Selasa, 25 September 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Syabas Pro M UM

Posted: 25 Sep 2012 04:12 AM PDT

Pro-M berjaya pertahan 'kubu kuat'

Seperti yang dijangka, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mempertahankan kubu kuat mereka selepas menang dalam pilihan raya kampus itu lewat petang ini.

Di Universiti Malaya (UM), pro-M berjaya mempertahankan kemenangan apabila menang 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka menang enam kerusi umum dan 16 kerusi fakulti. Sementara lawan mereka, Penggerak Mahasiswa memenangi 17 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.

Tahun ini, kampus tersebut mempertaruhkan sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti.

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus perdana itu.

Syabas Rakyat Terengganu Darul IMAN. Tarian Gelek Lucah Menjadi Tarian Utama Majlis Rasmi

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT



guana gamok?

mana mat said?

mana exco agama?

guana geng ganu?

pilih la pemimpin parti syaitan ini lagi

(GAMBAR) Penduduk Kecoh, Lelaki Dibunuh Kejam Di Lawas

Posted: 24 Sep 2012 10:13 PM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijFYx6lY39P7FZ93QeKCxM1weCaTrOhUjqWu1MYdGymGAVCZ3od8frSaJyL7PNML_KJ2UEjNFL_69ZNgV-9EVYhQSuZ2lvqISFe69fM2OQtf4aIjkvfB7tO_eeFHdBM2c-n_67Tnbtzus/s1600/lawas.jpg

Seorang pemuda Lum Bawang telah dibunuh dengan kejam oleh suspek yang dipercayai seorang penagih dadah. Mangsa, Edwin Singa Pelipus telah dilanggar dan dibunuh kejam menggunakan pemutar skru dalam kejadian pada Sabtu lepas.

Polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan itu tetapi menurut bebrapa sumber, beberapa orang suspek telah ditahan bagi membatu siasatan.

Admin difahamkan penduduk Lum Bawang ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh Mendiang Edwin yang dikatakan dari kampung Belimbing. Maka terjadilah kekecohan di bandar Lawas. Syukurlah pihak polis mampu mengawal ketegangan yang berlaku.

Yang bersalah tu tetap akan di hukum dengan hukuman yang setimpal. Jangan kita buat hukuman sendiri.

 
lawas

Ketegangan Di Lawas Sarawak
Ketegangan Di Lawas, Sarawak
lawas
lawas
lawas
lawas

Gambar Perenang Selat Inggeris Sedang Berdoa

Posted: 24 Sep 2012 08:04 PM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/533805_477895368912005_603852859_n.jpg 

Perenang Selat Inggeris Dedikasi Kejayaan

SEPANG: Perenang solo ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M), Estino Taniyu, 24, yang berjaya menamatkan renangan merentasi Selat Inggeris, Jumaat lalu mendedikasikan kejayaannya itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bersyukur dan gembira dapat menyempurnakan misi itu, Estino berkata perkataan penat dan putus asa tidak pernah terlintas sepanjang ekspedisi itu walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan termasuk air yang sejuk, arus yang deras dan kapal yang lalu-lalang.

"Saya teruskan renangan sebab misi ini bukannya misi perseorangan. Misi ini untuk negara. Kita pun tak kira nak fikir penat masa tu. Kita memang (berenang)dengan satu tujuan," katanya yang ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Ahad.

Estino yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Semporna, Sabah menamatkan renangan itu dalam masa 13 jam 45 minit dan 45 saat. Beliau merupakan perenang kedua dari Malaysia yang berjaya menakluk Selat Inggeris bagi kategori tanpa sangkar selepas Lennard Lee pada tahun 2004.

Selain Estino, pasukan renang bagi kategori berganti-ganti yang dianggotai oleh Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad, juga merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menamatkan misi merentas selat yang sama dalam masa 14 jam 30 minit.

Ekspedisi itu adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Berketurunan Bajau Laut, Estino berkata beliau sudah biasa berenang sejak kecil dan selalu mengikut bapanya yang merupakan seorang nelayan untuk ke laut, malah pernah bekerja secara sambilan sebagai nelayan selepas waktu sekolah.

Katanya pengalaman tersebut turut membantu beliau menyediakan diri dari segi fizikal dan mental untuk menjayakan ekspedisi renangan itu.

Beliau juga menangguhkan perkahwinannya untuk memberikan komitmen penuh terhadap misi itu, dan tunangnya memahami malah turut memberi sokongan untuk beliau menjayakannya.

Salah seorang perenang berganti-ganti, Sharizal, 31, berkata kejayaan itu diharap dapat menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain, dalam membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu merenangi selat yang penuh cabaran itu.

"Lepas ni mungkin ada yang lebih baik dari kami boleh menyertai misi seperti ini," katanya yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Jugra, Banting, Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata Perdana Menteri amat gembira apabila dimaklumkan mengenai kejayaan itu kerana kali terakhir kejayaan seperti itu dibuat pada 2004.

Beliau berkata lebih membanggakan apabila dua kejayaan dapat dicipta serentak, iaitu renangan secara solo dan renangan berganti-ganti melalui enam orang perenang yang belum pernah dibuat oleh mana-mana kumpulan dalam Malaysia sebelum ini.

"Kita berharap pada masa akan datang kita akan dapat hantar lagi rakyat Malaysia melalui Kelab Eksplorasi 7 Benua untuk melakukan misi renangan (seperti ini) dengan harapan dapat melakukan catatan masa yang lebih baik.

"Kita kekurangan pengalaman dalam melakukan misi renangan ini berbanding dengan perenang-perenang dari Barat. Jadi dengan pengalaman yang kita ada ini, kita harap akan dapat membantu untuk melatih peserta lain untuk melaksanakan misi pada masa depan," katanya.BERNAMA

Adakah Ini Yang Dikatakan Menutup Aurat Ibarat Bertelanjang Bogel?

Posted: 24 Sep 2012 06:09 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/224508_475819245784533_2053294173_n.jpg


tepuk dada dan tanya iman

apa yang salah dan di mana silapnya sistem pendidikan agama di negara kita

semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita semua

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."

[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."

 (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

Tiada ulasan: