Jumaat, 14 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rakyat dirasuk projek mee segera

Posted: 14 Sep 2012 05:53 AM PDT

Muhd Faizal Che Yusoff,

BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM, diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.

Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.

Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.

Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.

Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya.  Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.

Sebagai seorang aktivis OKU  dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.

"Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu.." itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik.

Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah.

"Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai," itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah.

Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013.

Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU).

361,000 OKU

Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi.

Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfatkan sebaiknya sama ada BN atau PR.

Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.

Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri.

Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU.

Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.

Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan.

Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13.

Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota.

Air kotor: Penapis akan dipasang di 500 sekolah di K'tan

Posted: 14 Sep 2012 05:45 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kerajaan pusat akan memasang segera alat penapis air di 500 sekolah di negeri ini yang sedang  menghadapi masalah bekalan air kotor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pemasangan alat penapis air di 500 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran yang sudah dikenal pasti itu, dianggarkan  melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.
  
"Kita harap ini boleh mengurangkan masalah air kotor, saya tidak mahu pelajar di Kelantan menghidap penyakit yang berpunca daripada sumber air kotor," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di Kota Bharu hari ini.
  
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pemasangan alat penapis air itu berikutan kejayaan projek perintis yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini menghasilkan air bersih yang dijamin kualitinya untuk kegunaan pelajar.
  
Beliau meminta pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menyemak sekiranya  masih terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah sama untuk dipasang dengan alat penapis tersebut.
  
Ditanya mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2  (Langat 2) di Selangor yang menjadi kontroversi, Muhyiddin berkata komitmen kerajaan  pusat ialah projek tersebut akan diteruskan dan meminta kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran "development order" supaya kerja boleh dijalankan.
  
"Kita dapati dari laporan yang ada, status air di Selangor sudah sampai di tahap kritikal, ini bukan politik, ia realiti, pakar-pakar mengenai air  sudah beritahu kalau kita tidak mula projek Langat 2 sekarang yang tempoh pelaksanaannya dua setengah tahun hingga tiga tahun, sampai tahun 2015,  2016 pastinya tidak cukup air, keadaan darurat air boleh berlaku.
  
"Komitmen kerajaan pusat ialah setuju atau tak setuju kita nak mulakan, kalau tunggu dia (kerajaan Selangor) setuju, setahun lagi baru nak  panggil tender, mungkin tidak akan siap dalam masa tersebut," katanya.
  
Muhyiddin berkata kita hendak minta kerajaan negeri Selangor membantu penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, kerana ia  melibatkan nasib rakyat dalam mendapatkan bekalan air yang mencukupi dan terjamin.
  
"Saya sudah minta Peguam Negara untuk meneliti Kanun Tanah Negara, ada fasal-fasal yang memperuntukkan di mana kalau ia dianggap  projek nasional yang penting, kalau perlu kita boleh laksanakan juga walaupun ada halangan," katanya dan menambah kata loji tersebut akan memproses air yang diperoleh dari Pahang yang akan disalurkan melalui terowong.- Bernama

Kit Siang tampilkan saksi peristiwa 13 Mei

Posted: 14 Sep 2012 05:43 AM PDT

 
Zulaikha Zulkifli


 
Lim Kit Siang menampilkan saksi bagi menyangkal tuduhan beliau kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor semasa tragedi 13 Mei 1969, seperti pernah didakwa Facebook filem Tanda Putera.

NONEAhmad Habib, 64, berkata, berdasarkan pengalamannya berada di kawasan rumah menteri pada 13 dan 14 Mei, dakwaan itu sama tidak benar kerana tiada seorang pun orang Cina di situ.

"Ketika itu kami semua diminta oleh pihak polis untuk berkumpul di kawasan rumah menteri besar pada ketika itu.

"Dan semasa kejadian, tidak ada seorang pun lelaki bangsa Cina yang berada di kawasan rumah menteri besar," kata Ahmad dari Pulau Pinang.

Ahmad ketika kejadian sedang menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM).

Pengarah Shuhaimi Baba pada 5 Ogos menjelaskan watak Lim tiada dalam filem itu dan foto beserta kapsyen dalam Facebooknya bukan berasal dari Tanda Putera, sebaliknya daripada orang ramai.

Kawasan dikawal ketat
Bagaimanapun, tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan penyiaran gambar itu sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai.

Menurut Ahmad, sekiranya Lim berada di kawasan perumahan menteri besar yang dikawal ketat, mustahil untuk tokoh popular DAP itu kencing di tiang bendera tersebut.

NONE"Tiang bendera berada di dalam kawasan rumah menteri besar. Kawasan itu dikawal oleh pengawal keselamatan dan polis.

"Jika Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera, mungkin dia ditangkap atau mungkin dia sudah tidak ada di sini lagi," kata Ahmad berseloroh.

Sehubungan itu, Ahmad yang kini merupakan seorang usahawan hartanah berkata lagi, beliau tampil hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Saya tak pernah jumpa Lim Kit Siang sebelum ini. Tak pernah kenal. Semalam baru pertama kali jumpa.

"Tapi selepas baca cerita di Malaysiakini dan saya berada di tempat kejadian, jadi saya suruh peguam saya menghubungi Lim untuk saya jelaskan perkara sebenar," kata Ahmad lagi.

Selamat datang ke dunia fitnah memfitnah

Posted: 14 Sep 2012 04:20 AM PDT

 
Hata Wahari


 
ULASAN Kerana mendedahkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa, Suara Rakyat Malaysia (Suaran) perlu diburu hingga ke lubang cacing.

Itu tulis Penolong Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad Datuk Zaini Hassan.

Bagaimanapun, harus diingatkan, terdapat pelbagai nas daripada al-Quran dan hadis yang mengingatkan manusia supaya tidak terperangkap dengan gejala fitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu." (Al-Hujurat, ayat 6)

Selain itu, perkara sama diungkapkan dalam pelbagai hadis, termasuk riwayat Bukhari, Muslim, Abu Hurairah dan Ibnu Abi Dunya.

Berdasarkan perkembangan semasa, Utusan Malaysia perlu memastikan Umno dan BN terus berkuasa dengan memastikan bahawa DAP terus dimomokkan sebagai parti yang bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Berkuasa seperti Robocop

Setelah gerakan awal Utusan untuk menguasai minda orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya bahawa DAP itu parti rasis gagal, mereka juga kecundang apabila terpaksa membayar saman fitnah dan memohon maaf secara terbuka atas kepada pemimpin-pemimpin parti itu.

Maka Utusan perlu melaksanakan gerakan baru untuk memalitkan DAP sebagai dalang di sebalik tindakan NGO yang telah lama melaksanakan gerakan menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin Umno dan BN.

Gerakan-gerakan ini sebenarnya bukanlah baru kerana ia telah dilaksanakan pada pilihan raya umum 1999, di mana pelbagai analisis yang dibuat menunjukkan DAP akan menguasai Pulau Pinang maka tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan pengundi-pengundi perlu menolak DAP.

Maka Utusan melaksanakan gerakan dengan memalitkan DAP dengan mengunakan penulisan yang menakut-nakutkan pengundi seperti "KM dengan kuasa". 

Pada masa itu filem RoboCop memang terkenal maka penulisan Utusan terarah kepada idea: sekiranya DAP berkuasa maka akan lebih berkuasa daripada Robocop.

Dan ia disusuli dengan gerakan di peringkat akar umbi bahawa sekiranya Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP maka Rejimen Askar Melayu akan memasuki Pulau Pinang, akan diisytiharkan darurat di Pulau Pinang serta pelbagai lagi yang menakut-nakutkan pengundi.

Akhirnya pengundi takut dan menyebabkan DAP kalah teruk di Pulau Pinang.

Walaupun analisis awal menjangkakan DAP dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah antara 16 hingg 19 kerusi, tetapi sebaliknya berlaku apabila hanya memenangi satu kerusi DUN.

Menakut-nakutkan Melayu dengan DAP
Tindakan itu menyaksikan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga kalah dalam pilihan raya tersebut walaupun ramai berpendapat kekalahan itu disebabkan kerjasama DAP dan PAS.

Walaupun ia menyumbang sedikit sebanyak dalam kekalahan DAP tetapi ia bukanlah sebab utama.

Kekalahan sebenar kerana gerakan untuk memalitkan bahawa pemimpin DAP akan lebih berkuasa dari Yang di-Pertuan Agong, sultan dan pemimpin Melayu lain.

Utusan memulakan gerakan ini semula untuk pilihan raya umum ke-13 dengan memulakan gerakan-gerakan bagi memastikan pengundi merasa takut dengan DAP.

Kini DAP bukan sahaja dipalitkan sebagai sebuah parti yang rasis tetapi kini dicop pula  sebagai parti yang amat berkuasa daripada PAS dan PKR.

Itulah mainan Utusan untuk mengelirukan pengundi dan pembaca-pembaca akhbar tersebut.

Rencana-rencana atau penulisan Utusan pada masa akan datang juga dijangka seangkatan dengan apa yang ditulis oleh Zaini Hassan.
 
HATA WAHARI bekas wartawan Utusan Malaysia dan kini merupakan ahli DAP seumur hidup. 

Pakatan: Labur banyak tapi taraf pendidikan rendah

Posted: 14 Sep 2012 04:17 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


 
Pakatan Rakyat menubuhkan panel khas bagi mengkaji Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 yang diperkenalkan kerajaan ekoran pelaburan besar terhadap bidang itu didakwa tetap menghasilkan taraf pendidikan rendah.

NONE"Kita setuju dengan segala objektif yang dikemukakan. Cuma kami bimbang tentang bagaimana pelaksanaan itu akan dilakukan. Itu yang kita ragui.

"Memandangkan sebelum ini, kerajaan banyak menghabiskan duit untuk pendidikan, tetapi taraf pendidikan kita yang terendah," kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, salah seorang anggota panel itu.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua berkata, selain mengkaji semula, mereka juga akan menghantar laporan kajian pelan itu selewat-lewatnya pada Oktober depan.

Menurut Pua lagi, kajian semula terhadap pelan pendidikan itu penting bagi memastikan negara mempunyai taraf pendidikan yang kompatetif menjelang 2015.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Setuju kenyataan Najib
Pelan tersebut dihasilkan dalam satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Sementara itu, Pua berkata, panel khasnya juga turut menuntut menteri pelajaran supaya mengemukakan kesemua dokumen berkaitan pelan tersebut.

NONE"Kami juga mahu melihat laporan pelan itu secara terperinci. Bukan nak tengok kenyataan media. Tapi nak laporan penuh proses awal pelan ini," kata Pua lagi.

Laporan yang diminta oleh panel khas ini ialah laporan daripada Unesco pada April 2011, Laporan Bank Dunia sidang pertama 2010 dan laporan daripada panel bebas dari Malaysia dan antarabangsa.

Sehubungan itu, Pua berkata, beliau bersependapat dengan Najib untuk tidak mempolitikkan pelan pendidikan ini.

Sebaliknya, katanya, tujuan untuk mengkaji semula pelan tersebut dibuat bagi membantu kerajaan dalam proses mendapatkan pelan pendidikan negara yang lebih baik.

"Kami disini pun tidak mahu mempolitikkan perkara ini tetapi untuk membantu menambah baik pelan yang sedia ada demi masa depan pendidikan negara yang lebih terjamin," kata Pua lagi.

Bubar asing: Pemuda PAS sokong keputusan PR

Posted: 14 Sep 2012 04:08 AM PDT

Harakahdaily,
 
SHAH ALAM: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong apa jua keputusan yang akan dicapai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di dalam penetapan samada untuk pembubaran Dun serentak dengan pembubaran Parlimen ataupun sebaliknya.

Ketua Pengarahnya Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya berasa cukup yakin dengan persediaan yang telah dilakukan oleh seluruh jentera pemuda PAS di setiap negeri semenjak daripada pilihanraya umum ke 12 lalu dan tidak akan melemahkan jentera pemuda sekiranya pilihanraya dilakukan secara berasingan di antara DUN dan Parlimen.

"Kita juga menyokong hasrat kerajaan Negeri Selangor untuk melakukan pilihanraya secara berasingan daripada kerajaan persekutuan kerana masih ada lagi penyelewengan di dalam daftar pemilih Negeri Selangor yang masih belum dibersihkan oleh pihak SPR," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pihaknya juga bersedia menyambut cabaran daripada pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang melahirkan keyakinan mereka untuk merampas semula negeri Selangor sekiranya pilihanraya diadakan secara berasingan.

"Kita akan lihat apakah pemimpin Umno dan Barisan Nasional Selangor benar-benar 'anak jantan' atau sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu beliau juga turut menyeru agar jentera pemuda PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga dengan sebarang tindakan provokasi pihak-pihak yang 'tidak siuman' terutamanya menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

"Pastikan fizikal dan mental petugas-petugas sentiasa berada di dalam tahap yang terbaik selain istiqamah di dalam menjaga hubungan dengan Allah Taala," tegasnya.

Pegawai Azmin Dihalang Masuk Sabah

Posted: 14 Sep 2012 04:00 AM PDT




KOTA KINABALU 14 SEPT: Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.

Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri  mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

Azmin yang juga turut berada di lapangan terbang menjelaskan ini merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi tiada alasan diberikan terhadap penahanan dan halangan tersebut.

"Satu tindakan yang diwajar dilakukan, kenapa perlu beri halangan sedemikian sedangan beliau merupakan warganegara Malaysia," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat perlu membuat perubahan pemerintah terutamanya di Sabah pada pilihan raya kali ini bagi memastikan tindakan sedemikian tidak berulang lagi.

"Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan apa saja mengikut kehendak beliau, warganegara sendiri ditahan tetapi rakyat asing mendapat keintimewaan," jelasnya.

Notis penahanan tersebut ditandatangi oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fenny Fiona J Jeplin.

Amerika...! Henti hina Nabi kami

Posted: 14 Sep 2012 03:58 AM PDT

Nazri, Faeez, Izwan, Sabri,
KUALA LUMPUR: Seluruh negara hari ini bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika yang menghina Rsulullah melalui filem terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims".

Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan 'gila perempuan'.

Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.

Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.

Sambil melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".

Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.

"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada penerbit filem ini," katanya.

Ridhuan dalam ucapannya pula memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar menghentikan segera perbuatan itu.

"Kita memberi amaran bahawa pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah Nabi Muhammad SAW," katanya.

Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini.

Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut.

Ustaz Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di seluruh dunia.

Di Ipoh Perak, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi.

Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.

"Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap," ujar beliau lagi.

Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.

Katanya, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.

"Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi," katanya dalam nada kesal.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.

Di Kedah, himpunan berlangsung di dua tempat iaitu di Masjid Padang Temusu Sungai Petani dan di Masjid Al-Ihsan Kampung Teoyong Langkawi.

Di Masjid Padang Temusu hampir 300 orang umat Islam menyertainya dari pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.

Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Antara pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.

"Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!" demikian antara ungkapan jihad para hadirin.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ketika dihubungi berkata, antara desak yang dibuat termasuklah meminta Amerika mengambil langkah segera atau berdepan himpunan besar-besaran 21 Septrmber ini.

"Kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia membuat satu tindakan mengecam tindakan tersebut," katanya.

Di Langkawi, Bantahan di masjid Al Ehsan, Temoyong, diketuai Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tirmizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi Ustaz Sazuri Saad serta Ustaz Nasir Awang.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu hari ini dengan membawa pelbagai poster mengecam tindakan biadap penerbit filem itu.

Di Pulau Pinang, kira-kira 1000 orang masyarakat Islam berhimpun di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Demontrasi  aman yang berlangsung 45 minit itu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Ustaz Saleh Man bersama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara yang hadir dan memberikan ucapan bersemangat ialah Setiausaha PAS Negeri, Saudara Mohd Nor Harun, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Norazman Ishak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafnan Hamimi Taib Azamudeen, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Radwan Ramli.

Dato' Ustaz Saleh Man ketika ditemui menambah, semua pihak kena peka terhadap isu yang timbul kerana ia melibatkan maruah agama.

Pihak zionis katanya, sering memperdayakan Umat Islam yang lalai  semata-mata untuk memastikan kebangkitan Umat Islam tidak ke mana.

"Kerajaan mesti menunjukan kepekaan yang tinggi kerana ia bukan soal politik sebaliknya maruah agama.  Jangan berpeluk tubuh bila agama dan Nabi yang kita sayangi dihina sebegitu rupa, " jelasnya ketika ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azmuden pula menyifatkan, tidakan zionis tersebut harus diajar bukan berpeluk tubuh melihat isu yang sengaja dibangkitkan.

Ini bukan kali pertama Israel dan sekutunya melaksanakan program yang boleh meningkatkan kemarahan masyarakat Islam.  Sepatutnya usaha jahat mereke perlu ajar dengan menghentikan terus semua hubungan dagang dengan negara terbabit.

Inilah masa yang paing sesuai untuk Malaysia memperkenalkan produk sendiri dengan menghukum negara yang berani menghina agama Islam, katanya.

Pilihan Raya Berasingan, Noh Perlu Hormati Pendirian Kerajaan Selangor

Posted: 14 Sep 2012 03:54 AM PDT




SHAH ALAM :  Noh Omar perlu menghormati Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Kerajaan Pusat bagi memberi peluang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pemilih di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata tindakanTimbalan Pengerusi Perhubungan Umno itu sepatutnya menuding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada pengetahuan rakyat

"Dalam keadaan PRU ke-13 semakin hampir, Noh semakin lantang bersuara. Hampir semua isu beliau ulas seolah-olah beliau adalah pemimpin yang cerdik dan serba boleh.

"Namun bagi rakyat yang memahami isu sebenar, akan mentertawakan kenyataan Noh Omar.

"Nampak sangat beliau bercakap mengikut hawa nafsu dan secara semberono tanpa fakta yang kukuh," kata Riduan dalam kenyataan medianya.

Ujar Riduan lagi, jika Najib selaku Perdana Menteri berani serahkan mandat kepada rakyat, maka tidak perlu disembunyikan tarikh PRU daripada rakyat.

"Mengadakan PRU seperti serkap jarang adalah tindakan penakut pemimpin yang tidak mahu hadapi kenyataan," katanya.

Tambah beliau lagi, Noh seperti naif atau pura-pura tidak mengerti realiti sebenar sistem pilihan raya di Malaysia yang menjadi pertikaian banyak pihak.

"Dalam keadaan daftar pemilih yang mencurigakan apabila ditemukan sejumlah ratusan ribu pengundi ragu dalam senarai daftar pemilih khususnya di Selangor .

"Penambahan pengundi mendadak di DUN atau Parlimen tertentu secara tidak munasabah, serta dakwaan wujudnya pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

"Apakah dalam keadaan begini wajar diadakan PRU ke 13 di Selangor serentak dengan Kerajaan Pusat," katanya.

Ujar Riduan, apa yang penting, Pakatan Rakyat mahu pastikan rakyat Selangor menikmati pilihan raya yang benar-benar adil, demokratik dan telus.

Warga emas dibunuh penyamun

Posted: 14 Sep 2012 03:52 AM PDT

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

Warga emas dibunuh penyamun
Mayat mangsa bunuh dibawa ke HTAR untuk bedah siasat, semalam. Gambar kecil: Peck Lan.
 
PELABUHAN KLANG – Seorang adik terkejut selepas menemui mayat kakaknya dalam keadaan mulut, tangan dan kaki terikat di rumahnya di Jalan Seroja, di sini kelmarin.

Mangsa, Lim Peck Lan, 65, sebelum itu gagal dihubungi sehingga memaksa adiknya mencari di rumahnya, kirakira jam 6.30 petang.

Sebaik tiba di rumah tersebut, dia mendapati keadaan rumah berselerak sebelum menemui mangsa di dalam bilik belakang.

Difahamkan, kali terakhir warga emas itu dilihat, kirakira jam 9 pagi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Siasatan Perundangan) Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada adik mangsa.

"Pemeriksaan mendapati mulut, tangan dan kakinya diikat dengan pita pelekat selain mulutnya berdarah. Tiada kesan tikaman mahupun kecederaan lain ditemui.

"Mangsa dipercayai dibunuh oleh penjenayah yang menceroboh masuk melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu belakang rumah. "Telefon bimbit dan dompet mangsa turut dilarikan penjenayah," katanya.

Rusdi berkata, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno

Posted: 14 Sep 2012 03:46 AM PDT




SHAH ALAM: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, 'mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu,  Hairie menyifatkan Zed seperti 'menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

"Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

"Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,"  kata Hairie yang terkenal dengan watak  'Leftenan Adnan' kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

"Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

"Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman," ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

"Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

"Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah," kata Abby lagi.

Lampu Spotlight Di Sri Pentas Terjatuh & Hempap Penyanyi!

Posted: 14 Sep 2012 03:41 AM PDT

 
KELAB GREENBOC


Penyanyi Alyah, tercedera apabila sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini.

Lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah dan kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. -hatikaca

Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat

Posted: 14 Sep 2012 03:37 AM PDT

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Wisma, 2 premis DAP lagi 'disimbah' cat
Pasukan forensik menjalankan siasatan di pusat khidmat DAP Pulau Tikus.
 
Wisma, 2 premis DAP lagi 'disimbah' cat
Guan Eng melawat Wisma DAP yang disimbah cat awal pagi tadi.
 
GEORGETOWN - Tiga pusat khidmat wakil rakyat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon di sini disimbah cat merah awal pagi tadi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kejadian yang berlaku antara jam 1 hingga 4 pagi itu melibatkan tiga pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) iaitu Pulau Tikus,Datuk Keramat dan Air Putih.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku setelah diberitahu awal pagi ini. Ia satu tindakan tidak wajar dan seperti mahu mencipta sejarah kerana melibatkan tiga pusat khidmat Adun dan Wisma DAP serentak.

"Saya percaya, ini perbuatan yang  dirancang oleh pihak tertentu. Saya kesal dengan kejadian ini. DAP mengambil serius dengan apa yang berlaku," katanya kepada media ketika melawat Wisma DAP di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu juga dilihat sebagai percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri dan DAP di Pulau Pinang.

"Ini percubaan untuk menakut-nakutkan Kerajaan Negeri dan DAP.

"Saya akui,ini adalah ancaman kepada Kerajaan Negeri dan DAP namun saya minta semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bersabar dan tenang. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Biar polis siasat kejadian ini.

"DAP dan Kerajaan Negeri tidak akan patah semangat malah azam kita tidak pernah luntur. Kita akan tetap terus menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan berjiwa rakyat serta melancarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat," katanya.

Menjawab soalan mengenai pihak yang disyaki yang menjadi dalang di sebalik kejadian itu,Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, enggan mengulas dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya tidak mahu syak atau tuduh siapa-siapa. Kita serah kepada polis dan biar mereka siasat. Saya harap,polis dapat menahan pihak yang terlibat.

"Kita tidak tahu,sama ada esok akan berlaku lagi insiden seperti ini.Mungkin selepas ini akan ada lagi pusat khidmat mana-mana Adun yang terkena insiden sama," katanya.

Diminta mengulas motif perbuatan itu, Guan Eng berkata,pihaknya tidak tahu apa motif sebenar namun percaya ia adalah perbuatan khianat.

"Memandang kes terdahulu yang melibatkan pejabat DAP dan pusat khidmat seorang Adun DAP masih belum menerima sebarang keputusan siasatan dari polis, mungkin ini yang menyebabkan pihak itu semakin berani," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri,Chow KonYeow mengutuk  dan menyifatkan perbuatan itu bertujuan mengugut DAP.

"Ini perbuatan untuk ugut DAP dan wakil rakyat yang terlibat. Ia menunjukkan niat tidak baik mereka melalui keganasan terhadap parti ini. Kita percaya,insiden ini mempunyai niat tersembunyi kerana yang terlibat empat lokasi, bukannya satu.

"Perbuatan ini juga adalah satu gejala politik tidak sihat sebab menggunakan keganasan bagi mencapai sesuatu.Kita lihat,semakin lama dibiarkan, perbuatan ini semakin menjadi-jadi," katanya.

Beliau berharap polis dapat menangani kes ini dengan segera dan sudah menyerahkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV)  dari Wisma DAP dan pusat khidmat Pulau Tikus.

Konvensyen Fiqh canggah Auku, UIA minta maaf

Posted: 14 Sep 2012 03:35 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

K-FIQH
K-FIQH
 
GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini memohon maaf kepada penganjur Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa kerana membatalkan tempahan auditorium kira-kira 36 jam sebelum ia diadakan sambil menegaskan, penganjurannya bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Ekoran pembatalan itu penganjur mencari lokasi baru konvensyen, yang akan berlangsung dari pagi hingga malam esok.

Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi, Subki Ahmad berkata, pembatalan tempahan auditorium terpaksa dibuat di saat akhir kerana mendapat arahan daripada Rektor UIAM, petang semalam.

"Kami hanya mengikut arahan Rektor bagaimanapun kami turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberi kerjasama," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online, hari ini.

Sumber menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan Murshid, diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan  bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr
Mohd Asri Zainul Abidin dan  pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.

Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.

Subki menambah, tindakan pihak universiti membatalkan tempahan auditorium di saat akhir turut disebabkan perlembagaan universiti bercanggah dengan Auku.

"Sebelum ini, kami difahamkan konvensyen yang bakal diadakan hanya menjemput tokoh akademik sahaja dan tidak melibatkan mana-mana ahli politik, jadi tempahan auditorium dapat diluluskan.

"Tetapi apabila kami meneliti dan mengkaji semula melalui carian di laman sesawang lain, kami mendapat tahu konvensyen melibatkan ramai ahli politik negara, jadi ia terpaksa dibatalkan di saat akhir," katanya.

Bagaimanapun, menurut penganjur hari ini konvensyen akan tetap diteruskan dan bakal diadakan  di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sekali Lagi Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat, Kali Ini Di Masjid Jamek Tangkak

Posted: 14 Sep 2012 03:33 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

Tangkak 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid lantas. Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan. -KD






- Kalau Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bertindak Tegas & Adil spt mana yg berlaku pd Hari Kemerdekaan tempoh hari! Adakah perkara ini akan berulang? Puak2 Jahiliyah ni tak solat rupanya! Nauzubillah! -demi rakyat

[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

Posted: 14 Sep 2012 03:28 AM PDT

KELEB GREENBOC

Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM

MACHANG – Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.

"Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas," katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.

Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.

Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.

"Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.

"Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur," katanya.

Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan






Bas Merdeka Rakyat Dikacau Lagi...

Posted: 14 Sep 2012 03:21 AM PDT

mso

Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Johor, demikian menurur twiter Anwar Ibrahim. Dengan ini sudah tiga kali bas berkenaan menerima nasib malang. Tidak tahu apa hendak dikatakan lagi cuma saya boleh menyifatkan 'bas' itu membuktikan kebangkitan rakyat menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan UBN.

Cat merah terbaru di bas Jelajah Merdeka Rakyat.
Walaupun kejadian itu dari satu sudut ia negatif dan melambangkan bahawa ada saki baki orang mempercayai berkawan degan syaitan lebih baik dari berkawan dengan malaikat dikenali tetapi dari pengertian lain ia menandakan kebangkitan rakyat sudah menyeluruh.

Kebangkitan ini umpama air deras yang tidak mungkin dapat ditandak lagi.

Pastinya apabila ke mana sahaja makhluk Allah yang tidak bernywa itu dibawa dan ia melambangkan pergerakan Anwar ke bawah menemui rakyat ianya dihalang dengan menyimbah dengan cat. Cat merah dalam kehidupan orang Melayu sesuatu yang menggerunkan. Sebenarnya cat merah itu bukan menggerunkan PKR dan Anwar tetapi ia menggerunkan UBN. Bagi seorang pemberani tidak ada perbezaan warna baginya.

Ternyata Anwar tetap juga meneruskan perjuangan sambil membawa bas Merdeka Rakyat yang kini menjadi lambang hayat dan perjuangan untuk membela rakyat. Bas itu dicemburi dan didengki kerana ia berjaya menjadi simbol sebagaiu enjen kekuatan PKR. Selagi bas itu bergerak it menunjukkan perjuangan PKR mendapat sambutan rakyat.

Jadi orang PKR usah gusar dengan cat merah itu ia tidak dapat membunuh sebuah perjuangan, sebaliknya kena berterima kasih kepada 'anak-anak syaitan' yang melemparkan cat berkenaan. Ia satu idea yang baik.

Selepas ini hendaknya bukan saja cat dilemparkan tetapi biarlah bas itu dibakar! Tidak mustahil selagi anak-anak syaitan yang pengecut dan bacul itu berkeliraran dan dibenarkan oleh bapaknya insiden itu akan berlaku. Kita tunggu masa dan ketikanya kejadian ini berlalu.

ADUN PKR dakwa ditendang di program debat MCA

Posted: 13 Sep 2012 07:23 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


Seorang ADUN PKR mendakwa diserang seorang individu dalam satu kejadian di satu acara debat dengan pemimpin MCA di Bandar Tun Razak pada malam tadi.

Gan Pei Nei mendakwa, beliau ditendang seorang pemuda dalam kejaidan pada kira-kira jam 8.30 malam itu.

"Tendangan itu kena pada bahagian bawah sebelah kanan pinggang saya," katanya dalam satu laporan polis petang ini.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan Dewan Pusat Belia Antarabangsa malam tadi.

Gan merupakan antara pemimpin yang hadir ke program debat di antara timbalan menteri MCA Datuk Chua Tee Yong dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid diwakili empat wakil yang terdiri daripada tiga MP Pakatan, Tony Pua, Dzulkefly Ahmad dan William Leong, dan juga setiausaha politiknya Faekah Husin.

Keempat-empat wakil berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berdebat dengan Khalid, menyebabkan wakil berkenaan meninggalkan dewan.

Dalam suasana hingar-bingar itu, satu pergelutan turut berlaku di antara kumpulan penyokong MCA dan PKR yang hadir, ketika wakil berkenaan meninggalkan dewan.

Gan berkata, ketika meninggalkan dewan itu beliau kemudiannya diserang ketika melalui kaki lima dewan tersebut.

"Saya sedang meninggalkan dewan bersama Faekah dan (setiausaha akhbar MB) Arfa'eza A Aziz dan beberapa orang penyokong.

"Saya berada di bahagian kanan kumpulan itu dan apabila kami melalui koridor tersbut, ramai yang menolak dan memekik ke arah kami.

"Saya berpaling dan cuba mententeramkan mereka tetapi saya ditendang oleh seorang lelaki muda yang menyebabkan saya terjatuh.

"Bagaimanapun salah seorang penyokong kami memegang saya dan menarik saya ke sisi," kata Gan ketika dihubungi Malaysiakini.

Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi

Posted: 13 Sep 2012 07:19 PM PDT

penang dap headquaters splash by red paint 140811 5

 
Susan Loone


 
Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

NONE"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.

Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas. Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.

Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah (kiri). Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.

Serah mandat: Noh patut tuding kepada Najib

Posted: 13 Sep 2012 07:06 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Noh perlu menghormati Kerajaan Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Kerajaan Persekutuan.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor sebagai respons kepada kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor itu.

Noh dalam komentarnya menyatakan keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak dengan pilihan raya Persekutuan menunjukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

"Dalam keadaan PRU13 semakin hampir, Datuk Seri Noh semakin lantang bersuara. Hampir semua isu beliau ulas seolah-olah beliau adalah pemimpin yang cerdik dan serba boleh," kata Riduan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi rakyat yang memahami isu sebenar, akan mentertawakan kenyataan Noh itu.

"Nampak sangat beliau bercakap mengikut hawa nafsu dan secara semberono tanpa fakta yang kukuh.

"Beliau dengan mudah menuduh Pakatan Rakyat takut menyerahkan mandat kepada rakyat," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau Noh menuding jari dan menuduh pemimpin tertingginya, Datuk Seri Najib kerana PM sendiri yang merahsiakan tarikh PRU13 dari pengetahuan rakyat.

Katanya, apa makna merahsiakan tarikh PRU jika tidak kerana PM takut kalah PRU kepada PR.

"Jika beliau dan BN berani untuk serahkan mandat kepada rakyat, maka tidak perlu disembunyikan tarikh PRU yang menjadi tanggungjawab seluruh rakyat.

"Biar rakyat tahu daripada awal dan membuat persiapan awal untuk menghadapinya. Mengadakan PRU seperti serkap jarang adalah tindakan penakut pemimpin yang tidak mahu hadapi kenyataan," katanya.

Selain itu, kata beliau Noh seperti naif atau pura-pura tidak mengerti realiti sebenar sistem pilihan raya di Malaysia yang menjadi pertikaian banyak pihak.

Beliau berkata, dalam keadaan daftar pemilih yang begitu mencurigakan apabila ditemukan sejumlah ratusan ribu pengundi ragu dalam senarai daftar pemilih khususnya di Selangor, penambahan pengundi mendadak di Dun atau Parlimen tertentu secara tidak munasabah, serta dakwaan wujudnya pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

"Apakah dalam keadaan begini wajar diadakan PRU13 di Selangor serentak dengan kerajaan persekutuan?" tanya Riduan.

Justeru, ujarnya Noh juga perlu menghormati kerajaan Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya berasingan kerana dapat memberikan peluang dan tempoh yang lama buat SPR membersihkan daftar pemilih di negeri itu.

Tambahnya, telah banyak aduan, laporan, pertemuan, memorandum dihantar bersama bukti dan fakta untuk SPR membetulkan keadaan.

"Apa yang penting, PR mahu pastikan rakyat Selangor menikmati pilihan raya yang benar-benar adil, demokratik dan telus. Mereka tidak mahu kerajaan yang dipilih nanti adalah kerajaan yang menipu rakyat.

"Rakyat juga  tidak mahu terus ditipu dan diperkudakan oleh sebuah sistem pilihan raya yang penuh kepura-puraan dan penyelewengan," ujarnya.

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya

Posted: 13 Sep 2012 07:01 PM PDT

Salmah Mat Husain,

(Antara wanita Kelantan yang menyertai perhimpunan)

MACHANG: Kerajaan BN semakin takut berdepan dengan Pakatan Rakyat, apa lagi menyedari negeri simpanan tetapnya Sabah dan Sarawak juga akan goyah pada pilihanraya umum nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, menyedari perkara itu termasuk kekuatan negeri di semenanjung juga hampir lumpuh khususnya Johor, menyebabkan BN takut untuk mengadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Muslimat sempena Himpunan Hijau Menuju Puterajaya, yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini pagi tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Wan Ubaidah Omar dan naibnya, Rohani Ibrahim, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed.

Menurutnya, untuk meramaikan kehadiran pada program BN, kerajaan terpaksa membayar peserta disamping mengadakan cabutan nombor bertuah dan lain-lain untuk menarik lebih ramai yang hadir.

"Kerana itu pilihanraya umum masih belum diadakan sehingga hari ini dan teka tekinya masih berjalan ada yang mengatakan bulan November ini dan ada pula kata April tahun hadapan,"ujar Zailah (gambar atas).

Sementara itu, Khairiah ketika menyampaikan ucapannya berkata rakyat wajib menolak kerajaan BN kerana pentadbirannya langsung tidak mencerminkan Islam, termasuk tidak sensitif isu yang melibatkan kesucian Islam.

Katanya, selain mempersendakan hukum Hudud, pemimpin BN membiarkan umat Islam ingin menukar agamanya, walhal ianya haram di sisi Islam.

Katanya, sekiranya usaha itu tidak dibendung, ianya begitu bahaya sekali kerana umat Islam akan menjadi golongan manoriti dan bukannya majoriti.

Pelbagai pengisian diadakan sempena majlis tersebut, antaranya nasyid, deklamasi puisi, sketsa, persembahan puisi oleh tiga generasi dan lain-lain lagi.

UIAM batal dewan untuk program Puad Zarkashi

Posted: 13 Sep 2012 06:58 PM PDT

Harakahdaily,
 
GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membatalkan tempahan dewan untuk program konfrens fiqh politik yang bersifat non-partisan anjuran NGO Murshid yang dijadualkan Sabtu ini.

Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.

Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan  mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).

Selain mereka, turut membentang kertas kerja di konfren ini adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman (UIAM), Dr Marslee Malek (UIAM), Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Fauwaz Fadzil, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ia sepatutnya berjalan di Auditorium Utama, UIAM mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam 15 September ini.

Pembatalan tempahan yang telah dibuat sejak dua bulan lalu itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan UIAM kepada pihak penganjur jam 9 malam tadi.

Dengan pembatalan ini bermakna satu tempat baru tempaksa dicari untuk melaksanakan program ini kerana ia telah mendapat kira-kira 800 penyertaan.

PR rangka 'blue print' dekati wanita luar bandar

Posted: 13 Sep 2012 06:48 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat akan mewujudkan 'blue print' - pelan tindakan untuk mendekati golongan wanita di luar bandar dan kawasan pedalaman bagi mencapai misi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelan tindakan ini harus dibuat dengan segera bagi memastikan golongan yang tinggal di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dari segi maklumat terkini oleh PR.

"Saya menyeru supaya pimpinan wanita PR supaya mewujudkan 'blue print ini' khusus kepada wanita luar bandar," katanya semasa berucap Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera", malam tadi.

Tambah beliau, pelan tindakan itu penting bagi memastikan kaum wanita luar bandar tidak ketinggalan atau terlepas sebarang maklumat yang diberi oleh PR.

"Golongan di kawasan ini tidak terlalu terdedah dengan media baru, justeru mereka mudah terpedaya dan tertipu dengan hasutan media yang menyokong kerajaan," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Tambah beliau, dasar imperialisme yang melibatkan teori kebergantungan yang diamalkan negara maju seolah-olah dimainkan oleh Umno kerana mereka hanya membantu dari segi kewangan tetapi tidak membantu menyelesaikan cara meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.

"Jadi, penduduk luar bandar ini akan terus-menerus sentiasa bergantung dengan bantuan yang diberi tanpa menyedari usaha yang perlu dilakukan bagi memajukan ekonomi," katanya.

Ketua Pembangkang ini berkata, bagi mendekati golongan wanita luar bandar merupakan satu cabaran yang besar.

Justeru, beliau menyeru supaya pimpinan wanita PR mengadakan program yang lebih berkesan bagi mendekati golongan ini.

"Kita tidak akan jadikan cara ini sebagai retorik semata-mata. jika kita mampu tembusi cabaran ini, saya yakin kita dapat menawan Putrajaya," katanya penuh yakin.

Oleh yang demikian, Anwar menyeru supaya pimpinan wanita daripada Pas, PKR dan DAP supaya bersatu padu bagi menjayakan misi ini.

SAMM Dakwa Umno-BN Turut Terima Dana Asing

Posted: 13 Sep 2012 06:42 PM PDT




SHAH ALAM  : Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membongkar isu pembelian kapal selam Scorpene yang mengancam pemimpin negara menyebabkan organisasi bukan kerajaan itu diserang pelbagai pihak.

Dakwaan bahawa Open Society Institute yang diasaskan oleh George Soros menyalurkan dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010 seakan melengkapkan serangan untuk melumpuhkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) itu.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata ancaman itu dilihat sebagai cubaan menutup pendedahan skandal Scopene yang didalangi Umno-BN.

Malah, Umno-BN seharusnya sedar bahawa mereka juga menerima dana asing yang melibatkan banyak program kementerian.

Beliau berkata mengikut rekod, beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti kompenan Umno-BN terlibat dalam penyaluran dana itu.

"Jadi memperolehi dana dari luar merupakan satu tuduhan yang amat dangkal.

"Bantuan dana ini juga datang daripada badan korperat, yayasan besar dunia dan pelbagai pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jadi sudah tentu, Suaram yang tidak mendapat dana daripada Umno-BN menerima dana dari luar," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, di Malaysia terdapat NGO yang mempunyai hubungan dengan negara Israel dan mempunyai laman internetnya sendiri.

Bagaimanapun, Umno-BN bertindak mendiamkan diri kerana mempunyai kepentingan dalam hal terbabit.

Jelas beliau yang lebih dikenali sebagai Che Gu Bard berkata George Soros sudah diterima baik dalam negara termasuk pihak kerajaan dan pembangkang termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menemui beliau (Soros) sebagai sahabat.

Selain itu, Che Gu Bard berkata pendaftaran Suaram tidak di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan satu isu yang baru.

"Ini kerana banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SSM bukan pendaftar pertubuhan.

"Ia berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan," katanya.

Justeru, SAMM akan bersama Suaram untuk menjelajah seluruh negara untuk memperjelaskan isu scandal Scopene

Sebiji Burger Untuk Tutup Mulut Tahanan ISA Daripada Dedah Seksaan Pegawai Kem

Posted: 13 Sep 2012 06:39 PM PDT




KUALA LUMPUR  : Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  akhirnya terpaksa mengaku bersalah.

Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.

Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.

"Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi 'whistle blower'.

"Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.

"Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?

Demikian beritahu bekas tahanan ISA, Mohamad Fadzullah Abd Razak dalam satu sidang media yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fadzullah, kejadian yang berlaku dalam kem tahanan menyebabkan beliau dan tahanan lain terkejut kerana tidak menyangka kejadian seksaan yang zalim seumpama ini wujud di Malaysia.

Fadzullah ditahan di bawah ISA apabila dikaitkan dengan aktiviti Jemaah Islamiah(JI) pada Jun 2010 dan dibebaskan kira-kira dua hari sebelum hari raya puasa baru-baru ini.

Fadzullah juga memberitahu seksaan yang dikenakan kepada tahanan sehingga menyebabkan ada tahanan cuba membunuh diri dengan mengikat leher dengan tuala akibat tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.

Sementara itu, menurut peguam dari Lawyers for Liberty, Farida Mohammad, dalam lawatan ke Kem Tahanan Kamunting semalam, beliau dimaklumkan bahawa seorang tahanan ISA yang berusia dan mengidap penyakit batu karang, Razali Kassan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai kem tahanan bernama Marzuki.

"Setelah beliau dimasukkan ke hospital, pegawai yang bernama Marzuki itu  meminta maaf dan berjanji membantu beliau supaya dibebaskan lebih awal," kata Farida.

Tiada ulasan: