ALHUSSEYN |
Pakatan Rakyat adalah komponen yang terbaik untuk rakyat - Salahuddin Ayub Posted: 27 Sep 2012 05:51 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub amat optimis bahawa pilihanraya yang akan datang ini adalah merupakan 'ibu' kepada pilihanraya kerana inilah buat julung kalinya sejak negara Merdeka, katanya, kita dapat menawarkan kepada rakyat satu komponen yang terbaik untuk rakyat pilih. Menurutnya lagi, walaupun kita belum lagi menjadi sistem dua-parti sebagai mana negara-negara maju seperti Amerika, Jepun dan England mithalnya. Menukar sesuatu kerajaan sudah tidak menjadi masalah. Rakyat Amerika boleh berfikir samada mahu pilih Republican atau Democrate. Di England, rakyat boleh pilih samada mahukan parti Buruh atau parti Conservative. Sekarang ini, rakyat Malaysia juga seolah-olah ada pilihan seperti itu. Samada mahukan BN atau Pakatan Rakyat. Rakyat sudah punya kenyakinan bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju pemerintahan negara dari BN. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya di Ijtima' bulanan PAS Kawasan Gopeng malam tadi.Mereka dapat melihat kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak, walaupun dalam masa yang singkat. Beliau turut menyampaikan beberapa aspek penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan PAS. Beliau menekankan perlunya pembinaan sahsiah ahli dalam mempastikan roh perjuangan ini akan terus subur dan mendapat pertolongan dari Allah SW. " Berjuanglah kita supaya kita akan berjaya menjadi pejuang-pejuang yang terus dengan istiqomah dalam meninggikan agama Allah SW sebagaimana pesanan Nabi Allah Ibrahim kepada anak-anak cucunya supaya jangan mati melainkan kamu dalam keadaan Islam, yakni menyerah diri kpd Allah SW, " katanya. Menurut Salahuddin, PAS telah berumur 61 dan telah melalui banyak peristiwa manis dan pahit getir untuk dijadikan panduan dan sempadan untuk terus melangkah maju dalam perjuangannya. Beliau mengingatkan ahli PAS supaya jangan lupa mengkaji sejarah perjuangan PAS itu sendiri. "PAS pernah ditinggalkan oleh Presidennya.Pernah ditinggalkan oleh Timbalan Presidennya , Naib Presidennya dan juga Setiausaha Agungnya.Tetapi sejarah membuktikan bahawa dengan pemergian mereka ini, PAS tidak pernah mati," tegasnya lagi. "Pemimpin datang dan pergi silih berganti, namun ahli-ahli PAS tidak akan ikut mana-mana pemimpin mereka yang khianat dengan perjuangan," jelasnya. Kata-katanya itu sudah tentu mengingatkan kita kepada beberapa nama-nama besar dalam PAS suatu ketika dulu seperti Allahyarham Asri Muda,Ust Nakhaie Hj Ahmad,Ust Abu Bakar Hamzah dan Ust Wahab (Dungun).Hasan Ali adalah merupakan individu terbaru yang termasuk dalam senarai 'pemimpin yang khianat'.Ust Nasa nyaris-nyaris sahaja ... "Dalam sejarah PAS ramai yang tahan dan sabar dan sanggup bersusah payah.Tetapi ada ramai juga yang gugur bila diuji dengan sedikit kemenangan atau kemewahan. Pernah berlaku di Kelantan dan Trengganu .... "Mereka yang gugur ini adalah satu perkara yang perlu kita ingat.Dah molek-molek atas perahu, dia nak terjun.Dah molek-molek duduk dalam perahu, dia nak tebuk pula perahu... " Demikian kiasan yang digambarkannya terhadap mereka yang pernah bersama PAS tetapi tergelinjir dalam perjalanan dakwah yang penuh berliku ini. Beliau mengingatkan bahawa cabaran semakin besar. Mehnah dan tribulasi semakin mencabar kita kerana parti kita semakin mendapat dokongan daripada semua pihak dan merupakan rakan dalam PR yang benar-benar telah menjadi alternatif untuk rakyat pilih. "Dalam setiap marhalah yang kita lalui ini ada proses mahasabah, yakni ada proses untuk menapis diantara kita ini siapakah yang Allah pilih untuk melangsungkan perjuangan ini. "Hanya mereka yang Allah kasihi, insya' Allah akan selamat.Sebab itulah pergantungan kita dengan Allah adalah sangat penting.Jika Allah tunjukan rasa murka kepada kita, maka awas, akan ada saja esok ujian yang akan datang kepada kita." katanya. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan