Selasa, 11 September 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


PAS dan Bendera Merah-Putih Bintang 12-Malaya Merdeka...

Posted: 11 Sep 2012 08:51 AM PDT


Gunung Semanggol merupakan pusat pengajian Islam yang progresif dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Ketika Kongres Islam di Gunung Semanggol pada 17 Mac 1948 yang telah melahirkan Parti Hizbul Muslimin.Tidak lama kemudian Ustaz Abu Bakar ditangkap dan Parti Hizbul Muslimin diharamkan British.Di situ juga lahir ramai tokoh politik islam yang membawa kepada penubuhan PAS kemudianya pada tahun 1951.
Apa yang menariknya..ketikan Kongres Islam di Gunung Semanggol berlangsung..telah berkibar BENDERA MERAH-PUTIH BERBINTANG 12 -lambang MALAYA MERDEKA - DIKIBARKAN DENGAN MEGAHNYA..
Sejarah dan hakikat yang perlu diambil tahu oleh setiap rakyat Malaysia amnya....dan khususnya Ahli-Ahli PAS..

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilahirkan di Gunung Semanggol pada tahun 1907. Beliau berketurunan ulama. Pendidikannya - bersekolah Pondok Ar-Rahmaniah dan Madrasah Da`iratul Ma`arif al-Wataniah di Kepala Batas. Beliau berkhidmat sebagai guru dan pada tahun 1934 dilantik menjadi Mudir Madrasah al-Ihya` al-Sharif di Gunung Semanggol yang beliau juga sebagai pengasas. Semasa berkhidmat di sinilah beliau bergiat di dalam politik dengan menjadi salah seorang Pengasas PKMM (1945) dan kemudian di Madrasah ini juga beliau mengasaskan Parti Hizbul Muslimin (1948) sebagai Parti Berprinsip Islam terawal..

Tiada ulasan: