MiLo SuaM |
- Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat
- Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia
- Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan
Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat Posted: 23 Sep 2012 05:00 PM PDT JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit. Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut. Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut. Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat. Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah. Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar. ReJaM© "Betul-betul macam syaitan, nak bertanding punya pasal sanggup kacau orang sembahyang... " |
Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia Posted: 23 Sep 2012 12:40 PM PDT SEBUAH berita yang agak ganjil disiarkan oleh akhbar Sinar Harian berkenaan majlis persandingan puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Kalau kita lihat pemimpin-pemimpin negara ASEAN dijemput untuk menghadiri majlis gilang gemilang tersebut. Ketua-ketua negara ASEAN hadir atau diwakili menteri luar negara masing-masing. Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu Bagaimanapun, di tengah-tengah kehadiran ketua-ketua negara ASEAN ini, Rosmah Mansor pula hadir sebagai ketua kerajaan Malaysia. Nampaknya Rosmah akan bergaul dengan ketua-ketua negara ASEAN memainkan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Persoalannya, kenapa Rosmah yang hadir? Rosmah sibuk nak menggantikan Najib atau Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia lalu beliau yang dijemput? Negara lain hantar ketua negara, tapi Malaysia hantar Bik Mama kah kah kah... ReJaM© "Muhyiddin Yassin jadi Timbalan Perdana Menteri tunggul kayu kah kah kah... " |
Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan Posted: 23 Sep 2012 05:28 AM PDT SEORANG penganggur yang kelaparan dikatakan tidak memiliki wang untuk membeli nasi telah mencuri dan tertangkap. Penjenayah itu akhirnya dikenakan hukuman penjara 16 bulan (setahun 4 bulan) oleh hakim. Di bawah ini keratan berita laporan kes tersebut yang dipetik daripada akhbar Harian Metro. Kalau kita fikirkan, penganggur ini melakukan jenayah untuk membeli nasi, tentu sekali melibatkan jumlah wang yang kecil. Berbeza dengan sebuah lagi kes, juga melibatkan kes jenayah. Bezanya jenayah ini dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor. Jenayah dilakukan untuk mendapatkan kesenangan diri dan tentu sekali melibatkan wang yang besar. Memang benar kes jenayah ini melibatkan wang sebanyak RM6.5 juta. Namun apa yang menghairankan, hukuman yang dikenakan ke atas Khir Toyo selepas didapati bersalah cuma 12 bulan penjara (setahun). Malah hukuman penjara tersebut masih lagi ditangguhkan sehingga ke hari ini. Lain kali kalau nak curi, curilah banyak-banyak. Semakin banyak nilai curian semakin ringan hukumannya kah kah kah... ReJaM© "Orang besar buat jenayah pusing sana pusing sini akhirnya lepas... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan