Muslimeen United |
- Hudud - Kenapa Tanya Karpal.. Tanyalah Umno Yang Mengaku Islam.
- [DAHSYAT] Pengawal Keselamatan Larikan RM1.2 Juta Setelah Tembak Rakan Sekerja
- Gempar !!! Awas Pencuri Lap Top , Di Sebelah Anda Sahaja dia beroperasi.
- SPR Mahu Jaga Kepentingan BN Atau Kehendak Dan Hak Rakyat?
- Terima kasih Tun Mahathir
- 'Saya boleh agak samseng dari cawangan mana'
- [BERGAMBAR] Agong Bangga - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Hampir Siap
- Ustaz Azhar Idrus Komen Isu Gangnam Style
- Cara Seorang Ibu Membezakan 4 Anak Kembarnya
- P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam
Hudud - Kenapa Tanya Karpal.. Tanyalah Umno Yang Mengaku Islam. Posted: 19 Sep 2012 06:03 AM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno. "Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! "Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu. TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini. Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud. Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud. Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud. -sumber |
[DAHSYAT] Pengawal Keselamatan Larikan RM1.2 Juta Setelah Tembak Rakan Sekerja Posted: 19 Sep 2012 05:59 AM PDT Taiping – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam. Gambar: ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam. Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini. Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis. Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut. Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap. "Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar. "Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek," kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain. Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222. -Kosmo |
Gempar !!! Awas Pencuri Lap Top , Di Sebelah Anda Sahaja dia beroperasi. Posted: 19 Sep 2012 05:58 AM PDT Lihat Selamba Je Pencuri lap top ni..dia dok sebelah . kawan tu je..ambil dan terus belah...nak tangkap pun bukan payah. tapi dia ambil depan mata sahaja. |
SPR Mahu Jaga Kepentingan BN Atau Kehendak Dan Hak Rakyat? Posted: 19 Sep 2012 12:17 AM PDT Pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar didakwa menipu rakyat Malaysia di negara asing, itu yang disampaikan kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) yang tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan urusan bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos. MOV selain mendakwa Pengerusi SPR dan timbalanya itu menipu juga mendesak 2 orang kuat (pusing) SPR itu meletakkan jawatan. MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu. Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Nampaknya rakyat sudah hilang kayakinan pada SPR, bagaimana proses pilihanraya yang bersih dan adil boleh dijalankan jika suruhanjaya itu sudah tidak lagi diyakini, ini pelik kerana pengadil dalam sesebuah perlawanan sudah tidak lagi dilihat mampu mengadili perlawanan secara adil. Seeloknya jika masih rasa ada maruah diri, lebih baik undur saja, apakah mahu terus jaga kepentingan BN lebih dari menjaga kepentingan dan hak rakyat sehingga sanggup dicaci maki oleh rakyat kerana gagal menjaga kepercayaan rakyat terhadap amanah yang diberi. Jika beginilah caranya, tidak terkejut Bn masih mampu berkuasa dalam keadaan rakyat sudah jelas menolak dan sepakat mahu membenamkan BN kedalam lubang najis, kerana masih ada halangan besar dalam usaha menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil. Halangan itu ialah orang yang tak tahu malu dan masih mahu duduk dikerusi empuk walaupun rata-rata rakyat mahu dia bangun dari kerusi tersebut kerana gagal meyakinkan rakyat bahawa pilihanraya yang adil dapat mereka laksanakan.. Ingat hak kita, jangan terus duduk dan diam, jadi bisu dan bodoh, kerana itu yang dimahukan umno untuk mereka terus menang dan terus menjarah harta negara, kita ini rakyat dilayan seperti hamba. diperbodohkan tiap masa. |
Posted: 19 Sep 2012 12:09 AM PDT Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain. Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam. PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya. Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din). Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya. Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman. Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila Allah mendedahkan kelebihan Adam kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya: وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) (Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33). Allah tidak dengan segera menghantar Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia, yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti. Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud. Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah. Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna memusuhi Allah dan Rasulnya. Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat. UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi. Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya . Apabila wajib beriman kepada malaikat dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya: 60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! 61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus. 62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62) Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya: 208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208). Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya: 268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268). Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS |
'Saya boleh agak samseng dari cawangan mana' Posted: 19 Sep 2012 12:08 AM PDT Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, walaupun tidak kenal pihak yang memijak gambarnya dalam insiden di Shah Alam dua tahun lepas, beliau dapat mengagak individu terlibat daripada kumpulan mana. "Apabila ditanya sama ada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. "Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini," kata Khalid mendedahkan pertemuannya dengan pegawai polis yang menyiasat insiden itu baru-baru ini. Menulis dalam blognya, Khalid berkata, setelah memuatkan gambar berkaitan di blog pada 3 September lalu, beliau dikunjungi polis sepuluh hari kemudiaannya. Katanya, ia ekoran laporan polis seorang individu di Gombak. "Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. "Saya memaklumkan bahawa ia berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada," coret timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor itu hari ini. Kain rentang Nik Aziz dikencing mungkin di Sek 7 Sementara itu, Khalid berkata, polis Terengganu juga mengunjunginya pada 14 September berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikencing sekumpulan lelaki. Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008. Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik. "Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam. "Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. "Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam." -M'kini |
[BERGAMBAR] Agong Bangga - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Hampir Siap Posted: 19 Sep 2012 12:07 AM PDT KUIN dari ilmu terbatas ke profesional: Agong bangga ALOR SETAR: Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa gembira atas pencapaian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang telah berkembang kepada pelbagai ilmu pengajian profesional. "Beta juga merasa gembira kerana KUIN yang dahulunya hanya mempunyai kurikulum dan bidang ilmu yang kecil dan terbatas serta tumpuan hanya diberikan kepada pengajian Islam. "Kini telah berkembang menjadi IPT yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitaliti, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam," titah baginda. Tuanku Abdul Halim yang juga Canselor KUIN bertitah demikian ketika majlis konvokesyan ke-14 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, 17 September lalu dan berkenan menyampaikan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada kira-kira 300 graduan. -HD Universiti 'lima bintang' akan siap hujung tahun ini |
Ustaz Azhar Idrus Komen Isu Gangnam Style Posted: 19 Sep 2012 12:07 AM PDT |
Cara Seorang Ibu Membezakan 4 Anak Kembarnya Posted: 18 Sep 2012 07:28 PM PDT Di China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala anaknya. Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan sebuah solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat rambut anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1 sampai 4. Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4) Keadaan ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat bersaudara ini mendapat perhatian khusus dari seluruh dunia. Meski banyak yang mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak itu tidak peduli. Sejalan dengan keinginan orang tua mereka, hal terpenting bagi Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik. Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka. |
P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam Posted: 18 Sep 2012 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro-M) Nasional semalam menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memohon campurtangan badan itu memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Pengerusinya, Edikoup Lakip berkata, memorandum yang diberinama 'Bersih Kampus' itu antara lain memohon Suhakam menubuhkan pasukan khas memantau perjalanan pilihan raya kampus kali ini agar ianya berjalan secara bersih, adil dan berintegriti. Selain itu mereka juga mahu Suhakam menyiasat dakwaan camputangan asing termasuk parti politik yang di kenali sebagai 'Ops 2020' dalam pilihan raya kampus kali ini. "Tiada penarafan dalam ketelusan sistem pilihanraya kampus sejak dahulu lagi, sepatutnya universiti menjadi cerminan demokrasi yang paling telus dan adil" kata Saudara Edikoup semasa sidang mediaselepas penyerahan itu semalam. Aduan lain termasuk juga penetapan tarikh pilihanraya yang terlalu lambat, menuntut mahasiswa terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus. "Kita mahu sistem pengundian telus, kebebasan berkempen dan peruntukan kepada calon dalam proses pilihanraya kerana mahasiswa telah membayar yuran kebajikan tetapi mahasiswa terpaksa menggunakan duit sendiri lagi"ujar saudara Edikoup lagi. Turut hadir Saudara Presiden Gamis Akram Ikrami, Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang, Presiden PMIUM Syis Abdul Kadir dan Koordinator Aksi Ekhsan Bukhari. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan