Khamis, 13 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Polis: Tiada arahan untuk tangkap dan belasah peserta Bersih

Posted: 12 Sep 2012 11:08 PM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Polis mengakui tiada arahan supaya dikenakan tindakan terhadap peserta Himpunan Bersih yang berada di tempat awam sekitar ibu kota 28 April lalu.

Saksi pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke-34, Assistan Superitenden Polis (ASP) W Karthikeyan berkata, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika memberi taklimat pada jam 6.00 petang pada hari himpunan itu, meminta anggotanya menyuraikan peserta secara baik supaya keadaan kembali tenang.

"OCPD (Ketua Polis) ada beri taklimat kepada semua anggota beruniform di Jalan Tun Perak supaya pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan meminta peserta beredar. Sesiapa yang berada di jalan raya diminta beredar supaya kita nak membuka laluan kepada lalu lintas.

"OCPD juga ada memberitahu bagaimana nak menasihatkan orang ramai supaya beredar. Beliau meminta kami menasihatkan orang ramai secara baik dan berhemah," katanya.

Menurut Karthikeyan, polis juga tidak diberi arahan supaya menangkap peserta yang memakai baju Bersih 3.0 dan tiada larangan kepada wartawan untuk mengambil gambar pada perhimpunan tersebut.

"Kalau peserta tidak mahu beredar, kami tidak diberi arahan supaya menangkap, memukul dan sebagainya," katanya pada sidang itu semalam di hadapan panel siasatan Suhakam yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee serta dibantu Komisioner Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Kenyataan polis bercanggah

Kenyataan Karthikeyan itu bercanggah dengan apa yang berlaku pada 28 April lalu apabila polis bertindak ganas kepada peserta yang berada di tempat awam termasuk dalam bangunan dan juga restoran.

Saksi ke-16, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, pada 23 Julai lalu memberitahu panel siasatan bahawa beliau melihat sekumpulan polis berkumpul mendengar taklimat, sebelum bertindak memukul peserta yang memakai baju kuning.

Wartawan akhbar The Sun itu berkata, sebaik sahaja habis mendengar taklimat, polis berpecah membentuk kumpulan kecil dan memukul peserta yang memakai baju Bersih.

Wartawan Merdeka Review, Chen Shaua Fui, 34, pula menyaksikan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 di sebuah restoran di Jalan Tun Perak, pada kejadian jam 7.30 malam.

Karthikeyan yang bertugas sebagai Pegawai Penyelaras Logistik pada himpunan itu turut mengakui tidak berlaku apa-apa kekacauan pada awal perhimpunan.

"Ketika di Dataran Merdeka, saya tak nampak apa-apa insiden, cuma ada ramai anggota polis. Pada jam 12.00 tengah hari peserta mula ramai di Jalan Tun Perak. Mereka hanya bersorak 'Bersih', 'Bersih'," katanya.

Anwar terima anugerah dari Persatuan Muslim UK 4 Oktober

Posted: 12 Sep 2012 11:04 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).



Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.

Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.

Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?'.

Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.

AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis 'Orientalism'), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis 'Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources').

Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk 'Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara' di University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang.

Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK.

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an

Posted: 12 Sep 2012 10:59 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


PETALING JAYA- Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.-harakahdaily

Tee Yong enggan berdebat dengan wakil Selangor dalam isu Talam

Posted: 12 Sep 2012 10:54 PM PDT




KUALA LUMPUR — Datuk Chua Tee Yong enggan berdebat tentang cara pembayaran hutang Talam Corporation oleh kerana beliau takut kepada kebenaran, kata kerajaan negeri Selangor hari ini.

MCA telah menganjurkan debat pada malam ini di antara Chua dan menteri besar (MB) Selangor.

"Kami mahu platform untuk kedua pihak untuk bercakap secara matang dan beri peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa betul dan siapa salah," kata Tony Pua dari DAP, salah seorang daripada empat wakil dari Selangor untuk isu Talam kepada pemberita hari ini.

"Datuk Chua Tee Yong (gambar) tidak mahu berdebat dengan mana-mana wakil yang dilantik oleh Selangor," katanya.

Tiga lagi wakil yang dilantik — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS, William Leong dari PKR dan setiausaha politik kepada MB Selangor, Faekah Husin yang turut hadir dalam debat yang dianjurkan oleh MCA itu.

Keempat-empat wakil Selangor tiba dengan sorakan dan tepukan daripada separuh hadirin yang hadir.

Mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Dewan Belia Antarabangsa selepas MCA bertegas debat hanya diantara Chua dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka meninggalkan dewan dengan cemuhan daripada penyokong MCA dikalangan hadirin.
Sedikit kekecohan timbul di luar dewan dengan pekikan dan tolak menolak dari penyokong MCA dan Pakatan Rakyat (PR).

"Apa hak dia (Chua) untuk minta MB berdebat dengan dia?" tanya Pua, dengan mengatakan Chua tidak berhak untuk membuat tuntutan tersebut.

"Semua di antara kami sudah bersedia untuk berdebat dengan Datuk Chua Tee Yong termasuk selepas ini," tambah Pua.

"Fakta sebenar, beliau sebenarnya melarikan diri dari kebenaran. Dia takut untuk berdebat dengan kami," katanya.

Pua, Dzulkefly dan Leong sebelum ini mencabar Chua untuk menghadiri forum mengenai isu Talam di Labis, Johor Ahad ini.

Minggu lepas, Khalid mengatakan bahawa firma audit KPMG telah membersihkan kerajaan Selangor daripada sebarang penyelewengan dalam pemulihan hutang RM392 juta yang melibatkan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Talam Corporation dan mengisytiharkan ia sebagai "keputusan komersial yang kukuh".

Pua juga sebelum telah ini berkata bahawa "setiap sen telah dikumpulkan kembali dari Talam", merujuk kepada hutang RM392 juta yang terhutang dari subsidiari negeri Selangor.

MCA mendakwa bahawa urusan kerajaan negeri dengan Talam — kini dikenali sebagai Trinity Corporation — adalah berat sebelah dan telah merugikan wang pembayar cukai sehingga RM1 bilion.

Ulamak Dari Arab Tidak Dipertontonkan Video Klik Rosmah - Najib?

Posted: 12 Sep 2012 10:51 PM PDT

MSO

Media PB melaporkan Najib Razak menerima kunjungan dua orang berjanggut lebat dari Arab Saudi ke pejabatnya. Kunjungan itu sebagai membalas kunjungan (pertemuan) Najib dengan dua orang Arab itu semasa beliau menghadiri persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Makkah baru-baru ini.

Berita kunjungan dua ulamak ke atas Najib.
Kunjungan Najib kepada dua orang Arab itu baru-baru ini menimbulkan isu apabila ia turut sama dihadiri oleh bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang bertindak menjadi jurualih bahasa. Orang Pas marah dan kurang senang dengan gaya Nasharudin itu.

Bagaimana pun dalam kunjungan balas itu tidak ada pula Nasharudin tercegak dalam gambar. Yang ada ialah menteri agama Jamil Khir.

Mungkin sudah ada yang menasihat Nasharudin agar tidak menampilkan diri ataupun tidak sedia menjadi jurualih bahasa.

Apa komen dua ulamak janggut lebat itu.
Yang menarik membaca laporan dua orang Arab ini yang katanya ulama salafi, apakah mereka dita'arufkan pada kunjungan Najib itu. Apakah mereka selain dihidangkan dengan makanan tradisi Malaysia atau pun kambing Janapari dari Kelantan, kedua mereka juga dihidangkan dengan klik video majlis hari raya di rumah Najib baru-baru ini yang kini menjadi kecur di internet?

Video yang memaparkan Najib sedangn menari 'poco-poco' bersama beberapa menteri kabinet termasuk Rais Yatim dan juga memaparkan Rosmah Mansor sedang berduet dengan seorang jejaka berambut panjang membawa lagu "Aku Anak Kampung" sedikit sebanyak menyebabkan rakyat mempersoalkan gaya hidup Najib. Video itu mendedahkan stail kehidupan dan sosial Najib sebenarnya... kalau di rumah beliau dan isteri serta tetamunya boleh menarik apa lagi di luar rumah.

Barang kali elok kalau wartawan media PB cuba memperbetulkan persepsi umum terhadap video berkenaan dengan meminta fatwa dari dua orang Arab berjanggut lebat itu. Tayangkan video itu kepada mereka dan minta komen.

Saya cukup yakin mereka akan mengeluarkan fatwa menghalalkan perbuatan Najib dan isteirnya itu atas alasan ia sesuai dengan ideologi parti anutan Najib.  Nescaya kalau dua orang Arab itu memfatwakan halal orang-orang Umno bawahan yang berterima kasih atas pemberian wang rakyat 1 Malaysia RM500 tidak akan merasakan apa-apa terhadap video berkenaan malahan mereka akan puji; wah bagus isteri perdana menteri pandai menyanyi dan Najib pula sporting.

Soal aurat... ia tidak menjadi masalah kerana Jamil Khir menteri agama yang ada di samping 000tidak membuat apa-apa teguran itu, bermakna halallah.

 Sorilah catatan utuk release tension.

Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Posted: 12 Sep 2012 10:44 PM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

"Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

"Perkara cukup dikesali… Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,"
katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. -KD


Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu Ditahan Polis

Posted: 12 Sep 2012 10:38 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Kuala Terengganu – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

"Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

"beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September, mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin. -Buletin Online

3 bendera PKR dibakar

Posted: 12 Sep 2012 10:27 PM PDT

KL TODAY

 

PKR Labu di Negeri Sembilan tidak menyangka tiga bendera parti yang digantung sejak sebulan lalu turut menjadi mangsa dibakar individu tidak bertanggungjawab walaupun ia berada di kawasan Masjid Kariah Pasir Putih.

Koordinator Keadilan Labu, Mokhtar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam."Kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) saya melalui kawasan berkenaan dan mendapati bendera itu masih elok.

"Pada jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, hujan turun agak lebat dan saya menjangkakan bendera itu dibakar sejurus hujan reda iaitu kira-kira jam 3.30 pagi.

"Kita tidak menuding jari mana-mana pihak dan mahu perkara ini disiasat mengikut undang-undang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan PKR Labu, dekat Kampung Batu 8, di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Ismail Ahmad.

Sementara itu menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.30 pagi setelah dimaklumkan rakannya.

Menurutnya, kejadian itu pertama berlaku. Sebelum ini, bendera milik PKR dan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak dimusnahkan sebaliknya diturunkan.

"Kita terpaksa buat laporan polis di Balai Polis Labu kira-kira jam 10 pagi kerana tidak mahu perkara ini berulang dan ini merupakan satu provokasi yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong PKR," katanya.

Sementara itu Ismail berkata, bendera parti telah dipasang di semua kawasan di Dun Labu terutamanya di Simpang Tiroi hingga Pekan Labu.

"Sebelum ini kita mendapat maklum balas bahawa ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat bendera PKR dipasang begitu banyak.

"Kita tidak pernah mengganggu bendera parti lain meskipun dipasang di kawasan yang sama," katanya.

Menurutnya, pihaknya akur sekiranya bendera PKR dilarang dipasang di tiang-tiang milik agensi kerajaan kerana memahami peraturan.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan itu juga perlu dilakukan ke atas semua parti politik lain dan kebanyakan bendera partinya dipasang di kawasan persendirian.

Perkasa ramal PRU13 lepas raya Cina

Posted: 12 Sep 2012 10:22 PM PDT

KL TODAY

 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke 13 selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat cina kepada Barisan Nasional (BN).

Parti pemerintah hilang hampir semua undi dari masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina mereka seperti MCA dan Gerakan – kalah di kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). 

Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

Perkasa diserang kerana dikatakan tidak sensitif kepada budaya masyarakat Cina apabila memberikan angpow dalam sampul berwarna putih.

Sampul putih kebiasaannya digunakan untuk upacara pengebumian masyarakat Cina.

Ibrahim (gambar) walaubagaimanapun bertegas beliau benar-benar tidak tahu tentang budaya itu.

"Sekarang pulak, kerajaan Datuk Najib benar-benar fokus untuk memenangi undi masyarakat Cina, sudah tentulah perayaan Tahun Baru Cina boleh dimanfaatkan dengan pelbagai program seperti rumah terbuka dan sebagainya jadi dalam bulan dualah.

"Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013.

Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.

"Pertama, tidak ada keperluan untuk Datuk Najib mengadakan pilihanraya tergesa-gesa pada bulan November.

"Kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet.

"Tentu bajet kali ini, dia nak bentang bukan sahaja yang bagus kerana pilihan raya nak datang, tetapi dia nak tengok jugak selepas dia bentang tu, ada kesempatan masa untuk rakyat merasai bahawa bajet itu betul-betul bagus.

"He need time after presented the budget (beliau perlu masa selepas membentangkan bajet)," kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider Isnin lalu.

Presiden Perkasa itu juga mengatakan tak lojik pilihan raya diadakan November ini kerana umat Islam baru pulang mengerjakan haji, bulan peperiksaan bagi pelajar sekolah dan musim tengkujuh.

"Saya dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada kerja-kerja administratif yang belum selesai, perlukan lebih masa.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.

Menurut Ibrahim, PKR yang tergesa-gesa mahukan pilihan raya diadakan oleh kerana ketua umumnya tidak sabar untuk menjadi perdana menteri (PM).

Ibrahim aktif dalam politik Malaysia semenjak dari zaman mahasiswa pada tahun 1970an dan terlibat dalam banyak peristiwa besar politik negara seperti darurat di Kelantan pada tahun 1978, perpecahan Umno dan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 pada pilihan raya 1990 dan pemecatan Anwar dari kabinet dan Umno pada tahun 1998.

Ibrahim ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) pada tahun 1974 oleh kerana aktif dengan gerakan mahasiswa ketika memimpin Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) dan tinggal di Kem Tahanan Kamunting, dua tahun bersama ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang kini anti kepada Anwar berkata, "Tapi saya tak nampak langsung (Anwar jadi PM), sebab dia ni, kita ni tak boleh nak mengatasi ketentuan Allah.

"Tetapi oleh kerana dia ni pernah hampir jadi PM masa jadi timbalan Dr Mahathir (Tun) dulu, tak menjadi dan kena pecat dan macam-macam perkara berlaku, pada saya, kalau ikut lojik akal, peluang dia sudah terlepas.

"Dia tersingkir dahulu kerana ketentuan Allah yang mana, jawatan PM itu sudah dibibirnya, selepas itu dia terjatuh," katanya lagi.

Pada pilihan raya 2008, Ibrahim Ali memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS.

Walaubagaimanapun tidak beberapa lama selepas itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa.

Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakana menggugat kepentingan bangsa Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

NGO mahu polis siar gambar suspek serang bas PKR

Posted: 12 Sep 2012 10:17 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
NGO Angkatan Warga Aman Nasional menuntut polis menyiarkan gambar suspek dalam kejadian serangan ke atas bas yang digunakan PKR dalam kempen Jelajah Merdeka Rakyat, Sabtu lalu.

Setiausaha agungnya S Barathidasan berkata, polis perlu bertindak demikian memandangkan pasukan itu tangkas menyiarkan foto individu yang didakwa memijak gambar perdana menteri ketika insiden sambutan ambang kemerdekaan.

Malah, pasukan itu juga tangkas menahan suspek berkenaan, termasuk individu yang membawa bendera Sang Saka Malaya pada malam tersebut.

"Bukankah eloknya sekiranya pihak PDRM menyiarkan gambar suspek tersebut di media massa. Sebelum ini pihak PDRM menyiarkan sejumlah 11 keping gambar hasil penelitian gambar yang telah dirakam semasa kesalahan dilakukan pada malam sambutan ambang merdeka.

"Pihak PDRM begitu pantas, efisien, cepat dan konsisten untuk menjejak suspek dengan mewujudkan satu pasukan khas bagi mengesan dan mengenal pasti suspek yang memijak gambar Najib, isterinya Rosmah serta dua individu bawa bendera "Sang Saka Malaya".

"Kenapa pihak PDRM tidak berlaku sedemikian apabila perkara sebaliknya berlaku terhadap pemimpin Pakatan Rakyat ?," soalnya.

NGO itu juga kecewa memandangkan polis masih belum berjaya menahan suspek yang didapati menghina gambar ketua menteri Pulau Pinang serta membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS.

"Pihak PDRM digesa agar jangan memilih bulu, bersikap berat sebelah dan mengamalkan sikap double standard semasa menjalankan tugas. Jika ia berlarutan maka rakyat akan hilang kepercayaan," katanya.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang berkata polis berjaya mengenalpasti suspek dalam kejadian di Melaka dan meminta individu berkenaan menyerah diri.

Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam suspek kejadian.

Polis: Serah diri sebelum kami 'buru'

Posted: 12 Sep 2012 10:09 PM PDT

Ahmad Fadli KC

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita.

"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

NONESemalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian.

Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lallu.

"Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya.

Hutang Talam: Wakil MB S'gor berdepan Chua Jr malam ini

Posted: 12 Sep 2012 10:09 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Empat wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berdepan dengan anggota jawatankuasa pusat MCA,  Chua Tee Yong dalam satu majlis debat anjuran MCA di Bandar Tun Razak malam ini.

Khalid telah melantik mereka sebagai jurucakap beliau dalam semua perkara berkaitan dengan langkah penstrukturan semula Talam Corp Bhd, yang didakwa oleh Chua sebagai satu skandal besar.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tony Pua (Petaling Jaya Utara), William Leong (Selayang), Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan setiausaha politik Khalid, Faekah Husin.

NONEPihak Chua telah menulis kepada Abdul Khalid pada 4 September untuk mencabarnya untuk menyertai perbahasan tersebut. Abdul Khalid belum menjawabnya.

Menurut Pua, beliau dan tiga rakan sepasukannya memenuhi tugas mereka sebagai wakil Khalid untuk hadir di majlis itu malam ini.

"Jika mereka tidak terima, maka ia membuktikan Chua hanya cuba mempolitikkan isu ini. Dia harus menerima kami kerana kami dilantik oleh Khalid," katanya.

Pua berkata memandangkan keputusan untuk menyertai debat itu dibuat pada saat-saat akhir, maka pasukannya tidak akan meminta penyokong mereka hadir.

"Kami tidak pergi ke sana untuk menimbulkan masalah. Tujuan kami adalah untuk membincangkan isu Talam. Kami sudah lama bersedia untuk ini," katanya.

Majlis tersebut akan berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa pada pukul 8 malam.

Usaha untuk menghubungi ketua MCA bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng, penganjur acara itu, bagi mendapat komennya tidak dijawab

Anak Soi Lek pula terima 'wang kertas orang mati'

Posted: 12 Sep 2012 10:07 PM PDT


Bernama


 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong membuat laporan polis selepas menerima ugutan berupa sampul surat mengandungi empat keping 'wang kertas orang mati' bersama keratan akhbar berbahasa Cina.

Chua, yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, berkata keratan akhbar itu antara lain menyentuh cabaran beliau untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelesaian hutang membabitkan Syarikat Talam Corporation Bhd (Talam).

"Oleh itu, saya percaya wang kertas orang mati yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' itu adalah satu cara ugutan atau amaran kepada saya supaya tidak meneruskan niat untuk berdebat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Putrajaya di Putrajaya hari ini.

Chua turut dimaklumkan oleh penganjur bahawa banyak kain rentang yang dipasang untuk mengajak orang ramai menyaksikan debat berkenaan digunting dan disimbah dengan cat merah.

Beliau bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan itu, sebaliknya bersedia meneruskan hasratnya untuk berdebat.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut dikatakan menerima dua keping 'wang kertas orang mati', yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' -- bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya di dalam satu sampul surat.- Bernama

'Teguran wakil PBB tamparan untuk kerajaan'

Posted: 12 Sep 2012 09:58 PM PDT



 
Keluhan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman Maina Kiai terhadap penanggungjawaban protes di Malaysia menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kerajaan selama ini.

"Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya.

"Barangkali beliau sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor.

Pro-M rancang Himpunan Merdeka Kampus di Dataran

Posted: 12 Sep 2012 09:56 PM PDT



Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa merancang satu perhimpunan sempena Hari Malaysia pada16 September bagi menuntut universiti melaksanakan enam tuntutan bagi penambahbaikan pilihan raya kampus.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Anang berkata, perhimpunan di Dataran Merdeka itu bagi menyuarakan enam tuntutan mereka dalam menghadapi pilihan raya kampus yang dijangka dijalankan seawal 20 September.

"Gabungan mahasiswa kali ini menyeru untuk seluruh mahasiswa dan mana-mana badan atau pertubuhan bahkan seluruh rakyat Malaysia yang cakna dengan isu pilihan raya kampus ini turut hadir ke Himpunan Merdeka Kampus pada 16 September di Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

"Keputusan ini dibuat setelah mempertimbang beberapa isu utama mahasiswa sebelum ini seperti yang pernah didedahkan Pro-Mahasiswa mengenai manipulasi parti pemerintah sekarang terhadap tarikh pilihan raya kampus," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kebanyakan kampus akan melaksanakan pilihan raya serentak pada 20 dan 25 September, sedangkan ia sepatutnya dilakukan sejak Mac lagi, selepas pembubaran majlis perwakilan mahasiswa pada Februari.

Kumpulan siswa itu percaya kerajaan mengadakan pilihan raya kampus pada September kerana "gerun" dengan pendedahan mereka berhubung dakwaan campurtangan kerajaan dalam pilihan raya universiti.

Pro-Mahasiswa pada Mei lalu, melalui pendedahan satu dokumen dinamakan "Ops 2020" mendakwa, operasi khas itu didalangi pejabat perdana menteri bagi mempengaruhi sokongan pelajar dalam pilihan raya umum.

Siswa berkenaan mendakwa, operasi itu dijalankan melalui program seperti Aman Kampus – program jelajah ke seluruh universiti awam di seluruh negara anjuran satu kumpulan pelajar yang dinamakan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia.

"Pilihan raya kampus telah dianjak kepada September ini dan kebanyakan kampus melaksanakannya secara serentak pada 20 dan 25 September kerana mahasiswa yakin bahawa kerajaan gerun dengan pendedahan yang dibuat.

"Maka pilihan raya kampus terpaksa juga dibuat sebelum pilihan raya umum bagi menampakkan apa yang didedahkan oleh mahasiswa adalah tidak benar," kata Muhammad Safwan lagi.

Kenyataan berkenaan turut disokong Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia dan Pro-Mahasiswa Nasional.

Guru dakwa soalan percubaan SPM bocor

Posted: 12 Sep 2012 09:54 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


 
Seorang guru tuisyen mendakwa, soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor kini 'bocor' di laman sosial Facebook.

PAS sokong 'orang Umno' jual tanah disiasat SPRM

Posted: 12 Sep 2012 09:46 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,

JERANTUT: Pendedahan berlakunya penjualan tanah di kawasan bandar ini yang didakwa melibatkan pemimpin Umno sendiri dianggap amat mengejutkan.
 
Lebih memeranjatkan, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak kepada sebuah akhbar harian semalam.

Serentak dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Jerantut Yohanis Ahmad (gambar) menyokong tindakan Wan Amizan yang mahu melaporkan skandal tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

"Saya pada mulanya terkejut dengan pendedahan Ketua Pemuda Umno Jerantut yang menyerang rakan sesama Umnonya sendiri dan mungkin ini biasa pada ketika mesyuarat Umno Bahagian dan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Namun apabila ia mungkin membabitkan penyelewengan apa lagi melibatkan tanah rizab Melayu, maka tindakan mangadukannya kepada SPRM kami (DPP) sokong," katanya.

Yohanis berkata demikian mengulas laporan akhbar bertajuk "Orang parti jual tanah, dakwa Pemuda Umno" semalam.

Beliau berharap perkara ini bukan sandiwara dan mahu SPRM menyiasat sesiapa saja yang terlibat dan jika terdapat bukti janganlah didiamkan.

Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, dalam laporan tersebut meminta SPRM menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.

Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.

Laporan SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.

Katanya, siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang dalang dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.

Tambahnyanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.

"Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi 'projek silang' dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.

"Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas," katanya.

Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah.

Sementara itu satu sumber memberitahu, masalah tanah di bandar bersejarah ini sememangnya sering menjadi isu dan membuatkan rakyat tidak puas hati.

Menurut sumber tersebut, contohnya tanah yang diusahakan dengan tanaman oleh penduduk seperti di Durian Hijau, Bukit Nikmat dan kampung-kampung lain tiba-tiba dimiliki oleh pemimpin Umno tertentu.

Sebelum ini media pernah mendedahkan penebangan balak secara berleluasa hutan di Padang Piol hingga ke Taman Negara.

"Semua itu rakyat mahukan siasatan, rakyat harap ini bukan sandiwara atau gimik menjelang PRU13," kata Yohanis.

Beliau turut mengucap tahniah di atas keberanian Wan Amizan kerana jika parti dalam Pakatan yang mendedahkan skandal tersebut lazimnya akan dipandang sepi.

Lepas puasa Umno kembali buat perangai

Posted: 12 Sep 2012 09:44 PM PDT

http://mutaligat.blogspot.com,


Sudah lama juga Umno tidak mengacau ceramah PAS di Bukit Katil. Seingat kami ceramah Tamrin dan Mahfuz di Kg Bukit Katil dalam bulan puasa baru-baru ini pun tidak diganggu.

Namun sebaik sahaja puasa tamat, Umno kembali buat perangai tidak bertamadun dan kebudak-budakan menganggu ceramah PAS di Kg Bukit Palah malam tadi.

Sejak dari awal lagi Umno memasang khemah hanya kira-kira 100 meter dari tapak ceramah PAS. Memang khianat dan jahat puak-puak UMno. Memang layaklah Dr Mahathir menggelarkan Umno/BN sebagai Syaitan yang dikenali.

Punyalah hebat Umno, penceramahnya 2 orang sahaja. Yang seorang itu hanya bercakap sekejap sahaja. Terpaksalah penceramah yang pertama naik 'stage' ceramah sekali lagi. Sampai serak-serak dia berceramah. Fitnah, penipuan dan pembohongannya pun berulang-ulang sebab sudah tiada idea lagi.

 Pendengarnya pula tidak sampai 15 orang. Kalau campur dengan kerusi sekali adalah lebih kurang 50 orang.

Gambar di atas sekadar hiasan

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam

Posted: 12 Sep 2012 09:38 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula.

"MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu," kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily.

MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran.

Seperti yang lazim, PAS Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan kaunter makanan mengikut gender tetapi para pengunjung boleh duduk di mana-mana meja saja.

"Mereka yang hadir secara berkeluarga boleh duduk di meja bulat. Kaunter ambil makanan ini satu galakan dan bukan paksaan," kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa.

Hari ini di akhbar NST, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Senator Datuk Yeow Chai Thiam meneruskan lagi serangan dengan menuduh bahawa amalan berdasarkan akhlak Islam tersebut mendatangkan "inconvenience" (kesusahan) kepada bukan Islam.

"Saya merasa benda ini tidak sepatutnya dikenakan kepada bukan Islam yang menghadiri majlis seperti ini," kata Yeoh.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata orang Islam ada akhlak dia tersendiri dalam mengendalikan majlis seperti ini.

Mustafa menyindir bahawa kalau "MCA nak duduk siang-malam dengan siapa-siapa dalam satu bilik, ikut MCA-lah" tapi menegaskan bahawa orang Islam mempunyai akhlak Islam dan ketimurannya sendiri,

"Akhlak ketimuran ini ada pada semua kaum, tapi akhlak MCA kita tak pasti," kata beliau.

Para pemimpin MCA, katanya, sudah tiada modal (substance) dan terpaksa bergantung hidup pada isu-isu sebegini untuk mencari sokongan.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut mempertikaikan akhlak wanita Islam yang enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Chua dan MCA telah menyerang calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman atas alasan beliau tidak mahu bersalam dengan kaum lelaki.

Malangnya, perkara itu turut disokong parti Melayu terbesar Umno, yang tidak melakukan sebarang teguran kepada MCA seperti dalam isu serangan majlis Hari Raya ini.

Kenapa pemimpin Umno tunjuk tanda simbolik Yahudi?

Posted: 12 Sep 2012 04:58 PM PDT

http://greenboc.blogspot.com,

Knapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?

Dimana mereka belajar?

Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu?

mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? kredit: -Undi BN Bankrap Negara



kredit: -teguhimansusilo

PAS kecam filem terbaru hina Nabi

Posted: 12 Sep 2012 04:56 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya.

Filem berjudul Innocence of Muslims, ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.

Menurut Bacile dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam.

Video tersebut ujarnya  telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang 'gila perempuan'.

Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini," katanya pada sidang media di KUIZM, Taman Melewar petang semalam. (Gambar)

"Times of Israel" melaporkan filem ini merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States.

Filem yang melabel Nabi Muhammad SAW 'fraud, a womanizer and a madman' ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan Libya.

Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo.

Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan bendera AS dan bendera-bendera Islam.

Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian.

Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan "Say it don't fear. Their ambassador must leave".

"Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

"Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini," katanya.

Menurut Faizi lagi, pemuda PAS juga akan menganjurkan bantahan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS pada 21 Sept ini jika tiada sebarang respon positif dari kerajaan AS untuk bertindak terhadap pembuat filem tersebut.

Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR

Posted: 12 Sep 2012 04:48 PM PDT





SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ .

Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

"PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

Posted: 12 Sep 2012 04:42 PM PDT

'Orang parti' jual tanah, dakwa Pemuda Umno
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Wan Amizan Wan Abdul  Razak
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
 
BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.

Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.

"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.

"Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.

Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.

"Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi 'projek silang' dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.

"Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas," katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.

Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.

"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah," katanya.

PRU: AJK daerah undi BN diminta siap sedia

Posted: 12 Sep 2012 04:39 PM PDT

SINAR HARIAN

BANTING - Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Saya nasihatkan janganlah asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan. Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja.

"Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Ahmad berkata semua ketua penerangan bahagian perlu melaksanakan tugas dengan berkesan bagi memastikan 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara 'hidup'.

"Saya mahu persiapan yang cukup...kalau setakat 50 peratus, itu bermakna kita belum bersedia...tetapi kalau 75 peratus itu bermakna kita sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya.

"Oleh itu, saya mahu program penerangan Umno yang menjelaskan berkaitan usaha-usaha kerajaan yang telah dimulakan sejak Ogos lepas, dipergiatkan," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyeru agar rakyat terus menolak pembangkang kerana kegagalan mereka menepati janji.

"Mereka ini (pembangkang) terlalu banyak kontroversi dan akhirnya kontroversi itu memakan diri mereka sendiri...ini kerana kontroversi itu telah menjadi peluru kepada Umno untuk menembak mereka semula," katanya.- Bernama

Kutipan Derma RM12,000 Diserah Bagi Bantu Wanita Palestin

Posted: 12 Sep 2012 04:37 PM PDT




SHAH ALAM : Sejumlah RM12,000 yang dikutip daripada orang ramai didermakan kepada Badan Bukan Kerajaan(NGO) Aqsa Syarif bagi membantu projek Pembangunan Pusat Komuniti Wanita di Palestin.

Derma itu disumbangkan oleh orang ramai semasa Program Pemberdayaan Wanita Selangor pada bulan Ramadan lepas yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Aqsa Sharif berkenaan usaha membantu rakyat Palestin khususnya wanita.

Kutipan derma itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail kepada Pengarah Operasi Aqsa Syarif, Sharifah Mahiza Abd Kadir di Pejabat Exco Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

"Saya yakin walaupun jumlah RM12,000 ini adalah kecil, namun harapannya agar wanita di Selangor dapat melonjakkan aktivisme dalam membantu rakyat Palestin di sana dengan semoga semangat untuk sumbangan ini berterusan," kata Rodziah.

Jelas Rodziah, lebih 70 peratus penduduk Palestin tinggal sebagai pelarian, justeru, beliau mengharapkan lebih banyak NGO dan orang ramai tampil bagi terus menyampaikan sumbangan kewangan.

Ujar Rodziah lagi, Kerajaan Selangor akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama ini bagi membantu wanita di Palestin memperbaiki kehidupan.

"Kita akan terus mensinergikan kerjasama dengan semua NGO dengan membuka ruang kepada NGO bukan Islam, diharap ia akan disambut dalam usaha perjuangan kepada rakyat Palestin," katanya.

Sementara itu, Sharifah Mahiza berkata dana ini akan digunakan sebaik mungkin dalam menampung sebarang kekurangan kepada pembangunan projek pusat komuniti wanita itu di Palestin.


"Pusat Komuniti ini adalah untuk memperkasakan wanita Palestin bagi mengatasi masalah kewangan dengan menyediakan peluang pekerjaan.
"Projek pertama di sana hampir siap dan pusat komuniti akan beroperasi sedikit masa lagi dan kita sedang merancang untuk pusat komuniti kedua di Gaza," ujarnya.

Projek 'Rose to Rose' merupakan salah satu projek Aqsa Sharif dengan beberapa NGO Wanita Islam di Gaza yang memberi peluang kepada wanita Palestin untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Objektif projek pusat komuniti wanita Palestin antaranya adalah membina jatidiri, melatih kemahiran hidup, kesihatan, pusat kaunseling, fiqh wanita dan mewujudkan kerja khusus untuk wanita.

Projek ini menyokong wanita Palestin yang kebanyakkannya mengalami banyak masalah hidup dan krisis berterusan termasuk kemiskinan dan kelaparan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ibu Pejabat Aqsa Sharif di talian 03-8733 4636 atau layari :http://aqsasyarif.org.my atau https://wwwfacebook.com/aqsa.syarif.

Tiada ulasan: