Sabtu, 15 September 2012

.

.


Tiang Aras Umno Sabah Bergoncang

Posted: 15 Sep 2012 02:55 AM PDT

 TERKINI
Ibrahim Menudin (kiri) bersama Anwar.

Seorang demi seorang tokoh Umno Sabah telah mengistyharkan diri menyertai Pakatan Rakyat. Kali ini giliran bekas Bendahari Agung Umno Sabah Ibrahim Menudin pula mengistyharkan diri menyertai PKR di hadapan Anwar Ibrahim di satu majlis di Batu Arang Labuan lewat petang ini.

Dipercayai ada beberapa orang lagi tokoh Umno dan ahli politik Sabah akan berbuat demikian. Dijangka malam ini juga ada pengumuman penting. Beberapa mereka yang disebut-sebut akan bersama Pakatan Rakyat termasuklah ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur. Namun sukar diyaini Ghafur akan berbuat demikian malam ini.

Sudah pasti tiang aras Umno Sabah makin bergoyang kini dan mungkin akan terus tumbang mungkin sebelum piliahn raya umum diistyharkan. Berita lanjut malam nanti. [kk. sbh.5:50 pm 15/09/12]

Khairy Jamaluddin, Empat Yang Lain Digugurkan?

Posted: 15 Sep 2012 02:07 AM PDT

MAKLUMAT AWAL

Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Kahiry Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut. [kkb.sbh. 5:04 pm 15/09/12]

Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid?

Posted: 14 Sep 2012 08:02 PM PDT

SEALAM PERASAAN

Kate dan suami memasuki masjid.
Bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia menghantar sms kepada saya mempertikaikan kenapa kunjungan puteri di Raja Britian Kate Middleton dan suaminya Putera William ke masjid berhampiran KLL tidak dibantah dan diterima seadanya.

Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.

Kaki Kate yang mugil melangkah tangga masjid.
Tanya beliau apakah kaki mugil Kate suci dari kaki pemimpin DAP itu? Apakah bezanya kaki mugil dengan kaki kematu? Beliau juga menyuruh saya membelek gambar-gambar terkini Kate yang dipaparkan dalam majalah Closer yang boleh diakses menerusi internet.

Memang dalam paparan gambar itu Kate memasuki masjid. Sekeping gambar menunjukkan Kate berjalan menaiki tangga dan kedua belah kakinya nampak jelas. Gambar itu juga turut memaparkan kasut Kate yang diletak di atas tangga.

Saya yakin gambar kaki dan kasut Kate yang diletakkan di atas tanggan beralasankan permaidani tidak disiarkan dalam akhbar penjilat buntut, atau majalah Kiblat dan Al Islam terbitan Utusan Melayu.

Kasut Kate diletak atas permaidani.
Soal bekas setiausaha itu lagi sepatutnya mereka yang sebelum ini sasau dan menunjukkan keprihatinan mereka yang tinggi terhadap agama dan mengkritik orang Islam memasuki masjid atau surau walaupun untuk menyampaikan bantuan kepada orang Islam memprotes tindakan Kate itu. Kalau kita marah kepada kafir DAP, mengapa kita mendiamkan diri dengan menantu Puteri D itu?

Beliau juga menarik perhatian apa pandangan Hasan Akidah di dalam soal ini. Apakah perbuatan Kate yang jelas seorang Kristian tidak mencemari masjid? Atau pun kerana kemasukan Kate itu tidak menjejaskan politik Umno maka ia dibenarkan?

Tidak lupa pegawai berkenaan turut bertanya mengenai apa pandangan ulamak muda Umno Fatu Bari an juga ulama tua Harussani Zakaria. Beliau berharap mereka dapat memberi penjelasan kerana menurut maksud sebuah hadith kalau kita berbuat sama dengan mereka (orang kafir) maka kita juga seperti mereka?

Seterusnya pegawai itu memberi pandangan hendaklah kita adil dan berkata benar mengenai Islam dan jangan mengurusnya mengikut perasaan dan memikirkan kepentingan kita. [kk.sbh 10:50 am 15/012/12]

Musa Sudah Bertindak, Halau Azmin Dari Masuk Sabah?

Posted: 14 Sep 2012 07:36 AM PDT

TERKINI MALAM

[kemaskini] Catatan dibawah ini mengelirukan sedikit yang ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah hanya pegawai Azmin, Hilman dham. Azmin buat masa ini bersama Anwar Ibrahim dalam majlis di Labuan.

Kerajaan UBN Sabah tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka dengan perkembangan politik yang berlaku di negeri berkenaan sekarang ini. Serangan Pakatan Rakyat benar-benar menggelisahkan para pemimpin UBN negeri berkenaan. Ternyata kunjungan Najib Razak ke Sabah yang kerap ke belakangan ini tidak dapat menyekat arus kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan UBN.

Mohamed Azmin Ali
Hari ini tindakan menerusi undang-undang sudah mula dilakukan sebagai menghadang arus itu. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama 14 orang rombongan telah ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu dan dilarang daripada memasuki Sabah.

Azmin dan rombongan yang dalam rangka untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia esok diarah pulang ke Kuala Lumpur.

Azmin Ali yang dihubungi menerusi sms sekejap tadi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Kata pegawai Imigresen mengesahkan tindakan itu adalah atas arahan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

"Pegawai Imigresen mengesahkan arahan Ketua Menteri. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab takut orang Sabah mendapat maklumat," demikian bunyi sms Azmin.

Adalah diyakini tindakan itu tidak akan melemahkan semangat pimpinan Pakatan Rakyat dan juga rakyat Sabah yang kini bangkit untuk menumbangkan kerajaan UBN. Bahkan tindakan berbentuk politik itu akan membakarkan lagi semangat rakyat Sabah.

Esok hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan bersama rakyat Sabah dalam majlis countdowm menejlang 12:00 tengah malam 16 September di Tuaran, Sabah. Antara mereka yang hadir, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Tidak dapat dipastikan apakah mereka sudah berada di Sabah atau belum. Nasib mereka juga menjadi tanda tanya sama adakah mereka akan 'lepas' ataupun ditahan seperti Azmin dan rombongan. [wm.kl.10:35 pm 14/09/12]

Tiada ulasan: