ALHUSSEYN |
Satu dunia kutuk Amerika, tapi Umno kutuk Ngeh ! Posted: 21 Sep 2012 09:19 PM PDT Apalah punya bangang, pencacai Umno tersangat marahkan Tweet Ngeh Koo Ham yang kata "banyak buang masa dan tenaga sahaja." - Yang dia tujukan kepada Khairy. Satu dunia kutuk Amerika pasal filem yang hina Nabi SAW (lihat entri saya sebelum ini) , tapi sebab bangang yang tersangat, Umno gi kutuk Ngeh Koo Ham pula! Ini betul-betul buang masa dan tenaga namanya! Maka amat betullah sebagaimana yang Ngeh katakan itu! Ha! ha! ha! Lepas ni, suruh Nazri siasat pula alHusseyn selepas selesai siasat Ngeh! Selain itu lain-lain pemimpin pusat terdiri dari Dr Zulkifli Ahmad, Salehudin Ayub dan Tuan Man Tuan Ibrahim juga turut serta. Tetapi nampaknya, kesemua pemimpin tertinggi Umno yang taraf 'lima bintang' akur dengan saranan Ngeh "banyak buang masa dan tenaga sahaja." Maka sebab itu mereka tidak menghadirkan diri. Mereka hanya menghantar pemimpin gerombolan tahap 'kaki lima' parti tersebut sahaja untuk buat demo. Lihat gambar berikut : Maka pemimpin tahap 'kaki lima' umno ini pun buatlah perhimpunan aman kat masjid Kampung Baru dengan kehadiran tak sampai pun 1000 peserta! Dimana-mana negeri di seluruh dunia, ummat Islam marah dan mengutuk Amerika di depan kedutaan Amerika; tapi Khairy , Asang Jati , Ibrahim Katak dan pemuda Umno buat demo di masjid Kampung Baru? Nampak tak ? Kamera lebih banyak dari peserta ..... Nak tahu bagaimana hebatnya depa hentam filem Amerika itu....kliklah kat U-Tube berikut .Ha! ha! ha! Memang tahap 'kaki lima!' Satu dunia marahkan Amerika, di Malaysia, Umno punya bangang dia gi tibai Ngeh Koo Ham! |
Posted: 21 Sep 2012 07:06 PM PDT Filem pendek " Innocence of Muslims," telah mencetuskan keganasan anti-Amerika di seluruh dunia Islam sejak kemunculannya di Internet dalam tempoh 10 hari lalu. Sekurang-kurangnya 45 orang mati termasuk duta AS ke Libya. Kelmarin, selepas solat Jumaat, protes kecil dan kebanyakannya teratur juga telah diadakan di Malaysia dan Indonesia. Mereka juga membakar bendera Perancis untuk membantah penyiaran karikatur Nabi SAW. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada para peserta demo aman di Malaysia dan Indonesia kerana melakukannya dengan disiplin yang sepatutnya dan tidak memberikan gambaran yang salah terhadap Islam sebagaimana yang berlaku di negara lain, umpamanya di Pakistan. Penunjuk perasaan membakar bendera Israel dan AS dan menaikkan sepanduk yang berbunyi: "Kami mengutuk kesalahan yang dibuat terhadap nabi." Keganasan yang dahsyat berlaku di bandar pelabuhan selatan Karachi, di mana 12 orang terbunuh dan 82 cedera, menurut Seemi Jamali dan Aftab Channar, pegawai-pegawai di dua hospital. Puluhan ribu rakyat Pakistan yang marahkan filem anti-Islam bertukar menjadi ganas dan menyebabkan sekurang-kuranganya 19 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera pada hari Jumaat yang diisytiharkan cuti oleh kerajaan Pakistan supaya rakyat dapat mengadakan perhimpunan. Keganasan yang dahsyat berlaku di bandar pelabuhan selatan Karachi, di mana 12 orang terbunuh dan 82 cedera, menurut Seemi Jamali dan Aftab Channar, pegawai-pegawai di dua hospital. Penunjuk perasaan yang bersenjata telah bertempur dengan polis. Orang ramai juga membakar dua pawagam dan bank. Beberapa kedai-kedai dan kenderaan rosak. Penunjuk perasaan menjerit slogan anti-AS di satu perhimpunan di Rawalpindi, Pakistan. Polis telah menembak gas pemedih mata dan peluru hidup kepada pada beribu-ribu penunjuk perasaan yang membaling batu dan membakar bangunan. Tiga orang terbunuh dan 61 cedera di bandar barat laut Peshawar. Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang membakar. Mereka berarak dengan membakar bendera Amerika dan patung Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Di Colombo Sri Lanka, kira-kira 2,000 umat Islam membakar patung Obama dan bendera AS, menuntut Amerika Syarikat mengharamkan filem itu. Di Bangladesh, lebih daripada 2,000 orang berarak di ibu negara, Dhaka, dan membakar Patung Obama dan keranda yang dibungkus dengan bendera Amerika. Beribu-ribu berkumpul di Lembah Bekaa Lubnan dalam siri perhimpunan terbaru yang dianjurkan oleh kumpulan militan Syiah Hizbullah. Penunjuk perasaan membawa bendera kuning Hizbullah. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan