™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Ketua Srikandi PKR mencabar ketua wanita UMNO Posted: 19 Sep 2012 09:02 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan amat gerun dengan slogan Janji Ditepati yang digunakan oleh BN. Slogan BN 'Janji Ditepati' dilihat sebagai platform ampuh kepada Perdana Menteri untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara. Bagaimanapun kenyataan Najib tersebut dibidas oleh Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang menyifatkan slogan itu hanya layak untuk dikritik, bukannya ditakuti. "Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu," kata Aishah. "Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?" soal Aishah ketika dihubungi. "Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata. "Berbeza dengan Pakatan, apa yang kami laungkan bukan hanya untuk pilihan raya saja, tapi sememangnya menitik beratkan soal kebajikan rakyat," jelasnya. "Sudah berapa banyak isu yang kita bangkitkan, akhirnya digunapakai dan diubah oleh kerajaan? Ini terbukti apabila pemimpin kerajaan jarang bercakap soal dasar dan hanya perkara remeh temeh, akhirnya mereka akan meniru dasar kita dan ubah kepada ayat lebih baik saja," jelas Aishah lagi. "Kepada Perdana Menteri, kalau betul anda rasa dasar kerajaan adalah yang terbaik, apa kata buat saja pilihan raya!," cabarnya. "Kenapa terus takut? Kemudian tabur janji di Kelantan sebelum ini, mungkin Najib sedar ini adalah kali terakhir Umno memerintah di Malaysia," katanya. |
ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG - YB Malik Kassim Posted: 19 Sep 2012 08:44 AM PDT KENYATAAN MEDIA YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 19 SEPTEMBER 2012 ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu. Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka. Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu. Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka. Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu. Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996. Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas. Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk. Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini. Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam. Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk. Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka. Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang dengan memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya. Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng. Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012. Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya. Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini. Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang. Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini. diambil dari sini lagi gambar tengok kat sini 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan