Anak Sungai Derhaka |
- Zahid Hamidi kata Pimpinan PKR perlu didik Pemuda agar lebih beradab.
- Anwar menyanyi.. Najib pun menyanyi jugak..
- Tunjuk punggung pada gambar Rosmah biadab.. tapi kencing pada gambar Kit Siang dan Nik Aziz ni mulia?
- PERKASA baling kasut ke dalam Masjid sebab Anwar tiada tauliah kata mereka..
- PERKASA baling kasut ke dalam Masjid (Video Inside)
Zahid Hamidi kata Pimpinan PKR perlu didik Pemuda agar lebih beradab. Posted: 03 Sep 2012 08:59 AM PDT KUANTAN, 3 Sept — Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mendidik sayap Pemudanya agar lebih beradab terhadap pemimpin negara. Sambil menyifatkan tindakan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai didalangi oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai biadap, Zahid berkata perbuatan itu tidak sesuai dilakukan terhadap pimpinan tertinggi negara meskipun mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza. "Saya rasa kepimpinan tertinggi PKR perlu menasihatkan AMK supaya lebih beradab dalam berpolitik, sebab di negara ini kita tidak mengamalkan budaya sedemikian." Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan bersama kira-kira 60 pengamal media ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini hari ini. Dalam pada itu beliau berkata rakyat terutama golongan muda patut menilai setiap tindakan yang dilakukan pihak pembangkang sebelum memilih mereka sebagai pemerintah. Ini dapat dilihat apabila PAS sendiri tidak menyokong insiden malam ambang Kemerdekaan itu yang disifatkan tidak menepati budaya dan tatasusila rakyat negara ini yang sopan santun dan menghormati pemimpin. "Kita tahu kejadian berkenaan turut tidak dilakukan PAS, malah DAP juga mungkin memberikan reaksi yang berbeza... banyak perkara yang tidak disepakati bersama sebab kita tahu pakatan mereka ini ibarat perkahwinan muta'ah, iaitu pakatan yang sementara. "Justeru golongan muda perlu sedar akan hal ini dan lihat siapa yang lebih beradab dalam menguruskan politik negara ini," katanya. Zahid dan para pengamal media pada lawatan selama enam jam itu turut dipertontonkan dengan aksi terjunan pasukan khas udara (PASKAU) dari ketinggian 10,000 kaki dan simulasi operasi menyelamat pesawat yang dirampas oleh pengganas. — Bernama Kesimpulan dari berita di atas ialah Pemimpin UMNO ini iaitu Zahaid Hamidi cakap tak serupa bikin.. Dalam perenggan yang lapan Zahid cuba untuk mengasingkan PKR dari PAS dan DAP agar mudah untuk meneruskan serangan.. Malangnya.. Kami tidak sebodoh pencacai UMNO.. |
Anwar menyanyi.. Najib pun menyanyi jugak.. Posted: 03 Sep 2012 06:29 AM PDT Bagi yang sering mengikuti ceramah DS Anwar Ibrahim pasti tahu bahawa sejak kebelakangan ini diakhir ceramah beliau, DS Anwar Ibrahim akan mengajak para hadirin menyanyi bersama beliau. Lagunya berjudul 'Madu dan Racun' yang popular entah tahun bila aku pun tak tahu.. rangkap yang sering diajak hadirin menyanyikan bersama ilaha.. Madu ditangan kananmu.. Racun ditangan kirimu..' Madu disifatkan sebagai Pakatan Rakyat manakala Racun pula sudah tentulah UMNO/BN dan hadirin diminta membuat pilihan yang mana satu akan menjadi pilihan.. Nampaknya... Najib juga meniru kaedah Anwar yang ini... kah..kah..kah.. Najib woi!! hang ni tak ada idea sendiri ka? Semua nak tiru....
Adakah ini (menyanyi) juga adalah satu perancangan di Jabatan Perdana Menteri yang telah bocor ketangan Rafizi? Kisah maklumat bocor dari JPM tu sila baca di ( SINI ) |
Posted: 03 Sep 2012 02:27 AM PDT "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO. Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang memijak gambar Najib dan Rosmah Mansor pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Ini disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu. Dengan itu Polis telah membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan. Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis. ********************************************** Maka dengan itu juga apa yang kita boleh lihat dari laporan berita yang dipetik dari Malaysiakini di atas ialah ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara kita ini. Satu untuk kepentingan Pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacainya manakala satu set lagi digunapakai terhadap rakyat jelata. Jika tindakan seorang pemuda menunjukkan punggungnya terhadap gambar Rosmah dianggap satu perbuatan melampau atau biadap.. bagaimanapula dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO ini yang kencing terhadap gambar Lim Kit Siang. TG Haji Hadi dan juga TG Nik Aziz? Adakah perbuatan mereka ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh Hishamuddin kerana mereka pencacai UMNO? Yang menunjukkan punggung kepada gambar Rosmah itu ialah seorang pemuda dan ianya dikatakan biadap oleh Hishamuddin.. bagaimana pula tindakan pencacai UMNO yang tua nak mampos ini pula? menunjukkan kemaluan dan kencing gambar Kit Siang dan Guan Eng? Betul kata Hishamuddin "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," dan perlu dihentikan.. Tapi... meskipun menggunakan penasihat Yahudi.. mereka mengenepikan kata-kata pemimpin Yahudi ni.. "There are no two states of Israel, just one state,'' kata Shimon Peres, pengganti Katsav's sebagai Presiden. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.'' So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here... |
PERKASA baling kasut ke dalam Masjid sebab Anwar tiada tauliah kata mereka.. Posted: 02 Sep 2012 08:48 PM PDT Ini adalah alasan bodoh yang telah diberikan oleh orang yang bodoh bagi menghalalkan kerja bodoh dan biadap yang telah mereka lakukan terhadap seorang yang berugama Islam yang sedang berada didalam Masjid. Menurut PERKASA... Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah. "Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. "Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat," Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam laman web rasmi NGO itu - Malaysiakini Persoalannya disini siapakah PERKASA untuk membaling kasut ke dalam Masjid dan mengganggu jemaah yang berada di dalam Masjid? Jika dipersoalkan Anwar Ibrahim tiada tauliah untuk menyampaikan tazkirah, pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim ialah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bukannya PERKASA. Anwar dihalang kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah.. siapakah pula yang memberikan tauliah kepada PERKASA Kota Setar untuk menjalankan penguatkuasaan? Setahu aku penguatkuasaan tanpa tauliah kerajaan ni hanya kongsi gelap yang buat... Orang Kota Setar tolong buat report Polis ya.. Laporkan PERKASA menjalankan penguatkuasaan tanpa tauliah... Video PERKASA menyerang Masjid sila lihat di ( SINI ) |
PERKASA baling kasut ke dalam Masjid (Video Inside) Posted: 02 Sep 2012 11:20 AM PDT Jika dikatakan tindakan PERKASA yang menyerang Anwar di dalam Masjid ini tidak ubah seperti tindakan Zionist terhadap bangsa Palestine, ini satu kenyataan yang kurang tepat sebenarnya. Kerana jika kita perhati kan banyak video yang berada di You Tube, kebanyakkan serangan yang dilakukan oleh pihak Zionist terhadap rakyat Palestine mereka tidak akan menyerang hingga ke dalam Masjid meskipun mereka memusuhi Islam. Lebih tepat lagi rasanya jika biadab ini dikatakan lebih dari Zionist sendiri.. Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain. Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan. Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu berkata, beliau turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam - Keadilan Daily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan