Khamis, 27 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi

Posted: 27 Sep 2012 08:45 AM PDT


SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar.



Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah.



Kepada anda warga Sabah yang terlibat, jangan khuatir, terima sahaja upah RM200 itu untuk belanja sekolah anak-anak. Tapi di hari mengundi nanti undilah Pakatan Rakyat.

milosuam

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

KANTOI! Video Gadis 'Solehah' Dalam 'Jet Peribadi Anwar' Tersebar

Posted: 26 Sep 2012 11:27 PM PDT

jalanpulang1978.blogspot.com
Isu mengenai sebuah jet yang dikatakan sebagai 'Jet Peribadi Anwar' ini telah mula dijadikan isu pada 23 September 2012 yang lalu iaitu pada hari Ahad setelah Naib Presiden PKR, Tian Chua menyebarkan beberapa keping gambar Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sedang berada di dalam jet peribadi yang disewa tersebut.
Sama ada suratan atau kebetulan.. hanya Allah yang maha mengetahui..


Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama iaitu 23 September 2011, 'T' Jet yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim dan rombongannya itu juga telah menerbangkan seorang Menteri dari UMNO.


Dalam penerbangan dari Subang ke Alor Setar itu Menteri dari UMNO telah diiringi oleh beberapa orang gadis jelita
Mereka telah diterbangkan oleh 'T' Jets (Dassault Falcon N990BB) yang dikenali sebagai "Jet mewah Peribadi Anwar" oleh pencacai-pencacai UMNO kini.
Gadis-gads jelita itu telah diterbangkan secara eksklusiff bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom bagi pengambaran program reality TV 'Solehah'.


Di mana Jamil Khir yang juga 'Menteri Agama' akan merasmikan pelancaran program realiti TV tersebut pada sebelah malamnya di Alor Setar.
Jamil Khir yang diterbangkan oleh jet tersebut adalah tetamu kehormat pada bagi majlis sambutan Hari Raya yang berlangsung di Alor Setar itu..


Wah!! Jamil Khir pun terbang dengan 'Jet Peribadi Anwar' rupanya.. pencacai UMNO tak mahu kutuk dia ke?

gigitankerengga


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Tiada ulasan: