Selasa, 11 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Skandal Kenderaan Tentera: Harga Pasaran RM150 Ribu, Harga Pembekal RM690 Ribu

Posted: 11 Sep 2012 07:23 AM PDT




Bernama melaporkan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi akan menyiasat sendiri perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan oleh Sultan Johor dalam titah baginda pada Sabtu lepas.

Kata Zahid seperti dipetik Bernama, "Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeza yang akan saya teliti." 

Jawapan Zahid seolah-olah dia tidak mengetahui secara terperinci tentang pembelian kenderaan tersebut. Mengapa pembelian kenderaan dengan nilai yang cukup besar itu tidak diketahui oleh Zahid? Pelik! Siapa yang meluluskan pembelian kenderaan tersebut? Mengapa Zahid tidak mengetahui spesifikasi kenderaan tersebut sedangkan peralatan itu di bawah kementeriannya?

Selain harga, Sultan Johor turut melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi. 

Titah baginda, "...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda."

Harga mahal gila, tetapi tidak bermutu dan menepati spesifikasi?  Adakah penambahan spesifikasi yang dititahkan oleh Sultan Johor sebagai "tidak bermutu dan menepati spesifikasi" itu menelan belanja sehingga RM590 ribu?

Perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana laporan Audit Negara 2010 dan tahun-tahun sebelumnya ada melaporkan penyelewengan wang kerajaan melalui pembelian peralatan atau bayaran perkhidmatan. Walaupun salah laku itu disiasat pada peringkat awal, namun kes-kes tersebut akhirnya sepi tanpa berita.

Kantoi!

Persoalannya, apakah "cover up" yang bakal dibuat oleh mereka yang terlibat?  Siapa pula yang kenyang menibai duit rakyat kali ini? -DCM



Berita Berkaitan:

DPPM: Teguran Sultan Johor perlu diberi perhatian penting

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan adakah benar wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. 

Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. 

"Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss.

"Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri. 

"Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya," katanya dalam satu kenyataan. 

DPPM, katanya, bersetuju dengan teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya. 

"Kerajaan juga beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden," tambahnya. 

Justeru, katanya, DPPM mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera. 

"Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak," tambahnya. 

Selain itu, kata Dr Raja Ahmad, hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara. 

"Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarik.


Cerita Lama, Situasi Sama:

Laporan Audit: Harga teropong 2,805 peratus lebih tinggi





[KD] KUALA LUMPUR 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

"Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

"Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

"Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran," kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit.


Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit. 






P/s: Siapa yang telah didakwa atas salah laku di atas? 




Komen Artis yang Terlibat Acara Sambutan Pengasas Syarikat Arak Terkemuka Dunia

Posted: 10 Sep 2012 11:56 PM PDT


Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina

[Murai.com] KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

"Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya.


P/s: Apabila artis ini mempersoal sebab perkara ini baru sekarang dibangkitkan, maka sudah tentu kita dapat menilai kecelikannya tentang hukum dan agama. Walhal isu arak ini sudah diperkatakan sejak zaman Nabi lagi. Hadis juga ada menyebut tentang 10 kelompok atau golongan yang dilaknat Allah kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan arak.

Baca:

Annas bin Malik berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak, iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya, dan juga pemesannya ." (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah  adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya ." (Surah Al-Maa'idah : ayat 90)


Abu Malik al-Ays'ari berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain . (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis . Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi ." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman .) - Sumber: loveloveislam.com

Walaupun artis tersebut bukan pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual,  pembayar atau pemesan arak, namun jelas dia merupakan pemakan wang hasil arak. Wang bayaran  persembahannya itu sudah tentu ada kaitan dengan jualan arak.

Oleh yang demikian, muhasabah diri, belajarlah jika jahil, dan berhati-hatilah mengeluarkan kata-kata kerana kata-kata itu akan memberikan kesan kepada akidah, maruah diri dan keluarga, dan sudah tentu memberikan ruang kepada orang untuk menilai diri.

Walaupun keluarga kita mengetahui dan merestui perbuatan kita, tidak semestinya perbuatan itu direstui Allah.

Cerita awal di sini.


Samseng Jalan Kebun Menikah 15 September

Posted: 10 Sep 2012 07:41 PM PDT


Samseng Jalan Kebun yang terlibat dalam beberapa kes gangguan program PR bakal menikah 15 September ini.

Moga-moga lepas menikah, mamat ini insaf dan menjaga kelakuannya agar tidak merugikan agama dan negara, bukannya menyokong sesuatu kelompok secara membuta-tuli!

Aksi Samseng Jalan Kebun sebelum ini:



P/s: Menikah, menikah juga, bila mamat ini akan didakwa? Kalau tidak silap, banyak juga laporan polis dibuat terhadap mamat ini. Apa perkembangan kes yang melibatkan mamat ini? Tutup kes atau sengaja dilengah-lengahkan?



Restoran Keluarga Sharizat di Singapura DITUTUP

Posted: 10 Sep 2012 07:08 PM PDT


[TMI] Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.

Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.

Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. 


Pelajar IPTA Dicekup Berkemban Bersama dengan Pasangan Didenda RM2700

Posted: 10 Sep 2012 05:55 PM PDT


[SH] DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki  yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai 'boxer' manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


P/s: Itulah nilai hukuman kerana berzina!

 

Tiada ulasan: