DIALOG RAKYAT |
- Bekas bendahari Umno Sabah isytihar sertai KEADILAN
- Berakhirnya Jalur Temberang
- Menara Warisan projek gajah putih Umno untuk kaut duit rakyat
- Mukhriz sahkan negara hilang RM3.5b tiap tahun akibat agihan AP tak telus
- Macam2 alasan SPR bantah p’raya berasingan
- PKR kutuk filem hina Nabi Muhammad
- 14 anggota PKR dilarang masuk ke Sabah
- Ganggu Suaram, BN takut skandal Scorpene terbongkar
- 20 samseng ganggu pelancaran Bilik Gerakan DUN Tangkak
- Chegu Bard Mahu Dedahkan Korupsi Libatkan JPM
- Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid?
- Kuota eksport minyak sawit diberi kepada kroni Umno BN
- Kereta import tetap murah walau AP dibida secara terbuka – Rafizi
- Enggan jamin keselamatan pembangkang, Hishammuddin angkuh – Anwar
- SPR terus jadi alat BN – Guan Eng
- Sidang Dun Terengganu Hanya Tiga Jam!
- Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK Kuala Berang?
- Momentum Jentera Pilhan Raya Umno Semakin Kuat - Ali Rustam
- PERSIDANGAN UMNO SANDAKAN KUCAR KACIR
- RM150,000 DALAM MESIN ATM LESAP
- Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang
- Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor
- Wanita Pakatan perlu tangkis propaganda media
- Hak Sama Rata, Tabung Surirumah Dan Akta Ganguan Seksual Antara Tawaran Agenda Wanita Malaysia
- Anwar desak AS ambil tindakan
Bekas bendahari Umno Sabah isytihar sertai KEADILAN Posted: 15 Sep 2012 02:50 AM PDT KEADILAN DAILY Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini. Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat. Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo. Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007. Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979. Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah. Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001. Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009. | ||||||||||||||
Posted: 15 Sep 2012 12:48 AM PDT Oleh Hishamudin RaisSemenjak saya memiliki talian internet, setiap tahun saya menjadikan bulan Ogos sebagai bulan melawan lupa dan melawan penipuan. Telah lebih dari satu dekad saya menjalankan kempen ini. Saya jadikan kempen ini tugas suci dan rukun hidup. Melawan lupa bukan satu kerja enteng. Melawan penipuan yang dirancang memerlukan tekad. Ini bukan tugas mengasah batang keladi untuk dijadikan tombak. Ia bukan sesenang menjual pelampong di kapal Titanic. Tetapi setelah lebih dari sedekad, hasilnya mula kelihatan. Kempen awal saya ialah mendedahkan penipuan yang paling besar iaitu 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan Malaysia. Sebelum munculnya internet, memang ramai warga sedar 31 Ogos tarikh penipuan. Warga di Sabah dan Sarawak amat sedar tentang penipuan ini. Di Semenanjung 'Pil Taikam' bernama 31 Ogos ini, ditelan bulat-bulat generasi muda. Satu ketika dahulu, hegemoni dan kekuatan United Malays National Organisation cukup angkuh. Warga Sabah dan Sarawak dipaksa menelan Pil Taikam dengan air liur basi. Warga Sabah dan Sarawak dibuli dan diinjak-injak. Sejarah negara bangsa Sabahan dan Sarawakian diketepi. Pembohongan 31 Ogos dibantu pula oleh kisah dongeng tentang Sabah dan Sarawak 'telah masuk Malaysia'. Hingga ke hari ini, kisah dongeng ini masih dijaja ke hulu ke hilir. Penipuan fakta ini adalah kerja United Malays National Organsiation. Mengatakan Sabah dan Sarawak 'masuk Malaysia' samalah seperti menjual bangkai anjing yang dikatakan daging kambing. Sabah dan Sarawak TIDAK pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Tanah Melayu menubuhkan gagasan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak TIDAK ada Malaysia. Malaysia bukan diwujudkan pada 31 Ogos 1957. Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963. Dengan marak dan berkembangnya nasionalisme Kadazan, Murut, Iban dan Dayak, penipuan 31 Ogos mula dibongkar. Warga Sabah dan Sarawak tidak mahu lagi menelan Pil Taikam dan membeli bangkai anjing yang dikatakan daging kambing. Sabahan dan Sarawakian mula memiliki keyakinan diri untuk menentukan masa depan nasib mereka sendiri. Nasionalisme dan hak menentukan nasib sebagai warga yang bebas merdeka dibantut oleh hegemoni Ketuanan Melayu. Kini semangat Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian telah mula berkembang. Justeru, tarikh 31 Ogos tidak lagi dirayakan di Sabah dan Serawak. Gila apa warga Sabah dan Sarawak merayakan 31 Ogos? Selama lebih 50 tahun United Malays National Organisation membebel menipu tentang perjuangan menuntut Merdeka. Dikatakan, merdeka diberikan oleh penjajah British melalui perundingan. Ini satu pembohongan. Ini satu penipuan. Di zaman tanpa internet dahulu, ada kemungkinan bangkai anjing boleh dijual sebagai daging kambing. Tetapi hari ini, mustahil bangkai anjing ini dapat terjual. Generasi muda mula mengenal Ahmad Boestaman, Pak Sako, Rashid Maydin, Chin Peng, Ibrahim Yacob, Mukhtaruddin Lasso, Shamsiah Fakeh, Abdulah Sidi, Burhanuddin Helmi dan Uztaz Abu Bakar Bakir. Kini kesedaran yang ampuh telah sampai untuk menobatkan pejuang ke tinta sejarah perjuangan melawan British. Nama-nama pertubuhan nasionalis yang bangun berjuang melawan British kini sedang menjadi buah mulut anak-anak muda. Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Parti Komunis Malaya, Partai Kebangsaan Melayu Malaya – kini mula menjadi ingatan bersama. Selama lebih 50 tahun gerombolan United Malays National Organsiation cuba melupuskan nama ini dari papan sejarah. Kerja jahat ini telah gagal. Hari ini bukan sahaja nama pejuangan diingati kembali, malah anak-anak muda telah mengarap lagu, sajak dan seloka berasaskan perjuangan mereka. Sajak dan syair digurindamkan untuk mengingati perjuangan suci mereka. Wajah mereka bukan hanya dipapan lukis, malah menjadi ikon untuk baju T anak muda. Ogos tahun lalu, saya merasakan kejayaan besar kerana timbulnya polemik tentang Mat Indera. Sosok pejuang dari Parti Komunis Malaya ini tidak dapat tidak adalah ikon baru dalam pensejarahan Tanah Melayu. Selama puluhan tahun warga didodoi dengan kesah dongeng Bukit Kepong. Tetapi tahun lalu, ledakan Mat Indera menobatkan imej pejuang ini sebagai ikon anak muda – setaraf dengan Che Guevara dan John Lennon. Semenjak Ogos tahun lalu, anak semua bangsa mengetahui rumah pasong Bukit Kepong ialah rumah pasong British. Serangan yang dipimpin oleh Mat Indera ialah serangan untuk menghalau penjajah British. Tok Sarjan kepala rumah pasong malam itu bernama Ray Dancey. Bendera yang tercacak di rumah pasong bukan Sang Saka Tanah Melayu tetapi Union Jack. Tarikh serangan ialah malam 23 Februari 1953. Pada tarikh itu, Tanah Melayu ialah tanah jajahan British. Memang betul ramai mata-mata Melayu yang tewas di tangan nasionalis Mat Indera. Tetapi menjadi Melayu sahaja tidak menjamin apa-apa. Menjadi Melayu bukan bermakna menjadi malaikat. Melayu ini mungkin kerana desakan ekonomi menjadi mata-mata dan soldadu upahan British. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin dapat disorok lagi. Dari dongeng Bukit Kepong yang terbarai, mari kita berjoget dan berdendang dengan lagu Memula Moon. Lebih 10 tahun dahulu, setiap Ogos saya menimbulkan kes ciplakan Memula Moon. Pada mulanya agak susah juga untuk anak semua bangsa menerima hakikat bahawa lagu kebangsaan Negara-ku, rupa-rupanya lagu ciplakan. Ciplakkan ini adalah ciplakan kelas kedua. Lagu ini diciplakan bukan dari yang ori tetapi ciplakan atas ciplakan. Lagu Negaraku diambil dari lagu Indonesia – Terang Bulan – yang diciplak dari Memula Moon. Tentang ciplakan lagu Negara-ku, gerombolan dan kuncu-kuncu United Malays National Organsiation tidak berani berkata apa-apa. Mereka senyap seperti mayat dalam keranda. Dalam kes Mat Indera, mereka bangun menyerang. Kuncu-kuncu NGO United Malays National Organisation menyinsing lengan baju untuk bergaduh. Malah ada yang mengutuk Mat Indera dengan meniru perangai Shahrizat Jalil. Tidak dapat tidak rakyat Malaysia sedar, lagu Negara-ku adalah hasil ciplakan. Dalam masa yang tidak lama Memula Moon a.k.a Negara-ku akan dilupuskan. Perjalanan sejarah ke arah ini tidak dapat dibendung. Yang diciplak telah diketahui ramai. Warga Malaysia yang memiliki hormat diri tidak menerima penghinaan lagu kebangsaan mereka sebenarnya adalah hasil ciplakan. Budaya ciplak ini bukan hanya untuk lagu. Kini anak semua bangsa menyedari, bendera Jalur Temberang… opps… Jalur Gemilang rupa-rupanya juga diciplak dari motif bendera Amerika Syarikat. Jalur Gemilang kini sudah mula dikenali sebagai Jalur Temberang. Bendera ini amat jelas dilihat tidak memiliki apa-apa motif budaya tempatan jauh sekali budaya Melayu Nusantara. Motif Nusantara ialah warna merah putih seperti bendera Parti Pas, Singapura, Indonesia – malah bendera rasmi parti United Malays National Organisation sendiri membawa merah putih warna motif Nusantara. Selama 55 tahun di Semenanjung dan 49 tahun di Sabah dan Sarawak – anak semua bangsa ditipu dengan Jalur Temberang. Bertahun-tahun bendera ini dipeluk erat oleh United Malays National Organisation. Hasilnya, bendera ini dilihat sebagai simbol kazaliman. Bendera ini diasosiasikan dengan segala bentuk karenah dan kemungkaran yang dibawa United Malays Natioanal Organisation. Justeru kebencian anak semua bangsa terhadap Jalur Temberang, bukan satu yang dapat disorok lagi. Sebagai bukti – tulisan ini digarap hanya 4 hari sebelum perayaan 31 Ogos. Tidak kelihatan kereta persendirian, taxi, van atau lori yang mengkibar Jalur Temberang. Rakyat – anak semua bangsa – melihat bahawa bendera ini adalah hak milik United Malays National Organisatgion. Justeru anak semua bangsa tidak ambil 'pot' untuk mengkibar bendera ini. Hanya dibangunan kerajaan sahaja, Jalur Temberang berkibar. Ini kerana ada arahan memaksa ketua pejabat memasang bendera ini. Di kawasan perumahan, tepi jalan, di tiang elektrik – semua ini adalah projek. Mat Indon dan Mat Bangla diupah untuk memasang bendera sebagai projek ' masyuuuk' untuk Ketua Bahagian. Tidak dapat tidak, sentimen anti Jalur Temberang meluas. Pada Ogos tahun lalu seorang ahli parlimen mencadangkan agar bendera ini diganti. Saranan ini tepat. Seperti lagu Terang Bulan, Jalur Temberang ini juga akan dihumban ke tong sampah sejarah bersama tuan-tuannya. Selama 55 tahun pembohongan dan penipuan ditabur. Kini pada 2012 – semua terbarai. Kesedaran datang melonjak. Saya boleh menarik nafas panjang dan tersenyum kerana kempen bulan Ogos melawan lupa dan melawan penipuan mula menampakkan hasil. Pada 2012, bangkai anjing tidak mungkin dapat dijual sebagai daging kambing. Tiada siapa bersedia menelan Pil Taikam. Opps…hampir terlupa… Pil Taikam ialah tahi kambing yang disira dengan gula dan dijual sebagai makjun oleh para bomoh. | ||||||||||||||
Menara Warisan projek gajah putih Umno untuk kaut duit rakyat Posted: 15 Sep 2012 12:34 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Kerajaan Pusat bakal mengundang nasib serupa sebagaimana projek National Feedlot Corporation (NFC), LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan lain-lain projek yang didapati berlaku penyelewengan oleh pimpinan Umno BN. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini. "Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini. "Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu. Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, " katanya ketika dihubungi. Projek untuk kayakan kroni Zuraida tidak menolak bangunan pencakar langit tersebut antara projek gajah putih Umno bertujuan mengkayakan kroni mereka. "Ini yang menimbulkan keraguan, melihatkan spekulasi yang berlaku sekarang, pastinya ada penyelewengan. "Projek itu pasti kroni mereka akan bolot, kosnya tentu berlipat kali ganda. Kenapa perlu bina bangunan yang begitu mahal?" soal Ahli Parlimen Ampang itu lagi. Sebagai pemimpin, kata Zuraida, beliau tidak mahu Menara Warisan dijadikan 'bank' untuk Umno mengaut keuntungan dari hasil rakyat. "Umno tidak pernah takut untuk habiskan duit rakyat, mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku dalam projek NFC, LRT, KTMB dan lain-lain lagi. "Umno perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan anda. Jalan bagi menyelesaikan sikap boros Umno ini pastinya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya. Projek di bawah pengurusan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu mengesahkan, penambahan ketinggian bangunan itu yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan kos RM5 bilion diumumkan Najib dalam Belanjawan 2010. Pengumuman itu mencetuskan tentangan, namun Najib tegas mempertahankan kononnya projek itu bukan pembaziran dan mempunyai kesan 'baik' ke atas ekonomi. Dalam pada itu, Aktivis Warisan Negara, Teoh Chee Keong mendakwa, Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat. Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi. Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 – pencakar langit tertinggi antara 2004 sehingga 2010. Projek yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijangka siap pada 2015 itu bakal melebihi bangunan tertinggi negara sekarang iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Rakyat bantah Tinjauan Merdeka Center dalam kaji selidiknya terhadap pendapat pengundi Semenanjung Malaysia bagi suku keempat tahun 2010 mendapati, hampir 2/3 rakyat Malaysia membantah pembinaan bangunan itu. Kaji selidik itu merangkumi 1,005 orang yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, menyaksikan 65 peratus responden membantah cadangan tersebut. Masyarakat Cina adalah yang paling ramai membantah pembinaan menara tersebut (65 peratus) diikuti dengan Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus). | ||||||||||||||
Mukhriz sahkan negara hilang RM3.5b tiap tahun akibat agihan AP tak telus Posted: 15 Sep 2012 12:28 AM PDT KEADILAN DAILYSaya mengalu-alukan maklum balas pertama Datuk Mukhriz Mahathir terhadap isu penurunan harga kereta memandangkan beliau adalah antara orang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara, atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Saya sertakan laporan Bernama bertarikh 7 September 2012 mengenai kenyataan yang dibuat beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Jerlun: Mukhriz: 'BN tidak berani buat janji kosong' Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat janji yang tidak mampu ditunaikan oleh parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Beliau berkata semua yang tertulis di dalam manifesto pilihan raya BN akan dianggap sebagai janji kepada rakyat dan semua itu perlu ditepati untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN tidak akan berani untuk membuat sebarang janji yang ia tahu tidak akan mampu dilaksanakan. "Lainlah dengan pembangkang. Mereka kata manifesto yang dibuat itu bukannya janji sebaliknya hanya cadangan, sebab itu mereka tidak serius dalam menunaikan semua yang ditulis dalam manifesto pilihan raya yang lepas. "Apabila mereka sendiri dah kata macam tu, apa kita nak harapkan lagi daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai di sini hari ini. Beliau berkata janji menurunkan harga kereta yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang adalah bersifat populis. Katanya strategi pembangkang ialah menggunakan isu-isu yang bersifat populis seperti hendak hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan turunkan harga kereta. "Mereka tidak jelaskan dari mana datangnya duit malah ada pemimpin PKR mengatakan untuk mengumpul dana kerajaan, mereka akan jual AP (permit import) kereta menggunakan kaedah opsyen. "Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu, orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut," katanya. Mukhriz berkata pembangkang hanya pandai membuat cadangan tetapi tidak memikirkan bagaimana hendak menjayakan cadangan tersebut termasuk dari mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu. "Silap-silap kita (negara) akan menjadi muflis," katanya. Kenyataan Datuk Mukhriz yang mengesahkan anggaran kementerian beliau bahawa permit import (AP) akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu jika dikendalikan secara telus melalui tender terbuka mempunyai kesan yang besar kepada kewangan negara. Jika jumlah AP yang dikeluarkan mencecah 70,000 setiap tahun seperti yang dianggarkan, negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang turut diketuai Datuk Mukhriz kini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja setiap AP apabila ia diagihkan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses tender terbuka. Bagi setiap AP, negara dan rakyat rugi sehingga RM50,000 dan jumlah itu masuk poket pihak berkepentingan yang mengaut untung besar akibat dasar tidak telus Umno Barisan Nasional. Jumlah RM3 bilion hingga RM3.5 bilion ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran yang dibuat KEADILAN dalam menentukan sumber kewangan untuk menampung dasar menurunkan harga kereta melalui pemotongan cukai eksais secara berperingkat. Ia juga membuktikan kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan dasar ini, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar serius mendengar desakan rakyat. Kenyataan Datuk Mukhriz juga menggambarkan beliau masih belum faham mekanisme yang boleh digunapakai untuk menurunkan harga kereta kerana terlalu terbawa-bawa dengan pandangan yang berpihak kepada tauke kaya dan pengedar kereta yang membuat untung berlebihan dari sistem AP sedia ada. Rungutan beliau, kononnya harga AP yang tinggi jika dilelong secara terbuka akan menyebabkan harga kereta bertambah tinggi membayangkan beliau mahu mempertahankan kadar keuntungan berlipat kali ganda yang kini dinikmati pihak-pihak berkepentingan ini. Menurut perkiraan beliau, bila kadar keuntungan ini dipertahankan, sebarang peningkatan kos kepada pengedar kereta akibat harga AP yang lebih tinggi perlu ditanggung oleh rakyat. KEADILAN mengesyorkan supaya pengedar-pengedar berkepentingan ini bersaing sesama mereka dengan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan. Apabila harga AP meningkat dan harga kereta mula turun, mereka tidak ada pilihan melainkan mengurangkan kadar keuntungan yang tidak berpatutan yang mereka nikmati selama ini. Demi menerangkan lagi mekanisme ini kepada Datuk Mukhriz, KEADILAN ingin menjemput Datuk Mukhriz untuk turut sama hadir ke Forum #turunhargakereta yang diadakan pada hari Khamis ini (13 September 2012) jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor yang bakal menemukan YB Tony Pua, YB Dr Dzulkifly Ahmad, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Saudara Rafizi Ramli dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Jika beliau benar-benar berjiwa besar demi kepentingan rakyat, kami yakin Datuk Mukhriz akan sudi singgah bersama-sama dengan rakyat berbincang kaedah terbaik untuk menurunkan harga kereta, terutamanya apabila beliau sendiri sudah mengesahkan bahawa kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakannnya. Rafizi Ramli Pengarah Strategi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi KEADILAN | ||||||||||||||
Macam2 alasan SPR bantah p’raya berasingan Posted: 15 Sep 2012 12:25 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mencari bermacam-macam alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor.SPR beralasan bahawa perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan. Mengulas kenyataan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, SPR mempunyai berbagai-bagai alasan jika sesuatu perkara itu tidak berpihak kepadanya. "Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN, dia sokong dan senyap, bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," katanya. Walhal SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu. Kelmarin, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan Pusat. "Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju. "Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu. Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," kata Mustafa, dipetik Harakah Daily. BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978. Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978. SPR sepatutnya tiada halangan jika Pakatan mahu mengadakan PRU 13 secara berasingan jika BN membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih. Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar beralasan, keputusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru. Katanya, ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah. Selain itu, tambah beliau, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam pula berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang. "Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) saja," kata Abdul Aziz dipetik. Beliau juga beralasan bahawa SPR tidak akan menghalang kerajaan Selangor kerana ia melibatkan DUN saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan. | ||||||||||||||
PKR kutuk filem hina Nabi Muhammad Posted: 15 Sep 2012 12:22 AM PDT Filem itu adalah hasil usaha satu dakyah untuk mengguris sensitiviti perasaan umat Islam hingga menimbulkan rusuhan. PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya filem terbaru anti Islam yang menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. "Filem itu adalah hasil usaha satu dakyah untuk mengguris sensitiviti perasaan umat Islam hingga menimbulkan rusuhan, hendaklah ditarik balik dan harus dikecam oleh semua pemimpin dunia," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Seorang rakyat Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Sam Bacile telah menerbitkan filem bertajuk "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah saw hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, satu garis sempadan haruslah dibuat di antara pencabulan dan kekufuran pada satu pihak dan kebebasan bersuara atau lesen artistik di satu pihak yang lain. Amerika Syarikat mestilah bertanggungjawab terhadap individu yang menerbitkan filem yang menjijikkan dan hina ini serta membuktikan bahawa hak kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan menimbulkan jenayah kebencian. "Kami dengan tegasnya mengutuk pembunuhan Duta Besar Amerika Syarikat ke Libya serta individu lain yang tidak bersalah dan menyeru kepada umat Islam yang menghargai keamanan agar tidak mengambil tindakan yang terburu-buru," katanya. Ujar beliau, "jelas sekali dalang di sebalik filem ini mahu menunjukkan kebencian dan persengketaan di antara agama dan manusia. Untuk beralih kepada kegansan dan kemusnahan adalah dengan mengikut telunjuk mereka. Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, filem yang memalukan ini bukan sahaja menyinggung umat Islam diseluruh dunia, malah terhadap semua agama. "PKR sekali lagi menyeru kepada semua pemimpin di seluruh dunia untuk memperbaharui usaha untuk meningkatkan hubungan antara agama, terlibat dalam dialog yang lebih besar dan tidak membenarkan salah faham serta niat jahat menggelapkan minda kita," katanya. | ||||||||||||||
14 anggota PKR dilarang masuk ke Sabah Posted: 15 Sep 2012 12:21 AM PDT Umno-BN masih mengamalkan dasar politik menekan dan menindas terhadap lawannya. PETALING JAYA: Empat belas anggota PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dilarang memasukki negeri Sabah setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 3.20 petang tadi. Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur. "Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah. "Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Fenny Fiona," katanya dalam satu kenyataan media petang tadi. Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan Umno-Barisan Nasional. "Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. "Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," katanya. | ||||||||||||||
Ganggu Suaram, BN takut skandal Scorpene terbongkar Posted: 15 Sep 2012 12:14 AM PDT KEADILAN DAILYSuara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sejak 1989. Perjuangan yang bermula dengan isu ISA (Operasi Lalang) sehinggalah menjalar ke segenap sudut isu hak asasi. Kini SUARAM menjadi antara organisasi bukan kerajaan paling kedepan dalam banyak isu.Namun setelah SUARAM mula beberapa tahun lepas membawa isu pendedahan skandal persenjataan negara iaitu isu berkaitan pembelian Scorpene sehingga ke Mahkamah Peranchis, kelihatan media dan perbagai aparat regim mula fokus menyerang SUARAM. Pendedahan SUARAM yang bersungguh sehingga membongkar isu scorpene bukan sahaja isu rasuah komisyen yang menjahanamkan wang rakyat tetapi turut melibatkan isu pengkhianatan penjualan maklumat ketenteraan negara seterusnya telah benar-benar mengancam pemimpin utama negara yang jelas punya peranan. Pendedahan bukan sekadar maklumat dengar dan cakap tetapi turut melibatkan dokumen. Respon daripada itu aparat Regim mula memberikan tekanan kepada SUARAM. Bermula dengan isu pendaftaran SUARAM, akaun hinggalah sumbangan dari luar. Pendaftaran SUARAM di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan satu benda baru, kenapa kini baru menjadi isu besar. Banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SSM bukan pendaftar pertubuhan. Regim perlu sedar perkara ini berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan. Pendaftaran antara sebab utama ialah rekod bukan alat kawalan tetapi apabila pendaftaran di bawah pendaftar pertubuhan dijadikan sebagai alat kawalan regim maka jangan salahkan jika banyak organisasi memilih untuk bergerak dengan cara pendaftaran alternatif. Rasanya regim juga sedar perkembangan ini kerana kita punya banyak bukti dan rekod, dalam banyak perkara dan acara regim bekerjasama dengan organisasi yang berdaftar hanya menggunakan SSM. Jika itu salah mana mungkin kerjasama langsung ataupun tidak langsung ini berlaku. Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi Kapal Selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, SUARAM diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata menerima dana dari luar. Nampak sangat regim panik dan ketandusan isu berdepan SUARAM. Amat bukan asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju. Bantuan dan dana juga datang dari badan korperat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung. Maka sudah tentu SUARAM yang pasti tidak mendapat dana dari regim tidak terasing untuk menerima dana asing. Dalam era 'globalisasi' ini dunia makin hilang nilai sempadan sebaliknya aspek kebersamaan nilai menjadi elemen penting dalam mengikat kerjasama dunia. Mendapat dana dari luar merupakan bukti alat atau agen asing ialah satu tuduhan yang amat dangkal. Regim sendiri sudah tentu sedar bahawa banyak organisasi termasuk yang pro regim turut menerima dana dari pada pihak luar. Banyak program yang turut melibatkan kementerian juga menerima dana asing secara langsung mahupun tidak langsung. Tahu atau tidak mengikut rekod beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti komponen Bn turut terlibat mendapat dana dari organisasi asing, ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi regim seolah menjadikan perkara ini asing dan amat salah. Khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka) mana mungkin menyekat dan mengasingkan dana luar. Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan BERNAS, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing. Mengapa pemimpin regim diam, mungkinkah kerana mereka ada keuntungan dari itu ? Yang lebih dasyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian scorpene, ini juga didiamkan. Adakah kerana ia rapat dengan Perdana Menteri atau pimpinan regim sendiri berkongsi keuntungan tersebut? Tahu atau tidak kita di Malaysia ini ada organisasi bukan kerajaan yang beroperasi untuk menjalinkan hubungan negera ini dengan Israel dan menerima dana asing. Organisasi ini bergerak dan punya laman internetnya sendiri dan tidak berselindung. Mustahil regim tidak mengetahuinya dan ia didiamkan kerana ia bersesuaian dengan kepentingan regim. Kaitan Soros menjadi punca ketakutan? Soros seorang ahli perniagaan dunia berbangsa Yahudi yang menjadi porpular kerana krisis kewangan negara era 1997. Semenjak itu masyarakat disumbat dengan presepsi seolah negara perlu bermusuh dengan Soros. Tahu atau tidak beberapa tahun lepas Soros ini diterima baik di dalam negara dan ramai pemimpin parti penguasa dan pembangkang menemui beliau sebagai sahabat termasuk Tun Dr Mahathir sendiri. SAMM menyatakan solidariti bersama SUARAM dan akan jelajah seluruh negara kait isu Kapal Selam. Hakikat sebenarnya ialah SUARAM diserang bukan kerana pendaftaran atau dana asing tetapi SUARAM diserang kerana isu pendedahan penyelewengan scorpene. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan solidariti bersama SUARAM. Isu scorpene ini cukup merimaskan regim penguasa. SAMM melihat isu ini amat penting. SAMM sedang dalam peringkat akhir untuk menjalinkan hubungan bersama SUARAM dan pasukan peguam kes tersebut bagi merangka satu program jelajah negara bagi menjelaskan isu ini. Yakinlah kes ini akan memberikan kesan besar pada regim dan SAMM mengajak anak muda dan semua bersama dalam satu program kempen seluruh negara yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini dan kita akan bersama membuktikan regim telah membuat kesilapan besar dengan menyerang SUARAM dengan cuba menyumbat persepsi salah kepada rakyat. Najib perlu ingat Menteri Propaganda kamu Rais Yatim sudah terlalu tua dan tidak kreatif lagi, mungkin dia berjaya perbodoh rakyat semasa isu Memali tetapi kali ini maklumat sudah dihujung jari. Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) | ||||||||||||||
20 samseng ganggu pelancaran Bilik Gerakan DUN Tangkak Posted: 15 Sep 2012 12:11 AM PDT Aisha Geoffrey TANGKAK : Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot. Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak 'Hidup Anwar' dan 'Hidup Rakyat' dengan lantang. Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian. Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin. Berita bas disimbah cat di sini: (klik) | ||||||||||||||
Chegu Bard Mahu Dedahkan Korupsi Libatkan JPM Posted: 15 Sep 2012 12:05 AM PDT KELAB GREENBOC Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri. Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri. Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini. Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'. Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000. Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan. Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri. Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan. "Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini. Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard. Usaha tutup korupsi Scorpene Sementara itu, CheguBard mendakwa siasatan yang dilakukan terhadap sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ialah satu usaha untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam Scorpene termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing. "Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, Suaram diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata kerana menerima dana dari luar. "Nampak sangat kerajaan BN menjadi panik dan ketandusan isu berdepan Suaram," jelas beliau. Beliau berkata, bukannya suatu perkara yang asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju. Bantuan dan dana katanya, juga datang dari badan korporat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung. Jelas beliau, "ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan BN seolah-olah menjadikan perkara ini asing dan amat salah, khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka). "Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan Bernas, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing. "Lebih dashyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian Scorpene, ini juga didiamkan," ujar beliau. -FMT | ||||||||||||||
Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid? Posted: 14 Sep 2012 11:57 PM PDT MSO
Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.
Memang dalam paparan gambar itu Kate memasuki masjid. Sekeping gambar menunjukkan Kate berjalan menaiki tangga dan kedua belah kakinya nampak jelas. Gambar itu juga turut memaparkan kasut Kate yang diletak di atas tangga. Saya yakin gambar kaki dan kasut Kate yang diletakkan di atas tanggan beralasankan permaidani tidak disiarkan dalam akhbar penjilat buntut, atau majalah Kiblat dan Al Islam terbitan Utusan Melayu.
Beliau juga menarik perhatian apa pandangan Hasan Akidah di dalam soal ini. Apakah perbuatan Kate yang jelas seorang Kristian tidak mencemari masjid? Atau pun kerana kemasukan Kate itu tidak menjejaskan politik Umno maka ia dibenarkan? Tidak lupa pegawai berkenaan turut bertanya mengenai apa pandangan ulamak muda Umno Fatu Bari an juga ulama tua Harussani Zakaria. Beliau berharap mereka dapat memberi penjelasan kerana menurut maksud sebuah hadith kalau kita berbuat sama dengan mereka (orang kafir) maka kita juga seperti mereka? Seterusnya pegawai itu memberi pandangan hendaklah kita adil dan berkata benar mengenai Islam dan jangan mengurusnya mengikut perasaan dan memikirkan kepentingan kita. | ||||||||||||||
Kuota eksport minyak sawit diberi kepada kroni Umno BN Posted: 14 Sep 2012 11:54 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar PETALING JAYA : KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN. Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini. "Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar," katanya. Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara. Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara. Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan. "Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi. "Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO. "Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN," katanya. Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut. Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan. Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara. "RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)," katanya. | ||||||||||||||
Kereta import tetap murah walau AP dibida secara terbuka – Rafizi Posted: 14 Sep 2012 11:52 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata harga kereta import masih boleh dijual murah walaupun permit import dibida secara terbukaBeliau berkata, ia mengelakkan manipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlebihan hingga menyebabkan harga kereta melambung tinggi. Menurut beliau, hasil bayaran AP yang diterima kerajaan boleh digunakan bagi menampung kos menghapuskan cukai kereta dan bukannya tersekat di tangan orang tengah. "Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50% walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka. "Sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 iaitu sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka. "Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian mengulas persoalan dibangkitkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, kononnya harga kereta import tidak boleh diturunkan jika pembida AP menawarkan harga tinggi. Menerangkan lebih lanjut, Rafizi mengambil contoh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang membeli sebuah kereta import menerusi AP yang diperolehinya sebagai Ahli Parlimen. "Beliau (Pua) membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke. Harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal adalah RM45,000. "Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85%, cukai jualan 10% dan duti import sebanyak 30%," katanya. Rafizi berkata, Pua bernasib baik kerana beliau hanya membayar RM100,000 untuk kereta itu melalui AP sendiri, berbanding membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan berharga RM160,000. Katanya, perbezaan harga RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga pemegang lesen AP boleh mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda. | ||||||||||||||
Enggan jamin keselamatan pembangkang, Hishammuddin angkuh – Anwar Posted: 14 Sep 2012 11:50 PM PDT Aisha Geoffrey SKUDAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh. "Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor. "Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa. "Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?" katanya. Ketua Umum KEADILAN itu membidas kenyataan sepupu Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program anjuran pembangkang. Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah untuk kali ke-3, selain paku ditabur dan kereta kakitangan KEADILAN dicalar. Sekumpulan samseng pula membuat kacau pada majlis pelancaran DUN Tangkak, malah kehadiran Anwar untuk menziarahi keluarga kakitangan KEADILAN yang kematian ibu, juga diganggu. Pada ceramah itu, Anwar mengulangi keyakinannya untuk menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 termasuk menawan Johor. "Saya yakin Pakatan akan menang kali ini, Insya-Allah. Dan kita akan ubah Johor agar menjadi lebih baik. "Umno sibuk sangat nak rampas Selangor, tengok-tengok Sabah bocor. Sekarang nak jaga Sarawak, nanti Johor pula terlepas. "Mahathir pernah cakap, sekali BN kalah pilihan raya, mereka tak akan bangun lagi. Itu maknanya apa? Mahathir akui kewibawaan pemerintahan Pakatan Rakyat. "Jadi usah angkuh sangat," katanya pada Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat yang dihadiri kira-kira 8,000 orang anjuran KEADILAN Johor. Sebanyak 800 meja dijual sekaligus mengutip RM19,257 hasil jualan dan derma orang ramai. Turut berucap, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh. Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. | ||||||||||||||
SPR terus jadi alat BN – Guan Eng Posted: 14 Sep 2012 11:42 PM PDT Roketkini.com Ia berikutan kenyataan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengganggu guru serta pelajar jika diadakan di sekolah. Membidas kenyataan tersebut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, "Beliau seolah-olah mengabaikan fakta bahawa tidak wujud sebarang bantahan oleh SPR apabila Sabah dan Sarawak mengadakan pilihan raya secara berasingan." "Apakah SPR juga mempersoalkan kemampuan dan profesionalisme polis kita apabila mendakwa sekiranya pilihan raya secara berasingan boleh menggugat keselamatan awam dimana pihak polis terpaksa memastikan keselamatan kerana wujud dua tempoh masa berkempen?" soalnya lagi. Jelas Guan Eng, dakwaan sebegitu bukan sahaja meremehkan pihak polis tetapi memalukan negara. "Seolah-olah pasukan keselamatan kita tidak mampu menjaga keamanan. Adakah beliau cuba mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya memohon bantuan tentera PBB untuk mengawal proses pilihanraya negara ini? "SPR perlu menumpukan kepada kerja asas mereka iaitu memastikan pilihanraya berjalan mengikut peraturan, bebas dan adil," kata beliau. Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng turut melahirkan rasa kecewa beliau kerana sehingga sekarang SPR masih belum membalas permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan pilihanraya kerjaan tempatan yang melibatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. "Walaubagaimanapun, SPR nampaknya lebih berminat untuk mempertahankan atau menjadi alat serangan bagi pihak BN," katanya. – Roketkini.com | ||||||||||||||
Sidang Dun Terengganu Hanya Tiga Jam! Posted: 14 Sep 2012 11:39 PM PDT Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan masa sidang Dun pada 13 Ogos, terlalu singkat dan amat mendukacitakan. Beliau berkata, kerana masa sidang yang singkat menyebabkan banyak persoalan serta masalah rakyat tidak dapat disampaikan kepada kerajaan. "Rasa tidak puas hati, dukacita dan kesal saya pada persidangan Dun (Terengganu) kali ini kerana banyak soalan-soalan lisan Adun yang ditolak. Saya ada tujuh soalan iaitu dua lisan dan lima bertulis, kesemuanya ditolak. "Dia (kerajaan) hendak susut (sembunyi) punca sebab banyak persoalan yang tidak boleh dijawab wakil kerajaan Barisan Nasional Terengganu ini," ujarnya Sehubungan itu, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata penolakan usul tergempar yang melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai dan perlu disegerakan bukti kerajaan Umno-BN tidak mengutamakan kepentingan rakyat. Katanya, isu tanah kerajaan yang terlelong hampir 60 ekar termasuk bangunan banglo, rumah teres dan bangunan kedai langsung tidak dipedulikan. "Ini isu besar yang melibatkan tanah kerajaan, harta rakyat Terengganu yang terlelong kepada syarikat bukan bumiputera tapi kerajaan BN tidak peduli. "Tapi masa bersidang di dewan (Undangan Negeri) sangat singkat, banyak soalan-soalan tidak terjawab dan amat mendukacitakan kita (PAS)," ujarnya. Manakala Adun Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berpendapat kerajaan Umno-BN Terengganu wajar ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ini kerana, katanya terlalu banyak kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam pemerintahan yang cuba disembunyikan. "Kita (PAS) hendak berbahas dan bertanya persoalan (isu) yang berlaku tidak ada masa yang mencukupi. Buat sidang Dun Terengganu pun sekadar 'melepas batuk di tangga' sahaja. "Kesimpulannya, kita (rakyat) kena tukar kerajaan (BN) ini untuk menyelamatkan harta negeri, harta rakyat dan harta negara," tegasnya. Menurutnya, banyak persoalan di Dungun yang tidak terjawab dengan baik dan mengelak dari menjawab dengan tepat. Sepatutnya, kata Ustaz Wan Hassan, pada bulan Ramadan ini kerajaan perlu bersikap terbuka dan berlapang dada mendengar permasalahan rakyat. | ||||||||||||||
Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK Kuala Berang? Posted: 14 Sep 2012 11:37 PM PDT Wartawan Buletin HULU TERENGGANU – Rakyat Kuala Berang khususnya dan daerah Hulu Terengganu amnya tertanya-tanya, apakah yang telah menyebabkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di sini, terbengkalai. Menurut Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid, beliau dimaklumkan kontraktor pembinaan sekolah tersebut telah 'cabut lari' kira-kira tiga bulan yang lalu. "Saya dimaklumkan, kontraktor dan punggah semua barang dan tinggalkan tapak pembinaan tiga bulan yang lalu, kita (PAS) harap ada penjelasan dari pihak berkenaan, "mengapa pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di atas Lot PT 7274, Hulu Terengganu, Terengganu,"ujarnya. Haji Muyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program meraikan anak yatim 'Masih Ada Yang Sayang' di sini pada Sabtu 11 Ogos. | ||||||||||||||
Momentum Jentera Pilhan Raya Umno Semakin Kuat - Ali Rustam Posted: 14 Sep 2012 11:34 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Momentum jentera Umno semakin kuat dan padu menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mohd Ali berkata perkara itu dapat dilihat dan dirasai semasa beliau menjelajah beberapa negeri merasmikan mesyuarat perwakilan Umno. "Saya lihat sokongan terhadap Umno semakin kuat. "Saya yakin dengan momentum yang semakin bertambah, kita mampu meraih kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri yang dihoskannya di Rumah Melaka di sini, Jumaat. Turut hadir pada majlis itu, ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pada majlis jamuan tersebut, perdana menteri juga mengingatkan kepada semua lapisan anggota Umno supaya terus bekerja kuat untuk meraih kembali sokongan rakyat. Mengenai rancangan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya Parlimen, Mohd Ali berkata perkara itu hanya taktik pembangkang melenggahkan masa kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot. "Mereka hanya melenggahkan masa. Dia orang (pembangkang) telah banyak buat kesilapan besar, banyak isu tidak diselesaikan dalam manifesto pilihan raya sebelum ini. "Dengan melenggahkan masa, mereka berharap untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi," katanya. -BERNAMA | ||||||||||||||
PERSIDANGAN UMNO SANDAKAN KUCAR KACIR Posted: 14 Sep 2012 11:30 PM PDT
| ||||||||||||||
RM150,000 DALAM MESIN ATM LESAP Posted: 14 Sep 2012 11:23 PM PDT
| ||||||||||||||
Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang Posted: 14 Sep 2012 05:10 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat. "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang. "Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. "Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan." Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini. Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu 'Kena tanya orang Johor sendiri' Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu. "Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas. "Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya. Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak. "Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya. | ||||||||||||||
Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor Posted: 14 Sep 2012 05:08 PM PDT Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall. "Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki. "Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami. "Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya. Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan. "Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan. "Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum. Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. | ||||||||||||||
Wanita Pakatan perlu tangkis propaganda media Posted: 14 Sep 2012 05:05 PM PDT
SHAH ALAM: Wanita Pakatan Rakyat diseru meneruskan kerja kuat untuk menangkis laporan bersifat jahat media arus perdana. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, media arus perdana solah-olah tidak lagi menjalankan tanggungjawab mendidik masyarakat sebaliknya menggalakkan penyebaran berita bersifat jahat. Mohamad membandingkan insiden remaja menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri dengan senanam punggung yang dilakukan sekumpulan veteran tentera di hadapan rumah Pengerusi Bersama gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga. Katanya, media membesarkan-besarkan isu remaja tersebut tetapi membiarkan kelakuan tidak sopan terhadap seorang wanita. "Kita kena bekerja dengan labih kuat. Banyak yang kita kena lakukan untuk menangkis media yang cukup jahat kebelakangan ini. "Kita tak bersetuju adegan seperti itu (tunjuk punggung) tapi media pemerintah membiarkan bahkan menggalakkan bila orang membuat tarian punggung depan rumah Ambiga. "Lebih dasyat lagi timbalan ketua polis negara kata boleh tarian punggung itu dilakukan," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi. Mohamad berkata, media perlu mendidik rakyat agar peka dengan isu semasa, bukan melalui perbuatan menghina mana-mana pemimpin. "Kita harap melalui media dan kementerian pendidikan, didiklah rakyat supaya kita berlawan atas isu rakyat, amar ma'ruf nahi mungkar, bukan lawan dengan cara pijak-meijak gambar," katanya di hadapan kir-kira 1,000 tetamu yang hadir. | ||||||||||||||
Hak Sama Rata, Tabung Surirumah Dan Akta Ganguan Seksual Antara Tawaran Agenda Wanita Malaysia Posted: 14 Sep 2012 04:56 PM PDT SHAH ALAM : Pakatan Rakyat akan menubuhkan Agensi Hak Sama Rata sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Putarjaya selepas Pilihnaraya Umum ke 13 (PRU13) nanti. Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, Agensi tersebut bagi memartabatkan kedudukan wanita seiring dengan kaum lelaki di negara ini. Selain itu, Pakatan juga akan mengadakan skim Caruman Wanita Malaysia di mana Kerajaan Pusat akan melabur RM 50 setiap bulan ke dalam akaun surirumah yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Di samping itu suami akan digalakkan untuk membuat caruman khas minimum RM 10 kepada isteri setiap bulan. Ini sebagai perlindungan kepada isteri sekiranya berlaku penceraian, suami hilang keupayaan bekerja atau mati. "Tabung itu juga merupakan tabung simpanan hari tua yang boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 50 tahun," katanya. Inisiatif-Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada teras "Penglibatan dan Peluang Ekonomi" yang terdapat di dalam Agenda Wanita Malaysia Pakatan Rakyat. Beliau berkata, Pakatan akan juga menjamin kesamarataan dalam tangga gaji antara wanita dan lelaki serta kesamarataan di penilaian prestasi pekerjaan. "Kita terapkan falsafah dan hormat wanita dalam Agenda Wanita Malaysia sebagai falsafah asas yang mengacu budaya memartabatkan dan menghormati wanita sebagai "equal partner", katanya. Pelancaran buku Agenda Wanita Malaysia disempurnakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam. Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Wan Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng. Katanya, bagi memastikan golongan wanita mendapat pembelaan yang lebih terjamin, Pakatan akan menggubal Akta Gangguan Seksual yang khusus serta menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumahtangga dan Wanita. Pakatan akan juga memperkenalkan Pemilikan Rumah Pertama Wanita demi menjamin kestabilan hidup. Dalam sidang media selepas pelancaran itu Zuraida berkata Pakatan akan bergerak bagi mendekatkan diri dengan golongan wanita untuk menyebar luas maklumat tentang Agenda Wanita Malaysia. "Undi wanita adalah penting kerana ia merangkumi hampir separuh dari jumlah pengundi di negara ini. "Kita perlu menyampaikan maklumat ini terus kepada mereka supaya mereka memahami akan agenda ini demi kepentingan untuk mereka sendiri." | ||||||||||||||
Posted: 14 Sep 2012 04:53 PM PDT SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem menghina Islam dan Rasulullah SAW serta mendesak Amerika Syarikat mengambil tindakan ke atas individu yang menerbitkannya. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, filem tersebut telah membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia harus dengan tegas mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu. "Satu garisan perlu bagi memisahkan kekufuran dan penghinaan dengan kebebasan bersuara. Amerika Syarikat perlu menunjukkan bahawa kebebasan ini tidak dicabul untuk membangkitkan semangat kebencian," katanya. Katanya, tindakan demonstran di Benghazi, Libya yang membunuh Duta Amerika Syarikat ke negara itu juga perlu dikutuk sekeras-kerasnya kerana ia satu tindakan keganasan melampau dan terburu-buru. "Jelas bahawa dalang di sebalik filem ini mahu membangkitkan sentimen kebencian di antara agama untuk mewujudkan kebencian dan kemusnahan. "Filem ini bukan sahaja provokasi kepada umat Islam, malah kepada semua agama dan alasan bertindak ganas kerana filem ini tidak boleh diterima," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan