Sabtu, 1 September 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


DI MANA HIDUNG ANJING???

Posted: 31 Aug 2012 10:43 PM PDT

Suhu  politik negara akhir akhir ini agak panas. Kencederungan politik samseng dan rasis kini sedang disuburkan oleh media tanpa ada sekatan atau tindakan pihak berkuasa. Tindakan sekumpulan samseng di Jalan Kebun yang menganggu satu majlis PR dibiarkan tanpa tindakan tegas. Walaupun ada laporan tangkapan..ianya sekadar melepas kahak di dapur...

Serangan kepada pelajar di Dataran Merdeka dalam keadaan pihak polis berada dalam situasi paling mudah untuk bertindak juga menghampakan dan menghilangkan harapan rakyat terhadap pihak keselamatan. Pihak polis nampaknya lebih berminat untuk memberi ancaman dan ugutan kepada anjuran pendokong PR yang sentiasa aman daripada  bertindak terhadap penganjur keganasan anjuran PERKASA dan golongan sebusuk mereka.

Para pemerhati politik melihat keadaan ini sebagai satu budaya politik ganas yang disuburkan tanpa tindakan tegas selagi ianya mendokong dan menyokong umNO. Terbaru serangan terhadap bas PKR di Kota Bharu. Kita tunggu tindakan polis yang diharapkan "Cepat da Betul" dalam bertindak. Jika Polis boleh bertindak kepada beberapa individu yang "disyaki" pengganas... maka amat menghairankan apabila polis gagal bertindak kepada mereka yang telah terbukti melakukan keganasan. Di mana hidung anjing pihak polis yang boleh mengesan bau hati yang ingin melakukan keganasan...sedangkan gagal mengesan bau busuk keganasan di sepan hidung mereka...

 Desas desus dan ancaman PM sendiri bahawa negara akan huru hara jika PR memerintah mungkin ada kebenarannya. Beberapa NGO penyokong umNO dilihat sedang membuat latihan pemanas badan di beberapa program anjuran PR malah tindakan polis dalam Bersih 3 juga dilihat sebahagian latihan pemanas badan tersebut.. Rakyat masih tidak lupa amaran Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan darah sebagai "isyarat kebenaran" kepada huru hara jika PR memerintah. Namun semua isyarat ini menu njukkan ianya akan dilakukan oleh penyokong Najib!!!... Semoga Polis dan tentera bukan lagi penyokong Najib  setelah kejatuhan rejim itu dalam PRU 13 nanti...


Tiada ulasan: