Blog-list Malaysia |
- Isu Air - Umno Sedang Siapkan Filem Untuk Sabotaj Selangor
- Lawak Bodoh & Bangang Dari Perkasa.. Hehehe
- Tak Sangka Harussani Minat Tengok Wayang...!
- First Lady Ketuai Delegasi Malaysia..
- Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis
Isu Air - Umno Sedang Siapkan Filem Untuk Sabotaj Selangor Posted: 24 Sep 2012 01:21 AM PDT Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu. Mereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air. "Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu. "Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air. "Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan kepada pemberita. Paramananthan juga mendakwa, penggambaran itu mungkin bertujuan memburukkan kerajaan negeri memandangkan tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk. Sementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar. "Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik. "Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan. Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi. "Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya. Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya. "Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan. "Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/209755 |
Lawak Bodoh & Bangang Dari Perkasa.. Hehehe Posted: 24 Sep 2012 12:04 AM PDT PERKASA 'tikam & bakar' penerbit filem anti-Islam Sekumpulan kira-kira 800 orang anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA berhimpun bagi menyatakan bantahan ke atas Nakoula Basseley, individu yang didakwa bertanggungjawab ke atas penerbitan filem yang menghina Islam, Innocence of Muslims. Kumpulan berkenaan turut membakar satu patung sebagai gimik bantahan ke atas Basseley dalam perhimpuinan di perkarangan PPR Desa Tun Razak, Cheras malam tadi. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengetuai kumpulan itu turut menikam patung berkenaan dengan sebilah keris dan mencucuh api ke atas patung berkenaan sehingga terbakar menjadi abu. Tindakan Ibrahim itu disambut dengan laungan takbir dan slogan "Malaysia Boleh" oleh individu yang hadir. Turut hangus dibakar adalah sepanduk dengan tulisan "Nakoula you're bastard you're hand to evil" (Nakoula anda anak haram, anda tangan syaitan) yang dikalung ke leher patung tersebut. Upacara membakar patung itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan malam yang disediakan penganjur bersama iaitu Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak dan Jaringan Gerak Usaha Anak-anak Pasir Mas Selangor dan Wilayah. Dalam ucapannya sebelum itu Ibrahim menggesa orang Melayu Islam memelihara perpaduan mereka daripada ancaman yang akan menyebabkan kedudukan mereka seperti "telur di hujung tanduk". "Sebab kalau kita berkelahi, bermusuh, malapetaka akan menimpa kita. Sekarang ini kita tahu penghinaan terhadap junjungan besar (Nabi Muhammad) terus menjadi-jadi," katanya. Majlis itu turut diserikan dengan persembahan main puteri dan dikir barat, manakala Ibrahim turut bermain alat muzik dalam persembahan berkenaan. |
Tak Sangka Harussani Minat Tengok Wayang...! Posted: 23 Sep 2012 08:15 PM PDT Filem "Untuk Tiga Hari" - Mufti Perak Nasihatkan Pasangan Selebriti Rujuk Kepada Jabatan Agama Segera Tidak tahu apa silapnya kali ini, tetapi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar pasangan selebriti yang berlakon dalam filem "Untuk Tiga Hari" ini merujuk kepada Jabatan Agama Islam segera. Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, perkara ini berikutan lafaz cerai Rashidi Ishak terhadap Vanidah Imran ketika mereka berdua berlakon didalam filem arahan pengarah, Afdlin Shauki. "Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera." – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Tapi, setakat yang OHBULAN! ingat ketika menonton filem ini, tiada dialog 'lafaz cerai' diantara Rashidi dan Vanidah. Tapi, tak tahulah jika kami ada terlepas pandang. Apa pun, kita tunggu saja berita terbaru dari kedua pasang selebriti ini ya. Untuk pengetahuan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. |
First Lady Ketuai Delegasi Malaysia.. Posted: 23 Sep 2012 04:39 PM PDT Nampaknya sudah hampir pasti perdana menteri Malaysia bukannya Najib Altantuya tetapi suaminya sendiri yang tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya ataupun mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tak lain tak bukan Rosmah Mansor! Negara serantau Asean lain seperti Thailand dan Kemboja diwakili perdana menteri masing-masing tetapi Malaysia memecah tradisi sejak mencapai kemerdekaan apabila menghantar isteri perdana menteri mengetuai rombongan kerajaan yang sudah pastinya segala perbelanjaan dibayar oleh rakyat. Hatta di zaman Mahathir dan Pak Lah sendiri tidak pernah menghantar isteri masing-masing mengetuai delegasi rasmi kerajaan ke mana-mana majlis rasmi sesebuah negara apatah lagi Brunei merupakan sahabat akrab sejak dahulu lagi. Singapura pun mengikut tatacara protokol tepat antara sesebuah negara apabila menghantar Menteri Luar, K Shanmugam mewakili republik itu dan bukannya isteri perdana menteri Lee Hsien Loong, Ho Ching. Tidak perlulah Najib Altantuya memalukan Malaysia sekali lagi dengan tindakan tidak beradab malah menjadi buah mulut sejak sekian lama apabila Rosmah kerap mewakili kerajaan ke majlis rasmi terutamanya di luar negara. Walaupun Najib Altantuya mempunyai jadual ketat sekalipun, protokol tetap protokol dan isteri perdana menteri tidak perlulah terlebih sibuk mencari publisiti murahan hingga pernah ditegur beberapa lama dulu kerana penampilannya tidak disenangi delegasi sesetengah negara ketika Najib Altantuya melakukan lawatan rasmi ke luar negara. Tindakan Rosmah ini bukan saja memalukan Malaysia tetapi secara tidak langsung menghina Brunei kerana tidak menghantar wakil rasmi kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau Yang di-Pertuan Agong! Dipetik dari - JALAN PULANG |
Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis Posted: 23 Sep 2012 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahasiswa Pendidik (MP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis berhubung isu pembatalan enam calon mahasiswa dari menyertai pilihan raya kampus kali ini. Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan. Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan. Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata, setelah pihaknya meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, beliau yakin dan percaya penolakan enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabotaj dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada pihak mereka. Sementara itu, menurut mantan Exco MPP UPSI sesi lepas, Herwana Herman, pada pilihan raya kampus yang lalu tiada calon dibatalkan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang. "Berbeza pada sesi pemilihan kali ini, enam mahasiswa dinafikan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut tidak termasuk dalam syarat pemilihan calon bertanding," katanya sebagaimana dipetik dari laman Mahasiswakini. Semalam, kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga membuat laporan polis di Ibu Pejapat Polis (IPD) di Balai Polis Pantai ekoran penyalahgunaan kuasa di dalam pilihan raya kampus sesi kali ini. Di mana, keputusan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Kampus UM mengekalkan 6 'calon tua' Penggerak Mahasiswa yang didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM. Mereka di bantah kerana dikatakan telah melebihi had semester yang telah ditetapkan iaitu dua semester atau satu tahun daripada tempoh minimum pengajian. Calon tersebut adalah Cher Ruey Huat daripada fakulti Undang-undang, Lock Li Ping daripada fakulti Kejuteraan, Zulaikha Zulkifli dan Malik Sham daripada fakulti Pendidikan serta Ahmad Syahmi Naim daripada fakulti Kebudayaan. Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa UM, saudara Edikop, pihak mereka tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kampus kali ini disebabkan masalah tersebut. "Tindakan penangguhan ini hendak dilakukan supaya PRK yang bakal dilaksanakan lebih telus dan adil," katanya dalam sidang media. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan