Kelab Greenboc |
- Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat!
- [EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk
- Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir
- [VIDEO & BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan
- Kantoi!!! Bendera Malaysia : UMNO Tiada Modal, Fitnah PR
- Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang
- Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah
- Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion
Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat! Posted: 01 Sep 2012 12:45 AM PDT Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan "Assalamu'alaikum" terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat. Kemaruk syaitan apakah sehingga membelakangkan solat Jumaat semata-mata untuk berkupul membuat persembahan di Stadium Merdeka? Mengikut perhatian GB, itu petanda jelas bahawa UMNO sedang berada di njurang kejatuahn dan kehancuran. Kita sama-sama nantikan saat bersejaran itu. |
[EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk Posted: 01 Sep 2012 12:34 AM PDT Kota Bharu - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu. Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi. "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini. Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. -SH DSAI dan Kak Wan, melihat keadaan bas Jelajah Merdeka Rakyat yg disabotaj awal tadi tadi. -fb Jeminghassan klik untuk baca |
Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir Posted: 31 Aug 2012 09:50 PM PDT B Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur. Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka. Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan. Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini. "Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja. "Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik," kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi. Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN. "Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur. "Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar. "Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi. "Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan," kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku |
[VIDEO & BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan Posted: 31 Aug 2012 07:25 PM PDT Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin. Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang. Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu! p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya. klik untuk baca ter |
Kantoi!!! Bendera Malaysia : UMNO Tiada Modal, Fitnah PR Posted: 31 Aug 2012 04:17 PM PDT Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi. Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan: @anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan: @anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi? Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal. Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. @wongholeng "@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen |
Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang Posted: 31 Aug 2012 07:45 AM PDT Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'. "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini. Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli. "Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar. Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said. Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat' Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat' Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD Macang, Kelantan |
Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah Posted: 31 Aug 2012 06:05 AM PDT Butterworth: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah. Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin. Gambar: Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British. Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah. Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis. "Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral. Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012. Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad. -HD |
Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion Posted: 31 Aug 2012 03:02 AM PDT Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan. Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara. Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian. Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor. "Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai. Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta. "Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek. "Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek. "Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion. Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta. Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta. "Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan. "Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan