MiLo SuaM |
- Di semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik
- Beberapa pemimpin kanan BN Sabah sertai KEADILAN minggu depan
- 10,000 Graduan Pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi
Di semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik Posted: 29 Sep 2012 10:30 PM PDT AGAK mengejutkan, sebelum ini kita sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia. Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap. Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat. Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya, . ReJaM© "Ini bil elektrik rumah ke Zoo?" |
Beberapa pemimpin kanan BN Sabah sertai KEADILAN minggu depan Posted: 29 Sep 2012 08:59 PM PDT SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah]. Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu. "Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita," kata Azmin. Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah. Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN. Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN. ReJaM© "Patutlah Bajet 2013 tiada peruntukan khusus untuk Malaysia Timur... " |
10,000 Graduan Pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi Posted: 29 Sep 2012 09:57 AM PDT SEMALAM ReJaM© berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru. Nampaknya sahabat ReJaM© itu yang kini bekerja membantu di kedai makan ibunya di Pahang benar-benar marah dengan pengumuman bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib Razak kelmarin. Semua itu gara-gara sebelum ini Utusan Malaysia mengumumkan kononnya akan ada berita gembira untuk 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur. Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah ini. Sahabat ReJaM© itu nampaknya hampa dan kecewa. Punyalah tekun dia menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 di kaca televisyen sedari mula sehingga akhir, namun berita baik yang diharapkannya langsung tak muncul. "Kalau tak ada berita baik janganlah cakap ada, menghampakan harapan orang, tak guna!" ujarnya sambil mencebikkan bibir. Sahabat ReJaM© ini antara 10,000 graduan yang dimaksudkan di dalam laporan akhbar di atas. ReJaM© "Sabarlah, duduk rumah jelah tunggu orang pinang... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan