Sabtu, 15 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


OOH, LA LA - Gambar topless Kate tersebar di majalah

Posted: 15 Sep 2012 05:04 AM PDT


Majalah Perancis 'Closer' dengan beraninya telah menyiarkan gambar topless Kate Middleton dan Putera William sewaktu pasangan itu berjemur dalam privasi. Pasangan itu telah mula membuat tuntutan di mahkamah.

Walaupun gambar dibahagian sensetif itu dikaburkan, tetapi ia masih kelihatan seksi, yang diambil di tepi kolam renang minggu lepas semasa "percutian yang sangat panas" di istana di rantau Provence, juga menunjukkan Putera William sedang menyapukan losyen pelindung matahari untuk Kate.

Kate kelihatan ayu dengan bertudung sewaktu lawatan ke
Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur

Penyiaran gambar Topless Kate Middleton berjemur di Perancis menjadikan kaum kerabat mereka naik berang kerana dia dan suaminya Putera William sedang berkunjung ke Malaysia untuk menyebarkan tanggapan yang baik mengenai diri mereka di sini.

Marah, Istana Buckingham menganggapnya sebagai pencerobohan privasi "menjijikkan" dan pasangan itu mengumumkan bahawa ia akan menyaman majalah gosip popular Perancis Closer, yang menyiarkan gambar tersebut.


Sultan dan Raja Muda Selangor di majlis bacaan Yasin dan Tahlil
Sempena Hari Pahlawan di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
di Shah Alam pada 27/7/2012 lalu

Ha! ha! Kate dan William tidak perlu panik atau berasa malu. Mungkin agaknya mereka belum mengetahui lagi bahawa adanya bakal Sultan di Malaysia yang gambarnya lebih teruk lagi daripada mereka. Korang google lah sendiri! Baca di sini

Cendawan aneh dari China

Posted: 14 Sep 2012 11:07 PM PDT

Sebuah stesyen televisyen di China telah menyiarkan satu berita mengenai seorang petani tua berumur 80 tahun yang menggali dan menemui satu tumbuhan yang aneh.

Penduduk kampung tersebut yang ditemuramah berkata mereka tidak pernah melihat dan juga tidak tahu apa sebenarnya tumbuhan tersebut yang menyerupai cendawan Lingzhi.

Dalam siaran tersebut, wartawan wanita muda itu mencubit dan menekan-nekan objek tersebut berulang kali dan menjelaskan bahawa hujung atas kepala cendawan itu ada mulut, dan di bawahnya mempunyai satu lubang kecil.

Beliau juga berkata ia berasa sangat lembut dan licin, berjanji akan mencari pakar keesokan hari untuk mengenal pasti objek tersebut.


Kemudiannya Stesyen televisyen tersebut telah membuat permohonan maaf kepada semua penonton mereka, mendakwa bahawa wartawan wanita tersebut adalah terlalu muda, dan jahil mengenai hal ehwal duniawi, jadi mereka memohon maaf diatas sebarang ketidakselesaan dan kecuaian tersebut.

Stesyen tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua diatas teguran mereka dan pembetulan program tersebut.

Tidak boleh nak menyalahkan wartawan wanita itu kerana dia tidak berpengalaman dan terlalu naif mengenai dunia orang dewasa.

Kita sendiri pun tidak tahu dan menyedari apakah sebenarnya objek tersebut melainkan mereka yang rajin atau biasa pergi ke kedai seks setiap hari dan menyemak bahawa objek pelik tersebut ada banyak di situ.

Aku masih ingat sewaktu kanak-kanak dulu, begitu seronok bila satu ketika pernah askar British mencampakan dari helikopter bungkusan-bungkusan yang mengandungi makanan-makanan ringan.Kami tambah seronok kerana terdapat juga belon panjang dan kami pun tiup dan lepaskan dia terbang.

Seronok kami bermain dengannya hinggalah ada seorang yang lebih dewasa ketawakan kami dan merampas belon kami itu.Setelah dewasa barulah kami tahu kegunaan sebenarnya. Ha! ha! ha!
SUMBER

Renungan hujung minggu

Posted: 14 Sep 2012 04:43 PM PDT

Mamat dan Bedul keluar berkemping, selepas menegakan khemah mereka pun tidur keletihan. Selang beberapa jam kemudian, Mamat membangunkan kawan baiknya itu, Bedul :

" Bedul, cuba ko lihat atas tu, Apa yang engkau nampak? "

Bedul jawab, "Aku nampak banyak bintang bertaburan di langit "

"Apakah makna di sebalik itu?" tanya Mamat lagi.

Ini membuatkan Bedul memikir sejenak : " Cuaca sangat baik, terang dan nyaman, " balasnya.

" Ya lah, takkanlah itu saja yang kau nampak?" Desak Mamat lagi.

" Jika mahu diceritakan bagaimana bermulanya kejadian langit dan bumi dan bintang-bintang yang bertaburan serta galaksi-galaksi yang ada sejak dari peristiwa "Big-Bang" itu terlalu panjang lagi merumitkan. ...

Kalau kita merenung jauh akan apa yang ada dilangit itu , kebesaran Allah SWT tidak dapat kita ungkapkan...

Apa pendapat kamu , Mamat? " Bedul menduga kawannya pula.

Bedul diam seketika, kemudian dia berkata: "Khemah kita sudah dicuri orang"

Moral ceritanya: Bukan semua yang ngaku pandai itu bijak membaca keadaan. Pandai membaca tidak semestinya memahami apa yang tersirat.

Tiada ulasan: