Ahad, 30 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Perdana Menteri Yang Meroyan

Posted: 29 Sep 2012 11:52 PM PDT

PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan,

Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.



Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.

Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis.

Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0.

Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya.

Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya.

Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya.

Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian.

Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya.



Video - Anwar Ajak Najib Dengar Ulasan Bajet Di Parlimen Esok

Posted: 29 Sep 2012 07:40 PM PDT



20 pemimpin PKR di Kabinet jika PR menang

Posted: 29 Sep 2012 05:55 PM PDT

SHAH ALAM – Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.



"Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

"Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri," katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Bagaimanapun katanya, barisan jemaah menteri itu tidak akan berada di ruang lingkup pengurusan kanan sahaja, sebaliknya anggota parti yang berpotensi juga akan diberi peluang.

"Mereka yang mempunyai kepakaran tertentu seperti undang-undang, ekonomi tetapi tidak berada dalam peringkat pengurusan parti, saya percaya mereka juga akan dipertimbangkan bagi memantapkan jemaah menteri Malaysia yang baru," katanya.

Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik.

"Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama.

"Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri.

-sinarharian



Bajet 2013 bajet politik semata-mata

Posted: 29 Sep 2012 04:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu sebagai bajet politik semata-mata.

Beliau berkata, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Misalnya, kata beliau kerajaan hanya memberi penekanan soal teknikal sahaja tanpa menghiraukan bagaimana pelaksanaan dan pengagihan supaya sampai kepada sasaran.



"Duit yang diberi kepada petani dan nelayan akhirnya berlaku penyelewengan, sepatutnya bagi baja dengan harga murah. Bagi duit kemudian habis begitu sahaja. Bertani tidak selesai, pertanian entah kemana.

"Bagi subsidi minyak pula akhirnya dimonopoli oleh nelayan-nelayan laut dalam,"katanya yang ditemui Harakahdaily semalam.

Katanya, pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif yang dijanjikan.

"Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan.

"Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya.

Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim.

"Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim.

"Rompak duit royalti itu zalim," katanya.

Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat.

Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai.

"Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya.



Pijak Gambar Najib.. Kurang Ajar..!

Posted: 29 Sep 2012 08:00 AM PDT



Baca di sini

Sultan Yang Sempoi...

Posted: 29 Sep 2012 06:16 AM PDT

Sultan Kelantan Melawat Rumah Tuan Guru Nik Aziz




Tengok pakaian yang sultan kelantan pakai tu. Betul2 low profile. Pakaian simple gila. Dengan baju melayu dan kopiah memang simple habis.



Sekali pandang macam bukan sultan, macam orang kebanyakkan jek lagaknya tapi inilah sultan. Sultan kelantan. Moga2 sultan kelantan dan tuan guru boleh bersama2 memakmurkan negeri kelantan mengikut acuan islam..

Sama2 doakan..






Anak Raja Akan Sertai Pas

Posted: 29 Sep 2012 04:43 AM PDT

Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.

Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.



Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.

Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.

Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. [wm.kl.6:36 pm 28/09/12]

http://msomelayu.blogspot.com/



Tiada ulasan: