Isnin, 24 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Gambar Menusuk Kalbu...

Posted: 24 Sep 2012 12:11 AM PDT


‎23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi. Penghormatan diberikan kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu. Nampaknya orang bukan Islam tahu untuk menghormati u8lamak berbanding dengan sesetengah umat Islam sendiri yang mencaci dan menghina beliau sepertimana kes yang didedahkan sebelum ini dimana seorang yang beragama Islam tergamak untuk menghina TGNA dengan meletakkan gambar haiwan bersebelahan dengan TGNA. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - TGNA tetap dihormati oleh sekalian rakyat berbilang bangsa dan agama sekalipun dibenci oleh orang yang membencinya.

Maka Akhirnya Raja Nong Chik Sembelih Lembu Betina Lembah Pantai Itu

Posted: 23 Sep 2012 10:02 PM PDT


RRaja Nong Chik Sedia Bertanding Di Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata, beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.

"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, Ahad.

Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata, beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.

"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.

"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai.

"Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.

Mengenai Program Pencegahan Jenayah anjuran PANI-UM itu, beliau mahu penduduk setempat dan persatuan penduduk bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani kejadian jenayah, di sekitar Lembah Pantai.

Katanya, penduduk perlu berperanan mencegah jenayah dan mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelak diri menjadi mangsa serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah, termasuk penagihan dadah atau mencuri kenderaan.

- BERNAMA



Ulasan GB

Tepat seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa Calon BN Lembah Pantai: Sharizat Bakal Disembelih, Nong Chik Ambil Alih

Petikan ulasan GB dulu:

Patutlah Najib menyatakan beliau gembira Sharizat ambil cuti 3 minggu (atau memang perancangan Najib arahkan Shahrizat bercuti?) Rupa-rupanya ada perancangan lain, untuk meletakkan kawan karib Rosmah Mansor, iaitu Raja Nong Chik, menteri bertaraf senator, untuk bertanding di Lembah Pantai. Kini Nong Chik melilau di sekeliling Lembah Pantai untuk pamer diri sebagai calon Lembah Pantai, menyerang Ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[JENAYAH MENURUN] Warga Emas Mati Dibunuh Di Pekan Pahang

Posted: 23 Sep 2012 07:10 PM PDT

Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian.

Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan.

Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.

"Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1.

"Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.

Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa.

"Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui," katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka.

Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH

Ulasan GB

Jenayah menurun?

Sekarang di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri berlaku kes jenayah pembunuhan.

Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat?

Angka jenayah tidak boleh dipermainkan kerana Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak boleh disembunyikan. "anda" bakal terima padahnya jika cuba mempermainlkan dengan hukum itu.

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik...

Posted: 23 Sep 2012 05:31 PM PDT


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.

Bapa Gadis : Oh.

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara.

Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah.

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err.

Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni 'hafizah', 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.

Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.

Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa.

Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu.

Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, 'izinkan saya berzina ngan anak pakcik'?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. " (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.

Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.

Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.

Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

"Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.

" :)"

"Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan."

TAMAT

Sumber fitri hadi

[WAJAR] Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis

Posted: 23 Sep 2012 08:23 AM PDT


Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

"Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan," katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.

Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.

Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. -BERNAMA

Ulasan GB

Memang wajar, teman lelaki yang menyebabkan lahirnya anak yang tidak berdosa itu sepatutnya tidak boleh dibiarkan lepas dari hukuman.

Sikap tidak bertanggungjawab setelah melakukan perzinaan sehingga memungkinkan si gadis tersebut hidup tertekan perlu diberikan pengajaran setimpal.

Pimpinan UMNO-BN Bila Pula Nak Mohon Maaf?

Posted: 23 Sep 2012 07:06 AM PDT


DAP kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang mempersoalkan kejujuran permohonan maaf pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan Twitter beliau yang diputarbelitkan sebagai menghina Islam.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu.

"Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan."

"Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas." ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata antara perkara yang dimaksudkan termasuklah apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menfitnah bahawa anak lelakinya yang di bawah umur telah mencabul rakan sedarjahnya sedangkan murid perempuan tersebut tidak ada.

"Kita juga pernah mendengar bagaimana Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan kaum bukan Melayu tidak patriotik kerana kurang menyertai pasukan keselamatan.

"Bukan sekadar itu, beliau juga berkata kekurangan mereka dalam pasukan unit beruniform adalah disebabkan kerana "takut terhadap disiplin yang ketat".

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang menyerang calon PAS di Tenang, Normala Sudirman dengan mendakwa bahawa calon wanita tersebut anti Cina apabila beliau tidak bersalaman dengan lelaki.

Kata Guan Eng, "Itu adalah pilihan peribadi beliau untuk tidak bersalaman samada dengan lelaki Islam maupun lelaki bukan Islam."

Justeru, dengan tidak memohon maaf terhadap kesemua perkara yang disebutkan dan banyak lagi, Guan Eng berkata ia jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan sikap pilih kasih.

"Sekurang-kurangnya apabila ada pimpinan PR melakukan kesalahan, kami akan memohon maaf dan akan memperbaiki keadaan."

Guan Eng dalam kenyataannya turut mengecam penganjuran demonstrasi ganas dan rasis oleh UMNO terhadap Ngeh dihadapan ibupejabat DAP Melaka walaupun beliau sudah memohon maaf.

"Sudah jelas, UMNO berniat untuk memainkan isu berbahaya dan melakukan pembohongan tidak berasas dengan mengeksploitasi sentimen perkauman bagi memenangi pilihan raya umum akan datang." katanya.

– Roketkini

SPR Yang Penipu Dituduhnya Pihak Lain

Posted: 23 Sep 2012 05:06 AM PDT

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.

Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.

Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran.

Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri.

"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.

"Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik.

Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara.

Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang.

Ulasan GB

Memang confirmlah pengerusi & Timbalan pengerusi SPR itu "PENIPU SESAR".

Sampai sekarang tuntutan BERSIH tidak dilaksanakan malah ada saja perancangan untuk melakukan penipuan.

Bayangkan jika Kangkung, Timun, Kuda, Harimau, Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing dikatakan adalah pengundi yang sah, bukankah itu PENIPU BESAR namanya?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Wanita Ditangkap Khalwat, Dakwa Sudah Diceraikan

Posted: 23 Sep 2012 04:05 AM PDT


Kluang - Seorang wanita yang menyangka dirinya telah sah diceraikan oleh suaminya kira-kira tiga bulan lalu dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Impian, dekat sini, malam kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Pegawai Tadbir Tadbir JAJ daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas 10 minit pintu rumah diketuk, wanita berusia 27 tahun itu membuka pintu dalam keadaan baru bangun tidur dan kelihatan bersamanya seorang lelaki berusia 26 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan, manakala wanita yang mengaku dari Sabah itu mendakwa dirinya telah diceraikan kira-kira tiga bulan lalu.

"Namun, setelah semua dokumen tentang perceraian diperiksa, mendapati wanita tersebut masih dalam proses perceraian dan ianya belum diputuskan oleh Mahkamah Syariah lagi," katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut juga mengaku sebagai saudara sepupu.

"Walau bagaimanapun mereka tetap didakwa berkhalwat dan akan disiasat di bawah Seksyen 27(1) a&b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Apa yang menjadi kekeliruan kepada wanita itu adalah hanya berpandukan mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar suaminya dan surat arahan untuk datang ke Mahkamah Syariah bagi menentukan keputusan kes tersebut.

"Tetapi wanita tersebut tidak datang pada hari yang ditetapkan dan mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya itu menyebabkan dia yakin mereka telah bercerai," katanya.

Ulasan GB

Sekalipun katakanlah cerai itu sah, tetapi itu bukan sebab untuk berkhalwat. Alasan lansung tak menasabah.

Tiada ulasan: