Sabtu, 8 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Polis kena tunjukan adab baik mereka terlebih dahulu

Posted: 08 Sep 2012 09:29 AM PDT

Sekumpulan NGO hari ini menyalahkan pihak polis berhubung insiden kontroversi seorang pelajar kolej swasta menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Mereka mendesak supaya mengambil tindakan kepada mereka yang pijak gambar pemimpin Pakatan sebelum ini. Mereka juga mahu supaya pelajar yang menunjukkan punggung itu tidak diambil apa-apa tindakan.

Pelajar itu bertindak sedemikian disebabkan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa apabila gambar beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dipijak sebelum ini.

Mereka berkata, pelajar itu berbuat begitu sebab sebelum ini, jika mana-mana gambar pemimpin Pakatan yang dipijak tidak diambil tindakan, jadi dia fikir yang dia pun boleh buat juga.

Mereka juga mendesak supaya mengambil tindakan terhadap perbuatan individu yang memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini dan beberapa pimpinan lain Pakatan.

Lim selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya. Malah di serang sewaktu di khalayak ramai.

Selain itu, terdapat juga gambar yang menyaksikan gambar kain rentang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS dikencing dengan jelas.

Polis kena tunjukan adab baik mereka terlebih dahulu dalam melaksanakan tugas sebelum mengambil tindakan keatas budak-budak yang dikatakan kurang beradab itu. sumber MK

Tokoh Pendidik Nusantara - Nik Aziz

Posted: 08 Sep 2012 02:06 AM PDT


Tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz diatas penganugerahan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara di Majlis Himpunan Pendidik Islam 2012 di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Majlis " Himpunan Pendidik Islam 2012" anjuran PENDIDIK Malaysia di Dewan UniSel, Shah Alam yang di sempurnakan oleh YB Dr. Halimah, Exco Pendidikan Negeri Selangor mulai dari jam 8.30pg. hingga 1.30 petang. (Gambar ehsan Dato Adnan Ibrahim)

Tiada ulasan: