DIALOG RAKYAT |
- OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya
- Najib mungkir janji turunkan Taib Mahmud
- Reformasikan PDRM, anggota dinaik gaji untuk banteras jenayah
- Bantuan kebajikan dinaik kepada RM550 sebulan
- Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo
- Membina keseimbangan ekonomi untuk semua
- Teks penuh Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (fail PDF)
- BN – autokrat berbulu demokrat.
- Tiada kebebasan selagi Najib guna akta zalim – Surendran
- Empangan Tambatuon: BN pinggir suara Kadazan-Dusun Sabah
- Belanjawan Pakatan kukuh, utamakan rakyat
- Belanjawan 2013 bukti Pakatan sedia tadbir negara
- Desak Najib jawab mengapa pakar paip boleh dapat projek LRT
- Mengundi Umno itu bukan wajib hukumnya! (Bhg. 1)
- VIDEO GEMPAR!!! BN terdesak sanggup lakukan apa sahaja
- Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara
- (Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda?
- Najib Rayu Agar Jangan Saman AG dan Bekas IGP?
- MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”
- PR Tawar Gaji Minima RM1,100 Kepada Kakitangan Awam
- Belanjawan PR Mampu Beri Lebihan RM 930 Sebulan Jika Dilaksanakan
- BN pengaruhi keputusan pilihan raya kampus
- Hantu Kapcai nafi hina Islam
- Pengundi Cina: Tangan Najib terlalu kotor
OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya Posted: 27 Sep 2012 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak. "Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang. Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah," katanya. Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU. Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah. "Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim. "Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU," ujarnya lagi. Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia. Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak. "Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan. "Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka," katanya. | |||||
Najib mungkir janji turunkan Taib Mahmud Posted: 27 Sep 2012 05:55 AM PDT
DI Sarawak, ada sambutan Hari Malaysia. Tetapi di sana juga PM Najib Razak pernah berjanji kepada rakyat negeri itu bahawa kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri itu akan diganti dengan tokoh lain. Ringkasnya lama sebelum ini pun rakyat memang sedar bahawa Najib akan menggantikan Taib Mahmud dengan pemimpin lain. Bagaimanapun, mutakhir ini isyarat pengunduran Taib Mahmud itu sudah pudar dan tidak akan kedengaran lagi. Dalam pada itu, sekian banyak pula laporan dalam Sarawak Report yang kita baca mengenai jumlah harta kekayaan Taib Mahmud ini. Antaranya, skandal melibatkan perusahaan perkayuan Sarawak melibatkan Asia Plywood. Keluarga Hii di Miri dinamakan sebagai kumpulan yang terlibat. Menurut Sarawak Report, keluarga Hii sudah menerima konsesi daripada rakan kongsinya, Taib Mahmud, untuk menebang hutan sekitar Bintulu- Miri untuk buka ladang kelapa sawit. Taib, dedah laporan itu, bertanggungjawab mengeluarkan konsesi menebang hutan sejak 30 tahun lalu. Oleh itu, kayu Sarawak tidak mendapat pensijilan Forest Stewardship Council kerana penebangannya yang tidak terkawal dan tidak menjalankan dasar penghutanan. Sementara itu, syarikat ladang terbesar Sarawak, selalu menerima konsesi menebang kayu. Syarikat itu dikendalikan keluarga Hii bersama syarikat milik keluarga Taib Mahmud. Banyak syarikat mewujudkan hubungan dengan keluarga Taib. Inilah cara Taib himpunkan kekayaannya dan untuk keluarganya melalui kegiatan gelap bersama keluarga Hii. Antara yang boleh dikesan adalah hubungan keluarga Taib dan keluarga Hii dalam Bormill Wood (Terengganu) Sdn Bhd di bawah sentuhan Jamilah Taib. Dan ada peranan keluarga Hii dalam Sarawak Company Sdn Bhd yang dikendalikan saudara Taib, iaitu Tufail Mahmud. Sementara adik Taib, iaitu Raziah Mahmud dan keluarga Hii didakwa mempunyai kaitan di dalam pembinaan jalan pintas Lapangan Terbang di Miri. Sarawak Report melaporkan Taib menyerahkan kawasan tanah luas berhampiran kota Miri kepada adik perempuannya menerusi syarikat Kumpulan Parabena dan Miri Properties. Dan selepas berjaya mendapat kontrak itu, Raziah didapati telah pun menyerahkan projek tersebut kepada sub-kontraktor Rich Venture yang juga dimiliki oleh keluarga Hii. Semua ini, adalah senarai pendek mengenai penyelewengan yang dikepalai Taib Mahmud sepanjang pentadbirannya. Dan Najib cuma tutup mata sambil menggema kata Janji Ditepati walau dia pernah berjanji akan menurunkan Taib Mahmud sebelum ini. Salah satu punca, kenapa Najib sulit membuang ketua menteri Sarawak ini mungkin disebabkan oleh ketakutannya kepada Rosmah Mansor yang akrab dengan Taib Mahmud. Keakraban itu tercetus dalam apa didakwa majlis fesyen Islam. Dikatakan bahawa Taib telah menyuntik dana untuk tabung 'Alam Sekitar' tajaan Putera Albert dari Monaco di majlis fesyen itu. Untuk majlis itu, Putera Albert terima cek bernilai 100,000 Euro yang diserah oleh Rosmah. Tapi hakikatnya duit sejumlah itu datang dari keluarga Hii yang diberikan menerusi Taib Mahmud juga. Barangkali inilah sebab kenapa Najib mungkir janji untuk turunkan Taib Mahmud di Sarawak walaupun beliau ke sana menghadiri acara Hari Malaysia dengan slogan Janji Ditepati. Jawapannya, Najib Razak mungkin takutkan isteri lantaran keakraban Taib dan Rosmah itu. Ini menyebabkan 'Janji Ditepati', tidak ditepati di Sarawak! | |||||
Reformasikan PDRM, anggota dinaik gaji untuk banteras jenayah Posted: 27 Sep 2012 05:48 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia bagi mengangkat tahap profesionalisme mereka.Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia dibuat melalui penyelarasan semula sumber manusia, pembanterasan jenayah, menaikkan imbuhan dan teknologi dan Komunikasi. Katanya, seramai 105,929 anggota polis tahun lalu mewakili nisbah seorang bagi setiap 270 penduduk (1:270) yang melangkaui nisbah yang disyor Interpol iaitu 1:250. "Kementerian Dalam Negeri umum hasrat meningkatkan kekuatan kepada 150,000 pegawai menjelang 2015 dengan membawa kepada nisbah 1:190. "Ini pula jauh melampaui jumlah yang disyor Interpol," kata Ketua Pembangkang itu ketika membentangkan Belanjawan Pakatan 2013, hari ini. Justeru, Anwar berkata jumlah keanggotaan polis tidak perlu ditambah, sebaliknya menyelaraskan semula tugas mereka. Katanya, bilangan polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lebih rendah berbanding Cawangan Khas (SB) yang tertumpu kepada pemantauan politik pembangkang. "Bila kita jadi kerajaan, Umno BN tak perlu bimbang kerana jumlah polis yang pantau mereka, sangat minimum," katanya, disambut tepukan. Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaikkan gaji dan elaun anggota polis dalam usaha mengurangkan rasuah di kalangan mereka. Katanya, Pakatan mencadangkan gaji polis dinaik 15 peratus pada 2013 dengan tambahan peruntukan RM754 juta. Dari aspek komunikasi, Anwar berkata, polis perlu mempertingkat komunikasi dengan orang awam dengan melapor perangkaan jenayah kepada media secara bulanan. "Kita tidak terpukau dengan statistik jenayah yang dikeluarkan kerajaan Umno BN kerana umumnya masyarakat menganggap jenayah meningkat. "Kita cadangkan usaha untuk meningkatkan komunikasi dan keyakinan orang awam. Polis perlu laporkan kejayaan mereka dalam memerangi jenayah," katanya. | |||||
Bantuan kebajikan dinaik kepada RM550 sebulan Posted: 27 Sep 2012 05:47 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Bantuan kebajikan akan dinaikkan kepada RM550 berbanding RM300 di bawah kerajaan Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Pembangkang itu berkata, bantuan itu dijangka dapat menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan 84,000 keluarga. "Berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun jumlah kemiskinan tegar di negeri terbabit terbatas, tetapi dalam tempoh setahun (memberikan bantuan kebajikan), kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah itu. "Bantuan kebajikan RM550 sebulan oleh Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya RM500 dalam tempoh 50 tahun Umno BN memerintah," katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2013 di bangunan Parlimen hari ini. | |||||
Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo Posted: 27 Sep 2012 05:44 AM PDT Masdar Wahid KUALA LUMPUR t: Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB). Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata JLB memfokus pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah. Ketua Pembangkang itu berkata, JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara. "Ketidaksamaan rangkaian jalan raya Malaysia sangat ketara. Ia terbukti apabila setakat 2009, di Semenanjung sudah capai 35,734 kilometer. "Berbanding di Sabah dan Sarawak, hanya 10,171 kilometer bagi tempoh sama sedangkan hasil minyak dan gas mereka banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara," katanya. Selain itu, Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaik taraf rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak bagi menilai impaknya kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negeri itu. | |||||
Membina keseimbangan ekonomi untuk semua Posted: 27 Sep 2012 05:42 AM PDT Oleh Liew Chin Tong Sesiapa pun akan menyangka kerajaan tentu mempunyai strategi jangka panjang untuk negara berdasarkan pengalaman mentadbir sejak sekian lamanya. Malangnya, selain berhujah bahawa i) pertukaran kerajaan tidak baik untuk ekonomi dan ii) adalah lebih baik untuk memilih 'syaitan' yang sudah sedia dikenali, BN tidak banyak menawarkan status quo yang melangkaui amalan mereka. Dasar ekonomi BN hari ini boleh disimpulkan sebagai berikut: 1) Mengkritik dasar ekonomi Pakatan Rakyat sebagai populis (tetapi tidak menawarkan sebarang strategi dan dasar ekonomi yang teguh) 2) Memberi lebih banyak imbuhan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (yang menelan belanja berbilion ringgit); 3) Bersiap sedia memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum untuk menampung semula perbelanjaan hadiah-hadiah yang diberikan sekarang (dan GST bermaksud setiap rakyat Malaysia akan dikenakan cukai). Imbuhan pilihan raya BN dan keperihatinan Pakatan terhadap rakyat Dalam belanjawan 2012, BN telah menabur umpan pilihan raya mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebenarnya merupakan respon kepada dasar yang diperkenalkan Pakatan Rakyat. Pada bulan Ogos 2011 Pakatan Rakyat telah mengumumkan Belanjawan 2012 nya dengan mensasarkan untuk membantu keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000. Sebagai respon terhadap ide pakatan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemudiannya mengarahkan Pemandu untuk merangka sebuah pelan yang akhirnya menjadi bantuan RM500 untuk seisi rumah. Sebagai perbandingan, dasar Pakatan Rakyat merupakan penyelesaian kepada masalah ekonomi rakyat Malaysia yang telah dirancang dengan teliti. Di bawah urustadbir perekonomian BN, ekonomi Malaysia hari ini cuma memenuhi kepentingan sekumpulan kecil kroni-kroni sehingga menjejaskan ekonomi rakyat biasa. • 60% rakyat Malaysia hidup dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan malah 40% daripada mereka berpendapatan di bawah RM1,500; • Hutang seisi rumah adalah 77% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); apa yang lebih buruk, hutang isi rumah negara ini adalah 140% kepada pendapatan boleh guna, kedua teringgi di Asia selepas Jepun; •33% pekerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM700 sebulan. Situasi sebegini begitu meruncing dan memerlukan perhatian secara holistik di peringkat nasional. Ia merupakan krisis besar yang telah disembunyikan dari pengetahuan umum. Dasar ekonomi yang dirangka sepatutnya memberi tumpuan 60 paratus usaha menambah baik pendapatan dan pendapatan boleh guna bermula diperingkat bawah. Ide pokoknya apabila rakyat biasa mempunyai lebihan wang, mereka tidak akan menyimpannya di bank Swiss seperti kroni-kroni kerajaan; kumpulan berpendapatan rendah akan membelanjakan wang, dengan itu ia akan meningkatkan ekonomi yang turut memberi manfaat kepada perniagaan-perniagaan melalui kesan berganda pengembangan permintaan agregat. Ia akan memulihkan ekonomi dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam ekonomi tersebut. Krisis ekonomi global menjadikan Malaysia untuk memberi penekanan dan fokus dalam memperbaiki pendapatan dan pendapatan boleh guna rakyat. Eksport ke Amerika Syarikat dan Eropah adalah aktiviti ekonomi paling menguntungkan buat Malaysia dan negara-negara Asia lain untuk tempoh empat dekad yang lalu. Pengucupan nilai upah dan matawang dijadikan sebuat alat dan dasar yang lazim untuk memastikan hasil eksport kekal murah dan kemampuan untuk bersaing. Walau bagaimanapun, negara-negara maju kini berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi dan ia memberi makna penyusutan kuasa membeli. Tawaran Pakatan untuk rakyat Malaysia dan negara-negara Asia yang lain perlu memastikan rakyat mempunyai wang yang mencukupi agar rakyat mampu mendapatkan keperluan mereka sendiri untuk mengekalkan kedudukan ekonomi yang aktif. Untuk jangka masa yang panjang, jurang pendapatan yang luas dengan tekanan ekonomi terhadap sebahagian besar masyarakat akan memberi ancaman terhadap mereka sendiri. Justeru, Pakatan Rakyat menawarkan: • Gaji minimum RM1,100 (BN hanya mengumumkan RM900 sebulan tetapi masih belum dilaksanakan); • Komitmen untuk mengurangkan pekerja asing tidak berkemahiran yang menjadi punca tawaran gaji rendah dan menghalang ke arah penggunaan teknologi canggih. • Dengan melalui bantuan berskala besar kepada industri dan perniagaan untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan teknologi dan automasi untuk mengalihkan ekonomi daripada kebergantungan terhadap buruh asing tidak berkemahiran. Pakatan Rakyat juga menawarkan dasar yang pelbagai bagi meningkatkan penglibatan pekerja wanita daripada 46% kepada 60% setahun. Secara umumnya, sebuah keluarga yang mempunyai dua bahagian pendapatan mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi. Sebahagian besar dari kebanyakkan rakyat Malaysia terutama yang berpendapatan rendah dari kelas pertengahan terpaksa dihabiskan untuk pengangkutan, perumahan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari kemudahan awam yang teruk dan dasar awam yang ketinggalan. Memberi keutamaan kepada perbezaan dasar dalam perkara ini akan membantu pendapatan boleh guna rakyat biasa. Untuk itu, Pakatan Rakyat mencadangkan: • Pengangkutan – untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi mengurangkan harga kenderaan tersebut secara langsung akan mengurangkan beban hutang disamping memperbaiki pendapatan boleh guna rakyat Malaysia; Pakatan Rakyat juga akan menumpukan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam dalam model berbeza berdasarkan penggunaan bas dan bas alihan cepat (BRT) bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. • Perumahan – selain mengurangkan spekulasi, konsep baru diperkenalkan seperti perumahan sosial bagi golongan miskin dimana ia tidak memerlukan mereka untuk memiliki rumah, perkongsian saksama untuk seisi rumah bagi golongan kelas pertengahan dan pendekatan lain akan diperkenalkan untuk memastikan wujudnya rumah bagi mereka yang memerlukan serta mengurangkan beban hutang. • Pendidikan – pendidikan universiti percuma agar anak muda tidak terbeban dengan hutang sebelum memulakan kerjaya mereka. • Kesihatan – untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan kesihatan awam dan mensyaratkan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) tidak memiliki saham hospital swasta dengan tujuan mengurangkan jurang antara penjagaan kesihatan swasta dan awam. • Keselamatan – untuk memastikan komitmen penuh polis untuk membanteras jenayah. Menghapuskan monopoli, kartel-kartel dan oligopoli akan turut memainkan peranan memperbaiki pendapatan boleh guna rakyat biasa. Memansuhkan tol secara berperingkat, menghapuskan kawalan kroni-kroni ke atas siaran televisyen berbayar, beras, gula dan lain-lain dimana ia akan menyumbang kepada pendapatan boleh guna yang lebih baik. Adalah jelas bahawa Pakatan Rakyat menawarkan tawaran untuk kehidupan yang lebih baik buat kita semua. BN mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu yang baik untuk negara ini tetapi pemimpinnya dilihat sekadar memilih untuk menjaga kepentingan ahli keluarga dan kroni-kroni mereka sahaja. Tanpa menawarkan sebarang ide dan daya usaha baru, BN sekarang hanya mampu menawarkan hadiah-hadiah berbentuk imbuhan tunai. Selepas pilihan raya umum (dalam masa beberapa bulan lagi), setiap daripada kita mungkin berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan yang lebih buruk. Siapakah yang akan memufliskan Negara? BN telah menyerang dasar Pakatan Rakyat secara berterusan dengan dakwaan bahawa pkatan menggunakan pendekatan populis tanpa tanggungjawab fiskal, dan sekiranya ia dilaksanakan, dasar tersebut bakal memufliskan negara. Ini adalah propaganda lazim daripada pemimpin UMNO dan BN sejak berdekad lamanya memandangkan mereka mengawal media. Salah satu objektif dasar Pakatan yang utama adalah untuk melihat keluarga di Malaysia hidup dengan pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 sebulan menjelang penggal terakhir PR sebagai kerajaan persekutuan. Objektif RM4,000 sebulan itu bukan jaminan pendapatan atau gaji minima. PR sedang mengasah semula ekonomi negara dan beralih daripada obsesi dan amalan BN melalui kuota kaum dan pengagihan kekayaan hanya untuk sekumpulan kecil sahaja. Pakatan beriltizam membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kelompok 60% tanpa mengira kaum untuk hidup dengan bermaruah dan berkualiti. Bagaimana rakyat akan menderita di bawah BN: Berjaga-jaga dengan GST BN tidak mempunyai penyelesaian kewangan kepada hutang negara yang semakin bertambah. Kerajaan BN mendakwa sedang "mendidik" rakyat mengenai Cukai Barangan Dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan. Ia juga telah mengisyaratkan kepada pasaran kewangan bahawa cukai yang tidak popular itu akan dilaksanakan pada 2014. Sudah kedengaran juga khabar-khabar tentang pemotongan subsidi yang bermakna harga minyak akan meningkat. Pakatan tidak menyokong peningkatan harga harga minyak melainkan sistem pengangkutan awam adalah memuaskan. Kekurangan pengangkutan awam yang memuaskan menjadikan kenderaan persendirian sebagai satu keperluan. Kajian telah menunjukkan yang kenaikkan harga minyak menggalakkan rakyat bertukar menggunakan motosikal daripada kereta dan kesannya, peningkatan kadar kematian melibatkan motosikal. Pembuat dasar harus menyedari implikasi dan kesan keputusan mereka terhadap rakyat biasa. Mereka yang memperkenalkan GST sebagai penyelesaian untuk memastikan lebih ramai rakyat membayar cukai dan menyelesaikan masalah defisit sebenarnya hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka mendakwa bahawa bilangan rakyat Malaysia yang membayar cukai terlalu sedikit. Sudah pasti terdapat mereka yang lari darimembayar cukai namun kita mempunyai undang-undang memadai untuk menguruskan mereka. Walaubagaimanapun, pendapatan yang terlalu rendah untuk melayakkan mereka membayar cukai menjadi penyebab mengapa terdapat ramai yang tidak membayar cukai. Mengenakan cukai baru kepada kumpulan berpendapatan rendah adalah satu dasar yang buruk. Cukai yang regresif dan memukul rata seperti GST akan menyusahkan kelompok 60% rakyat. Keseluruhan struktur ekonomi tidak akan menjadi lebih baik sekiranya sekumpulan besar penduduk mempunyai kurang pendapat boleh guna. Apa yang harus kita lakukan BN sepatutnya kembali kepada akar permasalahan defisit tinggi iaitu rasuah dan kronisme. Untuk mengurangkan beban hutang, kerajaan perlu komited dalam membanteras rasuah. Sayangnya, pemimpin UMNO dan BN tidak berminat melakukan perkara-perkara baik sebegini. Mengapa? Melakukan kebaikan untuk rakyat bermakna mengenepikan kroni-kroni mereka. Tidak, BN tiada niat dan tidak akan sama sekali melakukannya. Pilihan semakin jelas sekarang. Sebagai pengundi di Malaysia kita mempunyai kuasa untuk membuat keputusan apakah yang terbaik buat keluarga, masyarakat dan negara.-roketkini.com | |||||
Teks penuh Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (fail PDF) Posted: 27 Sep 2012 05:35 AM PDT KEADILAN DAILYBerikut ialah teks Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat dalam bahasa Inggeris. Sila klik pautan untuk muat turun atau download. Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat | |||||
BN – autokrat berbulu demokrat. Posted: 27 Sep 2012 05:31 AM PDT Oleh – Edry Faizal SUARAM bukanlah mangsa pertama. Sebelum ini BERSIH 2.0, yang merupakan gabungan lembaga swadaya masyarakat (NGO) yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil turut menerima nasib serupa. Diserang bertubi-tubi sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar, menerima dana asing, diserap pengaruh komunis dan pelbagai tuduhan. Syukur serangan tidak berlarutan sehingga menuduh BERSIH 2.0 mempunyai jaringan dengan makhluk Marikh untuk menakluk bumi. Kini SUARAM pula berdepan serangan yang hampir sama. Pertuduhan yang tidak jauh beza dan lebih tertumpu kepada hal-hal teknikal. Rakyat dapat melihat bagaimana Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob cuba mengganggu dan mempengaruhi siasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Disambut serangan demi serangan daripada media yang dikuasai pemerintah. Menumpukan pada isu dana asing dengan tujuan untuk mencemar wibawa NGO ini. Serangan yang lebih dasyat dijangkakan apabila News Straits Time mencanangkan bahawa dana-dana asing disuntik kepada beberapa NGO bagi tujuan menggoyah kerajaan UMNO BN. Tentu sekali ia cubaan awal mengolah persepsi dan menghantar isyarat bahawa gendang kempen mengganyang NGO-NGO yang kritis terhadap pemerintah sudah dipalu. Kestabilan Parti Pemerintah Tentu UMNO BN tidak berminat dengan SUARAM sekiranya aktiviti mereka adalah menghasilkan bendera Malaysia menggunakan tempe. Bagi yang sering mengikuti saluran berita-berita alternatif pasti mengetahui akan usaha SUARAM menjejak dan membongkar skandal Scorpene hingga ke negara Perancis. SUARAM dalam kempennya telah cuba mendedahkan korupsi bernilai berbilion-bilion ringgit dalam pembelian kapal selam dan penjual rahsia negara kepada syarikat Perancis. Dan cubaan ini turut berkemungkinan membuka semula kes pembunuhan seorang model Mongolia yang mempunyai kaitan dengan urusan pembelian itu. Sebagaimana Bersih 2.0, semua aktiviti yang dijalankan memberi ancaman, tetapi persoalannya kepada siapa? Apakah negara rugi besar sekiranya korupsi-korupsi didedahkan? Bukan kestabilan kerajaan Malaysia yang digugat oleh aktivisme sedemikian, tetapi kestabilan parti yang memerintah. Pemerintah kelihatan sudah mula rimas dengan NGO-NGO yang kritis terhadap mereka. Ini tidaklah menghairankan memandangkan pemerintah sendiri dengan bongkak memandang parti pembangkang sebagai musuh negara dan lupa terus dengan peranan semak dan imbang yang dimainkan mereka. Kini muncul pula NGO-NGO melakukan semak dan imbang dengan lebih agresif, tentu bertambah menyesakkan dada. COINTELPRO Tindakan pemerintah ke atas SUARAM diikuti gembar-gembur media kawalan mereka memberi gambaran telah bermulanya program COINTELPRO terang-terangan terhadap NGO-NGO. Pernah di Amerika Syarikat, COINTELPRO atau Counterintelligence digunakan untuk menghancurkan gerakan-gerakan progresif rakyat. Pertubuhan-pertubuhan haluan kiri, nasionalis kulit hitam, pejuang-pejuang anti-perperangan dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kerajaan menjadi mangsa program ini. Antara perkara yang dilakukan termasuklah pengawasan elektronik, pemalsuan dokumen, menyebarkan maklumat-maklumat palsu, mereka-reka bukti, penahanan bagi tujuan menakut-nakutkan, propaganda hitam dan banyak lagi. Mathieu Deflem di dalam Surveillance and Governance: Crime Control and Beyond telah mendedahkan perkara-perkara yang ingin dicapai melalui program COINTELPRO dan antaranya adalah mencipta imej buruk sasaran di mata awam. Maka tidak mustahil apabila perkara yang paling dicanang-canang adalah isu dana asing. Ini kerana ia mudah untuk mengolah sentimen bahawa terdapat pihak luar mahu campur tangan dalam urusan negara. Mengambil kesempatan terhadap salah tanggapan bahawa penerima dana adalah askar upahan yang dicucuk hidungnya. Melupakan terus bahawa pembangunan Malaysia sendiri bergantung kepada dana asing dan dasar Malaysia kini banyak membuka pintu buat pelabur asing. Menyembunyikan terus bahawa prosedur mendapatkan dana ini sama sahaja dengan mana-mana prosedur untuk mendapatkan dana bagi penyelidikan-penyelidikan terutamanya dalam institusi-institusi pendidikan. Berhenti Membuli Ketika Perdana Menteri masih berangan-angan menjadikan Malaysia 'demokrasi terbaik dunia', aktor-aktor di dalam kerajaan pula sedang berusaha mencari hujah-hujah teknikal untuk membenam NGO-NGO yang tidak sehaluan. Mengorek apa sahaja yang mampu dijadikan senjata untuk merosakkan imej dan seterusnya wibawa NGO-NGO yang melakukan semak dan imbang, memberikan input dan kritik ke atas dasar-dasar. Gerakan masyarakat sivil mempunyai fungsi dan sumbangan yang tersendiri dalam memperkukuh demokrasi. Tetapi sekiranya pemerintah hanya berminat memberikan layanan penuh kasih sayang pada NGO-NGO yang senada dengannya. Maka bolehlah peribahasa lama diberi nafas baru dan ditujukan kepada pemerintah, "Autokrat berbulu demokrat."-roketkini.com | |||||
Tiada kebebasan selagi Najib guna akta zalim – Surendran Posted: 27 Sep 2012 05:29 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi sepenuh kebebasan hak asasi kepada rakyat. Ia susulan kenyataan Najib kononnya beliau telah memperkasa hak asasi di negara ini dalam satu Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012, semalam. "Najib berkata kononnya telah memperkasakan hak asasi manusia dan demokrasi dengan membatalkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dengan membenarkan kebebasan bersuara serta berhimpun melalui penggubalan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Himpunan Aman 2011. "Padahal, penggubalan itu hanya membenarkan Najib mengekalkan cengkaman mereka terhadap kebebasan dan demokrasi di Malaysia," kata Naib Presidennya, N Surendran dalam kenyataan. ISA menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam sebelum ini dan diganti dengan Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang mengandungi peruntukan lebih keras dan ia turut dikutuk aktivis hak asasi manusia. "Lebih serius, Najib sengaja tidak memansuhkan artikel zalim 149 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undang-undang anti-demokratik seperti ISA dan akta baru itu digubal," kata Surendran lagi. Menurutnya, penggubalan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 juga tidak memberi kesan dalam meningkatkan kebebasan media. "Di bawah akta itu, kerajaan BN boleh batalkan lesen yang diperoleh media cetak pada bila-bila masa dengan sewenang-wenangnya," jelas beliau. Surendran yang juga peguam hak asasi berkata, kali pertama dalam sejarah perundangan Malaysia, demonstrasi jalanan dilarang sama sekali di bawah Akta Himpunan Aman. "Hak untuk menjalankan demonstrasi jalanan adalah ciri utama demokrasi yang bekerja di seluruh dunia, malah Myanmar yang berada di bawah pemerintahan tentera pun membenarkan demonstrasi jalanan. "Ia tidak masuk akal dan tidak logik untuk Najib mendakwa bahawa dia telah mencipta satu demokrasi terbuka dan dinamik melalui langkah yang tidak jujur dan dangkal," tegasnya. | |||||
Empangan Tambatuon: BN pinggir suara Kadazan-Dusun Sabah Posted: 27 Sep 2012 05:27 AM PDT roketkinidotcom KOTA BELUD : Lebih 3000 orang penduduk Kampung Tambatuon, Kota Belud diancam pembinaan Projek Empangan Tambatuon yang bernilai RM450 juta setelah diluluskan kerajaan BN pada 2010 dimana ia bakal menenggelamkan sebuah kampung yang telah dihuni sejak lapan generasi yang lalu. Bagi Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Tze Phin, projek tersebut cuma mahu menguntungkan pihak kroni apatah lagi ia merupakan projek berskala besar. "Apa yang diperlukan penduduk Tambatuon bukan sebuah empangan tetapi memadai dengan membina sistem saliran dan perparitan untuk pengairan sawah padi. "Yang perlukan empangan sekarang adalah di Tawau sejak 30 tahun lalu tetapi walaupun sudah 70 peratus pampasan dibayar, sehingga kini empangan tersebut masih belum dibina." Langgar hak orang asal Selain bercanggah dengan Deklarasi hak Orang Asal Sedunia yang telah dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Malaysia pada 13 September 2007 dalam perhimpunan Agong PBB, pembinaan empangan ini juga melnggar perkara yang terkandung dalam Ordinan Tanah Sabah yang melindungi tanah NCR penduduk. Menurut Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Empangan, saudara Jahim bin Singkui, penduduk kampung akan kehilangan sumber sara hidup, budaya dan warisan pusaka sekiranya projek empangan ini diteruskan. "Kami penduduk kampung berasa amat terkejut dan kecewa kerana pembinaan empangan tersebut tidak mengambil kira kesan baik dan buruk . Bukan sahaja kesan kepada penduduk tetapi kesan kepada penduduk yang menetap di sepanjang sungai Kadamaian dan seluruh daerah Kota belud." Difahamkan, penduduk tidak diberitahu mengenai cadangan pembinaan empangan tersebut sehinggalah kajian EIA dijalankan disana . Pada November 2010, Jahim berkata, sebuah memorandum bantahan telahpun diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam, ADUN Kadamaian, Datuk Harbert Timbun Lagadan, Menteri Pertanian dan Industri Majanan merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang juga Speaker DUN Sabah serta pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli. Beliau juga memberitahu bahawa sehingga kini tidak ada tindakan dan penjelasan yang dibuat terhadap isu yang timbul. "Apapun, kami tidak berganjak dari pendirian kami untuk mempertahankan dengan apa jua cara sekalipun untuk membantah pembinaan empangan Tambatuon sehingga berjaya. Ujarnya lagi, "Kami juga tidak akan sama sekali bersetuju untuk berunding degngan pihak kerajaan berkenaan pampasan kerana tanah adat kami adalah kehidupan dan nyawa kami." katanya dalam siri jelajah DAP Sabah baru-baru ini. Memorandum Bantahan Rancangan Pembinaan Empangan Tambatuon Di Kampung Tambatuon – Sungai Kedamaian – Kota Belud ini telah ditandatangani olehnya sendiri, Jahim bin Singkui, Ketua Kampong Kampong Tambatuon, Amin Goling, Ketua Kampung Kampung Ratau, Mait Matundian, Ketua Kampung Bundu Paka, Singan Loki, Wakil Mukim Kabayau, Sayhui Sumbin dan Ketua Kampung Lingkubang, Kubing Sudompong.-roketkini.com Roketkini akan menyiarkan siri-siri rakaman Bicara Rakyat Sabah menerusi laman www.youtube.com/roketkinidotcom | |||||
Belanjawan Pakatan kukuh, utamakan rakyat Posted: 27 Sep 2012 05:21 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mencakupi segenap aspek kebajikan rakyat, sejajar dengan apa yang mampu diberikan tanpa membebankan hutang kepada kerajaan. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, belanjawan yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selaras dengan dasar Pakatan untuk membela kebajikan rakyat. "Belanjawan kali ini lebih konkrit dengan mensasarkan bebanan yang ditanggung rakyat. Semua yang diumumkan itu berkenaan kebajikan rakyat bermula daripada pengurangan kos hidup sehinggakan caruman kepada golongan isteri. "Caruman Wanita Nasional itu selaras dengan kehendak Islam yang menuntut keutamaan suami membela hak isteri," katanya ketika dihubungi. Intipati Belanjawan Pakatan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang. Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat. "Saya pasti rakyat gembira jika belanjawan ini terlaksana kerana mereka akan dapat menarik nafas lega terutama bebanan hutang kenderaan dengan mengurangkan harga kereta. "Kos hidup juga menjadi semakin rendah, banyak yang akan Pakatan laksanakan daripada menghapuskan tol sehingga memberikan pendidikan percuma. Ini yang dikatakan sebagai rakyat didahulukan," ujar Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak itu lagi. | |||||
Belanjawan 2013 bukti Pakatan sedia tadbir negara Posted: 27 Sep 2012 05:20 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan semalam membuktikan Pakatan Rakyat (Pakatan) semakin bersedia mentadbir negara, kata Tian Chua. Naib Presiden KEADILAN itu berkata, belanjawan tersebut realistik berdasarkan kemampuan negara dan situasi ekonomi global pada masa kini. "Belanjawan ini dibuat dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi lima peratus yang diramalkan oleh penganalisis ekonomi. "Kita mensasarkan untuk menurunkan defisit kepada 3.5 peratus berbanding Umno BN 4 peratus," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini. Menurut Tian, belanjawan tersebut lebih mesra rakyat kerana mensasarkan untuk mengurangkan kos sara hidup melalui usaha meningkatkan pendapatan rakyat, penurunan harga kereta, penghapusan tol dan membina rumah mampu milik secara besar-besaran. Tambah Ahli Parlimen Batu itu lagi, belanjawan yang dibentangkan bukan semata-mata untuk meraih undi, tetapi perancangan jangka panjang yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. "Dalam situasi ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan, kita dapat menguruskan ekonomi secara realistik, dan pada masa sama tidak mengorbankan kepentingan rakyat. "Sebab itu kita menumpukan kedua-dua aspek, selain mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara kita juga memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan," ujarnya. | |||||
Desak Najib jawab mengapa pakar paip boleh dapat projek LRT Posted: 27 Sep 2012 05:18 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV). Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel. "Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion. Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip," kata Hee kepada Keadilan Daily. Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut. "Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam. "Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?" soalnya. "Orang ramai tertanya-tanya apakah ada rahsia yang cuba disembunyikan? Sampai hari ini, tidak ada penjelasan terperinci melainkan jawapan Menteri yang bersifat umum. "Jawapan Menteri Kewangan semalam tidak adil kepada pembida dan tidak adil kepada rakyat. Kita hairan bagaimana dokumen melibatkan projek ini diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya. "Apakah tindakan menawar tender secara terbuka, kemudian memilih kroni untuk projek ini hanya 'wayang kerajaan?" soal Hee lagi. KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent. Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang dipengerusikan Najib. Menurut Rafizi, syarikat itu sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut. | |||||
Mengundi Umno itu bukan wajib hukumnya! (Bhg. 1) Posted: 26 Sep 2012 10:46 PM PDT
Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi Umno? Ye — kenapa mesti? Why at all? Adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong Umno? Umno guna 3 isi — bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika Umno kalah. Agama Islam akan tergugat jika Umno kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan. Jika Umno bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya. Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan Umno. Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan. Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas. Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa. Apa pasal orang tak baca akhbar arus perdana? Kerana akhbar-akhbar arus perdana mengamalkan mediakrasi — yakni propaganda yang bertopengkan objektiviti kewartawanan. Ya — mereka mahu tawan minda orang Melayu melalui propaganda murahan. Dan pendukong propaganda murahan ini adalah pelacurwartawan murahan yang puji memuji antara satu sama lain tentang kehebatan mereka! Kini rakyat sedar bahawa mediakrasi mewakili jiwa pengecut dan kekomanan. Mediakrasi menyokong kejahatan dan salahlaku. Apa yang berlaku dalam zaman rakyat bijak hari ini? Anak-anak mereka pergi ke kolej dan university dan balik rumah beritahu ibu bapa apa yang terjadi. Rakyat setuju bahawa Umno guna segala tipu helah ini kerana kedudukan mereka dan bukan orang Melayu yang terancam. Mari kita musnahkan tahyul yang dijaja oleh Umno. Masa depan Melayu. Rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka terus hidup tanpa Umno jadi kerajaan. Tidak ada orang Melayu mati bila DAP memerintah Penang. Kenapa baru sekarang Umno sedar KM Pulau Pinang itu seorang Cina, sedangkan sejak dari Perikatan sehingga BN tewas tahun 2008, semua KM Pulau Pinang adalah orang Cina. Ada kita tengok orang Melayu mati apabila PAS memerintah Kedah? Ada kita tengok orang Melayu bergelimpangan mati bila PR memerintah Selangor? ada kita tengok Raja-Raja Melayu dihina dan diaibkan dalam negeri-negeri yang di perintah PR? Apa pengajaran yang rakyat lihat bila PR memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? semua rakyat boleh lihat bahawa mereka boleh ada masa depan yang lebih baik dari apa yang Umno janjikan. Dan janji Pekatan Rakyat didasari oleh rekod baik mereka, manakala janji Najib dan Umno dicemari oleh pencabulan dan kejahatan keatas rakyat. Jadi Najib akhirnya hanya boleh buat janji yang rakyat tidak percaya dan hanya mampu menunjukkan jari telunjuk ke udara? Dato Seri- satu jari sahaja cukup ke? Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Sayang nya penyebab Melayu jadi cair dan lunyai ialah angkara Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu. Sebab itu dia lakukan persempadanan dan dilute konsentrasi pengundi Melayu. Siapa yang dia bawa untuk mencairkan konsentrasi orang Melayu? Orang Cina dan India. Konsentrasi Melayu dipecah pecahkan. Jadi kepaduan Melayu jadi cair. Arkitek kepada pencairan ini ialah Dr Mahathir dan hari ini, penyebab luntur nya orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan orang Melayu? Kebenaran nya ialah orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan Umno, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin Umno yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka? Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau Umno dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah Umno. Umno memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih. — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). | |||||
VIDEO GEMPAR!!! BN terdesak sanggup lakukan apa sahaja Posted: 26 Sep 2012 10:28 PM PDT PASPBBarisan Nasional Sabah dipercayai telah menjadi dalang dalam kegiatan mendaftar pengundi baru dan memindahkan tempat mengundi mereka ke DUN Api-Api (N15) dengan menawarkan RM200 sebagai ganjaran.Imbuhan sebanyak RM200 itu telah ditawarkan kepada pengundi yang berada di kawasan bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam). Dipercayai ini dilakukan bagi mengekalkan penguasaan mereka di DUN tersebut. Ganjaran telah ditawarkan kepada sesiapa sahaja kecuali kaum Tiong Hua yang sanggup menukar tempat mengundi mereka ke kawasan Dun Api-Api. Kegiatan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan Menteri Kabinet negeri. Saksikan video di sini !!ASD | |||||
Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara Posted: 26 Sep 2012 10:18 PM PDT KELAB GREENBOC Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar. "Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). "Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya. Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang. Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis. "Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu. "Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain. "Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya. Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang. | |||||
(Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda? Posted: 26 Sep 2012 10:15 PM PDT Mungkin disebabkan itulah, rakyat Malaysia hari ini dilihat semakin berani. Kami tidak pasti apa yang bermain difikiran individu yang bernama Idham Bin Zulkifli ini dan mengapa beliau tergamak bertindak sedemikian rupa. Semakan kami mendapati link profil Facebook sudah pun tiada. Tindakan beliau dilihat menghina sunnah nabi :
Apabila kita menghirup, menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Jikalau tidak suka sekalipun, janganlah samakan manusia iaitu makhluk yang paling mulia di sini Allah itu dengan babi. Sebenarnya tidak kiralah dipihak mana sekalipun, apa fahaman politik dan ideologi politik anda sekalipun perbuatan seperti ini tidak wajar. Begitu juga, seingat kami apabila gambar Perdana Menteri Malaysia diubahsuai menjadi sami suatu ketika dahulu dan pelbagai lagi gambar-gambar yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dilakukan. Seperti mana tindakan, isu pijak dan membontotkan gambar Najib Razak + Rosmah Mansor yang mendapat liputan media arus perdana dan tindakan pantas pihak berkuasa. Tindakan individu tersebut pun kami tidak bersetuju. Benda sebengini tak seharusnya berlaku, bukan setakat pemimpin tetapi kepada pelbagai lapisan masyarakat yang lain. P/S : Adakah bakal ada pasukan siasatan khas ditubuhkan?? Adakah tangan Idham Bin Zulkifli ini bakal digari…seperti mana layanan terhadap kes ………….. baru-baru ini. Ehem…. | |||||
Najib Rayu Agar Jangan Saman AG dan Bekas IGP? Posted: 26 Sep 2012 10:07 PM PDT MSO Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas Pegawai Tinggi Polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan. Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini. Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib? Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini. Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani. | |||||
Posted: 26 Sep 2012 10:00 PM PDT MPSJ Peruntuk Hadiah Kepada Pembayar Cukai BerhemahPosted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis, Badan Kerajaan, Berita, Berita Nasional, Exco, Fokus, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Pihak Berkuasa Tempatan, Politik & Berita Nasional, Sumbangan Dana, Syarikat Kerajaan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 72 views – September 26, 2012SUBANG JAYA : Sempena sambutan Ulangtahun Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ke 15, pihak MPSJ mengadakan program cabutan bertuah bagi menghargai kira-kira 254, 000 pembayar cukainya. Hari ini, seramai 16 orang diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Hadiah Pembayar Cukai Bertuah yang diadakan di Laman Kenanga,MPSJ pagi tadi. Kesemua hadiah disampaikan Yang Di Pertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi diiringi Timbalannya, Abdullah Marjunid sejurus mereka selesai menghadiri Mesyuarat Penuh MPSJ. "Mereka ini merupakan antara 40 pembayar cukai yang berjaya melaksanakan pembayaran cukai taksiran mengikut tempoh masa ditetapkan, tiada tunggakan serta mempunyai rekod pembayaran yang baik. "Inisiatif ini juga sebagai galakan kepada para pembayar cukai untuk membayar secara 'on time'," ujar Asmawi dalam sidang medianya. Para pemenang dipilih daripada 166, 000 akaun dalam satu majlis cabutan bertuah yang diadakan sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan pada 19 September lalu. Antara hadiah ditawarkan ialah sepuluh unit Samsung Tab, sepuluh unit telefon bimbit Samsung, empat unit televisyen LCD, dua unit peti sejuk, empat unit kamera serta sepuluh unit basikal. Dalam pada itu, Asmawi memaklumkan sehingga Ogos 2012, sebanyak RM 151.96 juta cukai taksiran berjaya dikutip, kira-kira 87 peratus daripada sasaran MPSJ bagi tahun ini iaitu sebanyak RM 175 juta. | |||||
MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor” Posted: 26 Sep 2012 09:58 PM PDT SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen "Krisis Air Selangor" yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air. "Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini. Pada Sept 24, sebuah produksi dikesan menjalankan penggambaran berbentuk rekaan yang kononnya wujud krisis bekalan air di Selangor. Penggambaran yang dijalankan di salah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ. Iklan pendek berdurasi 40 saat itu memaparkan adegan orang ramai sedang berbaris panjang di tengah panas terik matahari untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori tangki yang disediakan. Beberapa orang di antara mereka berlakon dengan merungut dan memekik marah kerana terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bagi keperluan harian. Tujuan iklan tersebut seolah-olah membentuk satu persepsi bahawa bekalan air di Selangor kerap menghadapi ganguan sedangkan tidak berlaku langsung masalah bekalan air di lokasi pengambaran itu. Sebelum ini, Kerajaan Umno-BN cuba mewujudkan persepsi bahawa Selangor dilanda krisis air kerana bekalan tidak mencukupi. Ekoran itu, Kerajan Selangor telah membuktikan bahawa bekalan air mentah lebih daripada mencukupi. | |||||
PR Tawar Gaji Minima RM1,100 Kepada Kakitangan Awam Posted: 26 Sep 2012 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam dalam Belanjawan 2013 yang bertemakan 'Ekonomi Rakyat, Negara Berkat'. Selain itu menaikkan bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan bagi meringankan beban golongan miskin. Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taklimat belanjawan yang diadakan hari ini, penetapan gaji minima tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam. Kata Anwar, kenaikan tersebut bakal melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dari pelbagai sektor lain dengan kenaikan dalam lingkungan dua hingga lapan peratus. "Meningkatkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 sekarang kepada RM550 sebulan yang boleh membebaskan 84,000 keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM500 sebulan daripada kemiskinan," kata Anwar. Selain itu semua data dari agensi kerajaan termasuk Risda, Felcra dan lain-lain akan disatukan ke dalam pengkalan data Jabatan Kebajikan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dan lain-lain komoditi. Dalam belanjawan yang terlebih dahulu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu turut menyasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2013 sebanyak 5.2 peratus dengan kadar inflasi 3.0 peratus. Dalam taklimat yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu, Anwar turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering gagal mencapai unjuran yang disasarkan. Taklimat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin lain dari ketiga-tiga parti pakatan itu. | |||||
Belanjawan PR Mampu Beri Lebihan RM 930 Sebulan Jika Dilaksanakan Posted: 26 Sep 2012 09:54 PM PDT SHAH ALAM, : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2013 mampu memberikan lebihan kewangan sebanyak RM 930 sebulan kepada sebuah keluarga sekiranya ianya dilaksanakan dengan berhemah. Perkiraan ini dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan belanjawan satu keluarga yang mempunyai lima orang ahli dimana suami bekerja sebagai seorang guru dan tinggal di Lembah Klang. Unjuran itu merujuk kepada penjimatan daripada penurunan harga kereta, bahan api petrol serta penghapusan tol berjumlah RM 120, yang akan dilaksanakan Pakatan sekirannya memerintah negara. Disamping pengecualian pembayaran semula PTPTN sebanyak RM 200, perlaksanaan pembayaran elaun kepada guru sebanyak RM500 seperti yang disebut dalam Buku Jingga mampu meningkatkan pendapatan keluarga tersebut. Di bawah Pakatan, Kerajaan Pusat juga akan melaksanakan skim Caruman Wanita Nasional yang akan memberikan RM 50 sebulan kepada suri rumah. Di anggarkan penjimatan sebanyak RM 60 untuk keluarga tersebut dapat dihasilkan melalui penggurangan harga makanan dan barangan sebanyak 5 peratus. Unjuran tersebut dibuat berdasarkan status kewangan sebuah keluarga yang mempunyai sebuah kereta dan sebuah rumah berharga RM250,000 kebawah sebagai aset. Keluarga tersebut juga masih membuat pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) dan pulang ke kampung di Alor Setar setiap tahun. Belanjawan yang bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" dilancarkan hari ini oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. | |||||
BN pengaruhi keputusan pilihan raya kampus Posted: 26 Sep 2012 09:49 PM PDT Nurul dedahkan kaedah yang digunakan kerajaan untuk memastikan kemenangan kumpulan pro-Aspirasi. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menuduh kerajaan BN menggunakan kaedah-kaedah kotor melalui satu operasi untuk memastikan kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi di dalam pilihanraya kampus di 11 daripada 15 institusi pengajian tinggi awam. "Projek Ops2020, yang didedahkan di dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. "Projek ini telah memberikan laluan kepada anasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihanraya kampus yang bersih, adil dan telus," kata Nurul yang juga ialah naib presiden PKR dalam satu kenyataan media semalam. Kelmarin kumpulan pro-Aspirasi yang berpihak kepada BN menewaskan kumpulan pro-Mahasiswa di kebanyakan universiti tempatan. Di Universiti Islam Antarabangsa, keputusan terpaksa ditangguhkan kerana masalah dalam sistem e-undi. Nurul turut mengecam insiden serangan pengerusi pro-Mahasiswa oleh lima orang samseng. "Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib," katanya. Persoal keberkesanan e-undi Selain itu Nurul turut menyoal keberkesanan sistem e-undi yang dilaksanakan sejak 2009 yang ditentang mahasiswa. Justeru itu, beliau mencadangkan audit dibuat terhadap sistem e-undi. "Tiadanya audit ke atas sistem e-undi tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihan raya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan," kata Nurul. Persoalan berikut ditimbulkan beliau berkaitan sistem e-undi: "Adakah undi rahsia? Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian? Apakah yang perlu diambilkira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?" Untuk mengatasi masalah berkaitan pilihan raya kampus, beliau mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual. "PKR menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem e-undi," kata Nurul. | |||||
Posted: 26 Sep 2012 09:30 PM PDT Elemen roh dan alam barzakh yang dipaparkan dalam bentuk jenaka menerusi filem komedi terbaru Hantu Kapcai tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.Pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar berkata, sebagai seorang muslim, dia masih peka dan menyedari batas-batas dan kesucian agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud untuk mempermainkan perkara itu. "Saya muslim yang masih lagi peka dan tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam. Tiada langsung berniat untuk mempersendakan atau mempermainkan agama saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan. "Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam Hantu Kapcai adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak). "Ia bukan tafsiran atau gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton untuk membuat tafsiran masing-masing," katanya. Ghaz berkata, dia juga tidak berhasrat untuk mengundang sebarang kontroversi atau pertikaian dengan memaparkan elemen sensasi atau sensitif dalam karya arahannya. "Saya tidak mahu mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak disengajakan. "Terus-terang, pendekatan yang saya gunakan dalam filem ini adalah cara saya menyampaikan mesej positif dan berdakwah kepada penonton sasaran iaitu remaja dan peminat motosikal. "Saya tidak mahu mesej disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan tekanan kepada penonton. Atas sebab itu, setiap paparan filem ini diketengahkan dalam bentuk komedi," katanya. Mengenai harapan terhadap filem sulung arahannya itu, Ghaz berkata, populariti pelakon utamanya mampu menarik penonton biar pun senario kutipan filem tempatan tidak menentu kebelakangan ini. "Saya risau juga dengan kutipan filem tempatan sejak akhir-akhir ini tetapi saya percaya pada mesej daripada mulut ke mulut oleh penonton yang sudah menyaksikannya. Kaedah itu mampu menjadi promosi yang baik untuk menarik penonton. "Selain itu, populariti Zizan, Remy, Fizz dan Neelofa juga mampu menarik penonton ke pawagam. Malah, saya bersyukur kerana filem ini ditayangkan pada hujung bulan ketika orang ramai sudah mendapat gaji, mungkin itu juga akan membantu," katanya. Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut. Sebelum ini, Ghaz dikenali sebagai pengarah klip video lagu-lagu artis tempatan antaranya Kisah Hati nyanyian Alyah, Cinta Bersatu (Liyana Jasmay), Pelangi Senja (Stacy) dan terbaru Muara Hati (Datuk Siti Nurhaliza & Hafiz). | |||||
Pengundi Cina: Tangan Najib terlalu kotor Posted: 26 Sep 2012 09:24 PM PDT Shahbudin Husin Najib secara umumnya cuba melakukan pelbagai perkara bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN selepas tsunami yang melanda pada 2008, namun sehingga ini semua usaha yang dilakukannya bagaikan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Ada saja isu yang menyebabkannya dipertikai dan dipandang serong oleh rakyat.Beliau melakukan pelbagai transformasi serta menabur banyak janji kepada rakyat. Tetapi nampaknya semakin banyak janji yang ditabur, makin kurang pula sokongan rakyat yang diterimanya. Generasi muda dan golongan profesional masih kuat memihak kepada PR. Kakitangan kerajaan dan swasta juga seperti terbahagi dua, masih ramai yang sayang pada UMNO tetapi yang semakin menyampah juga makin membesar. Pengundi bukan Melayu khususnya Cina seperti sudah menetapkan pendirian yang kukuh untuk menumbangkan BN. Siapa lagi harapan BN? Pergantungan BN nampaknya hanyalah kepada generasi tua dan orang-orang kampung yang tidak begitu terdedah kepada dunia maya. Ahli UMNO pula, meskipun mahu melihat UMNO terus kekal berkuasa tetapi ramai juga yang masih bersikap tunggu dan lihat. Terdapat juga ahli UMNO yang merasakan lebih baik UMNO kalah untuk PRU 13 ini supaya ia belajar daripada kesilapan dan mampu bangkit dengan lebih baik selepas itu. Ramai yang membandingkan kedudukan UMNO dalam PRU 13 seperti tentera Islam dalam peperangan Uhud. Kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud adalah kerana ketamakan berebut harta rampasan perang serta lalai dalam perjuangan. Kerana kalah, tentera Islam belajar daripada banyak kesilapan dan terus mencipta banyak kejayaan selepas itu. UMNO juga begitu keadaannya. Setakat kalah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mampu memberi apa-apa pengajaran kepada kepimpinannya. Pemimpin UMNO masih tergolong kelompok yang rakus mengumpul kekayaan, mengamalkan rasuah, mempamer kekayaan dan kurang mempedulikan rakyat. Ramai yang percaya, UMNO hanya akan berubah apabila ia kalah dalam PRU 13 ini. Pengajaran Perang Uhud hanya akan meresap ke dalam jiwa sanubari pemimpin UMNO jika ia kalah dalam pilihanraya ini dan menjadi pembangkang pula. Untuk masa depan dan kelangsungan perjuangan UMNO bagi tahun-tahun mendatang, kalah dalam PRU 13 adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Hanya setelah kalah, kebanyakan pemimpin UMNO yang selama ini menjadi beban kepada parti tahu istilah berundur. Setelah diganti dengan pemimpin baru yang benar-benar bersih dan diyakini rakyat, barulah UMNO ketika dapat diterima kembali oleh rakyat. Sebagaimana Najib, beliau cuba melakukan pelbagai perkara. Setiap kali membua mulut, ia mesti berupa janji dan ungkapan transformasi. Namun kesannya tetap juga tiada. Sementara Mahathir meyakini bahawa Najib hanya mampu mencapai kemenangan yang sangat tipis, lebih tipis daripada pencapaian Pak Lah pada 2008 iaitu 140 kerusi Parlimen, ramai juga beranggapan kedudukan antara BN dan PR sebenarnya adalah 50-50. Dengan kedudukan itu, Najib bila-bila boleh tumbang. Tambahan pula, semakin hari semakin banyak isu yang membelit dirinya. Kedudukan BN sekarang sebenarnya hanyalah bergantung kepada talian hayat daripada kedudukan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak saja. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan BN memenangi 24 kerusi pada 2008 lalu sementara Sarawak pula mempunyai 31 kerusi dan BN memenangi 30 daripadanya dalam pilihanaraya lalu. Ini bermakna daripada 140 kerusi yang menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri dan BN terus berkuasa hasil warisan Pak Lah, 54 daripadanya adalah ehsan daripada Sabah dan Sarawak. Tanpa Sabah dan Sarawak, kekuatan BN hanyalah 86 kerusi sahaja sedangkan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti paling tipis, memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen. Dalam piliharaya 2008 lalu, PR memenangi 82 kerusi tetapi selepas itu beberapa orang telah memilih untuk menjadi katak dan menjadi penyokong BN. Tetapi sehingga ini 82 kawasan Parlimen itu masih lagi menjadi kubu kuat PR. Tidak terdengar khabar bahawa BN boleh menang di Kulim Bandar Baru atau Bayan Baru meskipun Zulkifli Nordin dan Zaharin Hashim sudah melompat ke kolam yang dijaga penuh mewah oleh Najib. Juga tidak terdengar berita bahawa Ibrahim Ali mampu menjanjikan kemenangan kepada UMNO di Pasir Mas setelah memenanginya atas tiket Pas dalam pilihanraya lalu dan kemudian memilih menjadi Bebas yang mendakap erat tubuh Najib. Dengan kedudukan yang hampir seimbang itu, di samping kekuatan PR yang makin melebar di Sabah dN Sarawak, kedudukan BN secara teorinya hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tambahan pula kedudukan PR juga makin menonjol di Johor yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO. Dengan Pas sudah menghantar Naib Presidennya, Sallahuddin Ayub kembali ke Johor manakala DAP pula dijangka akan mempertaruhkan Lim Kit Siang untuk bertanding di Johor, kejutan pasti berlaku di negeri itu. Tambahan pula beberapa demontasi dan himpunan anjuran PR di Johor kebelakangan ini dengan kehadiran mencecah ribuan orangramai yang hadir, ramai yang menjangkakan ianya adalah petanda awal UMNO akan hilang cengkamannya di negeri itu. Berbanding sebelum ini, demonstrasi anjuran pembangkang di Johor tidak pernah mendapat sambutan seperti itu. Sebahagian daripada kegagalan UMNO dan BN menarik sokongan rakyat adalah kerana ketidakyakinan rakyat terhadap Najib sendiri sebagai pemimpin. Najib bekerja siang malam, melaung pelbagai transformasi dan menabur janji silih berganti tetapi hakikatnya sokongan rakyat tidak juga kunjung jelma. Selain UMNO bukan lagi produk yang baik, perangai Najib dan sebahagian besar pemimpinnya menambahburukkan lagi keadaan itu. Najib cuba melakukan pelbagai usaha tetapi masalahnya unsur-unsur rasuah, skandal, penyelewengan, campurtangan dalam pemberian projek, amalan kronisme dan nepotisme serta kelemahan dalam mengurus kerajaan masih menjadi isu yang diperkatakan setiap hari oleh rakyat. Bermula dengan peringkat awal menjadi Perdana Menteri lagi beliau sudah dikaitkan dengan isu pembunuhan Altantuya serta komisyen kapal selam sebanyak RM500 juta yang melibatkan rakan karibnya Razak Baginda, isu yang melingkari Najib sebenarnya tidak pernah padam kemudiannya. Selepas itu muncul pula isu penganugerahan beberapa projek kepada rakan karibnya seperti projek email 1Malaysia, sambungan LRT Ampang, pembinaan semula Kem Sungai Besi dan pelbagai lagi. Pemberian sebahagian besar projek mega dan penswastaan kepada taikun Syed Mokhtar Albukhary juga menjadi isu di kalangan rakyat, seolah-olah hanya beliau saja Melayu yang berkebolehan di negara ini. Selain isu-isu tersebut, imej Najib jiga tercemar dengan karenah isterinya yang suka berbelanja mewah, boros dan seperti ingin menumpang kuasa Perdana Menteri. Berselang seli dengan itu, muncul pula isu belanja mewah majlis pertunangan anak perempuan dan sambutan hari jadinya serta sikap berfoya-foya anak lelakinya. Semua itu akhirnya menjadikan Najib kelihatan semakin merudum ratingnya. Bagi pengundi muda, golongan profesional dan bukan Melayu, isu-isu yang melibatkan rasuah, skandal dan pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin adakah sesuatu yang sukar untuk mereka terima. Lebih tidak dapat diterima jika seorang Perdana Menteri sendiri dikaitkan dengan isu-isu seperti itu. Pemimpin bagi mereka, mestilah bersih dan dipandang bersih selain sentiasa mengutamakan rakyat dalam susun atur langkah perjuangan yang dilalui setiap hari. Tidak bermoral seseorang pemimpin meneriakkan kata-kata perjuangan sedangkan aturan yang disusun semuanya untuk kepentingan peribadi dan kroni semata. Dalam hal ini, saya teringat kata-kata seorang pemimpin masyarakat NGO Cina yang menghuraikan sebab-sebab penolakan pengundi Cina terhadap Najib dengan menyatakan, "walaupun Najib melakukan pelbagai perkara untuk menarik hati rakyat tetapi masalah beliau ialah tangannya kelihatan terlalu kotor dan itulah punca kegagalannya". Dengan kata lain, selagi Najib tidak membersihkan imejnya yang kelihatan kotor itu, selagi itulah segala usaha transformasi hanya sia-sia saja. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan