Ahad, 30 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Ribuan Protes Projek Petronas Bernilai RM60b Di Pengerang

Posted: 30 Sep 2012 01:26 AM PDT



Johor Bahru: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

Protes menentang projek Petronas bernilai RM60b di Pengerang bermula

PENGERANG, 30 Sept — Kampung Sungai Rengit yang sunyi sepi sebelum ini bergegar apabila peserta demonstrasi melaungkan slogan dan tiupan "hon angin" mereka dengan berpakaian hijau untuk menentang projek petrokimia bernilai RM60 bilion itu yang bakal menyaksikan ribuan orang kampung kehilangan tempat tinggal dan kehidupan.

Perhimpunan raksasa Himpunan Hijau Pengerang bermula awal sedikit daripada jadual dengan aman kerana terdapat kebimbangan akan sekatan polis untuk menghalang ke tempat perhimpunan.

Dari 25 lokasi berlainan di seluruh negara, termasuk dari Malaysia Timur Sabah, peserta perhimpunan sudah berada di lokasi seawal jam 9.00 pagi dengan memakai baju hijau sambil mengangkat sepanduk protes.

Himpunan hari ini turut dipenuhi dengan gerai menjual T-shirt, payung, topeng muka dan makanan ringan, dilihat terkawal dengan kehadiran pihak polis yang turut memantau dari udara menggunakan helikopter.

Turut kelihatan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, termasuk jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Hishammuddin Rais, yang merupakan juruacara demonstrasi hari ini.

Hishammuddin turut dilihat menceriakan peserta protes dengan mengajar mereka menyanyikan lagu "Suara Rakyat" termasuk lagu "Oh my darling Clementine".

Baner dan plakad mengecam projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang menyaksikan pemindahan lebih 3,000 penduduk Pengerang dari tujuh kampung kecuali Kampung Sungai Rengit, petempatan majoriti masyarakat Cina di sini yang buat masa ini terkecuali daripada rancangan pembangunan tersebut.

Menurut penganjur, kawasan itu tidak diambil kerana nilai komersial tanah di Kampung Sungai Rengit yang tinggi.

Namun begitu, ketua pengerang PKR Taufik Jahir mendakwa objektif mereka adalah untuk "mengusir penduduk kampung dari rumah mereka" kerana Kampung Sungai Rengit akan menjadi pulau yang dikelilingi Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

RAPID akan meliputi 6,424 ekar PIPC yang keseluruhan nya seluas 22,500 ekar, yang menjadi rumah kepada 28,000 pengundi di Pengerang.

PIPC adalah projek mega bernilai RM170 billion yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab petrokimia terbesar di Asia Pasifik.

"Sebaik sahaja kawasan ini menjadi pulau, nilai hartanah di Kampung Sungai Rengit akan jatuh dan penduduk akan terpaksa berpindah," kata Taufik kepada The Malaysian Inside.
-TMI





[VIDEO] Pesawat 202 Bravo Terhempas Semasa Pertunjukan Aerobatik, 2 Maut

Posted: 30 Sep 2012 12:00 AM PDT



Jakarta : Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.

Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan PembangunanAngkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).

Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.42 pagi, iaitu lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik di pertunjukan udara itu.

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukanudara seterusnya sebagai tanda berkabung.

Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 KotaBandung yang memasuki hari ketiga pada hari ini, diteruskan hanya dengan acarapameran.

Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika dan Australia mengambil bahagian dalam acara pertunjukan udara yang dijadual berlangsung empat hari mulai 27 September. – BERNAMA




[BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu?

Posted: 29 Sep 2012 10:02 PM PDT



Tuanku Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar di Pulau Melaka. Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka.

Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu.

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

"Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah.> Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

"Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni," ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya
. -HD



Anwar: Kita Wajib Menang Untuk Selamatkan Negara

Posted: 29 Sep 2012 07:25 PM PDT



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen parti itu bukan sahaja mahu menukar kerajaan sedia ada tetapi adalah merubah sistem nilai yang lebih baik kepada negara.

"Sudah sampai waktunya Umno-BN berundur dan kita mengambil kuasa, kita akan lawan kezaliman," katanya di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre di sini.

Anwar berkata komitmen dan iltizam diperlukan semua di peringkat kepimpinan bagi menggembeling kekuatan melaksanakan agenda perubahan yang digariskan oleh Pakatan Rakyat.

"Untuk Selamatkan negara ini kita wajib menang, untuk menang kita kena kerja kuat dalam lawan tetap lawan," tegas Anwar.

Tambahnya, jentera parti perlu menyiapkan seluruh kekuatan untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja.

Dalam amanatnya itu, Anwar juga meminta perwakilan mengangkat martabat minda seperti mengangkat budaya ilmu dengan membahaskan buku-buku baru serta seminar membentangkan kertas kerja yang melibatkan kepentingan rakyat.

Kira-kira 1500 perwakilan daripada seluruh negara hadir dalam rapat itu hari ini yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi parti. - selangorku


Bajet "Bunga Telor" - Najib Bakal Di"Mubarakkan"

Posted: 29 Sep 2012 04:32 PM PDT

Bajet 2013, bajet 'bunga telor'

Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.

Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada 'handouts' untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian 'door gifts' kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet 'bunga telor'. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BR1M sana BR1M sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.

Pemberian 'bunga telor' ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka.

Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belajawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran 'one-offs' seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.

Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian 'gula-gula' ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu.

Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu.

Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.

Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita.

Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.

Bagi saya bajet kali ini ibarat 'door gift' semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.

Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.

Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu? Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan.

Mereka akan lebih percaya yang rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka 'gula-gula' apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa.

Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi. — aspanaliasnet

Ulasan GB

Taraf pemikiran orang-orang UMNO kini begitu rendah, termasuklan Presidennya, Timbalannya atau naib-naib presidennya - membernarkan kenyataan bekas presidennya, Tun Dr Mahathir bahawa di dalam UMNO yang tinggal hanya yang bodoh-bodoh setelah sekian lama UMNO menutup pintunya kepada cerdikpandai untuk menyertai parti berkenaan.

Maka sebab itu timbul bajet "populis" untuk menarik hati rakyat melalui pemberian RM250 dan RM500 tunai yang merupakan satu kaedah paling buruk dan bangang untuk sesebuah kerajaan lakukan di dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya.

Pemberian "one-off" sedemikian melambangkan keterdesakan kerajaan yang ada untuk memenangi hati rakyat yang disangkanya mudah digula-gulakan dan diperbodohkan sedemikian rupa.

Lebih bodoh lagi apabila pemberian BR1M itu dilakukan dipejabat-pejabat UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat UMNOlah yang memberikan wang berkenaan.



Dari sudut etika dan undang-undang, hal tersebut ternyata merupakan satu "rasuah" untuk membeli undi seperti yang diungkapkan oleh TDM sebelum ini.

GB menyarankan jika pada kali kedua ini pemberian BR1M diagihkan melalui pejabat UMNO, laporan polis perlu dilakukan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Najib serta kerajaan BN ke muka pengadilan. Mudah-mudahan masih ada hakim yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan menghukum Najib dan kerajaannya lantaran rasuah politik itu.

Menurut pemerhatian GB, satu hari Najib tetap akan di"Mubarakkan", begitulah juga terhadap pemimpin-pemimpin UMNO BN yang lain - kerana itulah hukum kebenaran dan keadilan. Najib tidak boleh lari dari menutup segala macam korupsi dan rasuah yang dilakukan oleh beliau dan konco-konconya di dalam parti dan kerajaan. Langit tak selamanya mendung - yang bersalah tetap akan terhukum jua!

Marilah kita sama-sama berdoa agar ianya menjadi kenyataan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

[BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat

Posted: 29 Sep 2012 08:01 AM PDT

Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD

Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

"Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

"Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan.

Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.
-KD




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Awasi Tingkah Laku & Gelagat Anak Gadis Anda!

Posted: 29 Sep 2012 05:31 AM PDT

Johor Bahru – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini. Gambar fail

Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran.

Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu.

Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.

"Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan.

"Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.

"Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik," katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai.

Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini.

"Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran.

"Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin," katanya.

Negeri "Fixed Deposit" BN Terpinggir Lagi Dalam Bajet 2013

Posted: 29 Sep 2012 03:05 AM PDT


Bajet 2013 pinggir rakyat Sabah, Sarawak

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini.

Bajet 2013 bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang tadi.

Lajim yang ditemui sejurus selepas perbelanjaan bajet tersebut memberitahu tiada peruntukan khusus diberikan kepada Sabah mahupun Sarawak.

"Tumpuan kepada Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan, tidak ada langsung disebutkan melainkan hanya mewujudkan jelapang padi di Kota Belud dan Batang Lupar sedangkan kita tahu Sabah merupakan 'fixed deposit' kepada Barisan Nasional, tiada satu pun projek yang dikhususkan khas untuk rakyat Sabah," jelasnya.

Beliau turut menyatakan bajet kali ini juga tidak menunjukkan satu penyelesaian yang kuat akan dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2013.

"Ia seperti bantuan di kalangan belia yang belum berkahwin diberi RM250 apakah itu satu penyelesaian jangka panjang, apa yang disediakan itu hanya untuk jangka pendek sahaja.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan perlu meletak penyelesaian untuk tempoh jangka panjang supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan muda lebih terjamin masa depan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yakin bajet yang dibentangkan kali ini merupakan satu bajet politik untuk Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum.

Bajet 2013 diperuntukan sejumlah RM251.6 bilion dengan meletakkan RM201.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Pakatan Rakyat sebelum ini membentangkan belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah meletakkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM233 bilion.

Tiada ulasan: