Jumaat, 14 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jom Zambry Ghangnam Style

Posted: 14 Sep 2012 09:12 AM PDT

Korang dah biasa tengok Najib dan Rosmah menari. Dah tengok Sabree Cik Ghangnam. Apa kata malam minggu ni kita berhibur dengan Zambry Ghangnam Style?


Jahanam Amerika di Ipoh - Bantahan terhadap filem menghina nabi Muhammad SAW

Posted: 14 Sep 2012 01:04 AM PDT

Kita patut bermegah dengan Islam kerana Islam tidak pernah menghina Nabi Isa atau Nabi Musa atau Nabi Ibrahim, tidak pernah menghina ugama Kristian atau Yahudi.

Namun keadaan yang demikian tidak menghalang orang bukan-Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Telah banyak kali nabi Muhammad dan Islam itu sendiri dihina dan main-mainkan oleh orang bukan Islam.


Filem "Innocence of Muslims," yang mempersenda dan menghina Nabi Muhammad menyebabkan ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah.

Bantahan di bangunan Kedutaan Amerika di Libya telah menyebabkan dutanya terbunuh dan tiga lagi terbunuh.


Di kedutaan Amerika di Mesir, rakyat membakar bendera Amerika dan menconteng dindng bangunan tersebut.

Kita bukan mahu menyokong keganasan tetapi kita mesti maklum apa-apa pun boleh terjadi apabila kemarahan telah memuncak dan menguasai pemikiran yang rasional.


Bagaimana kita boleh bersabar apabila Nabi Muhammad , dalam filem tersebut melalui beberapa bahagiannya tersebar di Internet digambarkan sebagai anak pengamal homosex dan beliau adalah pendorong perhambaan kanak-kanak dan ditohmah melakukan penzinaan atas nama agama.


Gambar-gambar menunjukan bantahan terhadap filem tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat di luar perkarangan Mesjid Negeri Ipoh sebentar tadi oleh Pemuda PAS Perak.

Pernah tengok katak berekor?

Posted: 13 Sep 2012 07:03 PM PDT

TANGKAK : Ini bukan kisah kata jadi-jadian macam Ibrahim Katak itu atau katak yang empat ekor di Perak .
Ini kisah katak betul! Tetapi katak ini mempunyai ekor yang panjang . Berita ini telah menjadi tumpuan dan buah mulut orang ramai. Mereka mengunjungi rumah seorang wanita di Kampung Bekoh dekat sini untuk melihat sendiri keganjilan makhluk tersebut.

Chiew Ah Chan berkata, dia sedang membersihkan rumahnya sekitar jam 8.30 pagi kelmarin bila dia ternampak seekor katak terlompat-lompat mahu keluar dari dalam satu longkang.

Dia lantas meminta tolong seorang pekerja Indonesianya untuk menangkapnya. Pekerja itu kemudiannya menyerahkan katak itu kepadanya dan apabila diteliti, katak itu mempunyai ekor 40cm panjang.

Ini merupakan pertama kali katak berekor pernah ditemui.Keadaan ini segera mendarik perhatian jiran-jiran dan orang yang lalu lalang di situ.

Keluarga berjanji tersebut akan melepaskan semula katak tersebut dalam sedikit masa loagi.

(Sabtu, April 15, 2006)

Tiada ulasan: