Khamis, 13 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Perak Terkencing Dengan Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Sep 2012 12:16 AM PDT

Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.


Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrin bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

-selatanonline-


Menteri bunuh diri angkara skandal

Posted: 12 Sep 2012 08:12 PM PDT

Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun ditemui mati bunuh diri, dua hari sebelum majalah tabloid mendedahkan skandal beliau dengan seorang wanita.

Tadahiro Matsushita, 73, ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo berserta surat kepada isterinya dan Perdana Menteri Yoshihiko serta dan anggota kabinet.

Seorang wakil dari majalah tabloid Shukan Shincho berkata, berita skandal melibatkan pemimpin itu dengan akan disiarkan minggu ini.


Sementara itu, Menteri Kewangan Jepun, Jun Azumi berkata, mendiang adalah seorang ahli politik berpengalaman dan mempunyai disiplin serta kualiti kerja yang tinggi dan sungguh produktif.

Azumi akan mengambil alih tugas Matsushita sebagai menteri perkhidmatan kewangan, termasuk melaksanakan tugasan sebagai menteri bertanggungjawab menyelia rangkaian penswastaan pejabat pos.


Lagi Blogger Umno Kantoi Di Mahkamah

Posted: 12 Sep 2012 04:30 PM PDT

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.


Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah " penyamun besar" Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.

ngakorming.com


Kerajaan Persekutuan ‘Pembuli & Pengkhianat’terhadap Negeri Selangor

Posted: 12 Sep 2012 07:59 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR mengecam pihak kerajaan persekutuan kerana cuba berlagak sebagai'pembuli dan samseng' apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan Negeri Selangor.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan Negeri Selangor dan tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi pengkhianatan di dalam isu pembinaan Langat 2 ini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan 'duit mudah' bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan bukan semata-mata membina loji ini untuk kepentingan rakyat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut melahirkan kekesalan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan isu ini yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menunjukkan sikap dan akhlak seorang pemimpin yang tidak menghormati konsep federalisma dan bersikap khianat terhadap kepimpinan DYMM Sultan Selangor selaku pemerintah Negeri Selangor yang berdaulat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menggesa kerajaan persekutuan menarik semula tender Langat 2 yang sudah diiklankan sebelum ini serta memanggil kerajaan Negeri Selangor di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut berkaitan dengan isu pembinaan Langat 2 ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga meminta kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil sebarang langkah yang perlu bagi membalas pengkhianatan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan sekiranya mereka masih berdegil untuk meneruskan agenda pengkhianatan mereka ini.

USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Polis berada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat

Posted: 12 Sep 2012 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno. Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.


"Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

"Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas," katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/samseng-jasin-polis-berada-dalam.html


“Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”

Posted: 12 Sep 2012 01:50 AM PDT

Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

"Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol", dan selepas itu talian terus diputuskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini diringi Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ekoran itu, beliau membuat laporan polis pagi tadi di Balai Polis Damansara.

Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.


Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.

Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

"Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang," tegas Nik Nazmi.

"Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu," tegas beliau.

"Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman," katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

"Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka," katanya.

"Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti," katanya lagi.

Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/09/pengawal-peribadi-anwar-terima-ugutan.html


Tiada ulasan: