Sabtu, 22 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


SAMAN AUTOMATIK BEROPERASI MULAI MALAM INI

Posted: 22 Sep 2012 05:00 AM PDT



AES Mula Beroperasi Malam Ini
PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.
Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
"Kamera AES dipasang di 'kawasan panas' atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran.
"Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah.
Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut.
Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan.
Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.
"Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.
"Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya.
Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan.
"Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut.
"Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan," kata Solah.
Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

NAJIB COVERLINE TAIB MAHMUD

Posted: 22 Sep 2012 03:09 AM PDT

DEY MACHA!!!
KALAU TAK BETOI KASI SAMAN LA BMF
BUKAN SEKADAR MENAFIKAN
TANPA APA-APA FAKTA

PALING KOMAN PUN SURUH LA SPRM SIASAT
BUKANNYA TERUS COVERLINE
NAMPAK SANGAT PEMIMPIN BN DAH TAKUT
PASAI DEPA SEMUA BANYAK KUMPUL KEKAYAAN
KAH! KAH! KAH!


  PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud



 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

 Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

-MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Video Lawak: Speaker (UMNO) Melaka Kutuk UMNO

Posted: 21 Sep 2012 06:52 PM PDT



SANG SAKA BANGSA

Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya.

Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO? Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?

UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?



kijang59


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: