DIALOG RAKYAT |
- Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan
- Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas
- NGO salahkan polis isu tunjuk punggung
- Penyair derma RM10,000 pada penduduk Bkt Koman
- PERKASA PJ, NGO bakar 'Sang Saka Malaya'
- Wakil PBB: NGO boleh terima dana asing
- Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan'
- Speaker akan putuskan status Ahli Parlimen Labuan tidak lama lagi
- Umno masih tidak sedar perjuangannya gagal
- 1 Malaysia 2 undang-undang
- Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan
- Bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat lagi
- Nenek 108 tahun minta PM bubar Parlimen segera
- Najib harus maafkan Sing Yee, Muhammad Ammar
- Nik Aziz dianugerah Tokoh Pendidik Nusantara
- PRU13 diramal selepas pembentangan Bajet 2013
- Projek Laguna Mersing dibatal, titah Sultan Johor
- Pakatan: BN guna politik lapuk takutkan pengundi
| Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan Posted: 08 Sep 2012 06:39 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini.Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar) membuat jangkaan itu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. "Apa yang kami dapat lihat, Barisan Nasional (BN) akan menjadikan Perbentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya?" kata Raja Ahmad. Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN. "Kami turun menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13!" katanya. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mendahulukan rakyat terutamanya dan ianya dilakukan secara tidak dihebahkan meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab. Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya 'berlakon' sahaja. Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu. Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen. Ini tidak termasuk naik 10 sen selepas bulan April setelah dinaikkan dan sebelum dinaikkan pada awal September ini. Jika dilihat pula pada tahun lepas, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. | ||||
| Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas Posted: 08 Sep 2012 05:44 AM PDT MSO Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar dengan penuh amarah? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak. Ia sesuatu yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.
Hari ini dilaporkan sekali lagi bas jelajah merdeka milik PKR telah dibaling dengan cat merah. Kejadian kali ini berlaku negeri yang ketua menterinya Mohd Alim Rustam, di Jasin Melaka. Ia berlaku di siang hari menunjukkan penjahat sudah makin berani dan biadap. Apa menghairankan saya dimanakah polis semasa kejadian itu. Apakah polis sendiri yang membenarkan perbuatan terkutuk itu? Yang bertindak samseng di Melaka ini saya yakin 100% bukan dari kalangan anak cucu citi Hang Tuah atau Hang Jebat yang masih dalam minda dongengan itu. Kerana pahlawan ini berani berdepan dan tidak melakukan tikam curi. Mereka besar kemungkinan dari keturunan Datuk Madaliar atau Si Kitol atau pun Patih Kermawijaya yang penuh hasad dengan dan berdarah syaitan. Kenapa saya katakan dongengan sebab tiadak keturunan Jebat dan Tuah yang berani dan beperibadian tinggi seperti mereka yang digarapkan dalam hikayat sejarah. Para samseng itu bukan pemberani sebenarnya tetapi pengecut di daun keladi. Kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan, menabur fitnah dan menikam dari belakang hanya dilakukan oleh keturunan manusia celaka dan sial ini. Mereka inilah yang memecahkan keharmonian hidup di dalam istana-istana lama kerajaan Melaka silam. Kejadian simbah cat ke atas bas itu berlaku di Jasin ketika bas jelajah merdeka itu hendak singgah di sebuah rumah terbuka di situ. Ia dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim. Kira-kira 30 orang samseng yang dipercayai didalangi seorang AJk pemuda Umno cuba menghalang bas dengan menbirkan kain rentang yang tertulis dengan kata-kata kesat menghina dan memburukkan Anwar.
Kepada polis dan pasukan keselamatan lain termasuk Umno mereka perlu sedar dan waspada. Mungkin hari ini puak pembakang boleh menahan sabar dan marah selagi mereka bolah bersabar. Tetapi apa kata kalau kejadian buruk itu berterusan dan mereka akan kehilangan sabar, ibarat kata bumi Melaka akan berdarah nanti. Makanya untuk mengelakkan bumi Melaka tersimbah darah seperti tumpahnya darah Jebat akibat tikaman Tuah, hentilah perbuatan jahat yang tidak bermoral itu. Kita tidak mahu apa yang digambarkan diawal nanti akan berlaku. Tidak siapa yang untung nanti. Kita faham kenapa orang Umno Melaka sudah jadi hampir gila dan nanar begitu kerana mereka kini sudah merasa mereka juga tidak selamat lagi. Kebangkitan dan kesedaran rakyat Melaka yang sudah cemuh dengan cara Umno mentadbir menyebabkan negeri itu yang dianggap kubu kuat Umno sudah mulai retak dan punah. Nampak jelas kini Umno Melaka hilang fokus dan keyakinan setelah berhijrahnya Tamrin Ghafar ke dalam Pas dan meninggalkan Umno. Penghijrahan Tamrin ke dalam Pas memberi tamparan hebat kepada mereka. Tindakan Tamrin meninggalkan Umno itu dapat mempengaruhi orang lain untuk berfikir buat apa lagi bersama Umno. Mungkin orang Melaka akan berfikir, kalau anak tokoh Umno pun boleh meninggalkan Umno ini sudah jelas dan nyata Umno sudah semakin memburuk. Mungkin ada yang berubah sokongan dengan apa berlaku ke atas Tamrin itu. Sebenarnya bukan sahaja bas PKR dihalang dan dilempar cat, ceramah Tamrin di Serkam Darat malam tadi juga diganggu sehingga terpaksa dipindah ke Serkam Pantai. Umno mengejar Tamrin malam tadi macam anjing buruan. Pas sudah pun mengambil jalan damai dengan memindahkan tempat ceramah mereka sejauh 2 km tetapi dikejar Umno yang juga pindah majlisnya ke Serkam Darat. Apa tujuan dan nama perbuatan ini kalau bukan jahat dan bangsat. Jahatlah namanya itu. Bagaimana pun cara Umno yang rakus sombong itu tidak mendapat sambutan. Rakyat dan orang ramai tetap mengerumuni ceramah Tamrin bersama Muhammad Sabu itu dan memulaukan ceramah Umno. Menurut Tamrin lebih 3,000 hadir ke ceramahnya berbanding dengan ceramah Umno yang dikepalai abang iparnya Ahmad Hamzah yang dihadiri sekitar 75 orang saja termasuk 23 orang kanak-kanak bawah umur. Kerana tidak ada sambutan Ahmad dikatakan hanya berucap tidak sampai lima minit atas alasan sebak dengan tingkah laku adik iparnya itu (Tamrin) yang meninggalkan Umno parti yang disifatkan Tamrin penuh rasuah. Begitu juga Speaker Dun Melaka yang turut berucap sekitar 3 minit 45 saat saja dan menuduh Tamrin sebagai Dajal. Jelas apa yang berlaku di Melaka malam tadi dan petang ini menunjukkan Umno sudah hilang pedoman dan kewarasan. Mereka juga sudah melupai semangat setia, bertanggungjawab dan keberanian Hang Tuah dan Hang Jebat. Sambutan hangat rakyat kepada Pakatan Rakyat dan ramai yang berhijrah sokongan menjadikan orang-orang Umno hilang kewarasan. Tentunya sambutan rakyat Melaka kepada Pakatan Rakyat ini bukan berkurang tetapi akan bertambah selagi Umno tidak kembali ke sifat asalnya serta waras kembali | ||||
| NGO salahkan polis isu tunjuk punggung Posted: 08 Sep 2012 05:39 AM PDT ![]() Sekumpulan NGO hari ini menyalahkan pihak polis berhubung insiden kontroversi seorang pelajar kolej swasta menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Wakil NGO daripada Pertubuhan Kebajikan Hak Rakyar Rakyat (Power), S Gobi Krishnan berkata, pelajar itu bertindak sedemikian disebabkan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa apabila gambar beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dipijak sebelum ini. "Kami merasakan pelajar itu berbuat begitu sebab sebelum ini, jika mana-mana gambar pemimpin Pakatan yang dipijak tidak diambil tindakan, jadi dia fikir yang dia pun boleh buat juga. "Sebab tidak akan ada apa-apa tindakan yang diambil," kata Gobi kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada pihak polis di Bukit Aman hari ini. Terdahulu, Power bersama Angkatan Warga Aman Nasional (Warga Aman) serta 20 menghantar memorandum mendesak polis supaya mengambil tindakan terhadap perbuatan individu yang memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini dan beberapa pimpinan lain Pakatan. "Ambil tindakan kepada mereka yang pijak gambar pemimpin Pakatan sebelum ini. Kami juga mahu supaya pelajar yang menunjukkan punggung itu tidak diambil apa-apa tindakan," kata Gobi sambil memberi 48 jam kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Sebelum ini, Lim selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya. Selain itu, terdapat juga gambar yang menyaksikan gambar kain rentang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas. Pada malam Janji Demokrasi 30 Ogos lalu, seorang pelajar melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggung ke arah gambar Najib dan Rosmah. Berhubung insiden itu, pelajar tersebut telah disoal siasat dan dibuang oleh kolej tempatnya melanjutkan pelajaran. | ||||
| Penyair derma RM10,000 pada penduduk Bkt Koman Posted: 08 Sep 2012 05:37 AM PDT ![]() MALAYSIA KINI Seorang penyair mendermakan RM10,000 kepada penduduk Bukit Koman yang diperintah mahkamah membayar kos RM15,000 dalam kepada syarikat lombong emas dalam kes yang berjalan selama empat tahun.Teh Hon Seng yang juga penulis kolum untuk Malaysiakini versi bahasa Cina mengumumkan perkara itu dalam laman Facebook beliau semalam sebagai sokongan terhadap pergerakan 'hijau' dan "keadilan". Pegawai eksekutif FingerTec Worldwide itu memberitahu Malaysiakini, beliau harap sumbangannya itu memberi inspirasi kepada badan korporat supaya menyokong pergerakan sivil dan kumpulan yang serba kekurangan.Jelasnya, kumpulan itu mengalami masalah mengutip dana ekoran sumbangan korporat kepada mereka tidak mendapat rebat cukai. Selain itu, ramai yang tidak mahu dilihat mempunyai kaitan dengan pergerakan sosial. Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 6 September menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diarah membayar kos sebanyak RM15,000. | ||||
| PERKASA PJ, NGO bakar 'Sang Saka Malaya' Posted: 08 Sep 2012 05:32 AM PDT ![]() MALAYSIA KINI Lima belas lagi NGO di daerah Petaling Jaya hari ini bergabung membuat laporan polis berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan 'bendera baharu' pada sambutan ambang Merdeka 30 Ogos lepas. Jurucakap NGO berkenaan, PERKASA Daerah Petaling Perdana Abd Hadi Mat Jani berkata tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan peguam negara terhadap peserta perhimpunan itu yang jelas melampaui batas. "Pihak yang membawa bendera baharu pada perhimpunan itu juga tidak harus dibiarkan tanpa dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan mereka jelas bertentangan undang-undang dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi bendera negara selama ini," katanya. "Kami NGO di Petaling Jaya mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kejadian yang melukakan hati semua warga Malaysia," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya selepas membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Selepas laporan polis itu dibuat, kira-kira 50 anggota NGO berkenaan turut mengadakan perhimpunan dan membakar bendera 'Sang Saka Malaya' bagi mengecam tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi itu.- Bernama | ||||
| Wakil PBB: NGO boleh terima dana asing Posted: 08 Sep 2012 05:30 AM PDT MALAYSIA KINI Tidak patut ada kekangan terhadap bagaimana NGO mendapatkan dana sama ada daripada dalam negeri atau pun sumber luar, kata wakil khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan berhimpun dan berpersatuan Maina Kiai.Katanya, dana sangat penting supaya hak kebebasan berpersatuan dapat dipraktikkan. Beliau juga berkata standard yang sama seperti dana kerajaan dan syarikat patut digunakan terhadap NGO. "Saya tahu Malaysia menerima banyak dana asing sebelum ini dan dia sekarang patut menjadi pemberi dana. Tiada sesiapa pun menuduh kerajaan menjadi agen asing."Perkara yang sama harus berlaku terhadap pertubuhan. Kamu tidak boleh menggunakan hak (untuk berpersatuan) sekiranya tiada dana," kata peguam terkenal daripada Kenya itu. Kiai berkata banyak perniahaan daripada Malaysia mempunyai akses keapda dana kerana ia menunjukkan realiti bagaimana dunia moden bergerak. | ||||
| Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan' Posted: 08 Sep 2012 05:24 AM PDT ![]() Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu. Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat. Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini."Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat. ''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan," sindir Anwar lagi. Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal". | ||||
| Speaker akan putuskan status Ahli Parlimen Labuan tidak lama lagi Posted: 08 Sep 2012 05:18 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA KINABALU - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal. Sehubungan itu katanya, beliau akan membuat keputusan sama ada akan membenarkan Yussof menghadiri sidang Dewan Rakyat bermula 24 September ini atau sebaliknya.-Utusan | ||||
| Umno masih tidak sedar perjuangannya gagal Posted: 08 Sep 2012 05:15 AM PDT Apabila kuasa sudah berada di tangan pimpinan itu, Umno mula naik nafsu dan keinginan hendak menjadi kaya-raya itu mula bersemi. Bahagian 2 Oleh Aspan Alias Sesungguhnya saya begitu terasa dan yakin bahawa kegagalan pimpinan Umno dalam menterjemahkan kejayaan sebagaimana yang telah terancang dan dipersetujui bersama di kalangan semua kaum dahulu, terbantut kerana masing-masing hendak menunjukkan kelainan gaya dan stail kepimpinan mereka. Oleh itu kerana pucuk pimpinan post Hussein Onn mengambil kepentingan untuk menunjukkan kelainannya telah membantutkan perancangan jangka panjang untuk mengimbangi penguasaan kekayaan negara di antara kaum seperti yang telah dirancang oleh kerajaan itu. Saya menyebut kenyataan ini dengan fakta dan statistik rasmi kerajaan yang penguasaan bumiputra dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah meningkat di zaman kepimpinan Tun Razak dan Hussein Onn. Peningkatan penguasaan bumiputra dari 2.7 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada 1984 itu adalah sangat memberangsangkan kita semua semasa itu. Tetapi sejak 1984 sehingga Mahathir bersara pentadbirannya hanya mampu untuk menambah sebanyak 1 peratus sahaja di atas 18.4 peratus yang di capai sebelum Daim mengambil alih teraju pembangunan ekonomi negara. Sehingga sekarang peratusan itu tidak melebih 20 peratus. Apakah itu kejayaan Mahathir? jawablah sendiri. Tetapi semuanya terbantut setelah Dr Mahathir mengambil alih tampuk kepimpinan, kerana beliau telah mengalihkan arah dan proses pembangunan negara ke arah yang jauh dari apa yang telah dianjurkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Semasa beliau mengambil alih hanya tinggal 10 tahun jangkamasa pencapaian matlamat pegangan 30 peratus bagi bumiputra dalam kekayaan negara dan memang masih mempunyai masa untuk mencapainya menjelang 1990 dahulu. Tetapi sasaran itu tidak juga tercapai sehinggalah hari ini. Mahathir mangambil masa hampir lima tahun untuk menukar segala-galanya dari memberikan fokus kepada pelaksanaan DEB kepada dasar pembangunan jangka panjang. Mahathir tidak boleh membelakangkan DEB secepat yang beliau inginkan kerana di dalam kepimpinan beliau pada awalnya masih ramai lagi ahli-ahli kabinetnya yang masih mempunyai budaya dan cara berfikir yang mendasarkan segala tindakan yang bersistem yang kekal dan kuat. Maka DEB masih terlaksana sehinggalah Tengku Razaleigh dialihkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Tempat beliau di Kementerian Kewangan (MOF) diambil alih oleh Daim Zainuddin, sahabat Dr Mahathir. DEB terbantut Mahathir melantik Daim secara 'unorthodox' kerana beliau bukanlah ahli Legislatif yang dipilih oleh rakyat tetapi hanya seorang Ahli Dewan Negara semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Jun 1984 itu. Sejak dari itulah DEB diabaikan kerana peneraju dan pemandu kepada DEB, Tengku Razaleigh sudah tidak lagi memegang Kementerian Kewangan dan mempunyai pengaruh dalam kabinet kerana Mahathir sudah mempunyai sahabat kepercayaan beliau untuk mengubah hala tuju perjuangan kita untuk melaksanakan DEB. Maka DEB terbantut dari saat itu. Segala-gala yang kita lihat sekarang ini bermula dari saat itu. Apakah dia perubahan-perubahan yang saya sebutkan itu tadi? Buat pertama kalinya negara dipimpin oleh orang biasa malahan semasa itu gandingan Mahathir dengan Musa dipanggil sebagai gandingan 2M. Ia telah menjadi 'brand' pentadbiran kita. Kita semasa itu mendengar dalam kaca TV dan radio bercakap pasal 2M. Di sana 2M di sini 2M. Tak kering tekak 2M..2M dan 2M. Tetapi gandingan 2M ini berkecai juga dan perpecahan Musa dengan Mahathir bukan tidak dijangkakan. Tidak ada sesiapa yang boleh kekal dengan Mahathir jika mempunyai pandangan yang berbeza walaupun sedikit. Satu nilai yang mula terlihat apabila Mahathir mula mengambilalih pimpinan negara, perasaan tanggungjawab terhadap rakyat sudah mula meluntur kerana sejak itu sudah wujud sikap pimpinan hendak menjadi orang kaya-raya dan sudah ada kecenderungan yang rasuah akan menjadi budaya kepimpinan negara. Ia telah bermula dalam kadar yang agak kecil semasa setahun dua beliau (Mahathir) mengambil alih kerajaan. Apabila kuasa sudah berada di tangan pimpinan itu, Umno mula naik nafsu dan keinginan hendak menjadi kaya-raya itu mula bersemi. Masing-masing sudah mula menitik air liur seperti anjing nampak tulang, maka rasuah pun bermula dengan cara yang amat sistematik. Ia dilakukan dengan menggunakan nama pengswastaan, mengkorporatkan jabatan-jabatan yang menguntungkan, pengswastaan dan sebagainya. Alasan untuk melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan itu ialah untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan bermacam-macam alasan yang digunakan untuk menghalalkan tindakan rasuah dan salahguna kuasa itu. Slogan 'Bersih, Cekap, Amanah' Masa itu jugalah slogan 'bersih, cekap dan amanah' diwar-warkan dan dipromosikan dengan meluas. Akhirnya ternyata 'bersih'nya tidak ada, 'cekap'nya entah ke mana dan 'amanah'nya jauh sekali kedapatan selama beliau (Mahathir) mentadbir negara selama 22 tahun itu. Kalaulah slogan itu berjaya dilaksanakan, masakan rasuah begitu hebat berlaku seperti sekarang ini? Bukan tidak ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membendung segala unsur rasuah ini. Ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian dan yang lain-lain. Ramai pemimpin yang begitu runsing dan resah menyaksikan Dr Mahathir sudah mula bermaharajalela itu. Malahan setengah dari ahli kabinet telah berpakat untuk menyingkirkan Dr Mahathir semasa itu sehingga berlakunya pertandingan jawatan Presiden Umno semasa itu bagi mengelakkan unsur-unsur kemungkaran ekonomi dan politik terus berlaku di depan mata dan kepala rakyat semasa itu. Apabila beliau berjaya mempertahankan jawatan Presiden Umno dengan majoriti tipis, Mahathir tidak lagi merasa senang kerana keputusan itu memberikan makna yang beliau tidak lagi mempunyai sokongan yang padu dari ahli-ahli Umno. Mahathir merasakan sistem yang ada dalam negara ini tidak memungkinkan beliau boleh bertahan lama, maka beliau telah membinasakan segala sistem demokrasi yang ada untuk kepentingan politik peribadi beliau. Sistem demokrasi yang lazim diamalkan oleh mana-mana negara berdemokrasi tidak sesuai dengan Dr Mahathir. Semua sistem itu digantikan dengan sistem beliau sendiri. Beliau berkata, kita ada sistem demokrasi acuan sendiri dan berbagai-bagai lagi falsafah politik baru ciptaan Mahathir. Lazimnya jika sistem sudah terbentuk walaupun seorang Perdana Menteri yang melanggarnya, sistem itu tetap utuh dan Perdana Menteri itu terpaksa mengundurkan diri. Bagi Mahathir jika sistem itu menghalang kehendaknya sistem itu yang terpaksa pergi. Itulah demokrasi acuan sendiri (Mahathir) yang selalu dilaung-laungkannya itu. Jika kita serius hendakkan perubahan untuk keselamatan kita dan generasi kita, rakyat harus menolak pemimpin-pemimpin atau parti yang berada dalam sistem yang tidak bersistem itu. Sistem Mahathir ini sudah menjadi budaya yang telah diwariskan kepada pemimpin- pemimpin selepas beliau. UMNO mentadbir negara tanpa sistem yang kekal seperti negara-negara demokrasi yang lain. Kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang membawa cara pentadbiran sistem peribadi individu pemimpin itu. Apabila mendapat pemimpin yang lemah seperti sekarang maka rakyatlah yang menanggung akibatnya. – http//wwwaspanaliasnet.blogspot.com | ||||
| Posted: 08 Sep 2012 05:09 AM PDT Orang kecil dan miskin namanya 'corruption'. Orang besar curi namanya 'komisyen'. Komisyen halal. 'Corruption' haram, kata Anwar Ibrahim. ![]() SEREMBAN: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara mengamalkan dua undang-undang yang berbeza ketika mengulas tindakan pantas pihak berkuasa ke atas individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Malaysia mengamalkan konsep '1 Malaysia 2 undang-undang'," katanya pada majlis ceramah 'Jelajah Merdeka Rakyat' di Rantau dekat sini malam tadi. Tegas beliau, "saya tidak setuju tindakan anak muda yang memijak gambar Najib. Tapi kalau orang lain kencing gambar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tak apa? Tunjuk punggung kepada Pengerusi Bersih, Dato' S Ambiga tak apa? "Baling batu di ceramah saya dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) di Lembah Pantai. Pecah cermin kereta saya….pasal apa? Apa jenis manusia macam ini? Kamu ingat kamu orang besar hukum lain?," soal Ketua Umum PKR itu. "Hukum ini tidak kenal pangkat. Ini 1 Malaysia! 1 Malaysia apa? Satu undang-undang untuk orang kaya, satu undang-undang untuk orang miskin. "Satu undang-undang untuk menteri Umno, rasuah pun tidak apa, tutup semua. Satu undang-undang untuk orang dibawah. Polis ambil 100 ringgit, 'charge',' katanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sepatutnya undang-undang ini tidak kenal keturunan dan pangkat. "Seperti saya kata rasuah 200 ringgit polis, tangkap! Rasuah setengah bilion ringgit kapal selam, lepas! "Orang kecil dan miskin namanya 'corruption' (rasuah). Orang besar curi namanya 'komisyen'. Komisyen halal. 'Corruption' haram. "Pemimpin yang tidak sanggup laksanakan ilmu 'rule of law' tetapi ikut 'law of the jungle' mesti diturunkan ke bawah dan ditumbangkan", kata Anwar. Anwar juga berkata perangai pemimpin Umno ibarat 'baling batu sembunyi tangan' dan seterusnya rakaman video perbahasan di parlimen ditayangkan kepada orang ramai. Beliau menegaskan, "mereka menfitnah saya memiliki RM3 bilion, ketika saya berbahas di parlimen ada di antara mereka menjerit tiga bilion! Sebar fitnah ![]() "Saya beri laluan kepada mereka untuk berbahas atas tuduhan itu, tetapi mereka tidak berani dan tidak mahu berbahas. "Itulah cara mereka menyebarkan fitnah. Bila kita cabar dia bangun dan dia tidak berani bangun. Inilah satu contoh gambaran yang berlaku di parlimen. Anwar turut menyentuh isu hutang negara apabila mendakwa Najib mewarisi hutang lebih daripada RM500 bilion dewasa ini. "Ketika saya menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1997, negara tidak menambah hutang, kita hanya bayar hutang lama. "1997 sampai sekarang kita berhutang. Rekod hutang negara paling banyak ialah di bawah Najib. Ada cerita isu ini di dalam Utusan Malaysia, tidak ada! Ada cerita di dalam TV3? Tidak ada! Ada cerita di dalam RTM? Tidak ada!," ujar Anwar. Lebih seribu penyokong hadir di ceramah tersebut dan komposisi kaum yang hadir pada malam tadi adalah seimbang. | ||||
| Ron 97 naik untuk diturunkan dalam Belanjawan Posted: 08 Sep 2012 04:25 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini.Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar) membuat jangkaan itu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. "Apa yang kami dapat lihat, Barisan Nasional (BN) akan menjadikan Perbentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya?" kata Raja Ahmad. Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN. "Kami turun menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13!" katanya. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mendahulukan rakyat terutamanya dan ianya dilakukan secara tidak dihebahkan meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab. Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya 'berlakon' sahaja. Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu. Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen. Ini tidak termasuk naik 10 sen selepas bulan April setelah dinaikkan dan sebelum dinaikkan pada awal September ini. Jika dilihat pula pada tahun lepas, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. | ||||
| Bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat lagi Posted: 08 Sep 2012 04:21 AM PDT Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua. -Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim Kali ini insiden itu terjadi di Melaka. "Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini. Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin. | ||||
| Nenek 108 tahun minta PM bubar Parlimen segera Posted: 08 Sep 2012 04:19 AM PDT Halimah memperkatakan sesuatu kepada Pengarah Strategik Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan di rumahnya di Kampung Paya Balai Besar, Dungun. Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di sini berkata, dia bimbang jika Perdana Menteri lewat mengadakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang untuk mengundi. "Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan," katanya. Halimah, yang dilahirkan pada 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit itu berkata, dia tidak ingat bila dia mula mengundi. "Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan," katanya. Meskipun matanya kabur dan sering sakit, Halimah masih tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada pilihan raya akan datang. "Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak," katanya. Halimah dikesan Umno Bahagian Dungun melalui semakan daftar pemilih dengan kerjasama Sekretariat Teknologi Maklumat Daftar Pemilih Umno Negeri. Dia menarik perhatian kerana bakal menjadi pengundi tertua di kawasan Parlimen Dungun dan besar mungkin, yang tertua di Malaysia. | ||||
| Najib harus maafkan Sing Yee, Muhammad Ammar Posted: 08 Sep 2012 04:14 AM PDT
Saya memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memaafkan kedua-dua anak muda yang berumur 19 tahun, Muhammad Ammar A Rahman dan Ong Sing Yee serta kedua-dua ibu bapa mereka dengan semangat berhemah dan supaya Peguam Negara menerima juga mohon maaf mereka. Dari awal lagi, saya telah menyatakan pendirian saya bahawa saya tidak memihak atau menyokong tindakan Muhammad Ammar dan Ong Sing Yee. Apa yang telah mereka lakukan adalah suatu tindakan yang dikesali dan merupakan satu kesalahan. Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kelakuan yang sivil dan tertib di khalayak ramai. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia kini rimas dengan tindakan kuku besi Barisan Nasional 'double-standard' dalam pengendalian isu ini. Akan tetapi, adakah wajar tindakan pihak polis untuk menyifatkan beliau sebagai penjenayah yang perlu digari dan pada masa yang sama VIP BN termasuklah menteri dan bekas menteri diberi layanan 'istimewa' walaupun dituduh dengan dakwaan jenayah terhadap rakyat dan negera? Tambah lagi, senarai kes di mana pemimpin Pakatan Rakyat serta pemimpin rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenivasan yang telah dimalukan dan dihina secara terbuka, akan tetapi kerajaan seakan-akan tidak berminat mengambil apa-apa tindakan terhadap penganiyaan ini – termasuklah tindakan yang menyokong lemparan fitnah ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyeru agar tindakan keras diambil ke atas penjenayah. Beliau sudah pasti akan mendapat penghormatan masyarakat sekiranya beliau konsisten dan menerajui pendirian beliau bahawa tindakan yang sama akan diambil terhadap mana-mana pihak yang telah melanggar dasar moral dengan menghina dan memalukan Anwar, Lim Guan Eng, Nik Aziz atau Ambiga. Pemberhentian Muhammad Ammar daripada pengajian kolejnya merupakan satu tindakan yang amat keras dan beliau mesti dibenarkan menyambung semula pengajiannya. Saya juga terperanjat membaca laporan bahawa pihak polis telah menahan dua pemuda yang telah membentangkan bendera Sang Saka Malaya pada hari sebelum Merdeka walaupun telah menafikan apa-apa tuduhan untuk menggantikan bendera kebangsaan Jalur Gemilang tetapi sedang turut serta dalam satu memori sejarah. Barisan Nasional kian bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam mengeksploitasikan kedua-dua insiden ini dan melemparkan tuduhan palsu terhadap Pakatan Rakyat bahawa PR berhasrat untuk menukar bendera kebangsaan dan untuk meminda Perlembagaan untuk memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan menubuhkan satu negara republik. Fitnah, tohmahan dan pembohongan seperti ini kian merebak dan menjadi penyumbang utama kepada 'usaha' untuk memecahbelahkan perpaduan serta pembangunan negara. Malah, puak-puak yang bertanggungjawab dan bersedia untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan yang mampu menggugat keharmonian negara, solidariti, dan perpaduan sememangnya tidak patrioritik dan bersalah di mata negara Malaysia dan rakyatnya. Persoalannya adalah, siapakah dalang di antara pemimpin Barisan Nasional yang tidak patrioritik terhadap tanahairnya? | ||||
| Nik Aziz dianugerah Tokoh Pendidik Nusantara Posted: 08 Sep 2012 04:13 AM PDT
![]() SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa. Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh. Ianya sebagaimana disebut dalam kajian dari Sebuah institusi penyelidikan The Royal Islamic Strategic Studies Centre dengan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa DiRaja Aal al-bayt yang beribu pejabat di Amman Jordan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, juga disebut tokoh muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Sebelum mendekati dunia politik, beliau pernah menjadi seorang pendidik di Sekolah Agama Tarbiyyah Mardiah Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Kelas Dewasa Kemas dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kelantan. Beliau pernah melanjutkan pengajian di India, Pakistan dan Mesir dalam bidang ilmu tafsir, bahasa arab dan perundangan Islam. Penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman. Tuan Guru disarungkan jubah warna keemasan dan dihadiahkan sijil pengiktirafan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara. Sementara itu, Setiausaha Majlis Muasasah Darul Ulum, Ahmad Yahya dan Timbalan Pengerusi Majlis Guru Pasti, Khairiah Muhammad menerima Anugerah Tokoh Pendidik Muda Malaysia. Himpunan yang berlangsung setengah hari itu turut dihadiri kira-kira 1,000 guru khasnya dari Selangor. | ||||
| PRU13 diramal selepas pembentangan Bajet 2013 Posted: 08 Sep 2012 04:10 AM PDT Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan berkata, pilihan raya mungkin diadakan tahun depan selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September nanti kerana berkemungkinan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diberikan kali kedua. "Ia memerlukan masa dua hingga tiga bulan untuk melaksanakan pemberian BR1M kepada rakyat seluruh negara. Saya menjangkakan November dan Disember tidak akan diadakan pilihan raya kerana musim hujan. "Kedua- dua bulan tersebut juga merupakan cuti persekolahan. Kebanyakan rakyat akan bercuti," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Najib yang memberikan bayangan terbaru di Kelantan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU 13), kelmarin. Abdul Rahman berkata, BN bersedia dari segi calon dan logistik menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja. Bagi Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun, pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa kerana tempoh maksimum penggal ini mempunyai enam bulan sahaja lagi. Menurutnya, apa yang penting ialah persiapan dan kesediaan parti untuk menghadapi PRU13 yang mencabar kerana kini kita dalam pusingan akhir. "Jentera parti dan calon- calon boleh menang yang akan bertanding dalam pilihan raya akan datang perlu bersedia dan mesti bersedia menghadapi PRU13. "Pembangkang bekerja keras untuk memenangi PRU13, oleh itu, kita perlu mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan bagi memastikan BN berjaya," katanya. | ||||
| Projek Laguna Mersing dibatal, titah Sultan Johor Posted: 08 Sep 2012 04:08 AM PDT Sultan Johor Titah Sultan Ibrahim, baginda memantau sendiri kemajuan projek terbabit yang diumumkan pelaksanaannya pada 14 April lalu. "Pemaju telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada 25 Februari lalu," titah baginda di sini, hari ini. Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta, namun sehingga hari ini, selepas tamat tempoh enam bulan, pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut. "Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya terbatal," titah baginda pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar Mersing di sini. Baginda turut mengingatkan mana-mana pihak untuk jangan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan di negeri ini. "Negeri Johor memang sedang pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada mana-mana pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata. "Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," titah Sultan Johor. Baginda akan perhatikan setiap yang berlaku di negeri ini bagi menjamin pembangunan yang dibuat benar-benar memberi faedah kepada rakyat. Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerak Khas menegaskan, jawatanya bukan sebagai sandaran dan baginda mahukan segala rancangan pembangunan rejimen dimaklumkan kepada tuanku dan tidak membelakanginya. "Dukacita saya maklumkan sehingga hari ini kelengkapan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas masih tidak mencukupi dan segala permintaan yang dibuat masih tidak diendahkan dan seolah-olah kor ini dianaktirikan," titah baginda. | ||||
| Pakatan: BN guna politik lapuk takutkan pengundi Posted: 08 Sep 2012 04:07 AM PDT Tian Chua Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, persaingan politik merupakan perkara biasa atau normal dalam arena politik dan BN tidak seharusnya menggunakan kenyataan-kenyataan lapuk untuk menakutkan para pengundi. "Perkara ini tidak pernah menjadi satu isu jika BN mengeluarkan kenyataan yang jika undi PR, masa depan negara akan tergadai. "Ini bermakna BN sendiri yang sedang berada dalam ketakutan kerana mereka takut kehilangan kuasa jika PR dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara," katanya kepada Sinar Harian Online. Kelmarin, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta rakyat tidak sesekali menggadaikan masa depan negara dengan cuba memberi peluang atau menguji keupayaan pembangkang memerintah negara. Katanya, rakyat perlu memastikan keputusan yang dibuat akan membolehkan kerajaan sedia ada meneruskan segala agenda pembangunan menuju ke arah negara maju selain mengekalkan kestabilan dan keamanan negara. Tian Chua turut membidas Subramaniam dengan berkata kenyataan itu sekadar mahu meraih undi rakyat semata-mata. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bertegas supaya BN perlu mengeluarkan hujah berdasarkan fakta yang mampu menarik perhatian rakyat. "Kenyataan menteri (Subramaniam) jelas menunjukkan mereka terdesak untuk meraih undi rakyat hingga sanggup memberi ingatan yang tidak masuk akal kepada rakyat," tegasnya. Beliau juga berkata, "undi terletak sepenuhnya di tangan rakyat jadi, tidak perlu timbul isu masa depan negara bakal terjejas jika mengundi pembangkang." "Saya juga dapat melihat yang BN sendiri mula hilang keyakinan kepada undi yang bakal diraih dalam PRU13 nanti. Buktinya, hingga kini Parlimen masih belum dibubarkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula yakin yang rakyat kini semakin yakin dengan pemerintahan yang dibuat oleh PR dan oleh itu, tidak timbul soal masa depan negara bakal tergadai jika menyokong PR. "Saya yakin rakyat bijak memilih dan para pengundi akan memilih pemerintahan yang lebih cekap, telus dan amanah. Ini prinsip yang PR amalkan selama ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini.













Sebelum mendekati dunia politik, beliau pernah menjadi seorang pendidik di Sekolah Agama Tarbiyyah Mardiah Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Kelas Dewasa Kemas dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan