Rabu, 12 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rafizi: 'Skandal' seterusnya MB Negeri Sembilan

Posted: 11 Sep 2012 10:37 PM PDT

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan baru dalam tempoh dua minggu - dakwaan skandal melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Negeri Sembilan Mohamad Hassan (bawah).

Bercakap dalam majlis makan malam PKR di Seremban semalam, Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Dalam tempoh dua minggu, saya akan dedahkan skandal melibatkan Mohamad Hassan," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 300 peserta dalam majlis itu.


Rafizi sebelum ini menjadi perhatian apabila 'meletupkan' isu National Feedlot Corporation (NFC) milik bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang kemudian mengheretnya dalam saman fitnah di mahkamah.

Malam tadi, menceritakan perkembangan kesnya, Rafizi berkata, peguam NFC telah menulis kepada pasukan pembelaannya untuk menggantung sekejap kes itu.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.


Chua Soi Lek Terima 16 Billion

Posted: 11 Sep 2012 06:30 AM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.

Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.


Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.


Simbah Cat - Samseng Umno Dikenalpasti Polis

Posted: 11 Sep 2012 04:20 AM PDT

Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah.

"Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.


"Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu)," katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.

Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi.

Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD


Pakatan anjur Konvensyen Mega di Stadium Bukit Jalil 3 November

Posted: 11 Sep 2012 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengadakan konvensyen meganya di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu, 3 November depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di pejabat agung PAS, di ibu negara tengahari tadi.

"Kami telah putuskan untuk mencadangkan kepada pimpinan esok untuk diadakan satu Konvensyen Mega Pakatan Rakyat pada 3 November akan datang yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil.


"Kami akan mematuhi (undang-undang). Kerajaan tidak boleh ada alasan (untuk halang). Dia (kerajaan) dah janji nak benarkan buat (program) dalam stadium.

"Kalau tak bagi, (bermakna) janji tak ditepati," katanya disambut ketawa pengamal media.

Mustafa turut memaklumkan, sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat akan diadakan di Sabah pada 15 September, manakala di Sarawak pada 16 September ini.

Selain itu, satu lagi program berkaitan agenda wanita Pakatan Rakyat akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada Khamis ini, 13 September.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35838


Tiada ulasan: