Selasa, 25 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!

Posted: 25 Sep 2012 07:58 AM PDT

ASK 


Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?



Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..


Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.


Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.


Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu..

E-mail yang disebar itu..
————————————————————————————-
By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.



Semak  e-mail tersebut di (SINI)

Buat pencacai-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. Jamil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah.


Source: http://mediaperak.com/2012/09/25/jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha/

Datuk akui urus jet peribadi bawa Anwar

Posted: 25 Sep 2012 06:04 AM PDT

KL TODAY

 

Seorang usahawan, Datuk Mohd Taufik Omar muncul membuat pengakuan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan jet peribadi yang digunakan oleh Ketua Pembangkang dan beberapa lagi ahli parlimen dari Pakatan Rakyat untuk penerbangan ke Labuan, Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Mohd Taufik adalah pengerusi Tjets Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan urusan penyewaan jet-jet peribadi di sini.

"Syarikat saya hanyalah mengurus penyewaan jet peribadi," katanya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.

Beliau menjelaskan yang dirinya bukanlah pemilik jet berkenaan.

Usahawan itu yang memiliki beberapa buah syarikat lagi juga enggan mendedahkan berapakah yang dibayar untuk menyewa jet tersebut.

Mohd Taufik telah ditanya mengenai perkara itu setelah bloger John F. Seademon mendedahkan namanya sebagai orang yang bertanggungjawab meminjamkan jet peribadi berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan.

Isu mengenai para pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi untuk berkempen di Labuan, Sabah dan Sarawak pertama kali muncul apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua menayangkan foto menerusi laman sosial Twitter pada 15 September lalu.

Ekoran daripada itu, ia menjadi bualan hangat di laman sosial bloger.

Semalam di bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia tidak melibatkan wang rakyat.

Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.

Sementara itu rekod menunjukkan Mohd Taufik adalah juga presiden Persatuan Judo Malaysia.

Kajian: Pengundi atas pagar bertambah

Posted: 25 Sep 2012 06:00 AM PDT

KL TODAY

 

Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu – "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi atas pagar.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. 
Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus.

Kajian perbandingan pusat ini dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September lalu.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang juga merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus.
Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.

Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus.

Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.
Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang di Kelantan mengalami peningkatan daripada 27 peratus kepada 32 peratus.

PR akan kekal kuasa merosot daripada 44 peratus kepada 41 peratus. PR dianggotai oleh Pas, DAP dan PKR.

Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.
Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).

Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Zafuan gagal dapat hak jagaan anak

Posted: 25 Sep 2012 05:58 AM PDT

KL TODAY

 

"Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti."Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.

"Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.

"Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan)  maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

"Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif," katanya.

Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah  berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap  Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita  di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan  juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

"Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu," katanya.

Permohonan hak penjagaan anak  difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.

Ambiga: Tindakan keras pada NGO akan menyusul?

Posted: 25 Sep 2012 05:56 AM PDT

Koh Jun Lin


Laporan yang mendakwa kumpulan masyarakat sivil terlibat dalam plot untuk menjejaskan kestabilan kerajaan boleh menjadi permulaan kepada tindakan keras terhadap mereka, kata Datuk S Ambiga.

Pengerusi bersama BERSIH itu berkata, laporan seperti disiarkan di muka depan New Straits Times pada 21 September lalu boleh dilihat sebagai kempen gangguan berterusan terhadap kumpulan hak asasi manusia Suaram.

Katanya, selepas ini mungkin lebih banyak langkah lebih zalim akan dilakukan.

Ambiga berkata demikian dalam sidang media bersama pemantau media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, badan kajian Merdeka Centre dan NGO pembangunan organisasi Pusat Asia Tenggara bagi E-Media (Seacem) yang disebut sama dalam artikel itu.

VIDEO l 2.34 min

Kafir dan Munafik: Siapa Lebih Teruk?

Posted: 25 Sep 2012 05:54 AM PDT

MSO

Mengenai pendirian bekas timbalan presiden Pas yang kini bermesra dengan Umno dan mungkin juga bakal menjadi winnable candidate BN untuk parlimen Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, saya tidak mahu bercerita panjang.


Foto yang dirakam di Kuching, ada lagi yang lebih teruk...
Meruju kepada kenyataan atau bidasan Lim Guan Eng terhadap orang itu, cukup kalau saya menyiarkan sekeping gambar ini yang saya ambil sewaktu mereka bertemu di Kuching sewaktu mengadakan kenyataan bersama selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak.

Kata orang gambar menceritakan segala-galanya. Ketika ini bekas presiden Pas itu masih mejawat jawatan berkenaan. Hubungan beliau dengan Lim Guang Eng juga baik, mereka bukan saja bersalaman tetapi duduk di satu meja. Dalam gambar ini pula nampak siapa yang berlebih-lebih sampai nak pegang bahu, bekas timbalan presiden itukah atau Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tetapi selepas beliau tidak dipilih sebagai timbalan presiden Pas, kalah kepada Muhammad Sabu, kenyataan beliau sebelum ini mula menjadi "belek" lidah dan renyuk mulut ketika membuat apa-apa kenyataan politik membabitkan DAP.

Jadi kalau Lim Guan Eng mengatakan dia menjadi agen Umno ada benarnya. Apa tidaknya tindakan orang ini menghairakan dan boleh mengelirukan. Kononya dia seorang ulamak, mengaji tinggi sampai ke langit tetapi tidak konsisten dalam pegangan politik. Kelabu dan keliru. Sekejap menerima konsep Pakatan Rakyat sekejap menentangnya. Kalau dia menentang kita salute kepadanya kerana ada kewajarannya bagi seorang Islam tulen.

Semas berada dalam Pas memegang jawatan timbalan presiden, dia tidak menentang sebaliknya menyokong. Tetapi selepas kalah lain pula bunyi nada dan kerenahnya. Barang kali tidak salah kalau dikatakan inilah sikap munafik. Ada tiga tanda orang munafik; berjanji bohong, diberi amanah khianat dan bercakap berlebih-lebihan. Kalau ketiga sifat itu ada itulah sang munafik tulen.

Benarkah kata almaruhm seorang guru, Islam menjadi rosak disebabkan umat Islam sendiri yang menggunakan topeng untuk merosakkan agama. Dia bercakap atas nama Islam tetapi berbuat kerja Yahudi. Dia memakai kopiah tetapi berjudi dan minum di kedai ada arak. Dia menyimpan misai atau janggut tetapi misal macam jambul burung candik.

Renung dan fikirkan sekeping gambar yang saya pos ini. Tenguk dan tiliklah macam mana repat dan kejapnya genggaman mereka berdua. Seolah tidak ada kecurigaan langsung. Tetapi setelah kalah, tidak ada jawatan... lain pula bunyinya. Apa lagi hendak dinamakan atau dibrandkan kalau ia bukan munafik? Memang bukan munafik.

ABU tarik NGO sertai konvoi tuntutan royalti K'tan

Posted: 25 Sep 2012 05:52 AM PDT


MALAYSIA KINI

 
Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini menyatakan, badan itu akan berusaha menarik penyertaan NGO lain ke konvoi mega pada 2 dan 3 Oktober depan bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan bayaran royalti minyak Kelantan.

Salah seorang penggerak gabungan NGO tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata tuntutan itu perlu disokong memandangkan tuntutan bayaran royalti daripada hasil minyak Kelantan adalah isu nasional dan bukan hanya tuntutan daripada warga negeri tersebut.

NONEPengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai kira-kira 30 NGO telah menyatakan persetujuan untuk menyertai konvoi berkenaan setakat ini.

"Isu royalti Kelantan bukan sekadar isu negeri tetapi isu nasional kerana ia melibatkan kedaulatan negara apabila minyak dan gas hak milik negeri Kelantan bukan sahaja telah didaratkan di luar negeri Kelantan, malah ia didaratkan di negara jiran.

"Ini satu pengkhianatan kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, semua individu dan NGO wajar memberi sokongan padu kepada usaha mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya, yang juga hak negara ini amnya.

"Demi memberi tekanan terhadap tuntutan keadilan maka SAMM akan menggerakkan jentera anak muda dan sekutu bagi memastikan penyertaan besar Konvoi Mega 'R' bermula 2 Oktober ini.

Menurutnya, konvoi pertama pada 2 Oktober akan berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang akan turut disertakan dengan program ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Konvoi pada hari berikutnya pula akan berakhir di Putrajaya, bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan dalam satu kes saman ke atas Petronas di Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan bayaran royalti tersebut, kata Badrul Hisham.

Konvoi berkenaan merupakan anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) yang dinaungi kerajaan negeri.

Selain itu, konvoi berkenaan juga bagi menyerahkan memorandum berhubung tuntutan tersebut, yang ditandatangani 150,000 individu, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perbicaraan tersebut berlangsung pada 2, 3 dan 4 Oktober.

Kerajaan negeri pada 30 Ogos lalu memfailkan saman ke atas Petronas kerana gagal membayar royalti minyak dan gas yang diperolehi daripada kawasan jajahan negeri tersebut dan juga kawasan yang bertindih dengan Terengganu, Thailand dan Vietnam.

Mahkamah Tinggi bekukan TOL Lynas 10 hari

Posted: 25 Sep 2012 05:41 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara kepada kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) selama sepuluh hari terhadap pemberian Lesen Pengendalian Sementara (TOL) yang diperoleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

Hakim Mariana Yahya membenarkan permohonan tiga penduduk Kuantan - terdiri daripada Pengerusi SMSL dan dua anggotanya - sehingga 4 Oktober untuk mendengar permohonan Lynas mencelah dalam dua kes semakan kehakiman terhadap pemberian TOL itu.

NONEPeguam kepada tiga penduduk itu Gene Anand Vendargon berkata, pihaknya membuat permohonan itu dan dalam masa yang sama Lynas - yang diwakili Sunil Abraham - meminta penangguhan permohonan itu untuk mencelah dalam kes semakan kehakiman.

Gene Anand berkata, peguam persekutuan Noor Azzah Abdul Aziz yang mewakili kerajaan juga meminta penangguhan permohonan itu kerana beliau memerlukan masa mencukupi untuk menjawab afidavit yang difailkan oleh plaintif.

"Kami kata, jika mereka mohon penangguhan, jadi kami mohon penangguhan pelaksanaan... dan hakim bersetuju dengannya," kata Gene Anand kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Katanya lagi, permohonan untuk mencelah itu akan didengar pada 4 Oktober.

Kumpulan itu sebelum ini dibenarkan memohon membuat dua semakan kehakiman daripada hakim yang sama, untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menganugerahi lesen kepada projek nadir bumi di Gebeng.

Permohonan kedua untuk mencabar keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili menolak rayuan tiga penduduk Kuantan ekoran pengeluaran lesen itu.

Tinjauan: Populariti Najib merosot

Posted: 25 Sep 2012 05:38 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu.

NONEPerkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.

Secara perbandingan, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Najib, menurut tinjauan itu lagi.

Walaupun BN semakin berpengaruh di Kelantan, secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Isu berkaitan dengan NFC, Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU Ke-13," ringkasan eksekutifnya dipetik

Terdapat sokongan yang tinggi supaya Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Umno Gopeng ke mahkamah, dituduh miliki surat kuasa palsu

Posted: 25 Sep 2012 05:36 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM— Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.

Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.

Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Kevin Arasu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan menghidap sakit jantung sejak dua tahun lepas.

Arasu berkata Mohd Arlizam juga mempunyai enam tanggungan termasuk seorang anak berumur dua tahun dan menanggung kos perubatan kedua ibu bapanya.

Hakim Asmadi kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

‘Himpunan Hijau Lestari’ di Pengerang Ahad ini

Posted: 25 Sep 2012 05:29 AM PDT


KUALA LUMPURt — Satu himpunan untuk membela penduduk Pengerang daripada projek pembinaan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan diadakan pada 30 September, Ahad ini.

Perhimpunan anjuran Gabungan NGO Pengerang, dengan kerjasama Himpunan Hijau ini akan dijalankan di Dataran Sg Rengit, Pengerang.

Antara isu yang dibangkitkan NGO berkenaan adalah isu pengambil alihan tanah penduduk di 10 kamung tradisi di Pengerang yang dikatakan berusia lebih 100 tahun.

"Penduduk seramai 28,050 daripada golongan petani, nelayan, peniaga, kakitangan awam dan swasta akan terlibat dalam pengambilan tanah menggunakan Akta Tanah Negara," kata pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang Anis Afida Mohd Azli kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penduduk yang mempunyai kapasiti 80 peratus Melayu dan 20 peratus berbangsa Cina akan terkesan dengan pengambilan tanah tersebut.

"Persoalannya, kenapa kerajaan negeri tidak menjalankan projek itu di tanah milik mereka yang memiliki keluasan ribuan ekar, tapi sebaliknya mengambil tanah penduduk kampung?

"Sedangkan, tanah penduduk ini merupakan kawasan untuk mereka menyara kehidupan."

Selain itu, isu kehilangan sumber kehidupan turut menjadi perhatian himpunan berkenaan di samping jaminan anak-anak dan generasi penduduk kampung akan diberikan peluang dalam sektor pekerjaan sebaik sahaja projek itu dimulakan.

"Dengan tanah yang diganti, adalah tidak sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti seperti sedia kala.
"Golongan petani yang mempunyai tanah yang siap dituai pula perlu menunggu untuk menuai hasil kerana mereka perlu menm semula tanaman mereka, ini menjejaskan pendapatan penduduk."

Beliau turut membangkitkan soal kesan alam sekitar kerana Pengerang terkenal dengan destinasi pelancongan, dan pembangunan projek tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan marin seperti dugong dan udang kara di sekitar kawasan Pengerang dan Sebana.

"Pembangunan projek ini akan merubah status pelancongan kepada perindustrian dan memberikan kesan kepada alam sekitar.

"Ia akan memberikan kesan kepada Desaru dan Sebana," katanya, merujuk kepada lokasi pelancongan popular di daerah tersebut.

Malah, Anis Afida juga turut meluhakan rasa kesal kerana usahanya memelihara Pengerang seakan tidak dihargai oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang makluman daripada memorandum dan referendum yang dihantar pihaknya.

"Antara usaha kami adalah menghantar memorandum kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Perdana Menteri, sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

"Namun, respon yang diberikan tidak memuaskan. Ini membayangkan seolah-olah kerajaan lebih mementingkan ekonomi dan keuntungan berbanding kebajikan masa depan rakyat."

Untuk maklumat lanjut berhubung perhimpunan tersebut, pihak jawatankuasa mempelawa orang ramai untuk melawat laman web www.hijau.info.

42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua

Posted: 25 Sep 2012 05:25 AM PDT




 
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

Posted: 25 Sep 2012 05:20 AM PDT

G MANIMARAN

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut di peringkat nasional dan menguasai Putrajaya.
 
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.
 
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
.Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Kedah
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam PRU13.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.

Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.

Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.
Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).

Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

PKFZ: Dr Ling Cuba Mengelak Jawab Soalan, Kata Pendakwa

Posted: 25 Sep 2012 05:15 AM PDT

PKFZ: Dr Ling Cuba Mengelak Jawab Soalan, Kata PendakwaMALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR -- Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Isnin mendakwa bekas Menteri Pengangkutan itu cuba mengelak daripada menjawab soalan.

Terdahulu, beliau menggesa Dr Ling, yang diperintah membela diri berhubung dakwaan menipu kerajaan Malaysia melibatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), supaya menjawab soalan dan bukannya memberi penjelasan berhubung perkara yang tidak berkaitan dengan kes itu.

Pada awalnya, Tun Abdul Majid menyoal balas tertuduh sama ada dia mengetahui atau tidak kadar faedah yang dilampirkan bersama surat bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) OC Phang.

Bagaimanapun, Dr Ling tidak menjawab soalan itu sebaliknya cuba membaca kembali kandungan surat tersebut dan menghuraikannya sehingga Tun Abdul Majid berkata "jangan cuba mengelak."

Dr Ling kemudian menyoal siapa yang Tun Abdul Majid maksudkan 'cuba mengelak' dan keadaan mula menjadi tegang dengan pelbagai pertikaian tercetus antara mereka sehingga Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi terpaksa meminta peguam Wong Kian Kheong menasihati anak guammya.

Prosiding dihentikan kira-kira 15 minit untuk membolehkan Wong berbuat demikian namun ketegangan antara tertuduh dan Tun Abdul Majid masih berlaku pada sesi selepas itu apabila Dr Ling mempersoalkan cara pendakwaan menyoalnya.

"Adalah menjadi tugas saya untuk menyoal kamu sebagai tertuduh, dan kamu boleh memberi penjelasan lanjut ketika pemeriksaan semula," kata Tun Abdul Majid.

Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas, Dr Ling berkata dia beranggapan kadar faedah 7.5 peratus adalah mengikut kelulusan JPPH dan ia disediakan anggota jawatankuasa kementeriannya.

Tertuduh berkata dia tidak tahu lampiran yang dihantar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penilaian tanah adalah tidak mengikut persetujuan JPPH.

Dr Ling juga berkata dia tidak ingat isi kandungan beberapa dokumen berkaitan pengambilan tanah di Pulau Indah dan surat berhubung projek PKFZ yang ditandatanganinya.

Perbicaraan disambung esok.-- BERNAMA

Demonstrasi Pemuda BN medan himpun 'PELACUR POLITIK'

Posted: 25 Sep 2012 05:10 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Majoriti umat Islam seluruh dunia bangkit membantah filem 'Innocence of Muslims' terbitan karyawan seni Amerika Syarikat, yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Kebangkitan serentak di seluruh dunia itu, memberi signal yang jelas kepada Barat, bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mencemar dan menghina agama Islam.

Kebangkitan yang sekata tersebut adalah manifestasi daripada kecintaan umat Islam terhadap Rasul mereka, kemuliaan ad-din yang dianuti dan kesucian agama Islam yang diimani majorti penduduk dunia.

Kebangkitan yang menggegarkan dunia ini amat menggerunkan Barat. Amerika khususnya, terpaksa berusaha untuk membaiki hubungan dengan umat Islam dan menafikan pembabitan mereka dalam filem tersebut.

Umat Islam di Malaysia juga bangkit. PAS, KeADILan dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat lebih awal, mengeluarkan amaran keras ke atas Amerika dan sekutu mereka.

Jumaat lepas, PAS yang diterajui Pemudanya, menganjurkan Perhimpunan besar-besaran, berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika, bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadaban filem mereka.

Tiada suara yang dilaungkan, selain membesarkan Allah dengan lafaz 'Allahu Akbar'. Tiada kecintaaan yang diluahkan, melainkan dengan ungkapan 'Salallahu 'ala Muhammad, salallahu 'alaihi wasallam'.

Dalam perhimpunan itu juga, tiada kata nista yang dilemparkan, kecuali melemparkan kecaman terhadap kedangkalan Amerika dan sekutunya, Israel. Tiada amaran dilaungkan, melainkan kepada Perancis dan rakan-rakan Eropah yang berani membuat karikatur, menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Malangnya, dalam masa yang sama 21 September lepas, Pergerakan Pemuda BN, menganjur di Masjid Kampung Baru bagi tujuan membantah filem 'Innocence of Muslims'.

Malang bukan kerana niat Pemuda Umno-BN tidak baik, tetapi perhimpunan mereka gagal untuk menzahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi s.a.w. Perhimpunan mereka gagal untuk mengutuk pembikin filem yang biadap tersebut.

Sebaliknya ia menjadi pentas membelasah pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepatutnya perhimpunan itu dikhususkan untuk mengecam kedurjanaan Amerika dan sekutunya, bukan menghamburkan fitnah yang hanya mengundang perbalahan politik dalaman negara.

Perhimpunan anjuran Pemuda Umno, jika dibandingkan dengan Pemuda PAS, ibarat di antara langit dengan bumi. Hanya dengan kira-kira 500 peserta sahaja yang mengikuti perhimpunan hambar itu, berbanding dengan puluhan ribu di Jalan Tun Razak.

Perhimpunan anjuran Khairy Jamaluddin Abu Bakar, akhirnya menjadi pentas politik, mengecam Pakatan Rakyat.

Mereka bukannya hendak melindungi martabat agama dan kemuliaan Nabi s.a.w, sebaliknya mengambil peluang memaki hamun Pakatan Rakyat.

Pemuda Umno jelas mencemari semangat serta kemurniaan agama dengan membariskan 'pelacur-pelacur' politik seperti Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Dato' Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan Zahid Mat Arip.

Tiada yang baik keluar dari mulut mereka, selain mencaci maki PAS, KeADILan dan DAP. Tiada zikir yang terhambur dari lidah mereka, selain menghina nista Tuan Guru Nik Aziz, Anwar dan Karpal.

Inilah manifestasi dari kebuntuan akidah dan perjuangan terpesong Umno-BN. Menganjurkan demonstrasi bukan kerana kesedaran, tetapi kerana mahu 'menangguk di air yang keruh'. Mereka bukannya mahu menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya mempergunakan forum agama untuk menyebarkan politik sempit lagi rasis.

Ayuh rakyat, kita bangkit tumbangkan Umno-BN serta menghapuskan pelacur politik dari negara yang tercinta ini.-harakahdaily

Pro-Aspirasi menang di UUM

Posted: 25 Sep 2012 05:06 AM PDT

Raziatul Hanum A Rajak

Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
 
SHAH ALAM - Sebagaimana telah dijangkakan, kumpulan Aspirasi, yang pro-Kerajaan Pusat telah memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pemilihan perwakilan pelajar bagi sesi 2012/2013.

Daripada 36 kerusi itu, lapan membabitkan kerusi umum manakala 28 lagi kerusi peringkat fakulti.
Dua kerusi lagi dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Sebanyak 22 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Khamis lalu.

UUM salah satu universiti mengadakan pengundian hari ini.
Pengundian di UUM ditutup pada jam 1.30 petang tadi.

Jurucakap Pro-Aspirasi UUM, Mohammed Syafiq Mohd Shokri berkata, mereka memenangi tujuh kerusi daripada lapan kerusi yang diperuntukkan di peringkat umum dan 27 kerusi bagi pusat pengajian.

"Kami meraih kemenangan bagi pilihan raya kampus kali ini meskipun terlepas satu kerusi umum kepada calon bebas.

"Selama tiga hari ini kami berkempen secara siber iaitu laman sosial Facebook dan turut menggunakan cara lama di mana, setiap malam kami mengadakan rapat umum di kolej kediaman," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi petang tadi.

Beliau yang juga bekas MPPUUM sesi 2011/2012 berkata, kemenangan merupakan amanah dan ia tidak akan dipersiakan oleh barisan pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa UUM.

Keputusan diumumkan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, jam 2.30 petang.

Pro-Aspirasi menang besar di Upsi

Posted: 25 Sep 2012 05:05 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus. 
 
SHAH ALAM - Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pilihan raya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), hari ini.

Keputusan hari ini menyaksikan, calon Pro-Aspirasi memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan dan baki empat kerusi dimenangi calon Pro-Mahasiswa.

Daripada 29 kerusi tersebut, hanya lima sahaja menyaksikan berlaku pertandingan iaitu tiga dimenangi Pro Aspirasi, dua dimenangi pro mahasiswa.

Baki kerusi dimemangi tanpa bertanding.

Peratusan keluar mengundi adalah 67.8 peratus daripada 11, 640 pelajar.

Fokus PRU 13: Tidak jamin Khalid kekal

Posted: 25 Sep 2012 05:02 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 Dr Abd Rani Osman
Dr Abd Rani Osman
 
SHAH ALAM – Pas Selangor yakin Pas Pusat akan memilih calon yang mampu, berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas untuk bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, pemilihan calon boleh menang dan kerap 'turun padang' membantu masyarakat dilihat membolehkan Pas mengekalkan tampuk pemerintahan di kawasan terkenal dengan jolokan Bandar Anggerik itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi jaminan bahawa penyandang wakil rakyat, Khalid Abdul Samad akan dikekalkan di kerusi panas itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), memandangkan keputusan dibuat oleh Pas Pusat.

"Nama Khalid antara yang 'top' dan kemungkinan beliau akan dikekalkan di kerusi ini, tetapi ia belum dimuktamadkan lagi kerana keputusan siapa yang akan bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh Pas Pusat. Siapa (calon) yang naik atau diturunkan akan kita ketahui pada masa sesuai.

"Selain Khalid, kita ada dua lagi calon yang terdiri muka lama dan baru yang dicadangkan untuk bertanding di kerusi ini, tetapi tidak boleh didedahkan," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas berhubung calon Pas yang akan bertanding untuk Parlimen Shah Alam pada PRU13 nanti.

Abdul Rani berharap, lebih ramai calon terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera atau pensyarah diketengahkan sebagai calon PRU13, asalkan mereka rajin turun padang mendekati pengundi.

"Kita bekerja untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), jadi, sesiapa yang diputuskan menjadi calon, tiada masalah," katanya.

Menurutnya, kriteria pemilihan calon yang layak itu penting terutama dari segi pendidikan untuk menjatuhkan pihak lawan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas telah pun memperkenalkan calon muka barunya yang terpilih menerusi program Semarak Hijau yang dijalankan ketika mendekati masyarakat di semua kawasan terlibat, sejak Februari lalu.

"Kita sudah mempromosikan calon dalam ceramah yang kita anjurkan dan program mendekati rakyat dari rumah ke rumah supaya mereka dan pengundi di kawasan masing-masing kenal antara satu sama lain.

Iklan air: Kenapa terdesak sangat?

Posted: 25 Sep 2012 04:59 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


Apabila krisis air di Selangor dicipta dan dibesarkan, ia membayangka isu ini menjadi modal penting kempen pilihan raya umum ke 13. Lebih parah lagi pihak tertentu cuba menanamkan sentimen bahawa inilah padahnya apabila kerajaan negeri terlalu baik mahu memberi air percuma kepada rakyat. Walhal, isu ini bukan suatu isu dan ia bukan pula masalah yang timbul. Kerap kali Menteri Besar menafikan krisis air sedang berlaku di negeri tersebut dengan membawa beberapa fakta penting untuk diketahui oleh rakyat.

Dalam pada itu timbul pula suatu pendedahan adanya usaha memburukkan kerajaan negeri Selangor melalui krisis air ini. Yang terbaru dengan adanya iklan yang cuba dilakonkan oleh beberapa individu yang diupah bagi melakonkan watak tertentu dengan lokasi dan babak yang digambarkan seolah-olah kirsis air sedang meruncing di Selangor. Kejadian itu dikatakan dilakonkan secara rahsia dan berlaku di Petaling Jaya. Penerbitan filem ini merahsiakan projek filem yang dikendalikannya kononnya mahu menjaga hati pelanggannya. Apabila diasak oleh banyak pihak, mereka hanya menyatakan ia sekadar untuk iklan kempen air.

Apakah mesej dari lakonan babak dalam iklan ini melainkan sebagai suatu gambaran betapa meruncingnya masalah air di negeri Selangor? Penduduk serta pelakon tambahan pula tidak diberi maklumat sebenar iklan tersebut. Jika diikut logik, penerbit atau pengarah pasti memaklumkan kepada pelakonnya apakah konsep iklan tersebut supaya jelas dalam pemikiran masing-masing apakah mesej disebaliknya. Malah, wartawan juga tidak dibenarkan membuat liputan penggambaran iklan tersebut. Jika iklan ini membawa mesej benar, mengapa dirahsiakan? Apakah ada projek khas yang dibiayai oleh mana-mana individu bertujuan mahu memburukkan kerajaan negeri Selangor?

Saya berharap kes ini dapat disiasat sebaik mungkin dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Memburukkan kerajaan negeri melalui medium apa pun tanpa fakta yang benar adalah suatu fitnah dan kerajaan negeri wajar mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman dalang disebaliknya. Mungkin banyak lagi rencana, dokumentari, video khas serta risalah yang akan muncul menjelang PRU ke 13 bagi memastikan kerajaan negeri Selangor dijatuhkan dengan cara yang tidak berakhlak.

Adalah diharapkan pihak tertentu yang berniat buruk dengan kerajaan Selangor agar bersikap jujur, adil serta amanah dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jangan kerana tamakkan kuasa dan terlalu ingin menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu, sanggup direka seribu satu isu yang tidak berbangkit bagi menaikkan sentimen rakyat. Sebaiknya. bawalah tawaran baru yang mampu memenangi hati rakyat. Rakyat sudah semakin celik maklumat dan tahu fakta sebenar isu ini, serta tidak rela ditipu buat sekian kalinya.-harakahdaily

MALAS ATAU TAKUT? Selepas 6 bulan, Adun Perak bersidang sehari!

Posted: 25 Sep 2012 04:53 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


IPOH- Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.

"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.

Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?"

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009.

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan.

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.-Harakahdaily

Lima kereta mewah dibawa lari 10 penjenayah di Kajang

Posted: 25 Sep 2012 04:51 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Sepuluh penjenayah bersenjatakan parang, kapak dan pisau melarikan lima kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long di Kajang dekat sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata kereta itu adalah tiga jenis Honda Accord, sebuah Honda Civic dan sebuah Honda CRV.

"Mereka telah mengikat dua pengawal keselamatan dan dua orang daripada mereka menyamar menjadi pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mereka dipercayai memecah masuk tingkat bawah premis dua tingkat itu kira-kira pukul 3 pagi sebelum mengambil kunci kereta di dalam pejabat.

Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang berjaya melepaskan diri kira-kira pukul 7 pagi, katanya.

Azman berkata polis sedang meneliti kejadian itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis itu.  - Bernama

Zahid Hamidi: 'Kita tak baca PRU13 tahun ini'

Posted: 25 Sep 2012 04:46 AM PDT

G MANIMARAN & NOOR AZURA SAHRIL

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
 
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan berlangsung tahun ini, lantas melenyapkan spekulasi pelbagai pihak kejutan, yang dinantikan, bakal berlaku November atau awal Disember ini.

Pandangan beliau juga memperkuatkan bayangan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada jemaah haji Sabtu lalu, agar tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis dan pemerhati politik berpandangan bahawa jika PRU13 tidak diadakan November ini, ia hanya akan berlangsung pada Februari atau Mac ini.

"Kita tak baca pilihan raya tahun ini... soalan akan datang, selepas ini, mengapakan, apa sebabkan?," kata beliau apabila ditanya soalan mengenai  bila berkemungkinan besar PRU13 akan diadakan.

Ini kerana menurut Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, Najib perlu dan masih boleh menggunakan sepenuhnya mandat  lima tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013.

"Tak salah bagi dia (Najib) pergi (gunakan) hingga tempoh penuh. Salah? Tak salah. Nak dapatkan mandat? Tidak! Dia ada mandat... dia gunakan mandat (yang ada)," kata beliau yang pertama kali dipilih sebagai Naib Presiden tiga tahun lalu," katanya lagi.

Mengenai persiapan sementara PRU13 semakin dekat, Zahid berkata, BN sudah bersedia dan begitu juga dengan parti-parti lain.

"Semua parti yang bertanding sudah pastinya  bersedia, dan mengaku realitinya. Tidak salah bagi Najib untuk mempergunakan mandat sepenuhnya tanpa perlu tergopoh-gopoh," katanya dalam satu temu bual khas dengan Sinar Harian Online dan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Pelbagai pihak sebelum ini termasuk pemerhati politik menjangkakan PRU berlangsung awal November ini berikutan telahan angka 11 adalah nombor kesukaan Najib.

Melontarkan pandangannya dengan tahap persediaan BN menghadapi PRU13, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, parti itu telah lama bersiap sedia.

Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang awal pagi

Posted: 25 Sep 2012 04:45 AM PDT

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

 Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang
Edikoup menunjukkan kecederaan dialami di bahagian muka akibat diserang sekumpulan lelaki, awal pagi tadi. - Foto ihsan
 
SHAH ALAM - Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.

"Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar," katanya kepada Sinar Harian Online.

Katanya, Edikoup yang juga mahasiswa di UM pernah menerima dua ugutan sebelum ini, namun tidak terfikir ugutan tersebut membawa kepada kejadian awal pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.

"Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh," katanya.

Poskad pancing undi

Posted: 24 Sep 2012 05:12 PM PDT

Oleh Uthaya Sankar SB


Apabila pulang ke rumah pada 19 September, saya menemui sekeping poskad yang dialamatkan kepada saya. Sebaik sahaja meneliti poskad berkenaan, saya menjadi amat marah.

Bukan marah melihat wajah ceria Perdana Menteri tercinta, Datuk Seri Najib Razak yang tersenyum di sisi tulisan "Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 2012".

Poskad daripada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor memaparkan maklumat pengundi.
Sebaliknya terkejut, marah, geram dan kecewa dengan maklumat peribadi saya yang terpampang di belakang poskad.

Syaitan mana pula yang "menjual" maklumat saya dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik, lalu dicetak sewenang-wenangnya di belakang kad ucapan itu?

Demikian persoalan yang timbul dalam minda dan langsung sahaja saya luahkan pada ruangan status di laman rangkaian sosial Facebook sebagai makluman kepada rakan-rakan. Saya sebutkan juga frasa "haram jadah" iaitu frasa murni yang dipopularkan oleh Perdana Menteri tercinta mulai 8 Mei 2012.

Tentu sahaja saya berhak untuk berasa gembira dan bangga menerima kad ucapan (poskad) yang kononnya dihantar sendiri oleh Najib. Akan tetapi, hanya rasa marah, kecewa dan menyampah yang lahir dalam hati dan minda kerana maklumat peribadi saya (maklumat pengundi) dimanipulasi bagi mengirim kad ucapan berbaur politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya percaya bahawa saya bukan satu-satunya penduduk di negeri Selangor yang menerima poskad berkenaan. Tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa setiap pengundi berdaftar di negeri ini yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat menerima kad tersebut.

Apabila saya meluahkan perasaan marah dan kecewa di Facebook, seorang rakan menulis komen bahawa "syaitan tak perlu jual data pengundi sebab syaitan ada network hebat". Manakala seorang lagi berkata, "kalau sudah menyangkut politik, semua jadi mungkin".

Clifford Tan memberikan pendapat bahawa "kalau bukan haram jadah, namanya bukan syaitan" manakala Shahrul mengatakan, "itu tandanya Perdana Menteri Malaysia mengetahui kewujudan seorang penulis yang menepati janji".

Seperti yang saya nyatakan tadi, pasti Najib tidak tahu/kenal saya. Sebaliknya, saya yakin bahawa kesemua pengundi berdaftar di Selangor menerima kad ucapan propaganda "Sayangi Selangor, Yakini BN". Turut dicetak talian hotline Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) serta logo-logo 1 Malaysia, Barisan Nasional (BN), Sayangi Selangor Yakini BN dan Pakar.

Apabila saya memaklumkan perkara itu, seorang rakan yang berasal dari Kedah (dan pengundi di sana) menyatakan pandangan berhubung kemungkinan itu adalah tanda meraih undi secara halus. "Saya sudah hantarkan kad ucapan, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti undilah saya," tafsirnya.

Pandangan itu segera mengingatkan saya pada frasa "kini masa balas budi" yang hangat diperkatakan. Jika benarlah tanggapan, andaian dan tafsiran bahawa pengiriman kad ucapan (poskad) itu sebenarnya bertujuan meraih undi, maka saya tidak menolak kemungkinan majoriti penduduk di negeri Selangor semakin meluat dan termuntah-muntah apabila meneliti kad berkenaan.

Seorang lagi rakan yang berasal dari Sabah dan kini bekerja di Shah Alam serta menggunakan alamat di sini memberitahu bahawa dia turut menerima kad ucapan berbentuk propaganda itu. "Inilah akibatnya menukar alamat pengundian dari Sabah ke Selangor," keluhnya.

Penulis berkongsi kekecewaan bersama rakan-rakan berhubung isu itu di Facebook.
Harus saya nyatakan bahawa segala pandangan, luahan rasa dan komentar yang diberikan adalah luahan rasa individu (penduduk) yang kecewa apabila menerima kad ucapan berupa propaganda politik. Lebih parah apabila maklumat pengundi dicetak secara terang-terangan di belakang poskad.

Saya ada menyebut bahawa saya pasti berasa gembira jika Perdana Menteri tercinta yang mengirim poskad berkenaan — tanpa menafikan hakikat bahawa bukan beliau yang sebenarnya menguruskan pengiriman kad itu.

Bagaimanapun, pada hakikatnya, kad itu adalah daripada "Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor" seperti yang tertera pada poskad itu sendiri.

Suatu strategi pemasaran atau gimik politik yang agak baik. Bagaimanapun, sebagai seorang pengamal media dan perunding media, saya dapat melihat dengan jelas bahawa kad itu bukan kiriman rasmi daripada Perdana Menteri tercinta. Sebaliknya daripada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor.

Maknanya, poskad itu dikirim oleh parti pembangkang di Negeri Selangor sebagai usaha memancing undi. Tidak mengapalah. Itu strategi yang mahu mereka gunakan di sebalik samaran "Selamat Menyambut Hari Malaysia".

Namun, sebagai seorang rakyat dan pengundi berdaftar, perkara yang menjadi persoalan dan punca kemarahan adalah apabila sebuah parti politik — tidak kira pemerintah atau pembangkang — mengirim kad kepada saya dengan terang-terangan memaparkan maklumat peribadi saya pada kad itu.

Apakah SPR dengan mudah boleh menyerahkan maklumat pengundi kepada parti-parti politik? Atau adakah syaitan tertentu yang melakukannya secara amat licik tanpa disedari SPR?

Kad ucapan propaganda parti politik turut dikirim dalam bentuk poskad sempena Aidilfitri.
Soalan lebih penting: Apakah SPR sudah mengumumkan tarikh untuk parti-parti politik mula berkempen menjelang PRU-13? Kad ucapan yang dikirim ini adalah secara terang-terangan berniat dan bermotif kempen memancing undi dan menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Sewaktu isu kad ucapan itu sedang dibincangkan di Facebook pada 19 September, seorang rakan yang hanya dikenali sebagai Syed Jay bertanya: "Kalau encik menerima kad sedemikian daripada parti pilihan encik, adakah reaksi encik sama seperti di atas? Saya ingin tahu adakah reaksi di atas tercetus kerana Encik marah kerana maklumat encik diambil tanpa kebenaran atau encik memang meluat dengan parti itu?"

Dengan tenang, saya menjelaskan kepada pemuda berkenaan yang khabarnya berasal dari Kuala Terengganu dan kini tinggal di Kuala Lumpur bahawa saya tiada mana-mana "parti pilihan". Sesungguhnya kalau kerajaan negeri Selangor atau Menteri Besar Selangor mengirim kad seperti ini pun pasti saya akan berikan reaksi yang sama.

Sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, isu di sini adalah sama: mengapa mengirim kad ucapan berupa propaganda politik dan berkempen memancing undi serta memaparkan maklumat pengundi secara terbuka?

Saya juga terpaksa mengulangi kepada Syed Jay bahawa isu di sini adalah "syaitan mana pula yang 'menjual' maklumat saya dalam daftar pengundi SPR kepada parti politik, lalu dicetak sewenang-wenangnya di belakang kad ucapan itu". Itulah persoalannya; bukan soal parti politik mana kerana bagi saya, parti politik tetap parti politik dan politikus tetap politikus.

Sesungguhnya saya tidak menyokong mana-mana parti politik walaupun mempunyai ramai kenalan (dan musuh) daripada kalangan politikus. Orang-orang politik yang saya kenali adalah sebagai sahabat di luar lingkungan politik. Kita perlu sedar bahawa masih ada dunia yang amat luas selain daripada "tempurung" parti politik.

Walaupun selepas diberikan penjelasan, pemuda berkenaan ternyata tetap tidak berpuas hati. Katanya, "kalau encik Uthaya menerima kad sedemikian dari parti lain, harapan saya agar encik dapat kongsikan di dinding Facebook encik dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan slogan-slogan parti mereka".

Saya sudah mula tertanya-tanya apa maksud sebenar Syed Jay menulis segala komen tadi. Ternyata dia sudah berani memberi arahan kepada saya! Khususnya mengarahkan saya "mempersendakan slogan-slogan parti".

Saya memilih untuk tidak melayannya kerana individu/sahabat seperti itu hanya akan berusaha bersungguh-sungguh menimbulkan konflik. Mujurlah rakan-rakan lain di Facebook tidak mempunyai fikiran sepertinya.

Sementara itu, beberapa lagi rakan tampil menyatakan bahawa mereka juga menerima kad ucapan (poskad) yang sama. Kesemuanya memaparkan maklumat pengundi secara terbuka di belakang kad.

Beberapa rakan Melayu pula mendedahkan bahawa mereka sebelum ini menerima poskad berupa ucapan Hari Raya Aidilfitri. Menurut seorang rakan: "Kad itu terang-terang mengandungi maklumat peribadi saya. Tak selamat langsung. Kalau ada sampul tu lainlah tapi yang ini hantar sebagai poskad sahaja."

Demikian realiti di Malaysia pada masa kini. Maklumat peribadi pengundi yang diamanahkan kepada SPR sudah boleh dimiliki oleh parti-parti politik. Lebih malang apabila parti-parti politik dengan berani membuat kempen memancing undi secara terang-terangan bagaikan SPR hanya patung yang tidak ada apa-apa kuasa.

Kita nantikan kalau-kalau ada sebarang reaksi daripada SPR berhubung isu ini sebelum parti-parti politik dan politikus terus bermaharajalela dan memijak kepala SPR.

* Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal syarikat Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya yang ditubuhkan pada Mac 2011.

Nahas 10 kenderaan, 2 maut

Posted: 24 Sep 2012 05:00 PM PDT

AMRAN ALI & SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Nahas 10 kenderaan, 2 maut
Keadaan kenderaan yang terbabit nahas di lokasi kemalangan, semalam.
 
AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62.

Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah.

Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh.

Lori hadapi masalah brek

Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat.

"Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan.

"Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak. Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar," katanya yang cedera kaki kanan.

Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin.

"Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City. Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita.

"Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian.

"Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada  antara dua lori dan Honda City," katanya.

Empat jam keluarkan mangsa

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit.

"Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori. Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.40 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Tiada ulasan: