Selasa, 25 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menteri cuci tandas

Posted: 25 Sep 2012 07:13 AM PDT


Dahlan berkemeja putih dan celana hitam terlihat membungkuk 
membersihkan lantai WC. Dua petugas kebersihan juga tampak 
membantu Dahlan.
 
Janganlah nak berlagak sangat bila dah jadi menteri. Itulah yang mungkin pak menteri ini mahu katakan kepada mereka yang sudah enak menjawat pekerjaan menteri.

Menteri dari Indonesia, Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Dahlan Iskan sempat membersihkan bilik air di Terminal 2 F, sebelum berangkat ke Surabaya dari Bandara Soekarno-Hatta,

Beberapa bulan lalu ia sempat ke tempat tersebut menemukannya kotor, kali ini ternyata masih kotor juga. Awalnya, Dahlan bersendirian melakukannya gara-gara melihat lantai yang kotor tersebut. 

Namun, petugas kebersihan setempat yang sempat melihat aksi Dahlan , akhirnya ikut membantu menteri perusahaan itu. 

Agak-agak ada tak menteri kita yang sanggup buat macam ini? Sumber

Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng Didakwa Miliki Surat Kuasa Palsu

Posted: 25 Sep 2012 03:33 AM PDT

SHAH ALAM, 25 Sept (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas. 

Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin. 

 Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar. 

Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA

Umno/BN sanggup buat fitNah dan tipu rakyat..

Posted: 24 Sep 2012 06:32 PM PDT



Cubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan PR di selangor dan mesej ingin disampaikan kerajaan negeri Selangor sedang menghadapi masalah bekalan air.

Ikuti temu bual wartawan Malaysiakini dengan Cheong Wai Leng , penerbit iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor, ketika ditemui di tapak penggambaran. 

Minit ke 4:02.  Wartawan : "The subject of this ad...?" (Perkara (mengenai) iklan ini..?) 

Penerbit : It's just a 'saving water' public announcement....( Ia hanyalah pengumuman awam mengenai penjimatan air....) 

Wartawan : Saving water arr.... ( Penjimatan air arrr...) 

Minit ke 5:19. Wartawan : "Just one last question, you said, It is saving water, but how come you asked people to line up as there is no water. Is it saving water or water shortage?" ( Hanya satu soalan akhir, Kamu kata ianya (mengenai) penjimatan air, tapi apasal lu suruh orang beratur sedangkan tiada air. Adakah (pasal) penjimatan air atau tarak air?) 

Seorang penduduk di situ, Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.Sila ikuti temuramah sepenuhnya berikut :  

Baca lagi laporan di sini

Tiada ulasan: