Isnin, 24 September 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


POKET RAKYAT..

Posted: 23 Sep 2012 11:13 PM PDT



Sistem AES untuk memantau dan memerangkap pesalah trafik telah memulakan projek perintisnya. Ia adalah usaha Kementerian pengankutan dengan sebuah syarikat swasta.  Projek yang menelan jutaan ringgit itu adalah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan sebagaimana di umumkan.. Namun persoalan yang timbul ialah… mengapa kerajaan menetapkan sasaran 6 juta untuk projek tersebut…??

Apakah begini sikap sebuah kerajaaan dalam mendidik rakyatnya atau kononnya untuk menyelamatkan rakyat dari bencana kemalangan jalanraya yang dikatakan semakin meningkat.  Kerajaan  Bn lebih menumpukan usaha memerangkap pesalah trafik daripada membaiki jalanraya yang senget benget yang juga menjadi punca kemalangan.

Umum mengetahui bahawa antara punca kemalangan ialah sikap pemandu yang memandu secara berbahaya? Namun kita sering lupa bahawa kemalangan tersebut berlaku di kawasan yang dikenali kawasan maut. Sistem AES ini juga diletakkan di kawasan yang dikenali berbahaya dan bukan di kawasan biasa.

Isu yang kita terlepas pandang ialah kemalangan berlaku di kawasan berbahaya kepada pemandu yang memandu secara berbahaya… Maka penyelesaian utama antara dua punca adalah sepatutnya menjadi keutamaan.  Bagi menyelesaikan pemandu berbahaya sebenarnya kita punya banyak alternative. Saman adalah salah satu alternative dan persentagenya adalah sangat kecil… kerana di kawasan berbahaya yang berlaku kemalangan juga membabitkan mereka yang memeandu secara berhemah… maka kunci kebenaran puncanya ialah jalan yang berbahaya…

Apakah usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah tersebut??? Mengapa kerajaan sibuk mencari kesalahan pemandu dengan melupakan kesalahan utama yang perlu diperbetulkan… jawapan paling nyata… Kerajaan  BN yang ada hari iani adalah kerajaan syarikat yang sedang berniaga dan mencari untung dengan rakyat dengan alas an yang sangat terhormat… Semua projek yang dilakukan atas alas an mengutamakan rakyat terlindung keuntungan krooni yang sangat besar… Ia hanya di sedari mereka yang celik….
6 juta sasaran kerajaan adalah dari poket rakyat… ke mana ia mengalir….??? Pertanyaan ini perlu di jawab oleh Kerajaan BN melalui soalan yang dikemukankan oleh Mahfuz diparlimen….

Tiada ulasan: