Selasa, 11 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Putrajaya - Parlimen paling selamat untuk Nasha

Posted: 11 Sep 2012 03:50 AM PDT

Akhbar Sinar hari ini melaporkan :

Difahamkan antara nama yang termasuk dalam senarai itu ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok, yang menjadi perhatian sehingga semalam berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sumber itu menambah, nama-nama yang telah diberi 'lampu hijau' itu akan diserahkan semula kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dipilih sebagai calon muktamad.

"Saya yakin dalam dua minggu lagi nama-nama yang telah mendapat persetujuan akan dikembalikan kepada kepimpinan pusat untuk dipilih. Biasanya Presiden parti akan memilih calon-calon akhir dengan mengadakan perbincangan bersama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat," kata seorang lagi sumber.Baca di sini

Maka adalah beberapa kawan bertanya kat saya, bolehkah Nasha menang kalau jadi calon?

Saya spontan jawab, tentunya boleh! Macam mana pula tu? Dia mahu kepastian dari saya.

Letakan Nasha di Putra Jaya! Orang Umno/BN tentu sokong Nasha.Kalau orang PAS tak undi dia pun , dia masih mampu meraih kemenangan besar di situ, jawab saya.

Kawan aku tu terpaksa mengangguk-anguk.Semua orang tahu Umno/ BN sangat teruja menunggu keputusan persidangan Majlis Syura Ulama PAS malam kelmarin yang akhirnya tidak bincang pun pasal Nasha dan melepaskannya begitu saja. Dan kali ini, Nasha tidak perlu susah-susah untuk cium tangan Tuan Guru Nik Aziz seperti mana kesnya dulu....Tak sempat nak cium pun, sebab Nik Aziz balik awal malam tu...

Okey, jom kita cakap lebih serius sikit sambil bersantai. Majlis Syura dah bagi lampu hijau – Nasha boleh bertanding.Jawatankuasa PAS akan tentukan saringan seterusnya. Apa-apa boleh berlaku diperingkat ini.

Kita yakin Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan melakukan proses saringan terakhir itu akan mempertimbangkan dengan adil saksama pencalonan bekas Timpres PAS Nasharudin yang semakin kontraversi dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kita berharap perkara-perkara berikut harus diberikan perhatian oleh Jawatankuasa Pusat :

1) Bahawa sebelum ini kita mendapat perkhabaran bahawa Nasharudin telah lama tidak menjenguk mukanya di kawasan Parlimennya Bachok bukan perkara rahsia lagi.

2) Pemuda PAS Kelantan telah meminta Nasharuddin melepaskan MP Bachok. Baca di sini

3) Bahawa PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang. Berita Harian Online

Laporan tersebut telah disiarkan pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini tidak ada penafian mengenainya.Betullah tu kan?

4) Nasha tidak komited dengan gerakerja parti di peringkat mana sekali pun samada di peringkat kawasan parlimennya atau diperingkat nasional.

5) Nasha telah menolak perlantikan jawatan dalam parti yang diberikan oleh Jawatankuasa Pusat untuk memberikannya peluang untuk terus aktif bersama parti tetapi telah menolaknya.

6) Sebaliknya Nasha telah menerima perlantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds MalaysiaKenapa ini menjadi lebih utama kepada Nasha dari memberikan khidmat kpd jemaah?

7) Selain perbuatannya yang mengkritik parti atau mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Pas secara terbuka baru-baru ini, rekod lama Nasha sehingga terpaksa mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz , perlu juga diperhatikan sama.

Apa yang jelas kepada ramai, penolakan Nasha di Bachok adalah kerana kegagalan Nasha menggalas amanah sebagai Ahli Parlimen di situ.Ada orang kata mungkin kerana Nasha terlalu sibuk nak ikut bontot PM Najib menemui ulama di Arab Saudi tu...

Walau bagaimana pun, kita serahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa PAS Pusat yang rata-ratanya adalah dari kalangan professional. PAS telah lama menerima pakai saranan Allahyarham Ust Fadhil Nor supaya 'Meng'ulamakan Professional dan Menprofessionalkan Ulama'.

Perlu juga kita ingatkan bahawa yang mengundi dalam PRU-13 nanti itu, bukan hanya kalangan Majlis Syura Ulama PAS yang berjumlah bilangan jari tangan tu sahaja adanya. (photo ehsan Malaysianinsider)

Jom tonton lawak Asang Jati

Posted: 10 Sep 2012 09:04 PM PDT


Isu Ustaz Nasha Bukti Jelas Ahli PAS Tolak Kerjasama Pakatan
Posted on September 10, 2012 by admin

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Ustaz Nasha bukti jelas ahli PAS tolak jerjasama Pakatan Rakyat. ini telah dinyatakan oleh beliau sewaktu majlis rumah terbuka peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) telah diadakan di Dewan Kebajikan Gombak Setia pada 9 September 2012 semalam.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak usaha yang dilakukan sebelum ini (walaupun dipandang serong oleh sesetengah pihak) telahpun membuahkan hadil… telahpun mendapat respons yang baik dari PAS. Allahu Akbar! - @ laman blog JatiMalaysia.



Isu Nasharudin Mat Isa : Haji Hadi mungkin tidak jujur atau ikhlas

Posted: 10 Sep 2012 06:03 PM PDT

Klik untuk besar

Hasan Ali nak sokong atau nak bantah Ulama? Sebelum ini bukan main dia sokong Ulama dan menyerang yang bukan Ulama dengan menggelar mereka sebagai parasit!

Kali ini secara sinis, dia mempertikaikan perjalanan mesyuarat Majlis Ulama yang berlangsung malam kelmarin. Dia tidak percaya isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat tersebut, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.

Dia tuduh Presiden PAS, Haji Hadi buat kenyataan retorik politik semata-mata mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa. Apakah maksud sebenar dia berkata begitu?

Mengikut Collins, maksud 'rethoric' - if you refer to speech or writing, you disapprove of it because it is intended to convince and impress people but may not be sincere or honest.

Mamat tu tidaklah tuduh Haji Hadi tu tidak jujur atau ikhlas cuma kemungkinan begitu sahaja ....

Tiada ulasan: