najib dalam Belanjawan 2010.

Pengumuman itu mencetuskan tentangan, namun Najib tegas mempertahankan kononnya projek itu bukan pembaziran dan mempunyai kesan 'baik' ke atas ekonomi.

Dalam pada itu, Aktivis Warisan Negara, Teoh Chee Keong mendakwa, Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 – pencakar langit tertinggi antara 2004 sehingga 2010.

Projek yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijangka siap pada 2015 itu bakal melebihi bangunan tertinggi negara sekarang iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.


Rakyat bantah

Tinjauan Merdeka Center dalam kaji selidiknya terhadap pendapat pengundi Semenanjung Malaysia bagi suku keempat tahun 2010 mendapati, hampir 2/3 rakyat Malaysia membantah pembinaan bangunan itu.

Kaji selidik itu merangkumi 1,005 orang yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, menyaksikan 65 peratus responden membantah cadangan tersebut.

Masyarakat Cina adalah yang paling ramai membantah pembinaan menara tersebut (65 peratus) diikuti dengan Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus). -KD

[WASPADA] Dipanah Petir Ketika Pegang Telefon Bimbit

Posted: 14 Sep 2012 09:41 AM PDT

Chukai – "Waktu itu saya sedang caj telefon bimbit dan letakkannya atas paha sambil tangan diletakkan atas telefon itu namun tak semena-mena saya rasakan terkena renjatan elektrik lalu saya yang berada di atas katil dalam bilik tidur tercampak di tepi dinding dengan badan kaku serta kejang," kata Aniq Syazwan Abu Bakar, 16.

Aniq Syazwan nyaris maut akibat panahan petir menyambar wayar elektrik hingga menyebabkan dia terkena renjatan dalam kejadian ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar kira-kira jam 8.12 malam di rumahnya di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, dekat sini, tiga hari lalu.

Pelajar tingkatan empat ini yang masih sedarkan diri sejurus renjatan itu hanya mampu membuka mata dan melihat kedua-dua tangannya bertukar menjadi biru kehitaman sebelum tidak sedarkan diri ketika kedua ibu bapanya memasuki bilik tidurnya.

"Semasa terkena renjatan itu saya lihat cahaya menyambar tangan lantas saya tercampak ke tepi dinding. Kejadian ini buatkan saya trauma dan serik untuk memegang telefon bimbit lagi semasa petir atau kilat," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, bapa Aniq Syazwan yang juga kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Abu Bakar Abdullah, 55, berkata, semasa kejadian dia sedang berwirid di ruang solat di rumahnya sebelum terdengar bunyi 'prakkk' lalu bekalan elektrik terpadam sebelum terdengar sayup-sayup anak bongsunya daripada lima beradik itu meraung kesakitan.

"Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan menuju ke bilik adik (nama panggilan untuk Aniq).

"Bila masuk ke biliknya, saya suruhnya mengucap kerana sangkakan keadaannya sudah tenat tapi Alhamdulillah waktu saya masuk ke dalam biliknya bersama isteri, Pasiah Hamzah, 51, dia masih sedarkan diri tetapi badannya kejang seperti robot sebelum kami menghantarnya ke Hospital Kemaman," katanya sambil menganggap kejadian berkenaan satu keajaiban dan kebesaran Allah SWT kerana anaknya masih selamat.

Difahamkan akibat panahan petir itu, televisyen dan mentol di rumah dua jiran mereka turut meletup. Aniq Syazwan ditahan dalam wad selama dua hari kerana dikhuatiri kesan arus elektrik boleh memudaratkan otak dan jantungnya sebelum dibenarkan pulang petang kelmarin. -SH


Aniq Syazwan sambil diperhatikan bapanya (kanan) melakonkan semula bagaimana keadaan tangannya yang kaku selepas terkena renjatan elektrik akibat panahan petir.


Jawapan Hishamuddin Seperti Galakkan Jenayah & Samseng Berterusan

Posted: 14 Sep 2012 08:32 AM PDT

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. -mk




Ulasan GB

Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan di dalam negara, menjadi kewajipannya untuk menjamin keselamatan rakyat tidak kira penyokong atau pembangkang.

Apabila beliau dengan secara terbuka menyatakan "tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang" bererti beliau sudah tidak lagi layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia.

Malah kenyataan beliau itu seolah-olah memberikan endorsement terhadap perbuatan liar ahli-ahli UMNO dan sekutunya yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat dan jenayah selama ini.

Dengan bersikap sedemikian, hukum kebenaran dan keadilan pasti akan menghukum Hishamuddin satu hari nanti.


Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno

Posted: 14 Sep 2012 06:22 AM PDT

Shah Alam, 14 Sept: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, 'mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu, Hairie menyifatkan Zed seperti 'menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

"Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

"Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma," kata Hairie yang terkenal dengan watak 'Leftenan Adnan' kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

"Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

"Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman," ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

"Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

"Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah," kata Abby lagi.

Lampu Spotlight Di Sri Pentas Terjatuh & Hempap Penyanyi!

Posted: 14 Sep 2012 03:31 AM PDT

Penyanyi Alyah, tercedera apabila sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini.

Lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah dan kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. -hatikaca

Tiada ulasan: