Khamis, 13 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gila] Remaja Didakwa Sumbang Mahram dengan Kakak Kandung Berusia 15 Tahun, Adakah Berkaitan dengan Kes...

Posted: 13 Sep 2012 12:51 AM PDT


[Bernama] JERANTUT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya, November tahun lalu.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini, 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin. 

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lalu dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. 


P/s: Adakah kes ini ada kaitan dengan skandal yang hangat diperkatakan sebelum ini? Baca di sini, di sini.


 

Siapa Pengawal Peribadi Anwar?

Posted: 12 Sep 2012 11:08 PM PDT

Klik untuk besarkan.

Laporan awal tentang kewaspadaan Harizal yang dikontroversikan oleh blogger pro-UMNO sebelum ini di sini.




Akibat Mahu "Burung" Panjang dan Besar, Lelaki Maut, Wanita Didakwa

Posted: 12 Sep 2012 08:28 PM PDT

Sekadar hiasan.

Kasia Rivera
[Kosmo] NEWARK, New Jersey - Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.

Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.

Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.

Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon.

Pasukan penyiasat percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun. - AP

Suspek Tetak Tangan Wanita Ditahan

Posted: 12 Sep 2012 07:44 PM PDT


[SH] KOTA BHARU – Mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim mengharapkan penjenayah terbabit mendapat balasan setimpal dengan kecederaan dialami.

Rohairani berkata demikian susulan penahan dua suspek yang dipercayai terlibat meragut beg tangannya di Jalan Sultanah Zainab, di sini, 30 Ogos lalu.

"Saya bersyukur suspek sudah ditahan polis. Saya harap mereka dapat balasan sama dengan kecederaan pada tangan saya ini. Jangan pula perkara sama berlaku kepada orang lain," katanya.

Mangsa yang juga pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian itu.

Dia yang masih trauma berkata, selepas kejadian tersebut, dia sudah tidak lagi membawa beg tangan jika keluar ke mana-mana.

"Semasa lalu di tempat kejadian, saya masih lagi dapat merasai kejadian itu dan saya juga takut untuk berjalan sendirian," katanya.

Rohairani bagaimanapun bersyukur sudah dapat mengerakkan bahagian depan jarinya walaupun masih berbalut dan berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Polis Kelantan berjaya menahan dua suspek bersama beberapa senjata yang digunakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, setakat ini kedua-dua suspek masih dalam tahanan pihak polis.

"Saya percaya dalam masa terdekat, laporan akan dikemukakan kepada ketua polis negeri untuk tindakan selanjutnya. Kita percaya dapat menangkap orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan itu dan mereka akan menerima hukuman setimpal," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ismail turut memuji kecekapan dan tindakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berhubung kes terbabit, yang berjaya menahan suspek hanya dalam masa dua minggu.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Kelantan mengambil inisiatif berlanjutan untuk mengesan kalau ada kawan suspek yang juga terlibat dalam kes seumpama itu.

"Ini bagi menyelesaikan perkara seumpama itu dari terus menghantui masyarakat di Kota Bharu khususnya dan mengambil tindakan susulan bagi menambahkan kawalan di sekitar bandar," katanya.

Beliau berharap, perkara ini dapat tangani dan mengharapkan kerjasama orang ramai supaya dapat mengawal jenayah setempat.

Sementara itu, belia turut memuji tindakan Kontinjen Polis Kelantan yang turut menempatkan anggota wanita di sekitar kawasan membeli belah bagi mengurangkan kadar jenayah ragut. "Saya akan serah cadangan susulan berhubung perkara ini untuk dilaksanakan diperluaskan kepada daerah-daerah lain melalui ketua polis negeri dan ketua polis daerah untuk dinilai," katanya.
 
 
Laporan awal di sini.
 
 

Rogol Budak Bawah Umur, Tiada Maaf Untuk Koden, Tetapi Ada Maaf untuk Atlet Boling

Posted: 12 Sep 2012 07:02 PM PDT


Kes rogol: Tiada maaf buat Koden
[SH] KUALA TERENGGANU - Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama 'Koden' merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.

Sebelum ini, Koden, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa yang baru pulang dari mengaji al-Quran di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, 5 Mei 2010.

Tertuduh telah mengumpan RM2 kepada mangsa yang masih mentah itu sebelum bertindak menanggalkan pakaian dan menyandarkan badan mangsa di batang pokok pisang lalu merogolnya.

Mangsa memaklumkan tertuduh sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu sejak dia dalam tahun tiga lagi, dan setiap kali melakukan perbuatan itu, tertuduh akan memberi sejumlah wang kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 23 Mei 2010 selepas ditanya sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh, 24 Mei 2010.

Susulan laporan dibuat, 'Koden' yang juga rakan baik kepada arwah ayah mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.



P/s: Mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh Komen, tetapi menganggap kesalahan yang dilakukan oleh atlet boling dan seorang lagi pesalah sesuatu yang "tidak serius"? Jika serius, mengapa kedua-duanya tidak dikenakan hukuman penjara dan sebat atas kesalahan yang telah dilakukan. 

Berita berkaitan di sini.



Blogger Pro-UMNO Kantoi, Tarik Balik Kenyataan Fitnah terhadap Nga Kor Min

Posted: 12 Sep 2012 06:36 PM PDT

Sumber gambar di sini.

[ngakormin.com] Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming,  Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.

Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah
Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah " penyamun besar" Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.



Tiada ulasan: