Rabu, 12 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kes liwat: Anwar tarik balik saman ke atas Saiful

Posted: 12 Sep 2012 04:11 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful.

Ranjit memberitahu pemberita, Anwar menarik balik saman itu atas asas bahawa  reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu.

Beliau berkata Anwar menarik balik saman itu dan tidak berhasrat memfailkan saman baharu dan hakim juga menetapkan 9 Okt untuk mendengar isu berkaitan kos perundangan.

Pada 9 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Mohd Saiful pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis dengan niat jahat dan untuk mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata Mohd Saiful tahu bahawa pertuduhan liwat itu adalah tidak benar tetapi tetap membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.

Beliau mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasi beliau telah tercemar dan beliau mengalami penderitaan teruk dan telah diaibkan.

Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya ia tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan meliwat.- Bernama

Kuarters Kastam Johor terbakar, timbalan pengarah meninggal dunia

Posted: 12 Sep 2012 04:07 AM PDT

MOHD FIRDAUS YON

Keadaan kuarters Kastam Diraja Malaysia Johor selepas api berjaya dipadamkan.
Keadaan kuarters Kastam Diraja Malaysia Johor selepas api berjaya dipadamkan.
 
JOHOR BAHRU - Kediaman dua tingkat kuarters dua tingkat berkembar Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelangi di sini, musnah sebahagian dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pematuhan, Ahmad Hassan, yang tinggal di kuarters bersebelahan meninggal dunia di luar kediaman dipercayai kerana mati mengejut, ketika cuba menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, bahagian depan rumah terbakar manakala sebuah kereta milik pegawai penguasa jabatan rosak teruk dijilat api dipercayai akibat perbuatan khianat.

Menurut sumber, kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan sindiket yang didakwa melontarkan bom petrol di hadapan pintu kediaman terbabit selepas gagal membuat rundingan bersama pegawai penguasa.

Akibat daripada kebakaran itu, sebuah kereta musnah manakala bahagian depan rumah dijilat api, diikuti asap tebal memasuki kediaman sehingga menyukarkan dua pegawai menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kehadiran bomba membolehkan salah seorang daripada dua pegawai terbabit menyelamatkan diri dan seorang lagi berjaya diselamatkan ketika usaha memadamkan api dilakukan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.11 pagi sebelum sebuah jentera berserta tujuh anggota bersama pegawai tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan bomba menamatkan operasi sekitar jam 5 pagi. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kereta, kemudian marak ke bahagian depan kediaman dengan membakar struktur kayu pada rumah ini diikuti asap tebal mula memenuhi ruang dalaman.

"Ketika kejadian, ada dua pegawai di dalam rumah. Seorang daripadanya bertindak menyelamatkan diri sebaik sahaja kami tiba, manakala seorang lagi terperangkap tetapi berjaya diselamatkan. Keseluruhan bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak," katanya.

Vijayan berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan oleh pihaknya, namun terdapat maklumat memberitahu kejadian disebabkan tindakan khianat.

"Tentang perbuatan khianat ini, bomba belum dapat pastikan dan ia cuma maklumat hasil daripada siasatan awal sahaja," katanya.

PRU asing: SPR tidak akan halang Selangor

Posted: 12 Sep 2012 04:01 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Perikatan itu memutuskan demikian atas alasan SPR masih enggan membersihkan daftar pengundi yang menurutnya meragukan.

"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Aziz menambah, SPR hanya mahu memberi peringatan kepada PR berhubung kos perbelanjaan, yang akan meningkat sebanyak RM50 juta jika mereka mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.

Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut

Posted: 12 Sep 2012 03:52 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut
Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
 
TRIPOLI - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam.

Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.

Selain di Libya, protes juga diadakan di Keduataan AS di Kaherah.

Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.

Seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut.

Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?

Posted: 12 Sep 2012 03:48 AM PDT

Staff Berita Semasa 
Bonus 2012 Penjawat Awam Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?

Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya "mata dan telinga" kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada "habuannya" berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?

2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..

Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?

Hati kecil kami kuat mengatakan pembentangan Bajet 2013 kali memberikan kesinambungan semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Oleh itu bagi kami bonus setengah bulan itu boleh dikatakan hampir pasti untuk dinikmati  kalangan kakitangan awam, tetapi jikalau nak lebih daripada itu iaitu sebanyak sebulan atau 2 bulan bonus, ia pasti menjadi persoalan dan teka-teki…..

Bonus 2012 Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?
Bonus 2012 Kakitangan Kerajaan Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?

Walaubagaimanapun, setakat apa yang boleh kami katakan ketika ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, elaun rumah dijangka akan naik. Ya…Manakala elaun perkhidmatan masih belum mendapat kepastian lagi daripada "pihak yang dibelah" sana.

Cuepacs seperti biasa menjalankan tugas lazimnya setiap kali berlangsungnya pembentangan Bajet kerajaan pada setiap tahun. Walaupun Cuepacs minta 2 bulan bonus gaji kakitangan awam, tetapi hakikat yang perlu diterima kata putus masih lagi terletak di tangan JPA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan tidak lupa juga Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan…..apa yang terbaik kepada negara & kerajaan yang ada sekarang ini.

P/S : Kata Cuepacs : "Inilah masa terbaik kami menuai hasilnya". Selepas transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan, berjaya melonjakkan prestasi & kecekapan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas.

Apa respon kakitangaan awam di sini mengenai bayangan bonus 2012 dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini?

Hab petrokimia Pengerang: Yang bersuara terus diugut.

Posted: 12 Sep 2012 03:45 AM PDT

 Roketkini.com

PENGERANG,  : Tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional di sini dilihat semakin terdesak dengan menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk menakutkan rakyat.

Chua Peng Sian wakil NGO Gabungan Pengerang yang lantang bersuara memperjuangkan hak rakyat, beliau tidak terlepas dari menerima ugutan pelbagai pihak yang menginginkan projek RAPID terus dijalankan.

Dalam satu temu bual di Pengerang baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa apa yang sedang dilakukan ini bukan hanya untuk kaum Cina sahaja.

"Di sini majoriti kaumnya adalah Melayu, saya berani bersuara mempertahankan hak saya kerana saya terlalu sayangkan Pengerang yang penuh dengan kedamaian, tanpa ada jurang antara kaum," kata Chua.

"Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam isu ini hanyalah untuk memecah belahkan rakyat di Pengerang yang mana sentiasa menjaga hubungan baik sesama bangsa." katanya lagi.

Media utama UMNO Barisan Nasional tidak menceritakan hal sebenarnya apa yang berlaku di Pengerang, sebaliknya mengumumkan penduduk Pengerang akan menjadi jutawan apabila menerima pampasan jika projek bernilai RM60 billion itu berjalan lancar.

Chua juga turut melemparkan persoalan kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional bagaimana nasib 35 keluarga yang diarahkan mengosongkan rumah pada 15 September sedangkan Menteri Besar Johor telah berjanji bahawa penduduk tidak perlu mengosongkan rumah selagi rumah baru mereka tidak lengkap dengan segala kemudahan prasarana.

Jelas Chua, inilah antara ungkapan yang dipegang oleh penduduk di Pengerang yang di umumkan ketika perasmian projek RAPID yang turut dihadiri Sultan Johor dan Perdana Menteri pada 13 Mei yang lalu.

Menurut beliau, ada diantara penduduk yang datang membuat aduan kepadanya ternyata amat kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional kepada mereka. Sikap ketua kampung yang menjadi orang pengantara bagi Pejabat Tanah Kota Tinggi dan rakyat juga menjadi kekesalan kepada rakyat di Pengerang. – Roketkini.com

Najib dikejar bayang-bayang Muhyiddin, Taib Mahmud dan orang Sabah

Posted: 12 Sep 2012 03:41 AM PDT

 Roketkini.com

Selain ancaman pengaruh Muhyidin yang makin menggugat acah kuasa Najib, Najib juga berhadapan dengan seorang lagi individu; Taib Mahmud yang digelar orang "Raja di Sarawak". Bukan untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi persoalannya; bila dan bagaimana proses pertukaran kuasa atau dalam kata mudah, akankah Taib meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak?

Kini semuanya makin celaru. BN berhadapan dengan pelbagai dilemma. Sedang masih belum selesai memenuhi 18 dan 20 perjanjian Sarawak dan Sabah ketika penggabungan bersama Malaya membentuk persekutuan Malaysia, isu kepimpinan sememangnya menjadi gunting dalam lipatan sepanjang tempoh UMNO-BN memerintah.

Biarpun Sarawak dikenal sebagai azimat kebal BN, kedudukan Taib yang lama memegang tampuk kerajaan semakin dipersoal rakyat terbanyak. Dengan permasalahan infrastruktur asas negeri yang tidak sudah-sudah puluhan tahun, isu pembolotan hasil negeri yang sudahpun menjadi rahsia umum, kekayaan Taib dan kroni-kroninya, semua ini tidak mungkin tidak amat merimaskan Najib.

Taib sudah pun menjadi beban kepada BN. Persepsi masyarakat kian berubah. Ketua Menterinya masih disitu jadi, apa kata Najib?

Najib kata begini, Taib kata begitu

Dalam sebuah kenyataannya di Bau Sarawak, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam pidatonya menjelaskan pada 19 Mac 2011, Najib telah membuat pengumuman di Serian bahawa Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada masa yang sesuai. Kononnya bahawa pihak beliau dan Taib telah mencapai kata putus masa yang sesuai untuk peralihan kuasa.

Kata Najib: "Biar saya dan Ketua Menteri membuat perancangan untuk memastikan kejayaan Sarawak. Kami tahu akan masa yang sesuai untuk membawa perubahan di Sarawak. Kami tahu dan kami memberi jaminan kesediaan Ketua Menteri. Sampai masanya, beliau akan melepaskan jawatannya dan kami faham sepenuhnya masa untuk peralihan ini berlaku."

Malah tiga minggu selepas itu berkata lagi Najib, "Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri dan beliau telah bersetuju untuk perubahan tunggak kuasa di Sarawak. Percayalah saya, sampai masa yang sesuai ia akan berlaku."

Bagi Taib, biarpun pada mulanya beliau berdalih ketika ditanya soal perletakan jawatannya, akhirnya beliau menentapkan "dua tahun" sebagai jangka masa untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya negeri pada 16 April 2011 yang lalu.

Menurut Kit Siang, "Tempoh masa dua tahun ini bagi Taib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak akan berakhir dalam tujuh bulan lagi tetapi sehingga kini tiada apa-apa petunjuk yang menunjukkan beliau akan memenuhi janji bersama Najib untuk membawa satu peralihan kuasa di Sarawak.

"Semua petunjuk menunjukkan sebaliknya dan Taib nampaknya amat selesa untuk memegang jawatannya sebagai Ketua Menteri sehingga tamat tempoh yang sah."  ujar Kit Siang.

Buktinya jelas dalam ucapan Taib awal hari ini yang berkata bahawa peralihan kuasa yang segera tidak perlu kerana warga Sarawak kini sedang menikmati "keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang."

"Taib tidak mahu letak jawatan?"

Jadi, apa mesej tersembunyi ucapan Taib ini buat Najib? Taib nampaknya jelas memberitahu kita bahawa beliau tidak berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak sepertimana kata Najib sebelum ini. Bekas Perdana Menteri Mahathir sendiri tidak berani menyentuh Taib, inikan pula Najib?

Tempoh parlimen bubar secara automatik cuma dalam beberapa bulan sahaja lagi. Dengan segala pelan tranformasi dan 'janji-janji' Najib yang masih tidak ditepati, mampukah beliau menunjukkan kejantanannya terhadap Taib Mahmud yang 'kebal' itu?

Sabahan menagih janji BN selama 49 tahun tak terlunas

Persoalan lain yang timbul, kalau di Sarawak Taib menjadi beban buat Najib, apa pula dilema Najib untuk berhadapan dengan rakyat Sabah.  Tidak cukup hanya menebalkan muka…

UMNO kini telah memonopoli penggiliran Ketua Menteri Sabah sehinggakan isu ini dilihat 'penjajahan' Semenanjung terhadap 'Negara Sabah' oleh rakyat tempatan khususnya masyarakat majoriti bumiputera Kadazan, Dusun dan Murut.

Setelah janji BN di Sabah pada 1994 untuk membangunkan negeri, memperbanyak infrastruktur dan membasmi kemiskinan serta menyelesaikan masalah PATI masih jauh mencapai matlamat, Sabah terus berhapan dengan masalah demi masalah sehingga mengugat kemakmuran dan kesejahteraan negeri serta rakyatnya biarpun bumi ia kaya dengan pelbagai hasil sumber asli.

Sabah, walaupun 49 tahun bersama Malaysia, ia semakin jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung malah menjadi negeri yang termiskin. Segala kekayaan Sabah seolah-olah dibolot oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni mereka. Apa sudah jadi dengan janji-janji lapuk kerajaan BN? Apa akan jadi dengan slogan-slogan kosong Najib Razak?

Najib kini benar-benar lemas. Slogan 1Malaysia dan Janji ditepati – segalanya umpama utopia buat rakyat negeri di bawah bayu ini. Kemarahan rakyat Sabah makin memuncak terhadap UMNO-BN yang jelas terlihatkan dalam sesi jelajah pendengaran awam oleh DAP Sabah baru-baru ini.

Sampai bilakah Najib akan berasa tenang? Sampai bilakah UMNO-BN akan mengganggu gugat kepentingan dan hak Sabah? Atau, Najib dan UMNO hanya menunggu masa untuk terjerat dengan mainan dan slogan politiknya sendiri. – Roketkini.com

Harga Minyak RON97 Naik Lagi 30sen Secara “Diam-diam” Menjadi RM3.00 Ketika Ini!!

Posted: 12 Sep 2012 03:37 AM PDT

 Staff Berita Semasa
 
RON97 Naik 30 sen Harga Minyak RON97 Naik Lagi 30sen Secara Diam diam Menjadi RM3.00 Ketika Ini!!

Jikalau harga minyak diturunkan rakyat Malaysia begitu mudah sekali mendapat berita pengumuman ini. Tidak kira yang tinggal di bandar malahan yang tinggal di ceruk bumi Malaysia pasti akan sediaa maklum dengan berita pengumuman penurunan harga minyak. Lain pula ceritanya apabila harga minyak dinaikkan bermula semalam yang melibatkan RON97 apabila harga minyak RON97 naik secara "diam-diam" oleh kerajaan. Apa sebabnya? Kejutan untuk rakyat Malaysia? 

Berapa banyak? Bukan 10 sen, bukan 20 sen tetapi 30 sen untuk sekali kenaikan. Ia merupakan kenaikan yang kedua untuk tempoh satu bulan terakhir ini.

Harga Minyak RON97 Harga Minyak RON97 Naik Lagi 30sen Secara Diam diam Menjadi RM3.00 Ketika Ini!!

Rekod Harga Minyak Tahun 2012 Jenis RON97

  • 5 April 2012 – RM2.90 290 (naik 10 sen).
  • 7 Jun 2012 – RM2.80 (turun 10 sen)
  • 5 Jul 2012 – RM2.60 (turun lagi 20sen)
  • 24 Ogos 2012 – RM2.70 (naik 10 sen)
  • TERKINI : 6 September 2012 – RM3.00 (Naik lagi 30 sen)
Minyak RON97 Naik Harga Minyak RON97 Naik Lagi 30sen Secara Diam diam Menjadi RM3.00 Ketika Ini!! 

Hati kecil kami kuat mengatakan, akan ada beberapa siri kenaikan harga minyak selepas ini dan apabila semakin dekatnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 nanti, insyaallah akan ada pengumuman yang agak drastik bagi penurunan harga minyak di Malaysia. Mungkin?

Kalau selepas ini anda yang biasa menggunakan minyak RON97, apabila anda angkat picu atau 'nozzle' terpandang nilai kenaikan melibatkan harga minyak secara "tiba'tiba" janganlah terkejut kerana trend seperti akan kerapkali berlaku selepas ini. Mungkin? Selepas apa yang berlaku baru-baru ini…

P/S : Semenjak pendedahan perbandingan harga minyak antara harga minyak RON95 VS harga minyak RON97 yang dipaparkan di Berita semasa sebelum ini, tiada lagi nampaknya perbandingan itu dipaparkan di stesen-stesen minyak. Kenapa buang? Mesti ada sebab-musababnya?

Bongkar skandal Scorpene: BN dendam dengan SUARAM kata Kit Siang

Posted: 12 Sep 2012 03:27 AM PDT

 Roketkini.com
 
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyelar tindakan kerajaan UMNO-BN terhadap organisasi hak asasi manusia, SUARAM, sebagai satu tindak balas terhadap kempen NGO itu yang telah membongkar kebenaran mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini tindakan pihak kerajaan adalah tidak masuk akal, tanpa bersebab dan memperlihatkan dendam UMNO-BN melalui gangguan berterusan dan penganiayaan terhadap organisasi hak asasi manusia itu.

"Jika Najib jujur dan serius terhadap Pelan Transformsi Kerajaan (GTP) dan sasaran NKRA terutamanya dalam memerangi rasuah, kesemua agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerjasama dengan SUARAM untuk membenarkan kebenaran isu skandal pembelian kapal selam Scorpene didedahkan."

Katanya, penganaiyaan berterusan terhadap SUARAM perlu dihentikan kerana ia membawa mesej jelas kepdaa rakyat Malaysia dan dunia bahawa pentadbiran Najib dipenuhi dengan kekotoran dan penyelewengan yang disembunyikan.

"Pepatah Greek ada menyebut "Mereka yang mahu dihancurkan Tuhan, dijadikannya gila terlebih dahulu," (Those whom the gods wish to destroy they first make mad) adalah lebih tepat buat mereka," ujar beliau, menyifatkan tindakan kerajaan akhir-akhir ini menandakan bahawa parti pemerintah itu sudah semakin hilang akal.

Mengulas lanjut tentang sikap pilih bulu UMNO-BN dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, Kit Siang mempersoalkan kenapa tindakan undang-undang tidak diambil kepada pelaku dalam insiden kencing dan pijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat.

"Mana tindakan undang-undang terhadap pelaku tersebut?" tegasnya, bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa tindakan menyerlahkan bontot dan memijak gambar pemimpin negara adalah tindakan yang tidak baik, namun untuk bertindak 'double-standard' terhadap sesuatu kesalahan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan juga. – Roketkini.com

Kerakusan UMNO-BN: Rakyat Sabah sudah celik politik

Posted: 12 Sep 2012 03:24 AM PDT

roketkini.com

DONGGONGAN: Biarpun ada kajian menunjukan bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendapat kerakyatan kini mencecah 50 peratus dari populasi penduduk negeri Sabah, Pakatan Rakyat masih mampu mencipta sejarah baru sekiranya semua suku kaum negeri ini bersatu.

Demikian antara inti ucapan Dr. Edwin Bosi, Setiausaha DAP negeri Sabah dalam sesi pendengaran umum DAP baru-baru ini di Wawasan Commercial Centre.

"Berkenaan masalah PATI yang mendapat kerakyatan, kita boleh atasi mereka dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kita bersatu."

Dr. Bosi turut mengimbas kembali impian bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan hasratnya untuk melihat Malaysia mempunyai populasi penduduk seramai 70 juta orang.

"Setiap seorang dari kita kata beliau perlu memunyai lima orang anak. Bukan semua pun mampu. Apakah untuk mencapai hasrat itu beliau melancarkan 'projek IC Sabah' suatu ketika dulu demi memberi kemenangan kepada BN?" soalnya.

"UMNO rampas hak dan pecah belahkan masyarakat kami"

Disamping itu jelas beliau, kedatangan UMNO juga telah menyebabkan banyak masalah lain dan perpecahan berlaku terutamanya dikalangan pelbagai suku kaum negeri tersebut dengan memainkan sentimen bangsa dan agama.

"DAP telah dikatakan sebagai parti Cina sedangkan ramai dikalangan kita disini menyertai DAP merupakan suku kaum bumiputera. Malah Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri bukanlah seorang Cina." ujar beliau.

Disebalik pelbagai kemelut,masalah dan penindasan yang dilakukan kerajaan UMNO-BN di Sabah, Dr Bosi berkata Pakatan Rakyat di Sabah telah memainkan peranan terpenting menyatupadukan penduduk dan memberi maklumat sebenar.

"Sentimen kaum dan agama yang dimainkan UMNO ini amat bahaya untuk Sabah terutamanya kerana sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang masalah seperti itu.

Dalam masa yang sama, Dr. Bosi yang juga pakar dalam bidang vertirinar berkata, kesedaran dikalangan rakyat Sabah dan kawasan pedalaman juga semakin menunjukkan kesan yang positif.

"Ramai kalangan bumiputera dan orang asal di pedalaman mula bersuara dan berani memprotes berikutan tanah mereka dirampas tanpa sebarang pampasan dan tindakan wajar kerajaan UMNO-BN Sabah.

Tambah beliau, kemarahan rakyat makin ketara apabila wujud kes dimana bantuan kebajikan yang sepatutnya diagihkan untuk penduduk yang layak ditarik balik berikutan mereka menyokong pembangkang.-roketkini.com

Jenazah Pelajar Maut Di Jordan Tiba Di Tanah Air Esok

Posted: 12 Sep 2012 03:20 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Jenazah pelajar tahun dua Universiti Mu'tah, Jordan, Saiful Asraf Saifuddin yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lepas, dijangka tiba di tanah air pada Khamis.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu berkata Kedutaan Besar Malaysia di Amman sedang membuat persedian untuk menghantar pulang jenazah ke Malaysia.

Saiful Asraf, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah, maut dalam kemalangan ketika menjemput tiga rakan pengajiannya yang baru tiba di lapangan terbang selepas pulang bercuti di Malaysia.

Kemalangan berlaku apabila kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.

Tiga rakannya, Mohd Hanafi Khalis Zainal Abidin, Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipolbahari hanya mengalami kecederaan ringan.

"Allahyarham berasal dari Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Ibu bapa dan ahli keluarga pelajar berkenaan telah dimaklumkan mengenai kemalangan ini," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Belia Berusia 18-40 Tahun Catat Peratus Tertinggi HIV

Posted: 12 Sep 2012 03:11 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.

Pengarah Eksekutif Majlis Aids Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.

"Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di sini, Selasa.

Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada angka itu ialah golongan belia merupakan kelompok majoriti penduduk negara dan banyak daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

"... (selain itu) kemunculan media sosial seperti Internet yang membolehkan kita berhubung sesiapa sahaja dalam masa yang pantas," katanya.

Sehubungan itu, Roswati berkata MAM mengambil inisiatif melancarkan Kelab Belia Riben Merah pada 6 Sept lalu untuk menangani penularan virus tersebut dalam kalangan belia negara ini.

"Kita baru mulakan program untuk belia menerusi pelancaran kelab ini dan ia boleh menjadi satu wadah bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan informasi yang tepat bagi mengenai HIV dan Aids di kalangan belia," katanya.

Katanya MAM sedang giat menjalankan kempen mencari anggota menerusi pendaftaran dalam talian dan untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman Facebook kelab itu.

Roswati berkata sebanyak 14 selebriti terbabit menjadi duta dalam kelab itu, antaranya penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Aaron Aziz serta Fahrin Ahmad.

"Kita merasakan penglibatan artis dalam kerja sukarela seperti ini mampu memberi kesan yang besar sebab ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi belia menerusi maklumat yang golongan artis sampaikan," katanya.

Pada majlis itu juga Menara Kuala Lumpur menyampaikan cek bernilai RM28,297 kepada Yayasan Aids Malaysia. BERNAMA

Saman air percuma: MB serah kepada mahkamah

Posted: 11 Sep 2012 05:33 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri tidak menghalang mana-mana pengguna air di negeri ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"(Pengguna) boleh, kita tidak menghalang. (Saman) ini adalah satu kes percubaan yang kita mesti lakukan. Kes percubaan ini akan memberikan satu pandangan mahkamah tentang bantuan yang diberikan kepada rakyat mempunyai syarat yang ditetapkan.

"Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika orang itu tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adakah boleh dibenarkan untuk mendapatkan peruntukan. Kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah," katanya.

Menurutnya, pengguna air yang tinggal di rumah pangsa atau flat boleh menikmati air percuma sekiranya menukar meter pukal kepada individu yang tidak memerlukan kos seperti didakwa sebelum ini.

"Kita sudah tunjukkan bahawa tidak perlu kos tetapi hanya perlu dipersetujui oleh penghuni-penghuni kawasan berkenaan.

"Kita telah berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syabas bersetuju yang Syabas boleh membenarkan penukaran meter itu dilakukan," katanya.

Terdahulu, 711 pengguna air di negeri ini memfailkan saman menuntut janji air percuma terhadap Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam yang mewakili pengguna air, Kamarudin Ahmad berkata, tindakan itu berikutan Pakatan Rakyat (PR) gagal menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menegaskan Kerajaan Negeri tetap mempunyai kuasa terhadap kebenaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan loji tersebut.

Menurutnya, kuasa untuk memberi kelulusan  terutamanya kebenaran merancang dan memasuki tapak projek terletak di tangan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri mengingatkan petender-petender Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.

"Kerajaan Negeri akan mengingatkan bahawa tanggungjawab ini akan dijaga oleh Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikin ketika mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui disiarkan akhbar ini, semalam bahawa Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaan loji berkenaan walaupun terpaksa berhadapan tindakan undang-undang Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata, beliau telah meminta Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zawiyah Be Loth Khan berbincang dengan peguam yang dilantik Kerajaan Negeri berhubung bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.

"Minggu depan Kerajaan Negeri akan memberitahu rakyat Selangor tentang kuasa yang ada di tangan Exco dan Kerajaan Negeri untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh Kerajaan Pusat tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka apabila berhadapan dengan Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri hanya bersetuju dengan projek berkenaan apabila pembinaannya disertai dengan penyusunan semua industri air di Selangor.

"Kita telah bagi cara penyelesaiannya, iaitu digabungkan penyusunan semula industri air yang saya sendiri bercadang untuk menerangkan secara bertulis kepada menteri air tidak lama lagi," katanya.

Lagi laporan hina pemimpin PR

Posted: 11 Sep 2012 05:30 PM PDT

ROSLINDA HASHIM

Mohd Nasir Zakaria
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
KUALA NERANG - Pemuda Pas Padang Terap membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang disebarkan di Internet, mempamerkan aksi dua pemuda sedang melalukan perbuatan tidak senonoh pada gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetak pada kain rentang.

Laporan polis itu dibuat Ah;i Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat, Azman Shafawi Abdul Rani di Balai Polis Kuala Nerang, pagi semalam.

Mohd Nasir berkata, laporan polis itu dibuat ekoran tindakan melampau yang juga suatu penghinaan terhadap pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya kesal terhadap insiden yang berlaku, perlakuan tidak senonoh pada gambar pemimpin adalah satu perbuatan yang keji," katanya.

Menurutnya, perbuatan tidak bermoral itu bukan ajaran Islam dan pihak berkuasa perlu bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat.

"Saya harap polis akan bertindak secara profesional dengan tidak membuat siasatan secara terpilih untuk kes-kes tertentu sahaja," katanya.

Azman Shafawi berkata, walaupun berlainan ideologi politik adalah biadab dan kurang ajar.

"Kami menuntut pihak polis mengotakan janji bahawa polis akan bertindak sekiranya ada laporan.

Sebelum ini polis menyatakan tindakan diambil terhadap individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terdapat laporan," katanya.

Dulu Keperluan, Hari Ini Fesyen

Posted: 11 Sep 2012 05:05 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin



MASA berlalu, zaman berubah. Apa yang dulu kebiasaan dan keperluan, hari ini menjadi gaya dan fesyen.

Melihat banyak kawan dan kenalan yang dulu berabut hitam dan lebat, tetapi sekarang sudah tidak berabut atau uban satu kepala, saya teringat kepada zaman kanak-kanak dulu apabila mendogolkan kepala adalah kebiasaan dan keperluan.

Kita mendogolkan kepala kerana tidak banyak orang yang tahu menggunting rambut. Tetapi, ada sebab yang lebih besar iaitu dengan mendogolkan kepala kita mengelakkan masalah kutu kepala (head lice) dan kalau dijangkiti kudis buta (scabies) mudah diubati.


Kita tidak membotakkan kepala kerana botak bukan perbuatan manusia tetapi kejadian semula jadi yang bersangkut paut dengan keturunan atau peningkatan usia.

Hari ini, banyak orang mendogolkan kepala kerana fesyen atau bagi menunjukkan kepada khalayak yang merela baru pulang dari mengerjakan haji atau umrah. Saya tidak dogolkan kepala apabila selesai mengerjakan haji.

Saya sudah puas dogolkan kepala. Apabila masuk sekolah Melayu pada tahun 1954 barulah saya mula menyimpan rambut. Itu pun sekali sekala saya masih mendogolkan kepala kerana deman atau kesuntukan wang. Saya bersongkok ke sekolah sehingga tingkatan tiga.

Antara saat paling menakutkan ialah apabila ayah menghantar saya menggunting rambut di kedai tukang gunting India yang beragama Hindu. Itulah kali pertama saya melihat gambar dewa dan dewi Hindu.

Dewi Hindu Kali

Yang paling menakutkan saya ialah gambar dewi Hindu yang bertangan banyak. Salah satu daripada tangannya memegang pedang dan satu lagi memegang kepala yang baru dipancung. Satu lagi dewa berkepala gajah. Hanya kemudian saya pelajari yang dewi berpedang dan memegang kepala manusia itu ialah Kali dan dewa yang berkepala gajah itu Ganesh.

Apabila remaja, banyak juga kawan-kawan yang waktu cuti panjang sengaja mendogolkan kepada kerana meniru stail bintang filem Holywood, Yul Bryner dan selepas itu meniru watak Kojak dalam drama jenayah TV dengan tajuk yang sama. Watak mata-mata gelap Kojak dilakonkan oleh Telly Savalas.

.Bintang Filem Holywood Yul Brynner (1920-1985)
Ketika remaja, kita ada lebih banyak fesyen rambut untuk dipilih. Kita boleh ikut stail bintang filem terkenal seperti Elvis Presly, James Dean atau Dean Martin. Gambar bintang filem Holywood menjadi bahan hiasan utama kedai gunting sebab pelanggan mahu nampak macam bintang filem.

Sampai hari ini pun saya masih gunting rambut di kedai orang India. Tukang gunting asal saya sudah bersara kerana sakit dan dia mengimport pembantu dari India. Orang muda tempatan tidak berminat lagi menjadi tukang gunting. Mereka hanya mahu bekerja di salun. Tukang gunting Melayu sudah hampir-hampir tidak ada, kecuali di pekan-pekan kecil. Itu pun tidak banyak lagi.

Zaman paling susah bagi tukang gunting cari makan ialah pada tahun 1970an dan 1980an apabila orang muda banyak yang simpan rambut panjang ala hippie. Saya pun turut tumpang sekaki. Tapi tidaklah panjang sangat – sampai ke tengkuk dan tutup telinga.

Orang perempuan pula gila kerinting atau karan rambut sampai salah seorang tok guru kampung saya keluarkan fatwa kata haram. Wallahualam. http://kadirjasin.blogspot.com/

PRU13: Benarkah SPR sudah siap sedia?

Posted: 11 Sep 2012 04:54 PM PDT

Oleh greencresent


Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Sinar Harian 8 September 2012) sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kini menanti tarikh pembubaran Parlimen.
Betulkah? Sedangkan apa yang diketahui umum semacam ada percanggahan antara persediaan SPR dengan cadangan penambahbaikan pengurusan pilihan raya.

 Lebih-lebih lagi apabila membandingkan antara lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan kesanggupan SPR dan persetujuan pihak kerajaan melakukan penambahbaikan menerusi penubuhan cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC).

Sekiranya mengambil perhatian apa yang dinyatakan pengerusi SPR, iaitu "persediaan yang dibuat telah mencapai 85 peratus dan selebihnya hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja." Ini bermakna semua lapan tuntutan penambahbaikan tersebut sudah dibuat. Termasuklah kesemua cadangan PSC sudah diambil kira.
Logikkah penegasan pengerusi SPR bahawa "yang belum siap hanya tunggu Dewan Rakyat dibubarkan untuk proses tempahan dan beli peralatan." Jika meneliti kepada lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan syor PSC, maka ini suatu kenyataan yang mengelirukan bagi warga negara yang ingin melihat proses pilihan raya pada PRU13 untuk pertama kali berlaku secara adil, bersih dan telus.

Ingat semula tuntutan BERSIH 3.0
Asas yang mengelirukan itu ialah kerana di hadapannya telah ada dua kumpulan fakta penambahbaikan yang memerlukan komitmen pelaksanaan oleh SPR dan pihak kerajaan sendiri. Pertama, lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan keduanya, 22 syor pihak PSC yang ditubuh sendiri oleh kerajaan.
Mengingati 28 April 2012 yang lalu, berlaku rangkuman sejarah demokrasi di Malaysia yang penuh tragis di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebuah demokrasi yang cuba ditegakkan atas lapan tunutan bagi mencapai impian proses pilihan raya yang adil, bersih dan telus. 
 Lapan tuntutan itu ialah:
1.       Bersihkan Senarai Undi,
2.      Mereformasikan Undi Pos,
3.      Gunakan Dakwat Kekal,
4.      Akses Media Bebas dan Adil,
5.      Masa Kempen Minima 21 Hari,
6.      Kukuhkan Institusi Awam,
7.      Hentikan Rasuah
8.     Hentikan Politik Kotor. 
Sementara itu pihak penganjur BERSIH 3.0 dilaporkan berkata, hanya penggunan dakwah kekal untuk dicalit pada jari telunjuk pengundi sahaja yang sebenarnya sudah dilayan. Ia bermaksud, hanya 12.5 peratus sahaja urusan penambahbaikan proses pilihan raya untuk PRU13 nanti yang diambil tindakan oleh SPR atau kerajaan.
Walaupun begitu pihak SPR dikatakan sudah memberi perhatian juga untuk melakukan reformasi pengundian pos melalui cadangan pengundian awal (advance voting). Namun di sebaliknya, ada pula peraturan yang membolehkan isteri tentera yang asalnya bertaraf pengundi biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Tindakan ini sudah dianggap bertentangan dengan semangat penambahbaikan yang diperjuangkan oleh gerakan BERSIH 3.0.
Justeru  sehingga kini, belum ada apa-apa peraturan rasmi mengenai pengundian awal yang boleh diteliti. Sementara pihak parti pula masih belum menerima apa-apa panduan rasmi daripada SPR. Apa yang didedahkan dalam kursus anjuran SPR hanyalah tatacara mengundi melibatkan penggunaan dakwat kekal. Sedangkan tatacara pengundian awal masih tergantung dan apakah persidangan parlimen terdekat ini bakal diusulkan tatacara berkenaan?
PSC hanya helah?
Pada 2 Oktober 2011, PSC ditubuhkan yang keanggotannya melibatkan ahli parlimen dari wakil parti termasuk Pakatan Rakyat. Ia dipengerusi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili. Hasil kajian PSC sebanyak 22 syor telah dibentangkan di Dewan rakyat pada 3 April 2012. Topik penting 22 syor itu melibatkan:
1.       Rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos
2.      Pengundi luar kawasan
3.      Tarikh pembubaran Parlimen
4.      Kerajaan sementara
5.      Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
6.      Akses media yang bebas dan saksama
7.      Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
8.     Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
9.      Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya
10.  Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
11.   Memperkasakan kedudukan SPR
12.  Penstrukturan dan pengukuhan SPR
13.  Pengasingan fungsi utama SPR
14.  Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak
15.   Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
16.  Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media
17.   Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
18.  Memanjangkan tempoh berkempen
19.  Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
20. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik
21.  Peruntukan dana kepada parti politik
22. Sistem pilihan raya baru.
Penilaian syor PSC
Majlis Peguam Malaysia pula mendapati syor yang disenaraikan PSC adalah positif dan langkah yang betul, tetapi tiada syor komprehensif bagi merealisasikan pilihan raya yang adil dan bebas. Antara yang dipertikaikan ialah kegagalan menangani daftar pemili. Dalam hal ini, SPR telah menyatakan enam daripada 10 syor awal tidak diterima. Sementara beberapa syor gagal diperincikan seperti akses kepada media. Ia mungkin disebabkan Laporan PSC itu diluluskan tanpa perbahasan terperinci dan tiada komitmen balas pihak kerajaan.
 
Apa pun dikatakan hanya satu tuntutan yang ditolak PSC, iaitu tuntutan berkaitan masa berkempen yang dipanjangkan kepada minimum 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama dan memerlukan kos yang tinggi. Penolakan ini sepatutnya disokong oleh penerima syor akses media yangh adil. Malangnya ia tidak berlaku demikian. Apa yang diterima hanyalah kesanggupan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sebelum ini dipanjangkan kepada 10 hari sahaja.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan ada sebahagian besar daripada 22 syor yang dikemukakan oleh PSC melibatkan soal dasar, yang melibatkan keputusan kerajaan dan pembabitan agensi-agensi lain dalam membuat keputusan. Oleh itu, pelaksanaan dijangka memakan masa. Malah, pelaksanaan sebahagian besar syor PSC juga memerlukan persetujuan kerajan, selain memerlukan pindaan perlembagaan. Atas asas ini, pihak SPR berpendapat sebahagian besar syor tidak dapat dilaksanakan ketika PRU13.
Realitinya, penubuhan PSC sudah dilihat sebagai helah kerajaan kononya sedia melayani tuntutan BERSIH 3.0. Ini kerana, tidak berlaku suatu perkembangan yang benar-benar positif atas segala PSC yang menyumbangkan kepada pelaksanaan pilihan raya yang adil, bersih dan telus sebagai mana diimpikan banyak pihak. 
PRU13 bakal tiba
Walau pun pihak SPR dan kerajaan dominasi Umno hari ini masih liat untuk melakukan penambahbaikan proses pilihan raya, adat undang-undang yang diamalkan pilihan raya tetap diadakan.
Bayangan mandat semasa Kerajaan dominasi Umno dikatakan akan berakhir pada 28 April 2013. Jika Parlimen dibubarkan pada tarikh akhir ini, maka PRU13 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu atau sebelum 28 Jun 2013.
Mungkin tarikh yang tragis boleh dipilih jika pilihan raya hendak diadakan pada tahun hadapan ialah pada 13 Mac 2013 bersamaan 13.3.13 sebagai mengenang persitiwa transisi politik negara yang berlaku pada 13 Mei 1969.  http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/

Rozali Ismail mahu senator saja?

Posted: 11 Sep 2012 04:49 PM PDT



Oleh Subky Latif

Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?

Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid

Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Rozali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.

Tetapi, Tan Sri Rozali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.

Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.

Kedua, sekalipun BN rasa Selangor dapat ditawan  semula, tetapi harapan itu tidak boleh dipercayai sangat. Pengundi di Selangor itu tidak dapat hendak diagak. Tentulah Razali Ismail tidak sedia berdepan dengan suasana 50 – 50.

Kalau ditakdirkan BN kalah dan Razali Ismail menang, adakah dia hendak jadi ketua pembangkang. Sebagai pembangkang di DUN nanti tentulah dia lutu orang kerajaan Pakatan secara berdepan tentang pembolotan harta Qarun yang ada padanya sekarang.

Lalinlah kalau diangkat menjadi senator. Dia tidak perlu jaga kawasan dan sebagai senator dia boleh dilantik jadi menteri seperti menteri air atau macam-macam kemudahan lain.

Tiada yang mustahil.
Tetapi bergantung kalau BN dapat mengekalkan kuasa. Tiada masalah bagi Najib untuk melantikkannya jadi senator.

Kalau Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, maka peluang bagi Razali jadi senator tertutup. Senator bagi mewakili negeri Selangor ditentukan oleh Pakatan jika Selangor tidak dapat ditawan kembali, dan senator melalui perkenan Yang Dipertuan Agong akan dinasihatkan pula oleh Perdana Menteri baru.

Najib dan BN tidak dapat menentukan lagi.

Jika Tan Sri Razali mahukan jawatan itu, dia mesti dapatkan sekarang sementara Najib masih ada kuasa untuk menentukan senator baru.

Dalam masa beberapa bulan ini didapati sentiasa ada senator baru mengangkat sumpah kerana ia musim senator tamat  tempoh. Jika Umno mengira Razali hendak diberi jawatan itu maka ia mesti diberi sekarang.

Kalau ditakdirkan BN kalah dalam PRU 13 ini, kalau Rozali sudah jadi ssenator, maka dia boleh terus jadi senator selama tiga tahun. Jawatan itu tidak lucut dengan kekalahan BN.

Selepas  tiga tahun barulah senatorshipnya tamat. Kalau tidak dilantik sekarang, peluang jadi senator itu amat berisko.

KG. PULAU JUAR KINI HAK PAS, UMNO BERKUBUR

Posted: 11 Sep 2012 04:33 PM PDT


 oleh zaminc
Kg. Gajah - Semalam tepat jam 10.00 malam, Kampong Pulau Juar / Kg. Raja dalam Parlimen Pasir Salak dan di DUN Kampong Gajah gempar dengan perubahan minat pendudukanya untuk tidak lagi berminat dengan UMNO sebaliknya menerusi wakil mereka En. Abdul Rahmah bin Abdul Karim dan En. Sapawi mereka menyerahkan 40 borang ke ahli untuk menyertai PAS. 

Rakaman setinggi-tinggi pehargaan atas kehadiran semua pihak khusus kepada YB Dato Sri Niza serta kerabat dari PR. Kehadiran yang bagini ramai sudah pasti ianya memberikan satu kekutan kepada parti serta rakan-rakan dalam PR untuk menghadapi PR 13 itu nanti.

Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, Majlis Pimpinan PKR
Sebagai anak tempatan, majlis yang diadakan pada malam ini sungguh memberi erti dan ianya melambangkan satu perubahan politik tanah air, insyaalah pada PRU13 nanti, Gagasan PR akan ke Putra Jaya, jamuan raya kali ini melambangkan adanya kekuatan untuk PR bergerak ke sana. Tahniah kepada rakan-rakan di kampong Pulau Juar yang telah berjaya " mematikan " UMNO cawangan ini. Insyaallah dengan kerja kuat lagi, dan kita pastikan semua UPU seluruh parlimen Pasir Salak memastikan kemenangan memihak kepada PR dan sudah tentu Putra Jaya milik PR. Sebagai rakyat kita tidak mampu lagi di tipu oleh UMNO, sudahlah 55 tahun kita di "abdikan" dan cukuplah setakat itu.


Kedua-dua gambar yang di paparkan adalah keadaan hadiran pada malam itu, adalah diandaikan seramai 1500 orang hadirin turut sama, kalau di lihat dari segi kehadiran yang tidak perlu disediakan bas, atau baju t atau wang tambang cuma makan jamuan raya ianya sungguh menggalakkan. Sudat tentu kehadiran malam ini memberikan satu tamparan hebat kepada UMNO, tambahan pula seramai 40 orang penduduka kampong ini yang menyerahkan borang menyertai PAS. Matlamat penduduk di sini ialah untuk memastikan UMNO di tumbangkan.


Sebelum YB Dato Sri Niza tampil untuk menyampaikan ucapan, beliau sempat juga menandatangani di plug pelancaran Majallah du'aat ( suara seruan rakyat marhaen ) terbitan Dewan Muslimat Pas Kawasan Pasir Salak. ( gambar YB Dato Sri sedang menandatangai plug diperhatikan oleh Ketua Muslimat dan YDP Pas Kawasan ).

Sebagaimana biasa, semasa berucap, beliau terus memberikan info terkini kaitan dengan permasalahan yang berlaku khusus kaitan dengan bila PRU13 akan diadakan. Memang di ketahui umum tarikh piliharaya di Malaysia adalah hak mutlak PM, hanya PM sahaja yang tahu bila inya akan diadakan.

Adalah di harapkan pada PRU13 nanti, semua orang Malaysia ( Melayu, Cina & India serta kaum-kaum lain ) amat perlu untuk memberikan sokongan kepada PR ( Pakatan Rakyat ) ini jelas di mana keadaan negara kini amat memerlukan satu kerajaan yang bersih, rakyat tidak perlu lagi memberikan mandat kepada UMNO, UMNO sudah hampir 60 tahun memerintah, dan di usia ini sepatutnya ia sudah di rehatkan. 

Sebagai gandingan PAS dan DAP yang sering di war-warkan sabagai " parti suruhan " kepada DAP, YB Niza menjelaskan bagaimana kedudukan sebenar, siapa yang sebenarnya menjadi orang suruhan. Isu kaitan dengan HUDUD memang jelas terpapar di mana UMNO perlu akur dengan " kurang ajar " MCA dalam penentuan pelaksanaan hukuman tersebut. Selain itu, beliau juga memaklumkan bagaimana Hassan Aqidah di gugurkan keahliannya dalam PAS.


Akhirnya beliau juga mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerja yang berjaya menganjurkan program malam ini serta di doakan moga-moga keakraban antara saudara berterusan sehingga dapat memenangkan calun-calun dari PR.

Tiada ulasan: