Jumaat, 14 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 14/9/2012

Posted: 14 Sep 2012 07:54 AM PDT









KUMPULAN A

JOHOR 2-0 PKNS FC

LIONS XII 0-0 JOHOR FC


KUMPULAN B

KELANTAN 6-1 TERENGGANU

ATM 2-2 KEDAH


KUMPULAN C

PERAK 2- 0 SIME DARBY

N.SEMBILAN 1-1 FELDA UTD


KUMPULAN D

SELANGOR 2-0 SARAWAK

T.TEAM 2-2 PAHANG







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Video Aksi Samseng Baling Cat Merah Di Wisma DAP

Posted: 14 Sep 2012 06:20 AM PDT



Berikut adalah rakaman CCTV kejadian Ibu Pejabat DAP dilontar dengan cat merah, pada minit yang ke 2:19 kelihatan dua individu muncul dari tepi bangunan melontar cat ke arah pintu Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.



ASD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat

Posted: 14 Sep 2012 03:00 AM PDT



Pasukan forensik menjalankan siasatan di pusat khidmat DAP Pulau Tikus.

Guan Eng melawat Wisma DAP yang disimbah cat awal pagi tadi.

GEORGETOWN - Tiga pusat khidmat wakil rakyat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon di sini disimbah cat merah awal pagi tadi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kejadian yang berlaku antara jam 1 hingga 4 pagi itu melibatkan tiga pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) iaitu Pulau Tikus,Datuk Keramat dan Air Putih.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku setelah diberitahu awal pagi ini. Ia satu tindakan tidak wajar dan seperti mahu mencipta sejarah kerana melibatkan tiga pusat khidmat Adun dan Wisma DAP serentak.

"Saya percaya, ini perbuatan yang dirancang oleh pihak tertentu. Saya kesal dengan kejadian ini. DAP mengambil serius dengan apa yang berlaku," katanya kepada media ketika melawat Wisma DAP di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu juga dilihat sebagai percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri dan DAP di Pulau Pinang.

"Ini percubaan untuk menakut-nakutkan Kerajaan Negeri dan DAP.

"Saya akui,ini adalah ancaman kepada Kerajaan Negeri dan DAP namun saya minta semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bersabar dan tenang. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Biar polis siasat kejadian ini.

"DAP dan Kerajaan Negeri tidak akan patah semangat malah azam kita tidak pernah luntur. Kita akan tetap terus menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan berjiwa rakyat serta melancarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat," katanya.

Menjawab soalan mengenai pihak yang disyaki yang menjadi dalang di sebalik kejadian itu,Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, enggan mengulas dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya tidak mahu syak atau tuduh siapa-siapa. Kita serah kepada polis dan biar mereka siasat. Saya harap,polis dapat menahan pihak yang terlibat.

"Kita tidak tahu,sama ada esok akan berlaku lagi insiden seperti ini.Mungkin selepas ini akan ada lagi pusat khidmat mana-mana Adun yang terkena insiden sama," katanya.

Diminta mengulas motif perbuatan itu, Guan Eng berkata,pihaknya tidak tahu apa motif sebenar namun percaya ia adalah perbuatan khianat.

"Memandang kes terdahulu yang melibatkan pejabat DAP dan pusat khidmat seorang Adun DAP masih belum menerima sebarang keputusan siasatan dari polis, mungkin ini yang menyebabkan pihak itu semakin berani," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri,Chow KonYeow mengutuk dan menyifatkan perbuatan itu bertujuan mengugut DAP.

"Ini perbuatan untuk ugut DAP dan wakil rakyat yang terlibat. Ia menunjukkan niat tidak baik mereka melalui keganasan terhadap parti ini. Kita percaya,insiden ini mempunyai niat tersembunyi kerana yang terlibat empat lokasi, bukannya satu.

"Perbuatan ini juga adalah satu gejala politik tidak sihat sebab menggunakan keganasan bagi mencapai sesuatu.Kita lihat,semakin lama dibiarkan, perbuatan ini semakin menjadi-jadi," katanya.

Beliau berharap polis dapat menangani kes ini dengan segera dan sudah menyerahkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari Wisma DAP dan pusat khidmat Pulau Tikus.

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

Posted: 14 Sep 2012 12:54 AM PDT

KELAB GREENBOC
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan
thumbnail [BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan
Sep 14th 2012, 09:01

Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM

MACHANG – Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.

"Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas," katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.

Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.

Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.

"Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.

"Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur," katanya.

Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan






Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter





greenboc

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Posted: 13 Sep 2012 09:00 PM PDT




Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu' anh, daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu' anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu'ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba' yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-'Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti':

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu' anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu'ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu' anh bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani', dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda' secara marfu' disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya'qub al-Zami'i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha'ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma'in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha'if. Wallahu'alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu'adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada 'Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur'an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

fb Sham Kamikaze

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: