ALHUSSEYN |
Posted: 13 Sep 2012 09:05 AM PDT Selesai anda membaca entri saya ini, tentu anda semua akan bersetuju bahawa 'mungkin' adalah suatu hikmah kepada kita, kenapa Islam menghadkan orang lelaki berkahwin empat sahaja dalam satu-satu masa. Kajian mengenainya belum pernah dibuat. Anda dipersilakan melakukannya jika ada kemampuan. Seorang ahli perniagaan Nigeria yang terkenal, Uroko Onoja, tinggal di sebuah pekan kecil Nigeria telah mati dirogol oleh 6 isterinya sendiri di Benue State, lapor sebuah akhbar tempatan. Uroko Onoja, tinggal di Ogbadibo, pulang lewat dari sebuah bar tempatan jam 3.00 pagi lalu menuju ke bilik isterinya yang termuda. Ketika itulah, isteri-isterinya yang lain , yang telah merancang terdahulu tersebut sewaktu Onoja keluar, menyerbu masuk ke bilik sama dengan pisau dan kayu memaksa Onojo untuk mengadakan hubungan sex bersama mereka dalama masa itu juga. Apabila tiba giliran isterinya yang ke-5 sedang menuju ke katilnya, tiba-tiba Onoja dilaporkan sudah tidak bernafas . " Tiba-tiba suami saya tidak bernafas, lalu mereka semua lari keluar sambil ketawa riang, tetapi bila mereka lihat saya gagal memulihkan kembali pernafasannya, mereka lari masuk hutan" Okpe Odoh, ketua kampung itu mengesahkan insiden tersebut dan telah dilaporkan kepada polis.Polis sedang menyiasat dan mencari isteri-isteri tersebut yang telah lari menyorok dalam hutan setelah Onojo meninggal dunia. Komen tambahan - Gambar hiasan sahaja. Kalau setakad isteri ke-empat masih OK kan? Tapi masuk yg ke-5 tu yg dia KO terus utk selamanya. SUMBER |
Sahabat tidak harus dilayan seperti musuh Posted: 12 Sep 2012 11:00 PM PDT Dikisahkan bahawa suatu hari, Zaid bin Arqam yang ketika itu masih lagi budak (umur sekitar 12-13 tahun) telah bergegas menemui Rasulullah s.a.w. yang pada waktu itu sedang duduk berehat dengan Saiyyidina Umar al-Khatab. "Wahai Rasulullah, berlaku pergaduhan sikit di telaga sana, yakni antara Jahjah dengan Sinan. Kemudian datang Abdullah bin Ubai dengan mengatakan bahwa kita ni anjing wahai Rasulullah. Dia kata menyesal bagi makan kepada orang Muhajirin ini, sebab seolah-olah bagi makan anjing. Dan dia kata lagi bahwa tunggulah bila kita pulang ke Madinah, nanti orang-orang yang mulia akan menghalau orang-orang yang hina. Begitulah ucapannya, ya Rasulullah." Maksud "mulia" disini ialah orang macam Abdullah bin Ubai dan seangkatan dengannya. Manakala maksud "hina" ialah bagi Nabi s.a.w. dan orang-orang yang beriman. Lalu bangkit Umar al-Khatab, "Ya Rasulullah, bunuhlah si Abdullah bin Ubai itu!" Jawab Rasulullah, "Wahai Umar, bertenang. Sekiranya aku membunuh mereka, apa nanti kata puak Ansar di Madinah kepada aku?…Akan timbullah nanti ucapan: Rasulullah membunuh sahabatnya sendiri. Maka akan hebohlah Madinah dan akan bergembiralah orang yahudi." Bila sampai di Madinah, Rasulullah pada peringkat awalnya masih lagi sangsi dengan lapuran Zaid bin Arqam mengenai kejadian di telaga air tempohari. Kemudian ditambah pula dengan orang-orang Ansar dikalangan sahabat yang datang berjumpa dengan Nabi s.a.w., mereka kata, "Ya Rasulullah, bukankah Zaid itu masih budak lagi?…Takkan Rasulullah nak dengar cakap budak Zaid tu?" Dari kenyataan ini, menunjukan masih ada lagi orang-orang Ansar yang bersangka baik dengan Abdullah bin Ubai tu. Lalu Nabi s.a.w. terpengaruh dengan kata-kata orang Ansar tadi, maka ini membuatkan Zaid merasa sedih. Maklumlah, dia cakap benda betul, tapi Rasulullah s.a.w. masih tak percaya lagi. Sebab ketika itu, Nabi s.a.w. pandang dari sudut zahir dan baginda pula tak mau membesar-besarkan isu ini. Tiba-tiba berita ini sampai kepada Abdullah bin Ubai laknatullah. Dia menjadi pucat dan datang terus kepada Nabi, lalu bersumpah dengan berkata, "Ya Rasulullah, engkaulah orang yang paling baik. Tak pernah pun aku cakap sepertimana yang engkau dengar itu, wahai Rasulullah." Ketika itulah kata ulama`, turunnya Surah al-Munaafiquun. Bila turunnya surah itu, maka Rasulullah pun memanggil Zaid bin Arqam. Sambil memegang telinga Zaid, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Inilah telinga yang ALLAH dengar akan berita yang didengarnya." Inilah secebis kisah Zaid bin Arqam, yang kerana dialah, maka turunnya Surah al-Munaafiquun. Yakni yang mendedahkan tembelang Abdullah bin Ubai. Firman ALLAH dalam Surah al-Munafiquun ayat 1 yang bermaksud: "Apabila datang kepada kamu orang-orang munafiq, mereka berkata : Kami menjadi saksi bahwa kamulah rasul ALLAH. Dan ALLAH juga tahu bahwa engkaulah Rasul ALLAH, dan ALLAH menjadi saksi bahwa sesungguhnya orang-orang munafiq itu memang puak yang paling pembohong sekali."Elok juga jika kita renungi sepintas lalu hadis Ibnu Umar r.a katanya: Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w berdiri untuk memenuhi permintaan itu. Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah Allah melarang dari berbuat begitu? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku. Allah telah berfirman,yang bermaksud: Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka, sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku akan menambahnya tujuh puluh kali. Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat,Yang bermaksud: Dan janganlah kamu sembahyang jenazah ke atas orang munafik yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4413 Wallahu'alam… BERKAITAN |
Posted: 12 Sep 2012 05:17 PM PDT Atas sifat belas ehsan seorang Cina yang selalu dituduh sebagai 'kafir harbi', seorang Melayu yang mengaku pejuang Islam, terpaksa merayu-rayu minta ampun beberapa kali kerana menyesali pembohongannya itu, menyebabkan Nga memberikannya peluang buat kali terakhir kepadanya dengan menjilat segala kahaknya tu dulu.... Mangkuk Ayun ini pernah menggelar Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming sebagai 'Penyamun Besar Negeri Perak' terpaksa menjilat kahak jijiknya itu semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh kelmarin. Mangkuk ni tuduh Nga Kor Meng kononnya menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya (gambar kiri) pada 3hb Januari tahun ini. Sumbernya di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan