Khamis, 20 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Peragut dalam air

Posted: 20 Sep 2012 11:55 AM PDT

Ingatkan peragut hanya buat kerja atas daratan sahaja, rupa-rupanya dalam air pun ada peragut!

Untuk Islam atau kepentingan politik? - Ngeh Koo Ham

Posted: 19 Sep 2012 09:03 PM PDT


Satu pertemuan telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak antara Dewan Harian Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan Dato' Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Pemuda telah meminta penjelasan Ngeh mengenai isu kenyataan dalam tweeternya.

Ngeh memaklumkan, bahawa tweet tersebut adalah di antara beliau dengan ketua pemuda umno, Khairy Jamaludin yang mahu orang islam membantah Sam Bacile (isu filem hina nabi).

Ngeh menjelaskan, dalam tweet tersebut beliau mengajukan pertanyaan kepada Kahiry - "untuk Islam atau kepentingan politiknya? Tidakkah orang islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Maksud Ngeh, adalah membuang masa dan tenaga sekiranya mengadakan himpunan dan bantahan semata-mata untuk kepentingan politik ketua pemuda umno itu.

 Memanglah tepat sekali apa yang Ngeh katakan itu kerana sekiranya Khairy yang mahu mengajak orang Islam membantah Sam Bacile benar-benar ikhlas dan semata-mata untuk Islam, maka dia perlu terlebih dahlu membuktikan keikhlasan itu dengan membantah pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Islam. 

Antara pemimpin Umno, yang lantang dan kerap mengeluarkan kenyataan menghina Islam ialah mantan PM, Dr Mahathir Mohammad. Beliau menghina sunnah Rasulullah ynag menyimpan janggut, menghina dan memecat ulama' (Allahyarham Dato' Ishak Baharom) dan menghina hukum-hukum Islam termasuklah menutup aurat. 

Antara kenyataan-kenyataan Mahathir menghina Islam : 

1) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) 

2) Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Tun Mahathir Mohammad kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) 

3) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. (Tun Mahathir Mohammad kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) 

4) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.( Tun Mahathir Mohammad pada 14 Julai 1992 kepada wartawan) 

 5) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahilliah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering mencelik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain.Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.( Tun Mahathir Mohammad di Maslis Tertutup, Majlis Agama Kebangsaan, 1997) 

6) Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam.( Tun Mahathir Mohammad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

 7) Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nbi Muhammad SAW. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja.(Tun Mahathir Mohammad, Utusan Melayu, 12 Mei 2000) 

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno yang lain. 

1) Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983) 

2) Kerajaan Pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum Hudud. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 24 Sept 2011, di Tanjung Tualang, Perak) 

3) Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.( Dato' Nazri Aziz di satu forum anjuran Majlis Peguam) 

4) Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.( Dato' Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang diterjemahan) Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

 Jelaslah sebagaimana yang Ngeh nyatakan, adalah membuang masa dan tenaga kalau sekadar nak tunjuk marah kepada orang luar sedangkan orang dalam parti sendiri menghina Islam, Khairy biarkan berleluasa begitu sahaja. 

Ngeh tidak maksudkan kepada himpunan yang akan dibuat oleh PAS pada Jumaat ini di Kedutaan Amerika atau himpunan orang-orang Islam di seluruh dunia sebab mereka istiqamah dengan sikap mereka. Berlainan sekali dengan sikap Khairy yang mendiamkan diri bila pemimpin Umno menghina Islam tetapi cuba mahu berlagak hero bila ada orang luar menghina Islam.

Sebab itu Ngeh tanya Khairy – "untuk Islam atau kepentingan politiknya?" 

Kita berharap Pemuda PAS Pusat tidak mudah terperangkap dengan exploitasi yang dilakukan oleh Umno yang pandai menggunakan ruang dan kesempatan yang ada. 

Walau bagaimana pun, kita berharap setiap pemimpin supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan berhubung dengan Islam.

Tiada ulasan: